Wednesday, September 26, 2007

Aku diapproach & dioffer peluang jadi jutawan

Disalin dan ditampal dari forum cari Board Current Issues tajuk seperti di atas hasil tulisan Saudara Tobby. Kita jangan cepat gelap mata dengan untung atas angin ya!


Semalam aku diapproach oleh kawan lama yg dah lama sgt tak contact. beliau memperkenalkan peluang perniagaan yg sangat menarik. invest minimum RM2000 utk beli company share & dapat pulangan 10% per month. meaning 120% per annum. kalau invest 50k dah rm5000 sebulan. sapa nak kasi. perhhhh!!! lumayan tu. kawan lama aku ni dah pun dpt brand new car Honda Stream sebab berjaya fullfill target yg company beri (utk cari downline). Nama company investment tersebut ialah Merchantile Point Sdn Bhd (MPSB) www.mpsbholding.com. Company ni memerlukan modal RM50 juta tetapi mrk tak mahu buat loan bank kerana nak beri peluang kpd masyarakat melabur terus ke dlm syarikat. Konsep syarikat ialah 'We grow together'. Oleh yg demikian syarikat ini telah meminta kebenaran bank negara utk mengumpul dana dari orang ramai & mendapat kebenaran itu setakat December ini sahaja. Selepas December dana akan ditutup kpd orang ramai. so katanya kena bertindak lekas.

My friend ni graduate MBA in business. dia telah memberikan penerangan panjang lebar why this company is a true company yg buat investment mostly di luar negara. dia dah pergi sendiri HQ di KL yg lengkap dgn staf mrk & dah jumpa sendiri big boss mrk. Pemegang saham terbesar ialah bekas orang kuat RHB bank & penasihat company ialah somebody yg sangat berpengalaman yg pernah pegang post tinggi di Bank Negara. Sahabat lama aku ni menggunakan presentation material power point yg begitu dasat sekali animationnya. presentationnya sangat meyakinkan. surat perjanjian utk menjadi ahli memang sebijik mcm surat2 lawyer yg aku biasa sign.

Walaupun aku degree cikai, tak mcm dia ada MBA, tapi dia failed to answer my basic question. antara soklan yg aku tanya ialah:
1. mana dia surat kebenaran from Bank Negara utk mengutip deposit dari orang ramai?
2. kalau legal kenapa company tak buat iklan in newspaper encourage ppl to invest? mana dia prospectus company?
3. kenapa company encourage cari downline? and for every upline akan dpt 3% out of new member's investment every month. something fishy here.
4. kenapa bila aku search nama Merchantile Point Sdn Bhd yg aku jumpa hanyalah perkataan2 bombastic spt 'peluang besar menjana wang segera', 'perniagaan terhebat pd abad ini' etc etc?
5. kenapa budak umur 5 tahun pun dibenarkan beli saham syarikat nih?

contoh link yg aku jumpa berkenaan dgn Merchantile Point Sdn Bhd kebanyakannya ialah sarang skim2 cepat kaya:

1
2
3

So, nasihat aku kpd sesiapa yg sudah kena approach oleh cheerleader skim cepat kaya seumpana ini, jgn cepat teruja dgn nafsu nak cepat kaya. Pls ask the above questions & use the magic of google as your acid test.

6 comments:

sebol said...

Aku pun letih tengok benda benda ni.

Aku tengok sekarang ni diorang dah tak guna internet, walaupun internet itu senang nak cari downline, senang diorang dijatuhkan.

Jadi itu yang mereka suka guna offline, lambat dikesan.

Anyway, kalau pelaburan itu betul menguntungkan, dah lama George Soros masuk.

ada lagi 1 contoh, yang membuatkan blog aku ramai orang masuk ialah "HTO Melaka", ramai gila orang google perkataan itu.

Takkan jumpa lamanwebnya kerana mereka memang nak buat offline.

ezza erisa said...

betul betul..dan kalau betul menguntungkan..tentu ramai rakyat Malaysia dah jadi jutawan. Tak ada yang masuk bersamamu dah.

Kuasa uncle google memang amatlah besar

salam said...

salam..
sebenornya istilah "offer jadi jutawan" yg salah..

benda ni bukan buat kita jadi jutawan.. tapi dapat sikit2 duit..
mudah..

actually, based pengalaman saya,MPSB perlu modal 50juta untuk pniagaan, dan pniagaan diorang terjamin keuntungannya,.

orang2 dalam MPSB pun bukan calang2., ni contoh:

Org dlm senarai bawah ni semua hebat2 wes.. Mission imposible la kalau syarikat ni kelentong..

Rusdie Ganning
Group Managing Director
MPSB Group of Companies

Hariyah Haji Yaacob
Chief Executive Officer / Managing Director
MPSB Group of Companies

Prof. Hairi Abdullah
Corporate Advisor
Mercantile Point Sdn. Bhd.


YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar
Chairman,
Prime Stock Sdn. Bhd.

Omar Ismail
Chief Executive Officer
Prime Stock Sdn. Bhd.

Dato’ Haji Muhammad Ariffin bin Haji Daud
Chairman
Bright Profit Sharing (M) Sdn. Bhd.

saya try tengok satu website, try download powerpoint presentation die, power gak..

untuk rujukan, try pegi kat http://www.letinvest.net/opportunity

pasal cari downline x downline ni, tu salah satu teknik perniagaan untuk ramaikan klien. bukan MLM ke, sistem piramid. sama mcm kita jadi affiliate, or reseller. kita cari orang, dapat komisen, dan komisen xdela menguntungkan sangat..

correct me if i'm wrong

ezza erisa said...

orang2 dalam MPSB pun bukan calang2., ni contoh:

Org dlm senarai bawah ni semua hebat2 wes.. Mission imposible la kalau syarikat ni kelentong..


list yang ko bagi tu..mintak maaflah ...sorang pun nama datuk datin tu aku tak kenal...

aku pun boleh create company..nama pengarah Dato Seri Ramli Yusof, Roti Bakar Berhad

Naib Pengerusi Datuk Karim Othman
Kambing Goreng Berhad.

ezza erisa said...

oh dah contoh lagik..apa ke realiable nya company corot ni..apabila pakai model gambar internet je?? takde staff sendirik? ciri-ciri nak kelentong yang besar

http://www.mpsbholding.com/html/ee.html

sampai mampus haku tak caya...

hanya orang yang mindanya fikir duit senang tanpa fikir logik je percaya menda-menda camni

company ada 5-6buah..tapi pakai sama je interface...cikai pulak tu gambarnya..

open your eyes la friend!

Anonymous said...

http://www.mpsbholding.com/html/statement.html