Friday, July 13, 2007

Prinsip Makanan Halal

Mencari yang halal itu adalah fardu. Begitulah bunyi sebuah iklan dikaca televisyen yang mengiklankan ubat gigi yang disahkan halal oleh Jakim. Ringkasnya, halal bukan hanya pada makanan, tetapi dari segala segi. Ubat gigi, pencuci muka, shampoo rambut, sabun mandi tetapi tulisan ini mengkhusus kepada makanan halal.

Kenapa halal? Seringkali kita merungut akan kesusahan mencari makanan halal di luar negara. Kita agak bernasib baik kerana di Malaysia ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Setiap kali kita mencari makanan, kita bergantung kepada label JAKIM ini.

Apapun, cerita mengenai prinsip makanan halal bermula,

Malam Selasa lepas, aku dijemput menghadiri makan-makan selamat tinggal semperna dua orang staff berhenti dan selamat datang kepada seorang staff baru di rumah Shanthi di Petaling Jaya (Satu jalan dengan kes kematian akibat dilanggar kereta sendiri dua hari sebelum majlis makan-makan ini)

Shanthi memasak nasi dengan kari kambing, udang serta kari ikan (traditional makanan India selatan). Aku teragak-agak untuk menjamah kari kambing itu kerana meragui akan halal haramnya. Shanthi yang prihatin dengan keadaan aku lantas berkata ‘Dun worry Ezza, I bought it from Malay stall’

Dan kemudian Shanthi mula bercerita mengenai prinsip halal (nota kaki: Shanthi merupakan seorang Kristian). Shanthi dalam ceritanya menyatakan selalunya jika dia membeli ayam atau daging dari pasar, beliau akan membelinya di kedai Melayu atau India Muslim.

Beberapa tahun lalu, beliau membaca artikel mengenai binatang sembelihan. Prinsip sembelihan adalah untuk mengeluarkan sepenuhnya darah dalam badan haiwan. Kerana jika darah masih lagi tersisa dalam badan haiwan, ia adalah salah satu factor menyumbang kepada kehadiran bacteria. Dan haiwan yang kehilangan keseluruhan darahnya adalah tahan lebih lama dari haiwan yang masih mengandungi sisa-sisa darah.

Jadi, konsep halal dalam sembelihan haiwan dalam Islam adalah untuk menghilangkan keseluruhan darah dari badan haiwan ternakan. Jadi, kenapa kita yang memang diwajibkan mencari yang halal masih boleh membeli sesuatu yang tidak disembelih dengan sempurna dengan alasan susah mencari yang halal, jika yang tidak beragama Islam yang tiada sekatan untuknya memakan apa sahaja menyedari kepentingan sembelihan binatang?

Halal, satu anugerah dan satu jenis perlindungan dari Allah untuk umatNya.

PS: Beliau dalam ceritanya juga amat kagum dengan orang Islam kerana apabila meninggal dunia tidak membawa apa-apa ke dalam kubur bersama mereka. ‘Mereka tinggalkan dunia, sebagaimana mereka datang…kosong’

0 comments: