Friday, August 17, 2007

Persona Anyone?

Gosh, after all the rumours and pictures of the new Proton car on net, now…the truth is revealed.

Persona. Begitulah bunyi namanya kereta baru dari Proton ini. Gen2 yang dipanjangkan bahagian belakangnya dan diberi nama lain? Adeh. kenapa??? Kenapa mesti pakai nama lain kalau rupa bentuknya sebiji macam Gen2? Seperti juga aku tidak faham apabila Waja yang dipertingkatkan keupayaan enjin menjadi 2000cc ditukarkan namanya menjadi Chancellor. Siapa yang mereka ingin perkotak dan katikkan? Sampai hari ini aku tak boleh nak bezakan mana satu Waja mana satu Chancellor. Pendek kata, semua yang berupa seperti Waja, aku panggil Waja.

Dan aku rasa tidak mustahil kalau nama Persona tidak diguna pakai oleh orang ramai. Mesti ada yang lebih selesa menyebutnya sebagai Gen2 sedan. Secara faktanya Persona itu sendiri susah untuk disebut dan dibunyikan. Bukankah perkataan sebenarnya dalam bahasa Malaysia (read: Bahasa Melayu) adalah Pesona? Dimana datangnya huruf R itu? (Betulkan saya kalau silap, saya memang tak menghafal kamus dewan bahasa dan pustaka)

Atau ianya strategi pemasaran? Strategi pemasaran yang bagaimana? Ya Dipasaran luar negara. Persona diwar-warkan untuk mengantikan Wira. (Ops. bukankah Gen2 dahulu semasa perasmian dikatakan juga sebagai penganti Wira?) Mari aku bercerita. Wira di Malaysia dikenali sebagai Persona diluar negara. Jadi apabila Persona baru (gen2 sedan) diperkenalkan untuk mengantikan Wira di Malaysia ia juga akan mengantikan Persona (WIRA) diluar negara. Sepertinya Persona rupa baru mengantikan Persona lama. Begitu sahaja.

Persona bersaing dengan kereta apa? Mengikut temubual semasa perasmian kereta terbaru Proton ini, mereka mengatakan boleh bersaing dengan Myvi dan Viva. Aduh. aku rasa terhibur sekali. Jelas sekali Myvi dan Viva berada dikelas yang berbeza. (dari segi harga mungkin, dari segi kelas enjin. berbeza dung).

Aku merasa Persona sebenarnya bersaing dengan model kereta Proton yang lain seperti Gen2 dan Waja. Apapun aku suka Persona. Harganya murah, rupa bentuknya agak menarik. Aku harap Persona boleh memulihkan imej Proton kerana Persona sangat cantik. Secantin Gen2 dan Satria Neo. Kereta Proton generasi baru. ;)

9 comments:

Saya tujukan kiriman blog ini pada anda said...

sebol

Wawa said...

suamiku kata kalau aku tak beli vios aku akan dapat persona (bacva; dia akan suggest persona, bukan belikan).

oh

aku tak suka gen2 like.

interior dia semak.

aku dah cukup puas hati dengan vios.

Anonymous said...

semua orang ada citarasa masing-masing cuma jangan suka jadi 'Basher'..

I like my Gen2 very much dan prestasi dia cukup membanggakan selepas aku balik dari Kelantan semalam..pick up semasa memotong bas dan lori balak cukup baik walaupun aku bukak aircond..

~venomie~

ezza erisa said...

vios cantik tapi rekaan dashboard depan dia hehehe sama cam kancil haku...heeee

v, eeerk...mana ada aku kata gen2 huduh? baca baik baik..aku puji gen2 dan neo as new generation of proton....hehhe

Wawa said...

nobody bash persona or gen2.

aku cuma ckp aku rasa interior dia semak.

yep vios punya meter panel tgh2 mcm kancil.

i used to drive a kancil remember?

so i hv no problem with that.

:)

ezza erisa said...

wawa, tula....ada lah member aku kutuk2 pakai dashboard kancil belalang cakap cam orang teleng la..apa lah...suh tukar dasbboard L5 or so what ever.....

pehtu aku dengan bangganya akan reply
meter kancil belalang ni inspired by vios ho...jgn jeles

heee

Anonymous said...

tu la...aku peratikan asal ada thread proton mesti ramai yang jadi basher..tak tau kenapa..seronok kot?

~venomie~

jis said...

actually, the word persona exist, only it is not in BM. as u can see the word impersonate defintely comes from the word persona.

agaknya proton dh xmo pakai BM lagi kot? huhuhu.

ezza erisa said...

seronok juga...tambah seronok apabila Proton dengar apa yang pengguna nak.

Apapun..kita kena berbangga dengan Proton ni sebab dia ni barulah betul-betul kereta nasional. yang ke dua ketiga ke empat tu.....nasional ayat je...:D

jis. aku try google persona...dan aku dapat maksud 'A persona, in the word's everyday usage, is a social role or a character played by an actor. The word derives from the Latin for "mask" or "character", derived from the Etruscan word "phersu", with the same meaning.'

hehe