Tuesday, August 21, 2007

Peliknya Sensitif Itu

Contoh 1:
Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi: Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman: Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan: Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman: Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab: ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan: Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!!

Reaksi orang kita: Gelak terbahak bahak. Peliknya kita tak sensitif langsung yang lawak itu sebenarnya mempersendakan agama sendiri. Seolah dah jadi trend apabila orang beragama lain mempersendakan hukum hakam agama mereka, maka kita pun turut serta. Pelik bukan?

Contoh 2:
Apabila seorang pelajar dari Muar menyanyi lagu Negarakuku ramai yang melenting tanpa faham maksudnya pun. Ok yang ini aku taknak komen pasal aku tak faham apa yang dinyanyikan.

Pasal satu lagi lagu bertajuk ‘Kawanku’ pula.

Cakap lagilah
Cina balik China
Kalau semua balik ah
Sini bukan Malaysia
Saya takut mana kamu pergi
cari kerja
Tapi biasalah orang Melayu pun
tak suka kerja
Semua masuk hutan
hidup macam Sakai
Mahu main gitar pun takde
kedai buka
Mahu jadi Mat Rempit pun takde motosikal
Kurang satu holiday kerana takde Tahun Baru Cina
Jangan gaduh lagilah
Budak buka kepala
Negara ini bukan satu bangsa saja
Cina babi
Jangan cakap lagilah
Tapi cakap betul ha
Bah kut teh sangat sedaplah
Bahasa Melayu saya cakap macam tahi
Tapi ini ialah saya punya betul feeling
Sudah lima puluh tahun
Tiap-tiap hari tidur
Tengok hadapanlah
2020

Ini liriknya. Eh ramai pula yang tersensitif. Ramai Melayu malas. Just admit it lah. Immigration cashier counter dekat pukul 9.00pagi baru buka. Dan ada bahagian-bahagian dalam lagu tu betul. Malaysia bukan satu bangsa sahaja’ Kekadang orang melayu lupa, kalau bukan kerana dasar Bumiputera, dah lama orang kita terpinggir kerana semangat bersaing tu lembab. Kalau betul kita nak maju, lagu kawanku ini adalah salah satu lagu yang kita boleh ambil iktibar. Memang sakit tetapi ada motifnya. Kita perlu bersatu, dah lima puluh tahun merdeka tetapi makin lama makin tak bersyukur pulak kita dengan kemakmuran tanah air.

Contoh 3:
ada gambar seorang pelajar veterinar bertudung bergambar dengan babi dan anjing Eh…sensitif pula. Dalam contoh satu di atas gelak terguling-guling apabila ada lawak menpersendakan agama sendiri. Tetapi dalam kes bakal doktor haiwan bergambar dengan binatang yang haram di sisi Islam melenting seolah-olah tangan dia pula yang terpegang binatang haram tu. Siap disumpah, seranah, dibabikan pelajar yang mengambil jurusan vet itu.

Padahal dalam Islam sendiri ada menyebut babi dan anjing tu najis berat. Kalau terkena, kena samak. Boleh dipegang sekiranya ada keperluan. Eh ada pula yang over sensitive berkata...boleh je bagi binatang yang tak halal kat vet non muslim. tak payah belajar rawat haiwan haram. Salah institusi pengajian blab la and so what ever. Oh…dahtu vet islam tadi kerjanya cuma rawat kucing la ya? Pelik memang pelik. Lagikan anjing dahaga Nabi gunakan kasut sendiri untuk bagi minum air. Setiap binatang berhak mendapat penjagaan yang sempurna regardless dia binatang haram atau halal. (aku tau ramai tak setuju dengan aku tapi tak apalah)

Sepertimana memandulkan binatang ternakan dikatakan haram dan berdosa. Secara faktanya TIDAK. Ianya adalah demi menjaga kebajikan haiwan itu sendiri. (SILA RUJUK PEJABAT AGAMA KALAU TAK PERCAYA. DI KLINIK SPCA DI SETAPAK PUN ADA RISALAH PASAL HUKUM MEMANDULKAN BINATANG)

Dan lain kali sila tonton rencana sekali. Jangan nganga tengok hiburan sahaja dari pagi ke malam. Pehtu claim diri sendiri dah cukup bagus untuk sumpah seranah orang lain. Aku lupa rencana bila, tapi rasanya tahun lepas di TV1 mengenai cabaran vet Islam. Yes, they do samak every times they have to handle dogs and pigs.

Petikan dibawah diambil dari website Perkim:
Salam sejahtera, adakah berdosa bagi org muslim yg memegang binatang khinzir & anjing spt mereka yg menghidangkan arak? terima kasih!
Assalamu alaikum wrt. Menghidangkan arak adalah dosa tetapi memegang anjing dan khinzir tidak berdosa [jika ada keperluan] wajib samak sahaja.

3 comments:

Adreen said...

hell yes.

sumer yg ko taip tu sejibik apa aku rasa
takyah komen byk2
org melayu kita ni sensitip tak bertempat
fuckin ethnocentric, conformist, mana ayam berkokok depa pun sebok berkokok
padahal depa bukan ayam pon wahaha
ape punye analogi neh

ezza erisa said...

hahaha lawok pulak aku baca...

manusia sibuk nak berkokok sama ngan ayam...ayam pun tatau sebab apa dorang berkokok..apatah lagi manusia yang berkokok mengikut sang ayam....

pikey said...

hahahahaa.. i really like ur entry.. what u say is true.. just people dowan to admit it only...