Monday, August 20, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 7

Image Hosted by ImageShack.us


Episod kali ini mengisahkan Sasha pergi ke tempat internshipnya pada hari pertama. Walaubagaimanapun, Irwan bersikap sangat formal sehingga menimbulkan rasa kurang senang pada Sasha. Selepas mereka ke majlis puisi bersama, dan Irwan bersifat seolah-olah tidak kenal Sasha adalah agak pelik.

Mia pula masih berfikir untuk mengugurkan kandungannya yang amat tidak masuk akal kerana perutnya sudah buncit benar. Dia yang amat tertekan akibat perbuatan Jeff dan penolakan keluarganya tidak mempunyai teman mengadu dan seterusnya menghubungi Eddie. Well, Eddie sangat menjadi kawan yang baik untuk Mia. Dan diaorang nampak sweet together. Aku rasa nak tengok dioarang jadi pasangan boleh tak?

Dan juga kemudiannya, Irwan mengajak Sasha keluar makan tengahari bersama. Sedang mereka makan dan Irwan bercerita mengenai keretanya yang telah disabotaj oleh Haikal…tiba-tiba haikal datang dan seterusnya mengamuk pada Sasha dan Irwan. Dalam kecoh-kecoh, Sasha menampar Haikal tetapi Haikal ni dari season 1 dah tunjuk ciri-ciri dia suka abuse orang, membalas dan seterusnya menampar Sasha. Sasha lari …then…dump kena langgar. Haikal terus belah dari tempat kejadian.

Irwan membawa Sasha ke hospital dan menelefon Puteri. Sasha koma. Dan Haikal a bit macam orang gila. (Bab paling tak logik bila Haikal pakai public phone telefon ke hospital). 1. Haikal ada telefon bimbit. (dari Jakarta boleh telefon Sasha, dari Kuala Lumpur pakai public phone) 2. Mana Haikal tahu ke mana Sasha dihantar? hehehe

Haikal cuba melawat Sasha tetapi tidak dibenarkan oleh Zie. Dan kekawan yang lain. Dayang pula ada second date dengan Ikan. (Well time ni kelakar pasal diaorang duk ulas pasal first date dorang…sorang duk gedik-gedik, sorang lagi sotong)

Mama Puteri pula mendengar nasihat Riki supaya menerima apa sahaja keputusan Puteri mengenai hubungannya dengan Reza yang menghidap HIV+. Dan Puteri juga sudah dapat menerima hubungan Aina dengan Riki walaupun Riki agak muda untuk mamanya.

Episod berakhir apabila Sasha yang dalam koma, mula buka mata. Kemudian ada preview episod akan datang. Macam menarik. J marah-marah Zie. Oh Irwan sangat cool dan hensem. Boleh tak Sasha dump Haikal yang suka violence tu dan couple dengan Irwan?

3 comments:

paNavia said...

Aku kechiwa sbb aku miss G&G semlm..
baca ulasan ko je laa.. xpe nnt suh adik aku dlkan :D

Anonymous said...

wargh!!!
kesian glew dkt shasha
tak patut btul si haikal
x gune sayang kalo asyik nak marah jek

ezza erisa said...

hoho..dl kat mana wei? torrent ke?

aku dah jadi tak sure kat haikal lepas dia pukul2 sasha..