Friday, September 28, 2007

Blog Aku Blog Rogol?

Sesekali melihat tracking system dan melihat apa keyword orang yang membawa kepada blog aku terasa terhibur pun ada. Kelakar. Dan sesekali pelik. Bulan bulan puasa pun keyword bukan bukan yang keluar.

Insaflah, merdeka dah lepas. Belum merdeka ke lagi minda kita dari bahan - bahan lucah? Aku ingat zaman orang jakun dengan internet dengan melayari porno site dah habis. Baik layan youtube..ada juga faedah. Nah tontonilah sedutan iklan khidmat masyarakat Proton. Kelakar habis. Tapi tak pasti samada keluar tv atau tidak.



Image Hosted by ImageShack.us


Fuh...blog ni berada di muka surat pertama.

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, September 27, 2007

Kami

KAMI . The TV Series


Kami. Kami. Kami. Ke udara setiap hari Rabu pada pukul 10.00malam di 8tv. Siaran ulangan atau tertunda boleh di dapati di laman web media prima. Drama drama cutting edge begini jarang berada di kaca televisyen negara Malaysia kerana kebanyakkan stesen tv gemar drama drama tangkap leleh mengenai percintaan terhalang, memandu sambil menggunakan telefon bimbit tanpa menggunakan alat bantuan, bercakap sesama pasangan suami isteri dengan ganti diri aku etc. Kebanyakkan drama di kaca televisyen Malaysia masih belum merdeka dari kisah kisah perebutan harta pusaka, adegan makan sarapan terlambat nak pergi kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun drama Kami mengambil pendekatan berbeza. Bukan sahaja para pelakonnya bukan orang ternama dalam bidang lakonan, malah kebanyakkannya muka muka baru yang diberi peluang menunjukkan bakat. Kami ditaja sepenuhnya oleh nokia (wow!). Maka tajuknya telah menjadi Kami Nokia kalau ada sesiapa perasanlah. Nokia, pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia ini mengambil peluang untuk mempromosi telefon bimbit mereka melalui sebuah drama moden. Maka tak kisahlah apabila seorang remaja begitu asyik dengan telefonnya mendengar lagu, merakam video kerana itu semua adalah trend semasa. Tidaklah aku merasa terbeban melihat iklan telefon bimbit selama sejam kerana jalan ceritanya BELUM membosankan. Haha.

Apa yang aku suka pasal drama Kami ialah dalam Kami band band underground yang selama ini berada dibawah tanah (haha) mendapat exposure yang mereka patut dapat dengan kehadiran watak-watak dalam cerita ini ke gig-gig band-band ini. Kerana band band underground ini sebenarnya ramai yang berbakat besar cuma tidak ada peluang untuk menonjolkan diri dek kerana kegilaan kita kepada lagu Indon dan lagu English US. Haha. Meet Uncle Hussain juga dengan serta merta mendapat popularity sebaik drama ini ditayangkan. Banyak juga adegan lucu dalam Kami cuma argh lambatnya kelima-lima watak nak bertemu. Kerana Kami ditunjangi oleh 5 watak utama.

Apa yang aku salute pada Red Communication setakat ini ialah kebolehan mereka untuk menghasilkan drama – drama yang berbeza walaupun di terbitkan oleh syarikat yang sama. Apabila kita tengok Impian Ilyana, kita tidak teringatkan Gol dan Gincu. Apabila menonton Kami kita tidak terbayang-bayang Impian Ilyana.

Apapun, satu yang aku tak suka, apabila drama ini juga menjadi drama rojak seperti drama-drama lain. Untuk apakah ia dirojakkan? Dalam keadaan ini mahu tidak mahu aku terpaksa tabik hormat kepada drama Yusof Haslam kerana drama-dramanya yang hampagas dimata aku itu menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu.

Apabila aku menonton cerita yang berbahasa Inggeris, tidak pernah pula aku mendengar mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Apabila aku menonton drama / filem cina, tidak pula aku mendengar mereka mencampur adukkan bahasa. Apabila aku terpandang cerita Tamil, pun hanya bahasa Tamil yang kedengaran. Malah dalam filem Bollywood yang begitu gah dengan warna warni itupun tidak bertutur dalam bahasa yang bercampur aduk. Susahkan untuk mengekalkan dalam satu bahasa?? Jika hendak jadikan ia drama Inggeris, maka bertuturlah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Jika ia hendak dijadikan drama Melayu, maka jadikan ia drama Melayu. Jangan jadikan ia separuh separuh.

Laman web rasmi Kami boleh di dapati di projekkami.com

Wednesday, September 26, 2007

Aku diapproach & dioffer peluang jadi jutawan

Disalin dan ditampal dari forum cari Board Current Issues tajuk seperti di atas hasil tulisan Saudara Tobby. Kita jangan cepat gelap mata dengan untung atas angin ya!


Semalam aku diapproach oleh kawan lama yg dah lama sgt tak contact. beliau memperkenalkan peluang perniagaan yg sangat menarik. invest minimum RM2000 utk beli company share & dapat pulangan 10% per month. meaning 120% per annum. kalau invest 50k dah rm5000 sebulan. sapa nak kasi. perhhhh!!! lumayan tu. kawan lama aku ni dah pun dpt brand new car Honda Stream sebab berjaya fullfill target yg company beri (utk cari downline). Nama company investment tersebut ialah Merchantile Point Sdn Bhd (MPSB) www.mpsbholding.com. Company ni memerlukan modal RM50 juta tetapi mrk tak mahu buat loan bank kerana nak beri peluang kpd masyarakat melabur terus ke dlm syarikat. Konsep syarikat ialah 'We grow together'. Oleh yg demikian syarikat ini telah meminta kebenaran bank negara utk mengumpul dana dari orang ramai & mendapat kebenaran itu setakat December ini sahaja. Selepas December dana akan ditutup kpd orang ramai. so katanya kena bertindak lekas.

My friend ni graduate MBA in business. dia telah memberikan penerangan panjang lebar why this company is a true company yg buat investment mostly di luar negara. dia dah pergi sendiri HQ di KL yg lengkap dgn staf mrk & dah jumpa sendiri big boss mrk. Pemegang saham terbesar ialah bekas orang kuat RHB bank & penasihat company ialah somebody yg sangat berpengalaman yg pernah pegang post tinggi di Bank Negara. Sahabat lama aku ni menggunakan presentation material power point yg begitu dasat sekali animationnya. presentationnya sangat meyakinkan. surat perjanjian utk menjadi ahli memang sebijik mcm surat2 lawyer yg aku biasa sign.

Walaupun aku degree cikai, tak mcm dia ada MBA, tapi dia failed to answer my basic question. antara soklan yg aku tanya ialah:
1. mana dia surat kebenaran from Bank Negara utk mengutip deposit dari orang ramai?
2. kalau legal kenapa company tak buat iklan in newspaper encourage ppl to invest? mana dia prospectus company?
3. kenapa company encourage cari downline? and for every upline akan dpt 3% out of new member's investment every month. something fishy here.
4. kenapa bila aku search nama Merchantile Point Sdn Bhd yg aku jumpa hanyalah perkataan2 bombastic spt 'peluang besar menjana wang segera', 'perniagaan terhebat pd abad ini' etc etc?
5. kenapa budak umur 5 tahun pun dibenarkan beli saham syarikat nih?

contoh link yg aku jumpa berkenaan dgn Merchantile Point Sdn Bhd kebanyakannya ialah sarang skim2 cepat kaya:

1
2
3

So, nasihat aku kpd sesiapa yg sudah kena approach oleh cheerleader skim cepat kaya seumpana ini, jgn cepat teruja dgn nafsu nak cepat kaya. Pls ask the above questions & use the magic of google as your acid test.

Bunyi Dentuman Itu Kemalangan

Pagi ini aku sampai di pejabat pada pukul 8.20pagi. Macam biasa, pagi pagi dimulakan dengan sarapan dulu. Eh..silap, pagi pagi dimulakan dengan sarapan mata dengan membaca surat khabar New Strait Times yang dibekalkan percuma. Kemudian sarapan elektronik pula dengan membaca surat eletronik dan membaca akhbar akhbar utama dan blog blog yang biasa aku masuk :)

Sedang enak aku berdendang..terdengar bunyi dentuman dari Jalan Bangsar. Rakan dimeja sebelah cepat-cepat berlari ke tingkap yang berhadapan dengan Jalan Bangsar tersebut. Dia cepat sahaja membuat andaian yang telah berlaku kemalangan. Aku pula bersahaja di meja kerja. Kemudian apabila dia menjerit
‘Eksiden wei eksiden’ Maka aku pun berlari juga ke tingkap. Di ikuti oleh hampir semua staff yang dah masuk ke pejabat bersama dengan bos sekali. Hehe

Pacuan empat roda ini dari arah LRT bangsar, agaknya cuba mengelak tak tau apa benda, seterusnya melanggar tiang iklan dan hampir terbabas ke jalan bertentangan. Nasib baik tiang iklan itu menghalang. Kalau tidak mungkin kemalangan itu bertambah serius dengan membabitkan kereta dari arah bertentangan. Oh pemandunya cedera ringan. Nasib baik dua kali!

Macam biasa, apabila kemalangan berlaku maka jalan sesak ya ampun. Tak boleh nak salahkan sesiapa, kalau aku pun akan perlahankan juga nak tengok apa yang terjadi.

Sah lepas ni ada orang dapat agak kat mana letaknya pejabat aku sebab gambar ni aku snap dari tingkap pejabat. Huh.


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, September 25, 2007

Dunia Hiburan

Jue dan Jehan


Pada hari minggu baru baru ini aku terbaca dalam akhbar sisipan Berita Minggu. Kalau tak silap aku…bintang popular nama akhbar sisipan itu. Akhbar sisipan ini adalah akhbar berkenaan dunia hiburan tanah air, gossip sejuk, panas, suam dan beku boleh kita temui dalam akhbar akhbar sisipan berbentuk hiburan ini.

Kebanyakkannya gossip kitar semula, atau diceduk dari ruangan ruangan forum di internet. Ada juga gossip gossip segar. Haha. Menarik rupanya jadi artis, agaknya pergi makan satay kajang pun boleh masuk surat khabar.

