Tuesday, September 25, 2007

Dunia Hiburan

Jue dan Jehan


Pada hari minggu baru baru ini aku terbaca dalam akhbar sisipan Berita Minggu. Kalau tak silap aku…bintang popular nama akhbar sisipan itu. Akhbar sisipan ini adalah akhbar berkenaan dunia hiburan tanah air, gossip sejuk, panas, suam dan beku boleh kita temui dalam akhbar akhbar sisipan berbentuk hiburan ini.

Kebanyakkannya gossip kitar semula, atau diceduk dari ruangan ruangan forum di internet. Ada juga gossip gossip segar. Haha. Menarik rupanya jadi artis, agaknya pergi makan satay kajang pun boleh masuk surat khabar.

Aku terpandang sebuah berita bertajuk ‘Peminat Marah Jehan dan Jue Berdua-duaan di Condo Mewah’ Lebih kurang macam tulah tajuknya. Tulisan itu mendakwa ada peminat nampak Jue dan Jehan sentiasa berdua-duaan dalam condo mewah tersebut. Aku peduli apa kalau Jue dan Jehan nak beromen sakan dalam rumah dia. Maklumlah pasangan dua sejoli. (wek blah). Orang kata jangan timbulkan syak. Kalau duk berdua- duaan dalam rumah. of course menimbulkan syak. Korang tu bukan laki bini. Oh apa main point aku tadi? Aku tak setuju wartawan yang menulis itu menggunakan perkataan peminat marah. Kenapa?

Tidak semua orang awam itu peminat. Kalau dia menyampah tengok perlakuan Jehan dan Jue yang seolah berada di negara Perancis itu.. dan melaporkan kepada wartawan, tidaklah menjadikan dia itu peminat. Wartawan hiburan, jangan salah gunakan perkataan peminat la woi! Orang awam tidak sama dengan peminat. Hanya semata-mata kerana yang melaporkan itu bukan dalam industri hiburan maka mereka adalah peminat? Idiota.


Muzik Indonesia


Yang ini satu lagi menda yang aku tak faham dengan industri musik tanah air ini. Apabila Anuar Zain keluar dengan album baru yang sekarang hangat dengan lagu ‘Lelaki Ini’ dengan 7 dari 10 pencipta lagunya adalah orang Indonesia, maka berduyun-duyun composer marah. Banyak pula artis yang meroyan. Pelik aku pelik

Macamlah Anuar Zain ada minta duit dari setiap seorang dari mereka untuk membayar khidmat composer Indonesia itu. Album dia, lagu dia, duit dia maka secara 100% nya adalah hak dia. Kalau artis dan seluruh ruang hiburan tanah air tak suka, nah duk diam. Hasilkan album yang 100% tempatan dan jual. Semudah itu sahaja.

Maka aku nak tergelak apabila Amy Search juga turut menyelar radio radio swasta yang banyak memainkan lagu Indonesia. Apakah Amy terlupa dia sendiri pernah menyanyikan lagu Indonesia? Boleh aku ingatkan? Lagu bertajuk ‘Tiada Lagi’ adalah karya karyawan Indonesia bukan? Aku tak faham kenapa artis Malaysia nak merasa tergugat dengan artis Indonesia dan karya-karya dari Indonesia. Kalau betul karya dan bakat anda bagus, nah…pastinya boleh juga naik tinggi. Siti Nurhaliza (sekarang dah pakai lagu Indonesia juga) naik tinggi dengan karya dari Malaysia juga pada asalnya.

Kenapa orang dalam industri hiburan dengki betul dengan Indonesia? Katanya di Indonesia artis Malaysia tidak mendapat tempat terbuka seperti apa yang di dapati oleh artis Indonesia di sini. Kenapa? Kenapa artis-artis dan karyawan kita tidak dengki dengan artis dari US? UK? Lagu mereka berlambak juga di radio. Radio radio berbahasa Inggeris pastinya bergantung sepenuhnya pada lagu lagu asing ini. Kenapa tidak diselar??? Pelik bukan? Kenapa hanya lagu Indonesia sahaja yang dibangkit dan diungkit oleh pengiat seni Malaysia?

Dan muzik Indonesia memang sudah ke depan. Perlu aku ceritakan mengenai video klip mereka pula? Begitu mudah di dapati di youtube.com. Dan begitu kreatif dan cantik. Inilah dinamakan strategi pemasaran. Walaupun kita bukan berada disana, kita masih boleh menonton video2 klip yang cantik dan kreatif ini melalui internet. Artis Malaysia? Ada ke video klip? Kalau adapun setakat tangkap muat sahaja. Cukup syarat. Itupun kalau ada. Yang banyaknya, taknak membazir melabur duit untuk video klip. Kalau adapun di youtube hanyalah video video hasil dari siaran langsung di tv. Segelintir sahaja yang ada video klip lagu mereka di youtube.

Oh sebelum terlupa, aku warga Malaysia.

1 comments:

Tigis said...

Halo,
saya dari Indonesia. Kebetulan saya dapat blog kamu ini dari search engine. Saya tertarik dengan tulisan kamu tentang musik Indonesia di Malaysia. Tetapi saya ingin bertanya. Kamu bilang utk music video kamu banyak melihat di youtube. Apakah di Malaysia music video dari musisi Indonesia dilarang beredar di stasiun TV?

Itu saja pertanyaan saya. Terima kasih sebelumnya :)