Monday, August 27, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 8

Image Hosted by ImageShack.us


Ok kali ini episodnya bertajuk Putera Idaman. Agak kelakar sebenarnya. Dimulakan dengan Sasha dah jaga dari koma, ditemani oleh Irwan, Puteri dan Zie. Zie risau kalau-kalau Sasha hilang ingatan tapi akhirnya perasaan kerisauan hilang apabila Sasha panggil Puteri as Puts. Itu memang nama yang selalu Sasha gunakan untuk panggil Puteri sebelum ini. Kemudian Sasha dibenarkan keluar hospital.

Di luar pintu hospital, Haikal sudah sedia menunggu dengan belon dan bunga. Zie enggan mengizinkan Haikal bertemu dengan Sasha tetapi Sasha mintak Zie dan Puteri ke tepi sikit pasal dia nak bercakap dengan Haikal. Haikal dengan muka kesian memohon maaf pada Sasha. ‘I’m your stupid monyet, Sha’ hahaha. Whatever…. What done cannot be undone right? Sasha nak putuskan hubungan diaorang. Good for you Sasha!

Kemudian ada adegan Ikan dan Dayang, rasanya diaorang suppose to meet somewhere tetapi bateri Ikan flat sebelum sempat Ikan baca apa yang dayang hantar dan berlakulah adegan kelakar. Ikan ke telefon awam dan cuba mengingati no telefon Dayang dan sembarangan menekan no. Dapat apek dan perempuan gatal pula. (This perempuan gatal sangatlah bitchy ops..did I just wrote that word?? haha)

Mia pula membeli DVD filem melayu dan mula menjadi seorang yang sensitive. Puteri yang dipaksa oleh Mia menonton filem-filem melayu tersebut juga mula terpengaruh dan membawa kepada permintaan untuk berkuda kepada Reza.

Masa ni kelakar, masa Puteri tanya Reza..’kenapa di alam reality, putera idaman tak romantic macam dalam movie’. Maka Reza menjawab (masa ni dia tengah gosok baju) ‘Sebab Putera Idaman kat reality kena gosok baju sendiri, lepas ni nak pergi basuh bilik air pulak’ Hehe. Funny!

Reza bawa Puteri pergi ke ladang kuda kemudian bertemu dengan seorang awek lain. (Well boleh tahan Puteri nikaki cemburu, tetapi awek tu memang nampak nak menggoda Reza pun). Menyebabkan Puteri cabar awek tu lumba kuda, haha belum sempat bermula..Puteri dah jatuh berdebut. Siap blackout sekejab. Rupanya awek tu dah bertunang pun.

Eddie bawa Mia shopping barang baby, in the end Mia tah macammana tah boleh nak bagi Jeff peluang pula. setahun. Kalau dalam masa setahun Mia kata kalau dia tak bahagia, maka dia akan walk away.

Oh Berbalik kepada Ikan, perempuan gatal itu mula menghantar sms-sms kepada dia. siap call-call lagi. (Tah camne dapat no handphone pun aku tatau. takkan simple simple je orang kat counter sport planet bagi no phone kat orang). Dia save nombor tu as ‘Dayang Gila’ Wahaha. kemudian disebabkan awek tu tak berhenti henti sms, maka dia membalas ‘Jangan kacau aku, aku tak minat hang’ terhantar sms tu pada Dayang. Dayang reply ‘:(‘ dan terus delete no telefon Ikan. Ikan sedar waktu dah malam yang dia tersalah hantar dan seterusnya cuba menelefon Dayang tetapi Dayang tak angkat. Rasanya minggu depan ok balik la kot. Just salah faham.

J pula buat business picturemax dan ajak Zie masuk. Tapi disebabkan Zie sign up dibawah rakan kongsi J, J kata Zie tak sign up dengan dia pasal dia nak sign up bawah awek hot. (oh gile…..dahlah awek tu jeling-jeling Zie macam berminat dengan Zie… terang-terang nak promote lesbian ke????)

Ok, berbalik kepada Puteri, selepas black out, dia dan Reza balik terserempak dengan Eddie dan Mia. Di depan rumah kedengaran suara mak dia menjerit jerit dan suara Riki (well ini satu lagik nih,,,berdua-duaan dalam rumah pulak) Rupanya Riki belikan Aina alat senanam. Lepas tu Aina, Mia dan Puteri masuk bilik untuk check what wrong with Puteri. Maklumlah…ngamuk sebaik nampak alat senaman yang berbentuk untuk tunggang kuda tuh.

Meninggalkan Eddie, Riki dan Reza diruang tamu. Memang nampak kelakar pasal memasing macam kaku tatau nak borak apa.

Haikal balik ke Indonesia (read: ke bilik tidurnya…rumah pun takde tau si Haikal ni..dia scene dia cuma bilik tidur dia je, haha). Try to change Sasha’s mind. tapi macam tak berjaya je. Zie pula melawat Sasha dirumah. Sasha cakap dia taknak cakap pasal cinta dah lagi. Nak cakap pasal kawan-kawan dan kerja. Chewah…dalam takmo takmo cakap pasal cinta, Mr Irwan muncul di depan pintu bilik..hehehe

To be continue….

2 comments:

Wawa said...

masa aku tgk cite ni smlm dok pike apa akan ko komen dlm entry ko.

haha
and i like the adegan gaduh2 ikan ngan dayang tuh.

boleh plak dalam toilet tuh sms2.

hahaha.

very tipikal scene kan?

ezza erisa said...

wakaka..siap boleh piki apamende aku nak condemn tuh...kekeke

tulah..sweet gilo duk gaduh2...tapi yg ikan pun satu..byk2 nama....buleh save as 'Dayang Gila' lak..

sambil memerut sambil sms....hahaha selambeee....:D