Wednesday, August 08, 2007

Dari Calar ke Pecah

Sedap pula tajuk di atas, seperti dari Kuala Lumpur ke Jakarta pula. Seminggu lepas aku up satu entry, bumper belakang kereta aku, digores dan menang. Eh silap, di gores dan lari.

Dan menambahkan cerita buruk ke atas kecalaran bumper itu, dua hari lepas..semasa aku sedang berhenti di satu lampu isyarat di Subang Jaya, keretaku di cium dari belakang. Dari Calar ke Pecah. Bunyi ceritanyanya.

Sejujurnya aku tidak pernah terlibat dalam upacara (haha!) sebarang kemalangan ‘you kiss you pay’ ini. Tetapi memandangkan ini adalah bumper yang aku baru pasang sebulan lepas, maka keralatan itu menjadi lebih besar, maka upacara fight back sampai dapat balik modal berlangsung dengan rancaknya. Pecahnya sedikit tetapi kerana ianya dari bahan fibre ia tidak boleh diBAIKI. Ianya perlu diganti. Mahu sahaja aku terajang muka awek yang tidak menggunakan brek tangan semasa berhenti di lampu isyarat itu.

Apapun, aku respek perempuan itu dan suaminya yang datang kemudian kerana akhirnya membayar aku sebanyak yang diminta. Dan perempuan itu memang mengaku salahnya 100%. Iyalah, takkan salah aku pula apabila aku sudah lama tiba di lampu isyarat siap dengan brek tangan dan tengah sedap menyanyi lagu dengan nada sumbang sementara menunggu lampu hijau..

Hasil dentuman 1
Image Hosted by ImageShack.us

Hasil dentuman 2
Image Hosted by ImageShack.us

Tinggal kenangan…huhuhuh..
Image Hosted by ImageShack.us


Prosedur Di Tempat Kemalangan (kalau tanya aku):

1. Jangan panik
2. Jangan mengamuk pada yang melanggar (ingat, pemandu yang salah juga tidak berniat untuk mengakibatkan kemalangan)
3. Jika berada dikawasan sibuk, alihkan kenderaan masing-masing ke kawasan yang kurang aliran trafik supaya tidak menganggu kenderaan lain atau mengakibatkan kemalangan lain.
4. Pasang lampu isyarat kecemasan
5. Telefon sesiapa yang berdekatan jika berseorangan sebagai backup. Kita tidak tahu hati budi orang yang melanggar.
6. Mulakan sessi soal jawab. Tanya nak selesaikan di luar atau dengan membuat laporan polis (Jangan lupa ambil no pendaftaran kenderaan, no telefon pihak yang terbabit, nama, alamat dan no ic dan segala maklumat penting yang lain)
a) Selesaikan di luar – berapa patut bayar dan segala-galanya.
b) Sama-sama pergi balai polis untuk melaporkan.

Feel free untuk menambah-nambah ;)

2 comments:

aizam said...

sikit jer tu blh baiki lagi.. nnt blk kg jgn lupa bwk blk bumper L512 tu... he he

ezza erisa said...

baik..buat balik bumper je..
kete tinggal kat kl
muauahaha