Aku terpandang sebuah berita bertajuk ‘Peminat Marah Jehan dan Jue Berdua-duaan di Condo Mewah’ Lebih kurang macam tulah tajuknya. Tulisan itu mendakwa ada peminat nampak Jue dan Jehan sentiasa berdua-duaan dalam condo mewah tersebut. Aku peduli apa kalau Jue dan Jehan nak beromen sakan dalam rumah dia. Maklumlah pasangan dua sejoli. (wek blah). Orang kata jangan timbulkan syak. Kalau duk berdua- duaan dalam rumah. of course menimbulkan syak. Korang tu bukan laki bini. Oh apa main point aku tadi? Aku tak setuju wartawan yang menulis itu menggunakan perkataan peminat marah. Kenapa?

Tidak semua orang awam itu peminat. Kalau dia menyampah tengok perlakuan Jehan dan Jue yang seolah berada di negara Perancis itu.. dan melaporkan kepada wartawan, tidaklah menjadikan dia itu peminat. Wartawan hiburan, jangan salah gunakan perkataan peminat la woi! Orang awam tidak sama dengan peminat. Hanya semata-mata kerana yang melaporkan itu bukan dalam industri hiburan maka mereka adalah peminat? Idiota.


Muzik Indonesia


Yang ini satu lagi menda yang aku tak faham dengan industri musik tanah air ini. Apabila Anuar Zain keluar dengan album baru yang sekarang hangat dengan lagu ‘Lelaki Ini’ dengan 7 dari 10 pencipta lagunya adalah orang Indonesia, maka berduyun-duyun composer marah. Banyak pula artis yang meroyan. Pelik aku pelik

Macamlah Anuar Zain ada minta duit dari setiap seorang dari mereka untuk membayar khidmat composer Indonesia itu. Album dia, lagu dia, duit dia maka secara 100% nya adalah hak dia. Kalau artis dan seluruh ruang hiburan tanah air tak suka, nah duk diam. Hasilkan album yang 100% tempatan dan jual. Semudah itu sahaja.

Maka aku nak tergelak apabila Amy Search juga turut menyelar radio radio swasta yang banyak memainkan lagu Indonesia. Apakah Amy terlupa dia sendiri pernah menyanyikan lagu Indonesia? Boleh aku ingatkan? Lagu bertajuk ‘Tiada Lagi’ adalah karya karyawan Indonesia bukan? Aku tak faham kenapa artis Malaysia nak merasa tergugat dengan artis Indonesia dan karya-karya dari Indonesia. Kalau betul karya dan bakat anda bagus, nah…pastinya boleh juga naik tinggi. Siti Nurhaliza (sekarang dah pakai lagu Indonesia juga) naik tinggi dengan karya dari Malaysia juga pada asalnya.

Kenapa orang dalam industri hiburan dengki betul dengan Indonesia? Katanya di Indonesia artis Malaysia tidak mendapat tempat terbuka seperti apa yang di dapati oleh artis Indonesia di sini. Kenapa? Kenapa artis-artis dan karyawan kita tidak dengki dengan artis dari US? UK? Lagu mereka berlambak juga di radio. Radio radio berbahasa Inggeris pastinya bergantung sepenuhnya pada lagu lagu asing ini. Kenapa tidak diselar??? Pelik bukan? Kenapa hanya lagu Indonesia sahaja yang dibangkit dan diungkit oleh pengiat seni Malaysia?

Dan muzik Indonesia memang sudah ke depan. Perlu aku ceritakan mengenai video klip mereka pula? Begitu mudah di dapati di youtube.com. Dan begitu kreatif dan cantik. Inilah dinamakan strategi pemasaran. Walaupun kita bukan berada disana, kita masih boleh menonton video2 klip yang cantik dan kreatif ini melalui internet. Artis Malaysia? Ada ke video klip? Kalau adapun setakat tangkap muat sahaja. Cukup syarat. Itupun kalau ada. Yang banyaknya, taknak membazir melabur duit untuk video klip. Kalau adapun di youtube hanyalah video video hasil dari siaran langsung di tv. Segelintir sahaja yang ada video klip lagu mereka di youtube.

Oh sebelum terlupa, aku warga Malaysia.

Monday, September 24, 2007

Isu Sepanjang Minggu

Arwah Nurin


Berita di TV3 pada hari pengkebumian jenazah amat mengharukan. Aku boleh andaikan bagi ramai yang menonton, akan merembeskan air mata atau sebak dengan paparan itu. Dimulakan dengan bacaan alfatihah dan ditunjukkan jenazah diambil dari Hospital Kuala Lumpur. Paling mengharukan apabila imam yang membacakan doa dimasjid turun dihujani air mata. Oh alangkah sedihnya. Aku juga tidak mampu mengawal air mata dari turun membasahi pipi.

Beralih pada pukul 8.30pm ke berita bernama di astro ria. Aduh, tiada jiwa raga betul bacaannya. Sudahlah boleh tersenyum sementara menunggu visual jenazah, beritanya dibaca sambil lewa, visualnya tidak cantik. Dapat gambar pun belakang-belakang orang sahaja. Patut belajar dari TV3 bagaimana menjadi juruphoto yang bijak mengambil peluang.

Oh bukan itu yang aku ingin ceritakan. Aku ingin meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pihak yang terbabit. Sekarang mereka ingin menyiasat samada kecuaian ibunya menjaga anak sehingga membawa kepada episode duka ini. Oh sungguh tidak ada perikemanusian. Kalaupun ibu bapanya cuai, mereka telah membayar harga yang cukup tinggi untuk kecuaian itu. Nyawa anak kandung mereka! Dan aku merasa, episode siasatan ini adalah tidak lain semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari mencari pembunuh sebenar kerana pihak tersebut tidak mempunyai petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan psikopat itu. Maka bergendanglah mereka untuk menyiasat kecuaian ibunya. Oh sungguh pelik episode duka itu.


Harga Minyak


Harga minyak dunia melambung sehingga USD80 setong. Nilai subsidi kerajaan meningkat (begitulah yang diwar-warkan oleh mereka). Kemudian keluarlah satu kenyataan yang kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana telah berjanji tiada kenaikan harga pada tahun ini (kita tengok tahun depan,…selepas pilihanraya, berapa puluh sen akan dinaikkan.) Maka kenyataan tersebut juga turut memetik ‘bahawa harga minyak tidak perlu dinaikkan kerana Petronas pun dapat keuntungan dari harga minyak yang meningkat’ Oh itu pernyataan tahun ini. Kita tengok tahun depan alasannya naik harga ‘malaysia masih lagi antara negara terendah harga minyak di Asean’. Dengan kebodohan melampau dibandingkan dengan negara Asean yang tak ada minyak!

Kemudian adalah rencana dalam surat khabar arus perdana semalam, memetik yang rakyat Malaysia membazir minyak. Berbanding tahun lepas, tahun ini lebih banyak minyak digunakan. Seolah olah rakyat tidak kisah dengan kenaikan harga minyak dan masih membazir. Kerana nilai yang dibayar adalah rendah. INI ADALAH KENYATAAN PALING BODOH YANG DIKELUARKAN SEPANJANG AKU HIDUP. Sebelum kenyataan bodoh ini dikeluarkan, seharusnya beliau menyemak atau membuat cross reference… jumlah kereta vs minyak. Proton resah kereta tak terjual, jualan kereta lembab macam tanah basah. Maka bermacam jenis formula digunakan untuk meningkatkan jualan kereta. Dari Savvy Lite kepada Persona. Dan apabila jualan kereta tinggi maka sudah tentu jualan minyak juga akan tinggi. Apakah beliau tidak tahu apa itu berkadaran rata? Kalau nak suruh rakyat jimat minyak, kau paksa industri permotoran negara tutup. Haramkan jualan kereta. Semua rakyat kayuh basikal. Maka pada ketika itulah, jualan minyak petrol dan diesel akan berkurangan.


Boikot Barang Keperluan.


Kempen yang kelakar. Itu pendapat awal aku. Kenapa? Sudah terang bersuluh namanya barang keperluan. Bagaimana harus aku menyertai boikot barang keperluan yang aku perlukan? Kalau suruh boikot beli tuala mandi ya boleh. Kalau suruh aku boikot beli baju baru ya boleh. Tapi apabila di adakah kempen boikot barang keperluan maka aku berfikir, aduh..kelakarnya fenomena ini. Nak boikot sampai bila? Balik dari beratur kat tol sungai besi kita singgah kedai beli minyak dengan tepung ya.

Apalah guna kempen boikot sekiranya berpanas berhujan di tol sungai besi itu tidak mendapatkan apa-apa kesan? Tapi sekurang-kurangnya mereka ada initiatif. Tapi apalah boikot atau orang diatas atas sana hanya hangat hangat tahi ayam untuk mengawal harga.


Sistem Bayaran Masuk Bandar Kuala Lumpur


Oh..yang tol berlambak lambak nak menuju ke Kuala Lumpur tu bukan bayaran masuk? Adakah aku buta? Mesra rakyat mengikut kenyataan akhbar. Ya..time kutip2 duit orang memang lah mesra rakyat. Padahal masuk dalam bandar stuck 1-2jam untuk perjalanan yang singkat. pengangkutan awam pula tak menyakinkan. LRT parking dah caj RM2.00. Parking terhad pula. Huh


Keluhan Pemandu Teksi


Aku menaiki teksi untuk ke Indonesia Embassy pada hari jumaat yang lalu. Oh seperti biasa apabila aku naik teksi, maka aku akan berbual dan menemuramah pemandu teksi. Perbualan aku dengan pemandu teksi tersebut benar-benar mengejutkan aku. Oh berkenaan dengan peraturan yang ditetapkan. Amat kelakar apabila pihak atasan mencaj pakai kasut tidak pakai stoking didenda beratus-ratus, begitu juga dengan baju tidak masuk dalam seluar. begitu juga dengan memakai seluar jeans. Oh sungguh kelakar. Ya mereka tidak mencerminkan imej pemandu teksi yang baik. Selekeh.


Tetapi, dari memburu pemandu teksi begini, adalah 10kali lebih baik diburu teksi yang tidak menggunakan meter. Kita tahu lokasinya. (At least aku tahu,, Puduraya salah satu darinya). Kenapa mereka tidak diburu? Meter dibekalkan oleh pihak penguatkuasa. Maka adalah salah jika mereka tidak menggunakannya. Jauh lebih memburukkan imej negara dengan menipu orang ramai dari pemakai kasut tanpa stoking. Dahulukanlah yang lebih penting..dan mempunyai impak yang lebih besar pada imej negara.

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 12

Image Hosted by ImageShack.us


Puteri melamar Reza di meja makan di ruang tamu rumahnya. Oh itu hanyalah mimpi. Dia dikejutkan oleh deringan telefon yang datangnya dari Mia yang memberitahu dia sakit nak bersalin. Puteri dan Aina ke hospital.. Mia dalam bilik bersalin. Seketika kemudian Eddy pun muncul juga. Mia taknak bersalin dan cuba tahan mahu tunggu Jeff datang (wow, flight dari Mekah ke Malaysia ambil masa 20minit ya boleh nak tahan-tahan baby dari keluar pulak) Kesian Mia, dahla bersalin anak sulung, suami tak ada, mak ayah tak ada. Oh takde sapa beritahu ke mak ayah Mia yang Mia nak bersalin ya?

Eddy masuk ke dalam bilik persalinan, memberi kata kata semangat kepada Mia. (Yang lawak mamat ni tak boleh tengok darah lak), Lepas tu Aina pula masuk mengantikan Eddy. Oh kita ke Indonesia pula bertemu Encik Haikal. Haikal pergi jumpa pakar sakit mental. (Haha, tunjuk lengan je pakar sakit mental…tak tunjuk muka pun..musti voice over bahasa Indon tu mintak buruh pakai topi kuning tolong bacakan). Haikal macam dah insaf. (aku dah kata dia pernah jumpa Pakar ni sebab Voice over tu kata ‘sessi kitakan telah tamat dulu’) lebih kurang macam tulah.

Sasha lepak atas katil dia. Layan youtube Haikal. (Ari ni aku try cari dalam youtube haikal707 dah tak ada pulak…delete dah ke bang?) Haikal minta maaf dengan setulus hati dan minta nak jadi kawan Sasha.

Kemudian ditunjukkan adegan di hospital Pusrawi pulak. Puteri borak borak dengan Aina. (Yang ni memang best perbualan dia). Setiap anak yang dilahirkan bawak rezeki, Kemudian Puteri tanya Aina, macammana pula dengan anak angkat. Kemudian Aina jawab ‘in that case, mak ayah angkat itulah yang membawa rezeki kepada anak angkat tersebut’. Kemudian Sasha datang, Atoi dan Ling pun datang.

Eddy keluar minum dengan Sasha. Bercakap pasal Irwan dan Haikal. Sasha macam nak pilih Haikal je. Huh aku tak setuju! Lelaki yang kaki keganasan takkan pernah berubah. Diaorang hanya insaf sekejab lepas tu akan jadi ganas kembali!

Mia selamat lahirkan anak. Dayang, J dan Zie duk berteka teka kat kedai mamak apakah jantina anak Mia. Masa Puteri berdiri dengan Aina kat tepi baby punya room dah tulis ‘boy’ So tak adalah surprise sangat masa diaorang pergi beli hadiah betting samada laki ke perempuan tuh. Puteri pula cakap dgn Aina dia dah ready nak bertunang.

Semua berkumpul di hospital. Cakap cakap skit. Disebabkan Dayang betul tekaannya maka Dayang menjadi orang pertama boleh pegang anak Mia. Puteri minta diri nak balik sediakan makanan untuk maybe propose Reza kot? Kemudian adegan Mia dan Eddy je kat bilik hospital. Adalak bunga api nampak dari luar tingkap. Kemudian adalah adegan ini ‘Oh…hampir terlupa Merdeka, so your baby must be Merdeka boy’ Adeh…selalunya bunga api dia pasang malam menjelang 31 Ogos. Which mean baby tu lahir on 30 Ogos. 30 Ogos bukan hari merdeka la cik abang kakak.

Aina pula menjemput Riki dari KL Sentral. Riki kata dia tak sanggup berjauhan dari Aina dan sungguh tak romantic propose Aina tengah tengah makcik Aina itu memandu kereta. Hahaha

Reza balik ke rumah selepas dihubungi oleh Ayu yang mengatakan rumahnya dimasuki pencuri. Reza yang awalnya ada temujanji untuk makan makan di rumah Puteri bergegas balik. Sampai rumah, tidak ada sebarang tanda pecah masuk. Hanya ada mek gedik Ayu si bitchy sedang berkemban. Sekali ada org jabatan agama pula ketuk pintu. Kenalah mereka tangkap khalwat. (hahahaha padan muka, sapa suruh bagi perempuan masuk dalam rumah..yang bujang bujang tu please la….bawak jantan bawak pompuan masuk rumah..kena ambush dengan jabatan agama mulalah cakap tak buat apa-apa…huh)

Puteri pula melanguk depan meja makan tunggu Reza…to be continue

Friday, September 21, 2007

Berhutang Untuk Hari Raya?

Kedengaran di radio pagi ini mengenai ‘hutang yang ditawarkan oleh alrahji bank semperna hari raya. Hanya bawa kad pengenalan dan kad kredit anda yang masih aktif dan wang akan dikreditkan masuk ke dalam kredit kad itu keesokan harinya selepas pinjaman diluluskan!

Oh…berhutang demi hari raya? Begitu pentingkan hari raya sehingga sanggup berhutang piutang dihari raya? Untuk perabot baru? Set pinggan mangkuk baru? Televisyen baru? Kereta baru? Tak baru maka tak sahlah raya? Maka perlu berhutang?

Aduh..sedih betul aku kalau ada sesiapa yang terpengaruh lantas sanggup berhutang demi nak beraya. Kata pepatah yang aku reka sendiri...nak menang memakai sampai kampung tergadai. Marilah kita beraya dalam suasana sederhana tetapi dengan senang hati tidak perlu berfikir untuk membayar hutang pula selepas raya.

Kekejaman Di Mana Mana 2

Mana mana blog yang aku masuk hari ini berkisarkan kepada adik Nurin. Nurin disana Nurin disini. Semuanya pakat-pakat menghulurkan simpati. Ya..siapa tidak simpati pada tubuh milik si kecil itu yang menerima pelbagai jenis derita di akhir nyawanya. Tetapi ada satu pendapat peribadi yang kedengaran di telinga aku malam tadi yang membuatkan aku terasa ingin memflying dan menside kick orang yang memberi pendapat itu (Ya..maafkan aku, tetapi aku tidak sependapat denganmu teman).

Pendapatnya berbunyi ‘check and balance. nature’ Ringkas tetapi cukup membuatkan aku terkedu. Apakah pemberi pendapat ini tidak ada hati dan perasaan? Dalam ilmu hutan kita biasa dengan pemangsa dan mangsa. Harimau pemangsa untuk memburu mangsa-mangsanya untuk ‘check and balance’ Kalau tak ada harimau…binatang jadi banyak…tak cukup rumput dan sebagainya. Begitu juga dengan pembunuhan dan segala macam kejahatan yang dilakukan oleh manusia. Ada yang jadi baik..ada yang jadi jahat..Semuanya untuk check and balance. Begitulah penerangan ringkas pemberi pendapat itu.

Tanpa disedari…dihutan, dilaut atau di alam manusia..yang banyak menjadi pemangsa bukan lagi harimau..atau jerung. Tetapi manusia. Manusia yang dikurniakan akal menjadi pemangsa yang lebih kejam dari harimau, singa atau jerung. Buktinya? Jerung tidak membunuh jerung, harimau tidak memburu harimau TETAPI manusia yang kononnya berakal…membunuh spesis sendiri. Kalau harimau dan binatang lain memburu untuk mengisi perut tetapi manusia memburu dan membunuh untuk kepuasan nafsu liar dan ganas. Oh..malangnya kita menjadi manusia. Buruknya manusia.

Nurin bukan kanak-kanak perempuan pertama yang diperlakukan secara kejam di Malaysia. Tapi ianya yang terbaru dan berlaku pula pada bulan Ramadan. Tercemar Ramadan tahun ini dengan perlakuan kejam, ganas dan lebih binatang dari binatang ini. Maka media pun berpesta lagi Radio, tv, surat khabar berpusu-pusu untuk memberi berita tanpa berfikir apakah perasaan ibu bapa kanak-kanak malang itu. Oh aku tidak anti media. Jangan salah faham pula. Tetapi apabila radio-radio memberi peluang kepada orang awam yang tidak ada kena mengena langsung dengan kes ini untuk memberi pandangan dan pendapat mengenai ibu bapa Nurin yang tidak memperakui yang mayat tersebut anak mereka, maka bagi aku itu sudah too much.

Masih ingatkah kita seorang pelajar perempuan di Johor yang dalam perjalanan ke sekolah hilang? Ditemui terbunuh dan dicampak ke dalam longkang berhampiran sekolahnya dalam keadaan mengaibkan? Masih ingatkah kita seorang kanak-kanak perempuan yang menaiki basikal untuk ke kedai membeli gula gula tetapi ditemui di dalam pondok jaga TNB terbunuh dan di rahangnya retak akibat diperlakukan seperti binatang? Masih ingatkah kita nasib seorang kanak-kanak yang dirogol jirannya dan kemudian di sula dengan kayu sehingga ke dada? Masih ingatkah kita tentang seorang remaja awal dua puluan yang dirogol beramai-ramai dan kemudian dibawa ke bawah pokok setelah mereka tidak ada idea lain untuk membunuhnya kerana bimbang ditangkap atas perlakuan mereka maka mereka beramai-ramai memanjat pokok seterusnya terjun ke atas dada gadis malang berkenaan sehingga patah riuk tulang dadanya yang membawa kepada kematiannya?

Tidak, kita tidak ingat. Kerana ianya tidak berlaku kepada kita atau keluarga terdekat kita. Sebab itulah walau pelbagai jenis kejadian buruk berlaku diluar sana, kita suka ambil tahu…tetapi akan tiba masanya kita akan beransur ansur melupakannya dan menganggap yang kejadian buruk seperti itu tidak akan pernah menimpa kita. Kita juga tidak mengambil langkah untuk lebih berhati-hati. Kemudian jadilah ayat rasmi apabila perkara buruk menimpa ‘Tak sangka kejadian sebegini berlaku pada kami sekeluarga’.

Aku doakan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan besar ini. Semoga pelaku akan dapat ditangkap..dan selayaknya disembelih dan diberi kepada harimau sahaja daging badannya.

Thursday, September 20, 2007

Hari Ini Dalam Sejarah

Memandangkan aku jarang sekali dapat parking betul betul di hadapan pintu masuk sesebuah kompleks membeli belah maka kejayaan aku kali ini adalah sesuatu yang bersejarah la juga. Hehe!

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Lokasi: Tempat Letak Kereta Bangsar Village, Jalan Telawi. Tempat ni peak hour je banyak kereta. Pukul 3-4petang...nak dapat parking amatlah sangat sangat mudah. (Tu dia..kesalahan tatabahasa yang jelas terang bersuluh..amat dan sangat tidak boleh digunakan dalam satu ayat)

Windows Vista 3 Beta?

Image Hosted by ImageShack.us


;)

Wednesday, September 19, 2007

Airmata Maria (Lagik?)

Haha sah sah aku dah biol. Walaupun sebelum ni aku kutuk cerita ni, tapi minggu ni tertengok pula. Sebabnya aku takleh tidur. Dan sebagai orang yang tidak ada ASTERUK maka pilihan siaran tidak banyak lah. TV1 dan TV2 tak terang. Malas nak terangkan siarannya. Maka terlayanlah aku sekejab drama airmata Maria nih. (Siap set timer, sebab aku tau aku akan terlelap semasa tengok cerita ni) haha

Sampai sekarang aku tak faham kenapa tajuk dia airmata maria. Sedih ke kisah hidup Maria? Sedih ke? Anak kesayangan mak ayah, kerja besar, kereta besar…lawa..takat gaduh-gaduh dengan adik beradik tu biasalah. Sedih ke bergaduh dengan adik beradik? Kalau begitu…aku nak terbitkan filem ‘Airmata Ezza’ pula. Selalu juga aku bertekak berebut-rebut mainan dengan adik aku dulu. Tapi takla lama sangat pasal aku tua 8tahun dari adik selepas aku. Aku dah besar panjang takde nya nak berebut-rebut lagi.

Goof yang aku nampak sepanjang aku tengok cerita ni malam tadi:

1. Maria dewasa, ada jerawat kat pipi kiri. Dalam imbas kembali..Maria zaman sekolah ada jerawat juga kat pipi kiri, Maria dalam remaja ada jerawat juga kat pipi kiri. Adeh…berapa tahun satu jerawat nak hilang ya? Menda kecil tapi lawak.

2. Maria dan PA ayahnya satu universiti kat Perth Australia. Aku ulangi satu universiti! Kenal pun sebab borak di kantin pejabat. Gile. Kata Maria kepada PA ayahnya ‘patutla rasa macam pernah nampak masa kat Universiti dulu’ Have you ever ever heard of Persatuan Pelajar Malaysia apabila belajar di luar negara?

3. Julia ponteng bersama kawan-kawannya di ibu kota tidak pergi ke kolej. PONTENG YA PONTENG! Tetapi bawa fail dan buku buku untuk pergi kelas. Ponteng berhemah nampak?

4. Roy Azman jumpa ex aweknya pakai spek mata hitam (Oh…aku rasa spek hitam patut diharamkan dalam drama dan filem Malaysia). Waktu shoot muka Roy Azman, selain nampak ex aweknya biasan cermin mata hitam itu, turut ternampak camera sebelah ex aweknya. Haha!


Goof lain tidak aku kesempatan melihat, ini kerana aku dah tertidur dan terbangun semula apabila alarm handphone berbunyi pada pukul 4.50am. Oh aku dah cakap, aku akan tertidur semasa menonton..mujur aku dah set siap siap timer untuk tv tu off.

Oh..rupanya filem dan drama Melayu ada formula: (as forwarded to my email, rasa nak berkenalan je dengan penulis adegan filem melayu dibawah ni..hehe) nah ini dia:

Adegan-adegan Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CE atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker?).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat.. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Kekejaman Di Mana Mana

Image Hosted by ImageShack.us


“Semalam, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dibogelkan dan disumbat dalam beg sebelum ditinggalkan di hadapan tangga sebuah bangunan di Taman Petaling Utama,di Petaling Jaya.

Ganjaran wang sebanyak RM20,000 ditawarkan kepada mereka yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam yang membunuh seorang kanak-kanak perempuan di Petaling Jaya semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM10,000 ditawarkan oleh MCA manakala RM10,000 lagi disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang tidak mahu dikenali.

Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi biro aduan MCA di talian 016-6367333.


Tenang raub wajahnya. Tidak setenang cerita disebalik kematiannya. Siapakah gadis kecil malang ini? Keluarga Nurin menafikan yang itu adalah Nurin, jadi siapakah dia? Siapakah gadis kecil yang menderita di saat – saat akhir kehidupannya ini.Gambar kanak-kanak malang ini diedarkan kepada semua media eletronik dan media cetak untuk edaran besar besaran dan diharapkan ada pihak yang mengenali mangsa.

Gadis kecil ini dipercayai di rogol sebelum di bunuh berdasarkan specimen asing di dalam alat sulitnya. Siapa? Siapakah yang berhati haiwan bernafsu binatang sanggup melakukan perkara sedemikian kepada anak kecil ini?

Benarlah apa yang Mastika dan Edisi Siasat war-warkan selama ini ‘Kita Semakin Kejam, Kenapa?’ Tak cukup akal fikirankah kita? Kalau nafsu yang dikejar..berlambak pelacur murahan di tepi lorong haji Taib menunggu untuk melakukannya secara professional dengan bayaran semurah RM20.00. Kenapa gadis kecil yang masih mulus fikirannya ini yang menjadi sasaran dan korban?

Aku harap pihak polis berjaya menyelesaikan kes ini. Aku berharap mahkamah berjaya mendakwa pembunuh kejam ini dan diberi hukuman setimpal dengan tindakbalasnya. Kalaupun suatu hari pembunuh kejam itu menyesal atas perbuatannya, usah diberi pengampunan. Satu nyawa telah melayang akibat perbuatan tidak bermoralnya…tidak ada kekesalan yang boleh membawa gadis kecil malang ini kembali.

Naluri aku kuat mengatakan gadis kecil ini merupakan warga negara Indonesia. Entahlah. Kerana jika dia rakyat Malaysia, pastinya kehilangannya telah menjadi sebesar cerita Yin dan juga berita adik Nurin. Entahlah…. aku yang cuma pandai buat spekulasi ayam.


Image Hosted by ImageShack.us

Photo Ehsan: New Strait Times

Tuesday, September 18, 2007

Pelangi Petang

Image Hosted by ImageShack.us



Declaration: Gambar di atas di cilok secara sukahati dan dengan kebenaran dari blog En Aizam

Nampak cantik sangat. Betul ke kat hujung pelangi ada orang renek? Haha!

Monday, September 17, 2007

Radio dan Ayu

Aku dah lama tak pasang radio. Semenjak ada tv ni lagilah. Sekarang Ayu pula jadi radio tak rasmi aku. Ayu sentiasa aware dan mengejutkan aku untuk pergi kerja kalau aku lambat bangun. Masalah sekarang ialah..hari minggu pun dia duk meng'meow' suruh aku bangun. Dan sekarang dia ada port baru untuk meng'meow' iaitu diatas radio disebelah katil aku. Dulu dulu kalau cakap 'Ayu..hari ni tak keje' maka dia akan berlalu...tapi sekarang dia dengki agaknya tengok aku tidur lagi walaupun aku cakap tak keje..dia masih lagi duk melanguk kat situ...

Argh..minah ni..dah kejut berkali kali pun tak bangun...tension pula aku jadi ayam. - detik hati Ayu
Image Hosted by ImageShack.us


Ha ada potensi nak bangun dah tu - detik hati Ayu lagi
Image Hosted by ImageShack.us

Dah bangun sibuk mensnap gambar aku pula..takpelah..posing skit - Detik Hati Ayu sekian kalinya
Image Hosted by ImageShack.us

La sama bulat pulak aku dengan radio minah ni - Ayu tengah mengukur ukur lilit badannya
Image Hosted by ImageShack.us

Ok...Minah tu dah bangun..aku pun dah rasa mengantuk dah ni... - Ayu kata lagi
Image Hosted by ImageShack.us

Now giliran aku pula tido..Harap tak kena kacau dek minah-minah dalam rumah ni - Ayu sign off
Image Hosted by ImageShack.us

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 11

Image Hosted by ImageShack.us


Episod kali ini amatlah dinamakan meraban dan mengarut. Kelucuan itu ada, tetapi amatlah mengarut. Sungguh sesungguhnya. (Yang tak setuju silalah baca juga, aku memang minat cerita ini tetapi kalau dah mengarut sesangat macam tidak kena konsep. Pada mulanya aku minat cerita ini adalah kerana ianya realistik. Apabila episode kali ini diubah menjadi episode meraban maka aku merasa agak kecewa)

berkisar pasal Irwan dan Sasha yang cuba membuat pembongkaran mengenai banglo yang dikatakan melebihi sempadan. Sasha membawa Irwan ke perkampungan rumah setinggan yang didakwanya pernah mempunyai tanah tetapi terabai akibat sikap tamak dan greedy manusia lain. Kemudian Irwan dengan penuh insaf dan tawaduknya telah menghubungi wartawan untuk membuat pembongkaran tersebut.

Wartawan tersebut meminta pelan tanah dan seterusnya berjanji akan menerbitkan berita tersebut di dalam akhbarnya dengan syarat salinan pelan tersebut diberikan sebagai bukti. Irwan agak keberatan tetapi bersetuju untuk memberinya (wow, private dan confidential macam tu boleh serah kat orang macam-macam tu je?)

Seterusnya berita tersebut diterbitkan di dalam surat khabar tabloid yang aduhai…melihat covernya sudah cukup sadis. Dan Irwan dan Sasha dipanggil ke bilik senior partner. Dan sahlah Irwan dipecat tetapi boleh buat muka tak ada apa-apa lagi. Padahal ikutkan, masa depannya dalam bidang itu sudah gelap gulita. Dan juga, Dato yang didakwa menceroboh itupun belum membuat sebarang tindakan. (Sapa perasan masa Irwan dan Sasha keluar dari bilik Mr apa tah, Sasha bergandingan lengan dengan Irwan, diaorang couple ke?)

Oh Mia pula sedih pasal rasa dia macam rasa terabai. Maka Eddy mengajak Puteri dan rakan-rakan yang lain untuk mengadakan ‘baby shower’ untuk Mia. Semasa di padang futsal, selepas berbual bual, Ling meminta bayaran untuk futsal dan terlebih seringgit yang digunakannya untuk membeli no ekor. Oh yang ini lagilah amat tak logik. Walaupun aku ni tak pernah berjudi..tapi tak pernah pula aku dengar tikam no RM1 dapat balik RM1,000,000.

Reza pula susah hati apabila melihat Ayu curang pada Ikan dengan berhubungan dengan En Razak. (eheh ini satu lagi dari awal tak logik!, 1. Kenapa Reza bersungguh nak tepati janji dengan Ayu tetapi tidak pula risau akan kawannya Ikan itu. Apalah sangat janji dengan Ayu yang memang dikenali sebagai gedik dan bitchy itu berbanding dengan Ikan? 2. Ikan hari tu mengedik dengan Dayang, tiba tiba sahaja now digambarkan bercinta dengan Ayu? Dayang pula nampak rileks je. Dan kes Ikan dan Dayang hari tu belum berakhir tau. Yang ada Dayang palsu duk mengedik dengan Ikan tu)

Ling turut hadir ke baby shower Mia. dan mengkhabarkan mereka semua menang RM1,000,000 tuh. Tak sensitive ke apabila geng geng itu bercakap pasal duit haram depan Ling? at least pakailah word lain. Dan yang melayu melayu semua tu macam tergoda je dengan duit tu siap imagine meraban tu apasal lak. Dan yang paling lawak, Dayang yang bagai warak awalnya tu siap leh imagine juga duit tu nak guna untuk apa. (Oh perasankah korang, masa Dayang letak duit RM200,000 atas meja pekerja Maybank tu…terselak pulak bawah duit seratus yang pertama tu..yang bawah bawah tu..kertas putih. Hehehe)

Oh sewaktu pulang dari baby shower, Ling diragut maka tiket loteri itupun hilang bersama.

Reza pula cuba memujuk Puteri yang merajuk akibat sikap berahsianya dengan membuat lipatan origami. Wah. gile setiap satu lipatan didalamnya tertulis rahsia-rahsianya. :D. Sekian sinopsis berserta tak puas hati aku minggu ini.

Bersambung.

Thursday, September 13, 2007

Gambaran Menjelang Bulan Ramadan

Hari terakhir makan tengahari agak sepi di medan selera Mutiara Bangsar. Agaknya semua orang makan lambat untuk latihan berpuasa pada hari ni kot.

Aku balik pukul 6.00 petang (walaupun waktu pejabat tamat pada pukul 5.00petang) kerana sudah terbiasa. Sementelah pada bulan puasa aku diberi kebenaran balik pukul 4.30petang. Oh pukul enam petang di Jalan Bangsar adalah waktu waktu kesesakan biasa. Petang hari pertama ni nanti tentulah lebih sesak daripada biasa. Tak kisahlah, sudah biasa dengan keadaan tersebut. Oh mungkin selepas 2minggu berpuasa, aku perlu menukar brake pad kereta kerana dalam bulan puasa kesesakan lalu lintasnya adalah lebih pelik daripada biasa.

Image Hosted by ImageShack.us

Aku menyusuri Jalan Bangsar ke Lebuhraya Mahameru Ke Jalan Tun Razak dan seterusnya aku buat keputusan untuk lalu Jalan Dato’ Keramat buat kali terakhir sebelum puasa sebab apabila puasa bermula aku lebih rela lalu tol RM1.50 dari menghabiskan minyak dan masa dan brake pad kereta aku di Jalan Dato’ Keramat. TETAPI..agak mengejutkan…(pada yang tak tahu Jalan Dato’ Keramat depan Pasar Keramat ni memang setiap hari jem teruk, ditambah dengan pasar Ramadan pada bulan puasa, maka aku akan mengelakkannya sejauh….mungkin). Menjelang Ramadan, duh kesesakannya sudah seperti Ramadan. Dari traffic light Nor kumalasari lagi dah mula pesta lampu merah. (Hehehe Nama lampu isyarat ini diberi secara tidak rasmi kerana disitu terletak sebuah rumah yang dikatakan berhantuuuuu….dan rumah tersebut pernah menjadi tempat pengambaran filem lakonan Nor Kumalasari)

Kebas doh kaki aku!!!!!!!
Image Hosted by ImageShack.us

Malamnya aku dan Deida keluar, (orang lain serbu pergi terawih, aku serbu pergi kompleks membeli belah..isk isk isk) Kami ke Jusco atas sebab-sebab yang tak boleh disebutkan disini. (Haha). Agak mengejutkan kerana Jusco amatlah lengang. Lebih lengang dari waktu bekerja. Lebih lengang daripada biasa. Tempat letak kereta lengang. Dalam mall lagilah lengang! Tak mengapa, memudahkan misi kami. Aku agak orang semua serbu pasaraya besar seperti Carrefour, Giant dan mungkin juga Tesco. Orang tidak mengejar Jusco untuk mencari barang dapur mungkin.

Image Hosted by ImageShack.us

Sementara menunggu Deida membayar, aku terperasaan bunga-bunga dijual di booth tepi Dunkin Donat. Eh.. bunga yang satu ini amat pelik. Tapi cantik lak bila hias ala-ala bunga! (Anjing berhias kot, ehehe)

Image Hosted by ImageShack.us

Selepas makan besar (konon), kami balik ke rumah. Kononnya tradisi sambut Ramadan dengan makan besar tapi peh…takde pun besar. Pesanan biasa-biasa sahaja tak sampai RM10.00 seorang pun :P

Singgah di Petronas mengisi minyak, sementara menunggu di dalam kereta eh aku terperasaan sebuah satria sama warna dengan warna Petronas tuh.

Image Hosted by ImageShack.us

Oh…aku lupa hendak menunjukkan laptop baru (running on Vista yang hampeh) yang menghiasi meja kerja aku sekarang. Selain sebuah komputer biasa dan sebuah Mac G4.

Image Hosted by ImageShack.us

Note lengan: Sekiranya anda menggunakan Outlook Express di atas komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows XP. Outlook Express tidak mempunyai spelling checker nya sendiri maka spelling checking hanya akan berfungsi sekiranya anda memasang perisian Microsoft Office. Bagi yang menggunakan Microsoft Office 2003 dan ke bawah, ralat / bug ini tidak menjangkiti anda.

Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan Microsoft Office 2007 (versi mana-mana pun) maka anda akan mengalami masalah kelakar ini. Outlook Express anda akan secara automatik mempunyai spelling checker dalam bahasa French DAN TIADA PILIHAN LAIN SELAIN ITU.

Microsoft tahu mengenainya dan mereka tidak ada kemahuan untuk membetulkan bug tersebut. (suck! x 100 untuk Microsoft team) Maka anda perlu mencari free third party spelling checker untuk Outlook Express anda di internet.

Wednesday, September 12, 2007

Media Di Malaysia

Aku terpanggil nak menulis mengenai media atas dua sebab yang aku rasa cukup mencengkam minda aku.

1. Pasal satu tulisan di Malaysia today berkenaan kesedihan penulisnya apabila akhbar melayu paling tinggi jualan adalah Harian Metro yaitu akhbar tabloid dan akhbar yang paling cepat berkembang adalah Kosmo yang juga tabloid.
2. Berkenaan rusuhan di Terengganu.

Ya atas dua sebab ini aku rasa meronta-ronta nak bagi pendapat dari segi pemikiran kolot aku sendiri. Aku tidak ada account di Malaysia today jadi aku tidak boleh membalas apabila penulisnya kesedihan mengenangkan sikap pembacaan rakyat Malaysia yang lebih memilih akhbar tabloid yang suka mengsensasikan cerita dari akhbar-akhbar yang lebih serius.

Aku ingin menjawab mengapa Harian Metro dan Kosmo mendapat tempat dihati orang Melayu yang didakwanya kurang suka membaca berita-berita serius. Suka membaca gossip-gossip dan berita-berita ringan. Suka untuk aku katakan ke dua dua akhbar ini datang dalam saiz COMPACT. Anda faham apa itu saiz compact? Maknanya saiznya yang sekali ganda lebih kecil dari akhbar akhbar berbahasa Melayu serius yang lain. Dengan saiznya yang kecil, mudah dibawa, mudah dibuka di dalam bas, mudah di selak sehelai demi sehelai dimeja makan, mudah di selak sehelai demi sehelai apabila menunggu giliran di pejabat pos, di bank, di kaunter kaunter bayaran segala jenis bil maka ke dua dua akhbar ini menjadi pilihan utama. Cuba bayangkan, membaca surat khabar Berita Harian atau Utusan Malaysia di dalam bas! Huh. Boleh membuatkan penumpang sebelah merasa annoy dengan anda!

New Strait Times yang dahulunya bersaiz gajah turut dicompactkan. Dulu jualannya selalu kalah dengan The Star yang bersaiz compact itu, tetapi kerana saiz mudah bawanya itu maka kini dia lebih berdaya saing sementelah pula apabila NST tidak mempunyai ketebalan seperti The Star yang iklannya sahaja melebihi bilangan berita! Apa yang ingin aku katakan, janganlah bersedih apabila akhbar akhbar rendah nilai perbincangan minda mendapat tempat teratas tetapi kajilah apa yang membuatkan ia mendapat tempat teratas. Orang kita bukan bodoh, orang kita bukan tidak peduli pada berita berita serius cuma kerana bahan berita serius datang dalam saiz gajah maka kita yang sentiasa bergerak ini memerlukan sesuatu yang mudah bawa.

Oh berkenaan isu ke dua, rusuhan (as per di hangatkan oleh berita berita arus perdana) berlaku di Terengganu. Yang menariknya, isu mengenai bendera Malaysia (aku menolak untuk memanggilnya jalur gemilang untuk sebab sebab yang aku nak simpan sendiri) yang dibakar lebih dibesar besarkan oleh media arus perdana berbanding dua peyokong parti pembangkang yang ditembak dengan peluru hidup yang sekarang cedera parah terlantar di hospital di Kota Bharu.

Image Hosted by ImageShack.us


Oh maafkan aku menyatakan hujah aku, pembakaran bendera oleh seorang manusia yang berseorangan dan tidak di ambil endah oleh orang lain malah tidak menarik perhatian orang lain langsung (as per photo) yang sedang elok di tangkap gambarnya oleh wartawan adalah amat menghairankan. Ikutkan gambar tersebut sahaja kita boleh tahu yang orang berkumpul berada jauh di belakang sana. Orang merusuh membakar bendera selalunya beramai-ramai. Kenapa ada pelaku yang melakukannya tepat dihadapan lensa kamera? Berseorangan, tidak mendapat perhatian..menutup muka seolah sudah tahu ini akan menjadi tajuk berita utama. Tak lain tak bukan, orang yang menangguk di air yang keruh! Upahan media barangkali untuk mensensasikan cerita. Spice up the story a bit..mengalih perhatian dari isu sebenar. Pembangkang mungkin membangkang ideologi party pemerintah tetapi amatlah mustahil pembangkang ingin kembali ke zaman pemerintahan British.

Bagaimana nasib yang tertembak di dada itu? Malang sungguh rakyat Terengganu. Kelengkapan hospital nya tidak setanding dengan hospital negeri terdekatnya. Dan amatlah lagi malang kepada yang tertembak itu, apabila beliau merusuh ditembak di dada…tetapi yang lebih di gembar gemburkan berita pembakaran bendera Malaysia oleh parti pembangkang yang disensasikan oleh media arus perdana dan parti pemerintah. Adakah pasti yang membakar bendera itu parti pembangkang? Belum, belum pasti. Malah pengenalan lelaki itu pun masih kabur. Jadi..bagaimana media dan pemerintah boleh begitu pasti? Oh ini kerana mereka mempunyai bola sakti yang boleh meramal muka dan undi makhluk bertopeng ini. Kelakar bukan?

Oh dan media arus perdana..sepatutnya juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk muncul di dalam sisipan akhbar dan kaca tv mereka untuk turut menjelaskan apa pandangan mereka pada kejadian tersebut. After all…there are always two sides to a story right?

Monday, September 10, 2007

Radio Kita

Mencari radio yang bermaklumat di Malaysia? Radio Bernama baru sahaja beroperasi. Setakat ini liputan hanya sekitar lembah kelang pada frekuensi fm 93.9. Mencari radio liputan keadaan lalu lintas sekitar bandar Kuala Lumpur di waktu puncak? Sila setkan frekuensi ke 92.7 fm Radio Kuala Lumpur. Banyak maklumat penting yang kedengaran di sini.

Mencari radio berhiburan tak bermaklumat, ya ampun banyak sekali! Mudah lagi mencari radio yang syok sendiri. Bukan satu, bukan dua tapi rasanya berlambak. Seorang kawan yang berada di dalam kereta aku meminta aku memasang radio Era semasa aku sedang mendengar radio KL. Jawapan aku simple ‘tidak, aku tidak set frekuensi radio era, di kereta atau telefon bimbit’. Maka sessi soal jawab mengenai radio bermula.

Kenapa ko tak set? Gila, macam tak caya sahaja ada orang macam ko.

Itulah reaksi sahabat aku apabila aku memberitahu dengan jujur, aku tak set radio meroyan itu di dalam kereta aku (Amaran Keras (bukan minuman keras)! Peminat radio Era sila skip entry ini dan datang melawat apabila entry lain ditulis, nanti tak setuju pula apabila aku condemn radio kesayangan korang itu).

Kenapa? Ya kenapa? Aku mula dengar tentang radio Era semasa di kampus. Masa ni dia baru je masuk Terengganu. Maka berduyun-duyunlah warga terengganu memasang siaran nya di sekitar kawasan kediaman siswi. Masa ni anti tu tidaklah, tetapi aku rasa ianya macam radio lain juga. Bila aku mula menyampah dengan Era??

Apabila mereka mempromosi artis artis AF sehingga lagu masa konsert pun di mainkan dalam radio. Aku tahu Era adalah radio rasmi AF tetapi setahu aku juga radio mempunyai standard tertentu apabila hendak memainkan lagu. Dan lagu cikai nyanyi di konsert dengan suara sumbang pun boleh lepas di radio, maka aku mula merasakan Era poyo!

Perlu aku tegaskan, aku bukan peminat Era dari mula kejadian Era ini. Maka apabila orang bercakap mengenai Jamal Jamaluddin, Linda Onn, Halim Othman, aku hanya terkial-kial. Malah tidak kenal dengan suara mereka ini. Sesekali aku tune juga ke radio mereka ini kerana pilihan radio melayu popular terhad. Selalunya aku mendengar radio Hitz dan traxxfm kerana aku ingin mempelajari bahasa Inggeris. Walaupun English mereka tidak perfect kerana siapa boleh perfect dalam perbualan malah bahasa melayu sendiri di dendangkan oleh DJ melayu sendiri pun salah tatabahasanya! tetapi at least memberi aku keyakinan untuk bertutur dalam bahasa inggeris.

Bila Era start meroyan? Oh soalan penting nih. Apabila Hotfm ditubuhkan. Apabila Fara Fauzana yang suam suam kuku di Era dipukau oleh media prima maka Era pun start meroyan. Semasa Fara di Era, Fara tidaklah sepopular mana. Fara tidak menjadi pengacara astro, fara tidak ada program tv sendiri. Fara Fauzana cuma popular apabila menjadi warga kerja Media Prima.

Apabila Hotfm AM Krew ke udara, maka Era mula gabra seperti kera kena belacan. Memancing Aznil dan Apek untuk menjadi DJ. Apabila rating Hotfm AM Krew mula meninggi (yeah sebelumnya Era tinggi pasal Seelan Paul disana, semua idea Seelan…dibawanya ke Hotfm) maka Era lebih meroyan. Dari dua krew pagi Khairil dan Kieran, Era membawa Raja Azura dengan harapan Raja Azura boleh menaikkan kembali rating pendengar. Tetapi percaturan itu memang tidak kena. Kenapa? Kerana bertiga membingitkan. Terlalu banyak mulut yang hendak bercakap. Dan suara Raja Azura sendiri bukan suara DJ. Jadinya kontrak Raja Azura tidak disambung.

Khairil dan Kieran kembali berdua untuk sementara. Oh kemudian Era tambah meroyan. Diangkutnya semua celebrity ke Era. Dari Krew Pagi ke Krew Senja. Ianya sudah menjadi Astro Ria version tak nampak muka. Krew paginya menyaksikan Khairil dikeluarkan dan diganti dengan Yasmin Hani dan AC Mizal. Hasilnya? Hotfm AM Krew menjadi rancangan pagi no satu Malaysia. Kelakar!

Oh Khairil yang disingkirkan, dicampakkan ke radio Xfresh. Radio yang dari awal meroyan keseorangan pasal tidak ada pendengar. Aku suka juga pada awal –awal concept ‘tiada dj diwaktu pagi diperkenalkan’ tapi lately aku mula merasakan Xfresh pun dah mula meroyan. Tiada concept sendiri sehingga menceduk nama-nama DJ popular. Fafau = Fara Fauzana ditukarkan kepada Sasau = Sara Sauzana yang suaranya seperti awek baru lepas buat seks. Tiada nama sendiri untuk digunakankah? Dari tag ‘Lain Beb’ kepada ‘Lain Punyer Hangat Beb’ Bukankah terang-terang meniru Hotfm yang tagnya ialah ‘Lebih Hangat Dari Biasa’ ke?’

Oh Khairil yang tersingkir tadi, sekarang menjadi superhero ‘Super K’ di radio Xfresh. Rasa nak tercabut wayar gelak aku apabila kedengaran ‘Jaga-jaga Super K kang datang yo’. Radio Xfresh sasarannya remaja atau kanak-kanak berusia kurang dari 12tahun???

Hitzfm, aku suka siaran paginya. Seperti yang aku katakan, aku suka dengar radio English kerana aku nak merasa confident apabila speaking. Rudy and JJ betul betul menggamatkan. Sentiasa ada kelakar apabila mereka ke udara. Panggilan hangit di Hotfm sekarang jelas meniru gotcha call mereka.

Dan kenapa sebenarnya aku up entry ini? Sebab masa pagi tadi..trafik amat teruk dari depan rumah aku. Semua radio di atas (kecuali KL.fm) tidak memberi sebarang maklumat trafik yang tepat melainkan KL.fm. Kesimpulannya, jika anda mencari maklumat-maklumat penting semasa, radio radio komersil di atas tidak memilikinya. Mungkin radio bernama mempunyainya. Aku tidak tahu, belum sempat hendak set frekuensinya di set hiburan kereta aku. Radio-radio yang tinggi ratingnya meroyan untuk mendapat pendengar dengan celoteh dan lagu-lagu indon sehingga tidak sempat hendak memberi laporan trafik yang tepat. Laporan trafik yang disediakan hanyalah sekadar memenuhi slot.

Image Hosted by ImageShack.us

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 10

Image Hosted by ImageShack.us


Shasha dah masuk internship kat syarikat Irwan itu. irwan bagi tugasan untuk buat beberapa perubahan kepada sebuah banglo di Banding. Semasa membuat tugasan tersebut, Shasha menyedari yang pelan tersebut melangkaui sempadan tanah (aku ingat misteri apalah sebab bunyi muzik latar macam menakutkan gile). Sasha jumpa Irwan, Irwan minta Sasha siasat dengan Pejabat Tanah. Walaubagaimanapun, Sasha tidak faham apa itu Pejabat Tanah sebab Sasha pergi tanya Dayang yang berasal dari Banding. Yang di confirmkan oleh Dayang yang tanah tersebut memang tanah dusun dan bersebelahan dengan tanah wakaf kubur. Makanya banglo Sultan Brunei (sebab besar banget tu) telah menyalahi undang-undang. Sasha terdesak untuk memberitahu keadaan tersebut tetapi Irwan tidak ada di pejabat dan Sasha terus berjumpa dengan senior partner syarikat dia bekerja only to found out…that kalau dah orang Pejabat Tanah dah luluskan, kita tak payah nak risau apa-apa.

Ok, itu pasal Sasha. Pasal teman lelaki Sasha pula yang hidupnya di dalam bilik sahaja itu. Haikal begitu tertekan dengan apa yang berlaku dalam hidupnya apa bila Sasha meminta putus sampai dia terfikir untuk membunuh diri dan asyik berkurung di dalam biliknya (well masa dia bercinta dulu pun , life dia dalam biliknya sahaja juga). Dia kemudian berjumpa pakar kaunselling (dan rasanya dia ni memang ada penyakit mental kot pasal aku dengar doktor tu kata ‘good to see you AGAIN’, mean dia dah penah jumpa la kot sebelum ini)

Reza pula memulakan internshipnya di sebuah law firm dan baru mengetahui yang Ayu psiko itu juga membuat intershipnya di syarikat berkenaan. Well ayu ni memang bitchy lah. Gedik macam kambing. (well maaf encik kambing biri-biri..jangan jadi zombie lak). Masa dia mengedik dalam pantry dengan Reza, dia kata nak buat air..tapi lepas ugut Reza untuk berkenalan dengan Ikan, dia tinggalkan cawan kosong atas meja lak.

Puteri perasan yang Reza lain macam sejak memulakan internshipnya. Tak lama lepas itu, dia dapat tahu Reza membuat internship bersama Ayu. No wonder muka Reza adalah muka trouble. Puteri dan geng ke gelanggang futsal. (tak main pun, lepak tepi padang je borak-borak). J pula nak masuk One In A Million (bagus lah promote, rasa cam suam suam kuku je program ni sekarang, sementelah semalam dan kelmarin adalah sessi ujibakat di Times Square) dan mengajak Dayang menemaninya. Heheh bab ni lawak, apabila Dayang kata ‘bab tunggu dalam barisan lama-lama ni dia malas’ Dulu tak beratur ke dalam nak joint AF? kekekeke.

Macam yang dijangka Dayang berjaya manakala J gagal. Kelakar bila tengok Syafinaz dan Paul Moss dalam Gol and Gincu (as juri OIAM of course). Dayang decide tak nak teruskan sebab nak jadi orang biasa. (HAHAHAHAHAHA) Ikan pula dah terkena gedikan ayu.

Suatu hari Reza balik lambat dari kerja (well intern balik lagi lambat dari staff, kagum!) ternampak Ayu baru lepas project (kot) dengan senior partner. Siap nak sambung dekat rumah tu….continueeeeeee

Friday, September 07, 2007

Garisan Kuning Untuk Berhenti

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar percubaan menggunakan telefon berkamera baru beli (gambar telah di reduce scalekan) . Hasilnya? Puas hatilah. Apapun aku tertanya-tanya, kenapa orang kita begitu bersungguh sungguh untuk berada di atas garisan kuning? Contoh seperti diatas. Hingga sanggup tidak memberi ruang kepada lalulintas lain?

Apakah yang pemandu perlukan, selain iklan lalulintas di televisyen yang menayangkan perbuatan yang tidak senonoh ini?

Thursday, September 06, 2007

Ashraf dan Bunga

Image Hosted by ImageShack.us

Wah.. mesranya pasangan ini bercumbuan... lensa kamera itu tajam. Jangan kerana berada jauh dari Malaysia, maka kita bebas bercanda sakan di tepi pantai! Inilah hasilnya. Gambar-gambar cumbu mesra Ashraf dan Bunga sila click disini as forwarded to my email!

Jangan salahkan teknologi. Tiada gambar forward tanpa pelaku!

Tetapi mereka artis maka beginilah nasib mereka....kalau hendak diikutkan yang tak artis...siap rakan 3gp tak pakai baju pun tak popular ke mana!


ASHRAF AKUI CINTAKAN BCL

Oleh: sup ekor

"Saya akui saya dan Bunga Citra Lestari BCL memang bercinta," demikian luah Ashraf dalam sidang akhbar yang dilakukannya di The Curve, Mutiara Damansara pada 3 September 2007.

"Gambar yang diambil itu merupakan percutian romantik antara saya dan BCL. Bagaimana Paparazzi boleh mengambil gambar itu, saya sendiri kurang pasti kerana masa itu saya dan BCL berkelah bersama-sama beberapa rakan lain.

"Memang saya akui tertekan dan kecewa dengan penyebaran gambar tersebut, namun ia memberi satu pengajaran pada saya. Semua orang membuat silap, jadi saya sedang belajar dari kesilapan!

"Kami baru kenal 3 bulan (April 2007) apabila bertemu dalam Beat TV. Namun apa yang boleh saya katakan, BCL merupakan gadis yang berjaya memikat hati saya. Kedua ibu bapa kami telah mengetahui hubungan ini, dan mereka semua merestuinya," tambah Ashraf.

"Di sini saya nak minta maaf pada semua peminat dan sesiapa sahaja berhubung penyebaran gambar itu. Dalam hal ini, memang saya amat berhati-hati... namun ia terlepas juga. Saya harap peminat faham dengan situasi ini," ujarnya.

Ditanya mengenai sejarah silam BCL yang sering mempermainkan perasaan lelaki, katanya dia mahu melupakan itu semua. Sejarah biarlah tinggal sejarah kerana apa yang penting dia mencuba untuk menyintai BCL sepenuh hati.

"Ikhlasnya, saya tetap malu dengan apa yang berlaku. Tentang pandangan orang mengenai saya dan macam-macam lagi. Bila jumpa orang dan mereka tegur saya, hati saya jadi gentar apakah orang itu dah lihat gambar tersebut? Namun dalam hal ini, saya kena jadikan ia sebagai cabaran masa depan. Yang lepas tu biarlah berlalu," jelasnya bersungguh.

Mengenai perkahwinan, katanya dia belum terfikir ke arah itu lagi. Jelas pelakon dan pengacara itu, dia kini mahu tumpukan perhatian terhadap isu ini dahulu termasuk mengendalikan program bersama Astro.

"Perancangan masa depan saya ialah untuk membuat produk sendiri bagi stesyen TV. InsyaAllah ia mungkin akan dilaksanakan mulai tahun hadapan," ujarnya.

Lorong Kanan Untuk Semua!

Image Hosted by ImageShack.us


Oh … seperti entry sebelum ini, aku ingin menyatakan aku baru sahaja kembali ke Kuala Lumpur selepas balik bercuti di kampung halaman di Terengganu. Apa yang aku perasan, di Terengganu, lorong kanan jalan (sepatutnya lorong laju) adalah lorong untuk semua. Anda faham apa maksudnya?

Maksudnya semua kenderaan menggunakan ke dua-dua belah jalan dua lorong sebagai lorong biasa. Tiada istilah lorong laju di Terengganu (well at least tidak di atas Jambatan Sultan Mahmud). Jika anda ingin memotong maka anda perlu membuat selitan-selitan tahap sarkas untuk memotong dan melajukan kereta seperti berada di dalam sarkas juga.

Aku yang sudah terbiasa menjadikan lorong kanan sebagai lorong laju…hanya mampu bersabar. Aku tidak pasti dengan negeri-negeri lain tetapi bagi aku, pemandu di Terengganu sepatutnya lebih peka dengan keadaan jalan. Sejak bila lorong kanan menjadi lorong biasa? Cikgu sekolah memandu terlupa hendak membicarakan tentang apa itu lorong kanan semasa dalam kelas pemanduan mungkin. Aku bukan bercakap mengenai satu kereta….aku bercakap mengenai purata kenderaan! Ya Lorong Kanan Untuk Semua! Boleh anda dapati dengan mudah di Terengganu!.

Kembali ke Kuala Lumpur. Aku rasa rata-rata warga bandaraya serba moden ini tahu lorong kanan itu memang untuk lorong MEMOTONG atau lorong laju. Aku selalunya sentiasa berada di lorong kanan kerana aku selalunya lebih laju dan adalah tidak boleh berada di lorong tengah kecuali kalau aku betul betul nak rileks dan leisure tengok jalan yang amatlah jarang aku lakukan. Aku juga tidak segan untuk beralih ke lorong kiri apabila aku lihat kenderaan yang lebih laju berada di belakang aku. Aku takperlu menunggu sehingga orang memflashkan lampu untuk beralih.

Di sini ada banyak spesis pemandu (tak kiralah samada lelaki, perempuan, orang tua, budak sekolah) yang sudah terang lagi bersuluh. Bawa kereta pada kadar 50-60kmj tetapi tetap mempertahankan lorong kanan seolah-olah kereta dia tak mampu ditewaskan. Orang begini memang sakit mental. Apabila kita memberi lampu tinggi pun masih tidak berganjak atau mencucuk dengan kadar dekat juga tidak reti bahasa memang sahlah orang begini sakit mental tahap kronik.

Semalam, semasa memandu pulang di Lebuhraya Mahameru, di depan aku adalah sebuah Kenari (pesakit mental), yang memandu pada kadar 40kmj di lorong laju dan di depannya tidak ada kenderaan yang rapat (malah tidak ada kenderaan langsung sehingga 1kilometer seterusnya). Semua yang ingin memotong, samada putus asa selepas tak reti bahasa apabila di cucuk dan di flashkan lampu tinggi tetap tidak berganjak maka terpaksa mengambil tindakan drastic memotong dari kini. Oh…semasa aku memotong dari kiri juga, pesakit mental didalam kenari ini rupanya sedang menjadi monyet jadian bergayut di telefon bimbitnya. Ini adalah pemandu yang tidak bertanggungjawab. dan merasakan dengan memandu pada kadar 40kmj dia layak berada di lorong memotong!

Jadi…adakah betul, lorong kanan untuk semua? Entahlah..sesama kita tentukan apabila berada di jalan raya nanti.

Image Hosted by ImageShack.us


Foto ehsan dari potongqueue fotopages

Wednesday, September 05, 2007

Air Mata Maria

Lagi satu drama keluaran Skop Production. Hasil karya Datuk Yusof Haslam. Ok. Habis pengenalan cerita. Kita kembali ke sessi kutuk kaw kaw drama terbaru DYH ini. Seperti yang kayu_ria katakan, aku memang suka mengutuk drama dan filem melayu. (Kalau dah jalan cerita / prop atau segala-galanya macam kayu (bukan kayu_ria, ianya adalah layak diromen ops di komen sesedap rasa ala-ala serbuk perisa terbaru Maggie.)

1. Kita sedia maklum rumah DYH tu besar, bertingkat-tingkat…berhektar-hektar (fuh tipu banget). Apakah ini dinamakan kes jimat belanja kerana didalam setiap drama dan filem DYH menggunakan rumah sendiri untuk pengambaran. Ini bukan dengki, ini bukan cemburu tengok rumah besar gajah dia, cuma boleh tak pakai set lain yang menampakkan kelainan. Sembulu the series rumah itu, Maria Mariana rumah itu, apa tajuk cerita kat TV2 tu? Bara kot?. Kalau semua scene kat rumah dia tak kira apa filem dan drama baik sahaja ditukarkan tajuknya kepada ‘DYH House for Acting’

2. Kebanyakkan drama DYH ini mesti diinspirasikan dari filem-filemnya yang pecah panggung satu ketika dulu (Aku rasa kalau sekarang dia buat filem cintan karat tayang kat panggung jumlah tiket tak laku lagi banyak dari tiket yang dicetak!). Dia tak ada idea baru yang segar ke untuk diketengahkan?

3. Ok berbalik kepada airmata maria nih. pelakon utama Danielle (lebih kurang macam tu lah ejaan namanya), masih underage. Umurpun belum sampai 17tahun berlakon jadi Executive Director. Aduh, mengapa? mengapa? kesian aku melihat pelakon tersebut cuba menjadi seseorang yang jauh lebih berusia dari usianya yang sebenar

4. Skrip, masih lagi seperti kayu dan tunggul pokok.

5. Oh adegan orang gaji berlari-lari dari dapur bawa makanan yang telah dimasak. Dialog yang sama, ‘mai dah mai dah…ayam kari mai dah’ (Itu untuk makan malam)..Esok paginya ‘mai dah mai dah’ (Kalut macam malam tadi juga)

6. Nasib baik Wajalution bukan kereta kuning sembulu yang digunakan. Kalau tidak memang confirm ini adalah sembulu jadian. Apapun tuan punya Wajalution patut merasa bangga kerana berani meminjamkan kereta panasnya kepada set pengambaran ini.

7. Bilik Datin (huh another datuk datin story..wekkkk) susun aturnya sama dengan bilik Zeti sembulu kasih. aduh, kotya pun tempat sama, tukarlah sedikit susun aturnya.

8. Mana Ina Naim ni. Tak sabar aku nak kutuk kaw kaw fenomena icon gadis teraniaya itu berlakon.

9. Oh, lagi watak watak orang tua dipaksa menjadi budak sekolah. huh! sepertimana aku geli mata apabila Hans Isaac, Rusdi Ramli, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam QKQI jadi budak sekolah begitulah geli dan sakit mata aku apabila watak-watak orang tua lama dalam this Air Mata Maria jadi budak sekolah. Zaman sekolah dulu malas sekolah, ponteng nak jadi artis…dah jadi artis umur 30 barulah terhegeh-hegeh nak masuk kawasan sekolah berlakon jadi budak umur 15tahun. Fakap betul!

Sekian…senarai ini akan diteruskan sekiranya aku dengan gatal bijik mata menonton lagi drama ini pada minggu depan!

Tuesday, September 04, 2007

Ganu trip!

Bagi yang tak tahu, aku adalah warga negeri Terengganu. Di lahir, dibesarkan, sekolah, mendapat pendidikan peringkat tinggi pun di Terengganu juga. Pendek kata, aku dan Terengganu memang aku dan Terengganulah. Aku balik ke daerah aku iaitu Besut pada 29 Ogos 2007. Nak sambut merdeka di kampung!

Bertolak pukul 5 pagi…jalan sedap. Sejuk. Kereta pun tak banyak. Lori je banyak. Ayu pun balik bersama dalam trip kali ini. Macam trip-trip sebelum ini, Ayu akan jadi pendiam dan penakut tahap gaban apabila dibawa keluar dari rumah sampai tak bersuara pasal sepatah meow!

Gambar Ayu dalam cage dengan muka kesian dan sesatnya
Image Hosted by ImageShack.us

Perjalanan best, lebuhraya dah sambung sampai Jabor. Tapi satu yang tak menariknya, aku tak tau nak masuk jalan Felda kat mana. Sebab selalu aku guna exit Kuantan. Terpaksalah aku lalu jalan-jalan utama (menambahkan lagi kelambatan perjalanan aku). Lampu isyarat, lori, kereta banyak. Oh dan lama kelamaan apabila aku dah berjaya jumpa jalan yang keluar dari jalan utama, aku mula rasakan kereta aku perlahan. Tadi boleh tekan 130, now 105 sahaja. Serius cakap, aku nak muntah pasal lama sangat dalam kereta dan perjalanan menjadi perlahan.

Jadinya aku sampai ke rumah aku di kampung pada pukul 12.30 tengahari. Iaitu 7 jam setengah sebab kondisi jalan dan juga kondisi kereta aku yang perlahan bagai kereta lembu.

Esoknya aku ke bengkel kereta. Untuk selesaikan masalah kereta aku yang perlahan bagai mengayuh basikal itu. Tetapi tak selesai juga! Lepas tu ke pantai Bukit Keluang. Cantik..bersih. Aku bangga betul pernah bekerja di Port Dickson yang mashur itu sedangkan aku terlupa kampung halaman sendiri begitu banyak pantai yang boleh aku banggakan dan lagi cantik dari Port Dickson tuh. Makan-makan keropok dengan Zaimin dan Alif (heh adik adik aku) Lepak-lepak main air pantai. Orang tak ramai pun, mungkin sebab hari bekerja kot?

Bukit Keluang….gambar agak hampeh
Image Hosted by ImageShack.us

31 Ogos, aku ke La Hot Spring. ayah aku nak berendam dalam kolam air panas. Mujur juga pergi awal, orang tak berapa ramai. Yang boleh aku katakan, kolam air panas itu memang best. Memang iyanya begitu berkesan untuk aliran darah lah aku rasa. Aku ada bukti yang ianya berkesan serta merta kepada aku. Dan aku bangga juga sebab penjaga tempat tersebut tak banyak berkira. Ayah aku pening lepas mandi, dan aku minta izin untuk bawa kereta aku masuk sampai ke dalam. Dia tak banyak soal bagi je masuk. (in fact, satu-satunya kereta yang masuk sampai ke dalam, adalah kereta aku). Kalau di kota-kota besar, kerenah birokrasinya tinggi sekali, tetapi di kampung-kampung..nilai timbang rasa tu lebih besar. Peraturan ada pengecualiannya.

1 September, aku ke pantai Benting Lintang pula. Pun tak ramai orang. Lepak-lepak guling dalam air…sambil cari remis. hohoh..hampir nak terbakar muka cun haku. hahaha. Banyak aktiviti aku buat sebenarnya.

Ayu dah mula tension duk kat kampung. Maklumlah dia kucing yang merasa selesa di rumah di kuala Lumpur sahaja. Dia tak selesa di tempat yang dia tak biasa. Maka dia mulalah buat muka dan mengigit aku dengan harapan aku cepat bawa balik dia ke rumah. Dahlah takde orang layan sangat pasal sifat penakutnya yang menyusahkan orang itu.

Image Hosted by ImageShack.us

Ini pula basikal patriotik.
Image Hosted by ImageShack.us


Bersama tuan punya basikal pula. Basikal patriotik ini adalah hasil kerja tangan tuan punya basikal itu sendiri.
Image Hosted by ImageShack.us

Semalam, aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Baru 15 minit perjalanan, aku sudah mula merasa nak muntah. Kereta aku masih perlahan dan aku kena bersabar untuk sekurang-kurangnya 6-7jam lagi. Perlahan-perlahan pun, berani lagi memotong di garisan berkembar yang selamat dan memotong 2-3 buah lori serentak. Dan nasib baik juga kereta aku perlahan, kalau tidak mesti dah kena speed trap kerana aku dapat mengesan 2 lokasi ber POLIS sedang shoot kereta kereta laju. Hehehe

Image Hosted by ImageShack.us


Nah..gambar lebuh raya pantai timur yang sepi.
Image Hosted by ImageShack.us

Semua kenderaan lain dah jauh meninggalkan aku. Kalau sebelum ini, selalunya aku nak berpesta memotong kereta lain, nah kali ini aku berpesta membawa kereta mengikut had laju. Sempat berjumpa dengan kemalangan-kemalangan ngeri di LPT dan di Lentang. Sebuah pacuan 4 roda menjunam ke dalam gaung dan sedang diangkat oleh penunda lebuh raya.

Apapun akhirnya aku tau juga macammana nak masuk ke laluan bukan utama dari exit Jabor. Lain kali aku balik tak perlulah aku masuk laluan utama ke Kuala Terengganu lagi dah. Dan aku menyampah dengan keadaan jalan raya….manjang ada pembinaan..

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 9

Image Hosted by ImageShack.us


ok..lambat pula nak synopsis episode kali ini. maklumlah baru balik kampung semalam. Episod kali ini mengisahkan Mia pergi jumpa keluarga bakal madunya yang lebih tua dari dia. Serius aku bengang gila tengok Mia. Dia bodoh ke dia bangang? Apart from jumpa keluarga bakal madu, dia juga setuju untuk menguruskan pernikahan bakal isteri kedua Jeff itu. Pada hari pernikahan Jeff dan isteri barunya, anak-anak tirinya mendapat tahu yang Jeff telah mempunyai isteri selain dari ibu mereka. Dan mereka agak tidak puas hati berkenaan itu. Yang menyakitkan hati, Jeff boleh salahkan Mia pula… Huh.

Riki pula tak taulah, tiba-tiba kena pulang ke Montreal? Dia bukan kerja di Malaysia ke selama ni? Entahlah, setiap watak tak tahu kerja apa. So tinggalkan Puan Aina di Kuala Lumpur menanggung rindu.

Dayang dan kawannya minat nak masuk pixturemax. Zie mencadangkan kepada Dayang supaya berhubung terus dengan J. J pula naik angin. (macam awek period daa) Tapi apapun akhirnya dorang berkawan semula. Siap J belikan ticket untuk tengok wayang di GSC lagi.

Sasha pula fobia nak lintas jalan. Masa ni dia kelihatan hopeless sangat-sangat. Nasiblah ada abang Irwan yang cool itu membantu dia mengatasi fobianya itu. Tapi paling sweet apabila, Sasha dan Irwan layan main sms sesama. Bila Sasha ucapkan terima kasih tolong dia atasi fobia (because fobia ni, dia nak berhenti dari kerja..maklumlah tak boleh lintas jalan, tak boleh ke mana-mana) Dan Irwan membalas mesej tersebut ‘Sama-sama, I cuma malas nak jadi intern baru sahaja’ Oh ada sesiapa perasaan yang dalam bilik Sasha ada lambang women?? hehehe 3R 3R…muahahahaha

Oh ada sesiapa tengok Gold an Gincu the Movie? Hanya untuk refresh balik memori ya. Dalam movie, setiap karektor cuba bercakap dalam bahasa melayu. Tetapi dalam the series banyak bercakap dalam bahasa Inggeris.