Wednesday, August 15, 2007

Vista Start Menu

Mahukah anda untuk menggunakan Start Menu (Menu Permulaan?) sistem pengoperasian Microsoft Vista di komputer anda yang tidak dilengkapi dengan sistem pengoperasian tersebut? Contohnya anda menggunakan sistem pengoperasian XP atau 2000 tetapi teringin untuk menggunakan Vista Start Menu kerana ianya cantik dipandang mata dan mempunyai fungsi-fungsi yang sangat menarik untuk digunakan?

Ya. Saya mahu!

Screenshot kecil.
Image Hosted by ImageShack.us

For bigger picture click here untuk melihat Start Menu Sistem Pengoperasian XP saya yang diubah kepada Vista Start Menu.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi ke Vista Start Menu atau click link terus ini Vista Start Menu Setup Freeware untuk memindah turun perisian berkenaan. Kemudian anda perlu meinstall perisian tersebut. Dan kemudian..walla…. Vista Start Menu anda sedia untuk digunakan.

Sesuatu yang menarik pasal Vista Start Menu kerana kita boleh besar atau kecilkan tulisan di start menu, kita boleh tengok keseluruhan program yang ada dengan adanya butang ke kiri dan ke kanan disebelah hujung.

Sekiranya anda ingin menukar kembali ke Start Menu asal, anda boleh berbuat demikian dengan menekan butang ‘Customize’ disebelah kanan Start Menu dan seterusnya pergi ke Sytem Integration. Uncheck butang ‘Replace the system Start Menu’. Dan Start Menu sistem pengoperasian asal akan dikembalikan. Inilah bahagian paling bagus dalam perisian tambahan ini kerana kita boleh kembali ke menu asal.

Sekian dari saya pengguna Microsoft dan Macintosh tegar.. :)

3 comments:

mayatkeras said...

BUkan ke Vista start button dia bulat....hehehe

ezza erisa said...

itu kalau bebetul Vista bang..:P
kalau dah XP nak pakai baju Vista..adalah jugak jadi XP nye..hehehehe

iCalvyn said...

vista is a nice windows, i does have opportunity to tough on it yet...