Monday, July 30, 2007

Perodua VIVA

Image Hosted by ImageShack.us


Boleh sesiapa beritahu aku apa maksud VIVA? Aku tertanya-tanya kenapa ‘viva’? Aku boleh terima peralihan bahasa dari kelisa ke Myvi apabila diiklankan myvi adalah singkatan my vision (misi saya). Tetapi aku tidak mendapat sebarang pembayang apabila Perodua mengeluarkan sebuah kereta baru yang misi utamanya untuk mengantikan Kancil dan Kelisa diberi nama Viva. Dengan temanya pula adalah Love. Viva bermaksud Love? Love bermaksud sayang, cinta. Kalau begitu kenapa tidak dinamakan perodua Cinta? Bukankah lebih Malaysia bunyinya.

Kerana aku begitu ingin tahu, aku terus mencari dalam kamus bahasa Melayu keluaran DBP, apakah itu Viva? Tidak, tidak tertulis didalamnya. Aku mencari dalam kamus Longman, tidak juga ke temui. Jadi apa maksudnya Viva? Dan apa pula significance nama Viva dengan perodua? Bahasa apakah sebenarnya VIVA itu? Tiba-tiba aku teringat lagu Spice Girl sepuluh tahun lalu bertajuk ‘ Viva Forever’ Apakah Perodua mendapat ilham menamakan kereta barunya sebagai Viva selepas mendengar lagu ini?

Entahlah, aku sendiri tidak faham apakah yang menjadikan nama Viva begitu komersil di dalam negara yang rata-rata penduduknya tidak pernah tahu apakah maksud perkataan itu sendiri. Clueless.

3 comments:

Jis said...

viva maksudnya selamat tinggal, goodbye. if x silap la.

mebe preodua nk kita saya Viva to all their cars yg x brape best & fokus and say Hi to the new one. So Viva oldies, Ola new ones.

Mebe. Just mebe.

Anonymous said...

viva in spanish words...in english it means live........ada gak yg used it as baru..senang cakap....Viva neh mcm slanga tuk org spanish....guna ikut pada ayat......

to Perodua?its means baru,revolusi........

i guess....hehehehe

ezza erisa said...

get my point? hehe
kita seme tatau maksud Viva
jis = kalau tak silap
anon (aku tau ko sape) = i guess

kenapa nak pakai nama spanish di Malaysia? hahahahaha ada berapa kerat Spanish speaking kat negara kita? Kalau kita duk Sepanyol lainlah nak bagi nama in Spanish

Ini hasil maklumat kekawan yang mencari dalam internet dan akhirnya ke temu. Mungkin inilah dia maksud Kereta Viva??
vi·va (vē'və, -vä')
Used to express acclamation, salute, or applause.


source: http://www.answers.com/topic/viva