Monday, August 13, 2007

MEMUAKKAN ORANG DENGAN TELEFON ANDA

Semalam, aku sedang makan-makan di sebuah gerai makan di Kampung Baru selepas menjadi pemburu hentian bas dan pemburu Seven Eleven sejak dari pukul 3.30petang. Sedang elok bersembang bersama Kak Mi dan Fida sambil makan dan tengok berita di TV3 di kedai tersebut..adalah bunyian lagu MP3 dari salah sebuah meja yang berhampiran. Tengok tengok makhluk berkenaan sedang dengar lagu dengan memasang pembesar suara sambil letak telefon bimbitnya di atas meja.

Bagi aku memualkan, sebab makhluk berkenaan tidak tahu erti menganggu masyarakat sekeliling. Soalan kuiz aku:

a) Adakah beliau begitu bangga dengan telefon bimbitnya yang boleh menyimpan lagu-lagu MP3?
b) Adakah beliau seorang yang pendek akal sehingga tidak tahu apa fungsi 'earphone' yang dibekalkan percuma dengan telefon bimbit?
c) Adakah beliau ingin menghiburkan seluruh kedai dengan pilihan lagu koleksi nak muntah beliau?
d) Adakah beliau retard sehingga tidak faham dengan kerlingan tanda aku terganggu dengan muzik yang kuat?
e) Atau adakah beliau memang secara sengaja berbuat demikian untuk dapatkan memberitahu seluruh kedai yang beliau ada telefon canggih yang mana tidak mampu dimiliki oleh orang lain??

Begitu juga dengan orang yang menjawab telefon dikhalayak ramai dengan bertempik dengan kadar 2 bukit boleh dengar. Kalau anda tidak boleh mendengar atau tidak boleh di dengar oleh pihak sebelah sana sebaiknya anda putuskan talian bukan bertempik seperti ungka ditelefon di khalayak ramai.

Oh pemandu dengan telefon bimbit juga amatlah memuakkan aku. Sepertinya mabuk arak kalau menjawab telefon bimbit. Kereta sekejab ke kanan- sekejab kekiri. Ada logiknya peraturan jalan raya mengatakan tidak boleh bertelefon sambil memandu. Walaupun pakai earphone kerana fikiran terganggu. Tidak lagi menumpukan perhatian pada jalan raya. Ada setengah orang pula, apabila bertelefon menggunakan fast lane di lebuh raya tetapi bawa kereta bawa kereta sorong. Tidak reti nak ketepi? atau sekurangnya berganjak ke lorong tengah? Aduh.....aku rasa nanti aku boleh blogging '10 most annoying things about mobile phone' pulak.

3 comments:

sebol said...

Bunyi speaker telefon, so far aku tak pernah dengar yang sedap.

semua fakap

Jis said...

aduh, sy pun pantang dgn org mcm ni. mcm dia sorang ada phone best, mcm dia sorang ada lagu best. sgt x matured btol tau.

dulu masa phone xde bunyi-bunyian best pon ada masalah gak. org suka sgt pasang kuat2 ringing tone pastu dgr satu2. mcm x reti nk slowkan volume tuh and dgr sendiri ke? mcm best sgt lah pulak kan.

bole kita geng membenci org xde sivik neh.

ezza erisa said...

sebol,
tambah fakap kalu org tu duk biar je hp berbbunyik.cis...pasang kuat2 lak tuh..cis cis cis cis

jis;
tula....macam orang lain tak boleh / tak reti nak download jugak. perap benor. ingat dia sorang dalam era modenisasi agaknya. hahaha

zaman-zaman dulu sibuk dengan ringtones mono nye pulak..hahahah...

antiorangtakadasivik.com :D