Thursday, August 16, 2007

Tiada Tajuk Sesuai

Masa memandu balik semalam, dalam-dalam kesesakan lalu lintas tu, aku sempat duk berangan angan. Eh bukan aku sempat duk berfikir-fikir dimana pendirian aku.

Dulu masa dalam umur 5-13 or lebih aku merasakan agama Islam itu benar sebenar-benar agama yang patut dianuti oleh semua orang adalah kerana di televisyen di siarkan Azan setiap waktu sembahyang, Dan tak siarkan pasal agama-agama lain. Malah kat TV2 ada wawancara dengan pelbagai kaum yang beragama Islam. (Masa ni siaran yang terang hanyalah TV1 dan TV2). Kemudian apabila TV3 wujud dalam kehidupan seorang aku, aku bertanya lagi. Kenapa TV3 tak azan apabila TV1 azan? Apakah Islam itu bukan agama yang benar?

Dan apabila aku makin dewasa, aku mula faham kenapa setiap kali waktu sembahyang, dikeudarakan azan di siaran TV. Kerana agama rasmi negara Malaysia adalah agama Islam.

Kemudian aku tertanya-tanya pula..bagaimana kejadian tuhan. Kalau tuhan menjadikan manusia maka aku berfikir mestilah ada yang menjadikan tuhan. Aku bertanya kepada keluarga, jawapannya jangan di tanya soalan tersebut. ‘Tak baik tanya camtu, berdosa’. Aku terdiam dan makin keliru, aku sembahyang, aku mengaji tapi aku masih tidak ada asas kukuh. Aku cuma sembahyang sebab dipaksa. Aku cuma mengaji sebab semua kawan-kawan sekampung pergi mengaji dan aku tidak boleh terlepas daripada trend pergi mengaji.

Kemudian aku masuk sekolah beragama, maka disinilah aku belajar tentang apa yang aku nak tahu. Aku tanya ustaz dan ustazah.. siapa yang menjadikan tuhan? Kerana setiap sesuatu itu pasti ada kejadiannya. Jawapan seorang Ustazah, balik baca Sifat 20 dan Sifat Mustahil bagi Allah. Esoknya aku berjumpa ustazah itu lagi. Dan aku rasa puas hati. Rupanya apa yang aku cari selama ini ada. Cuma entah bagaimana keciciran dari kotak pemikiran ramai umat Islam. (termasuk aku)


Image Hosted by ImageShack.us

Kemudian semasa aku disekolah menengah..sibuk dengan pilihanraya. Ada yang sokong parti Hijau. ada yang sokong parti Biru. Dan kemudian aku yang dibesarkan oleh keluarga berparti Biru merasakan parti Hijau tidak benar. Maka aku benci sebenci bencinya pada parti Hijau. Sampailah negeri aku diperintah parti Hijau. Aku benci juga.. Aku anti dengan parti hijau sampai aku benci dengan warna hijau itu sendiri. Aku dibesarkan dengan ideology Biru sampai aku tak boleh terima apa akhbar harakah tulis. Malah masa belajar di KUSZA aku dikelilingi dengan golongan hijau extreme yang menambahkan kebencian aku kepada parti tersebut.

Kemudian setelah beberapa lama, aku sedar, aku neutral. Aku bukan Biru aku juga bukan Hijau. Aku mula suka warna Hijau (ya..blog aku theme colour hijau yo!). Aku berhenti bercakap mengenai parti. Aku mula memandang dunia dari perspektif yang lebih luas. Siapapun di atas, bukan rakyat yang menjadi keutamaan. Semasa Biru memerintah negeri aku, Hijau menjanjikan banyak benda. Kemudian Hijau mengambil alih nah..datang Biru dengan wang Ehsannya. Sekarang Biru memerintah, ya…aku tak merasa banyak bedanya. Selain wang Ehsan yang ditarik balik dan kerja lebih masa yang dibayar dengan duit.

Nah sekarang sudah tiba pula zaman orang memperkatakan musim pilihanraya, aku sendiri tidak tahu dimana pendirian aku. Hijau atau Biru. Tetapi kerana keluarga aku yang beridealogi biru maka besar kemungkinan kalau aku balik untuk membuang undi maka itulah pilihan aku. Selepas apa yang berlaku, nah ternyata keluarga aku lebih gembira dibawah kebimbingan Parti Biru.

2 comments:

aizam said...

wah berpolitik nyer dia.. Sebaik-baiknya kita bersikap neutral. Jgn tgk siapa sokong siapa tapi yang penting kena tahu hal ehwal semasa dlm ertikata lain pengetahuan Am kena amik tahu supaya ilmu meluas.. btw setiap sesuatu ada kelebihan dan kekurangan jadi yang penting disini ialah pendirian kita terhadap diri kita.

p/s: thn ni nak pangkah parti K-KAR lah :D

ezza erisa said...

tula..kena cari pendirian sendiri which dah ilang dalam gua mana tah...kena gali cari lagik..

ps: pasti parti KCAR menang punyalah...ramai follower neh...hehehe