Friday, September 21, 2007

Berhutang Untuk Hari Raya?

Kedengaran di radio pagi ini mengenai ‘hutang yang ditawarkan oleh alrahji bank semperna hari raya. Hanya bawa kad pengenalan dan kad kredit anda yang masih aktif dan wang akan dikreditkan masuk ke dalam kredit kad itu keesokan harinya selepas pinjaman diluluskan!

Oh…berhutang demi hari raya? Begitu pentingkan hari raya sehingga sanggup berhutang piutang dihari raya? Untuk perabot baru? Set pinggan mangkuk baru? Televisyen baru? Kereta baru? Tak baru maka tak sahlah raya? Maka perlu berhutang?

Aduh..sedih betul aku kalau ada sesiapa yang terpengaruh lantas sanggup berhutang demi nak beraya. Kata pepatah yang aku reka sendiri...nak menang memakai sampai kampung tergadai. Marilah kita beraya dalam suasana sederhana tetapi dengan senang hati tidak perlu berfikir untuk membayar hutang pula selepas raya.

4 comments:

Anonymous said...

Epidemik menjelang raya masyarakat msia.memasing nak menunjuk menda baru...what for?Islam pun tak galakkan pembaziran.

sebol said...

aku pun nak bergadai la macam ni

Anonymous said...

siapa nak bagi aku duit raya?~venomie~

ezza erisa said...

sikap nak bertanding.rumah sebelah sofa baru..rumah kita kena sofa dua kali punya baru...typical sikap menunjuk tak sudah.