Monday, August 06, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 5

Image Hosted by ImageShack.us


Tidak menumpukan sepenuh perhatian kerana sibuk mengemas beg selepas dipaksa oleh kawan baik aku untuk tidur di tempat penginapannya. Ikut hati, tak mahu pergi..tapi memandangkan kami jarang jumpa…sesekali ada peluang bersua muka, maka aku ikutkan sahaja (selepas dipaksa berkali-kali) haha.

Bagus, kali ini ada babak futsal selepas menjadi drama gincu dan lipstick untuk beberapa episode yang lepas. Dan, kehadiran watak baru ‘Ratu’ so cliché. Ratu vs Puteri? (Ratu??) Hahah siapa di dalam Malaysia bernama Ratu angkat kaki?? Ratu mean girl yang baru Gol dan Gincu.

Conflict haikal dan Shasha berterusan. Hahaha Adibah Nor jadi minah Indoh..Sangat tidak sesuai. Oh tolonglah produksi Malaysia, mahu ngomong indon, biar ngak merapek. Aku asyik nak tergelak sahaja Adibah Noor dijadikan Minah Indon. Dah selepas 5 episod, sekarang aku benar-benar yakin, (KAYU! KO JANGAN KATA AKU TUDUH MELULU LAGI..hahaha) Haikal sebenarnya hidup di dalam sebuah bilik dan the only bilik. Jakarta? Hahahaha Jakarta? Hahahaah, kalau betul produksi Gol dan Gincu ke Indonesia, harapnya buatlah adegan-adegan Haikal diluar selain biliknya. Sungguh sesiapa yang merasakan bilik itu di Indonesia, sila angkat keyboard esok!.

Dino (watak baru) kawan Dayang pula berkenan pada Ikan (ke dua-duanya lelaki) Apakah penulis skrip ingin menghalalkan perhubungan sejenis sepertimana dalam musim pertama apabila J mengaku dia tak sukakan lelaki? Apa- apalah.

Lain-lain aku kurang tumpukan perhatian, kurang enjoy mungkin sebab aku tengok sambil berborak dengan Mrs Itik. :D

0 comments: