Monday, August 13, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 6

Image Hosted by ImageShack.us


Berkisarkan pasal Dayang dan Ikan pergi first date. Yang dirosakkan oleh tips tips hampeh oleh Zie kepada Ikan dan Puteri kepada Dayang. Agak kelakar apabila Ikan telefon Zie cakap ‘awaq kawan hang gedik semacam je’. Yang Dayang pula mengadu kat Puteri yang Ikan tu lembut cam sotong. Hahaha..Part nilah buat aku gelak bersungguh2 malam tadi.

Puteri mintak Shasha jadi model untuk Ratu untuk mengetahui jenis apakah pakaian yang direka oleh Ratu untuk masuk Project Runaway Malaysia. Agak kelakar apabila Sasha yang kurus kering itu dikatakan gemuk oleh Ratu. Akhirnya ke dua dua Puteri dan Ratu tidak layak masuk bertanding kerana Ratu dibawah umur dan Puteri tarik diri sebab merasakan reka fesyennya tidak menunjukkan dirinya yang sebenar. Aku cuma rasa watak Ratu is too much. Ada ke orang suka panas-panaskan orang tanpa sebab?? Pelik lak aku.. Mental disorder ke Ratu tu?

Reza tiada dalam episode kali ini kerana pergi ke Hong Kong untuk acara debat??????? Hahaha apa-apa jelah.

Shasha pula asyik bergaduh dengan Haikal. Erm aku rasa couple ni macam tak tahan lama sahaja, since belum bercinta kepada bercinta asyik gaduh je. Buat aku tertanya-tanya bila sebenarnya mereka betul betul bercinta?? Aku lagi suka tengok Irwan yang cool. Dan amatlah hampeh.com apabila Haikal boleh setuju nak duduk serumah dengan orang yang penah cuba nak merogol Shasha. Balik balik ke KL terus pergi depan rumah Sasha minta nak stay bersama. What the hell??? Dan..amatlah tidak logik apabila Haikal dihantar ke hotel murah seolah tiada tempat hendak dituju lagik selain rumah Sasha dan hotel. Adakah Haikal is so jerk sampai tak ada seorang kawan selain Sasha dan sijahat itu di Malaysia?

Mia dengan problemnya pasal Jeff, samada bercerai atau bertahan. Erm. aku ingat ingat lupa, Mia ni converted to Islam ke masa nak kahwin dengan Jeff dalam musim pertama? Seingat aku mak ayah Mia membantah semata-mata sebab Jeff berusia hampir separuh berbanding Mia. Dan seingat aku mak ayah Mia bukan Chinese + English dulu. Entahlah mungkin aku yang tersalah atau apa.

Untie Ana pulak date dengan RIki which is too young for her (mengikut kata minah2 yang duk tampal lipstick dalam bilik air masa Untie ana masuk toilet). Ini satu lagi cliché. Biasa betul la adegan mengumpat dalam bilik air kemudian org yang diumpat ada dalam tuh.. Hahaha

Aku suka babak Eddie ajak Mia keluar. Dia macam amat ambil berat pasal rakan-rakan. Sebab aku tengok Puteri sekarang macam tak ada deria rasa yang Mia sedang tanggung masalah berat. Dia macam happy dengan life dia sampai tak peduli pasal Mia walaupun Mia tinggal dengan dia sementara. Padahal masa dia krisis dengan Eddie dulu, Mia always by her side… Kesian Puan Mia..

0 comments: