Monday, July 16, 2007

Nuri Jatuh Lagi… Dejavu?

Image Hosted by ImageShack.us

Perenggan ini telah di kemaskini pada 17 Julai 2007 berikutan penemuan mangsa Nuri terhempas pada pukul 1.24petang. Kesemua anggota TUDM (6 orang jumlahnya) dijumpai telah meninggal di dalam pesawat.

Aku mendengar berita dengan rasa dejavu. Nuri jatuh? Aku rasa macam pernah aku lalui sebelum itu yang pesawat Nuri jatuh. Adakah ini yang dipanggil Dejavu? Apa aku mengalami dejavu seperti dalam filem Matrix dimana dejavu dialami apabila system matrix dikemaskini? Ataupun Dejavu seperti didalam filem Dejavu itu sendiri? Buat seketika aku rasa seperti aku bermimpi? Bermimpi atau Dejavu? Yang utama berita Nuri jatuh lagi menjadi berita utama dalam masa 2-3 hari ini apabila 6 anak kapal masih tidak dijumpai dan bangkai pesawat masih belum dikelihatan.


Apakah dejavu? Mengikut pemahaman aku, Dejavu bermakna terasa peristiwa yang di alami bagaikan pernah dilalui. Apakah jatuhnya pesawat Nuri satu Dejavu? Berapa kalikah perasaan dejavu boleh dirasakan sebelum ia boleh dipanggil sesuatu yang lebih dari Dejavu. Mengikut rekod sejak dibeli 38tahun lalu, sudah 13 kali kejadian membabitkan Nuri berlaku (tidak termasuk yang menjadi isu sejak tiga hari lepas)

Apakah ia berlaku kerana kesalahan manusia? Sekali, dua kali, tiga kali masih boleh diterima akal ianya human error. 13kali human error??? Atau pesawat tersebut memang bermasalah dari awal lagi? TUDM menunggu hingga korban keberapa untuk membuka mata? Mungkin sudah sampai waktu pihak-pihak terbabit mengkaji dengan jelas apa disebalik Dejavunya Nuri. Semoga 6 anak kapal yang hilang, di temui selamat. Amin

Kronologi nahas membabitkan helikopter Nuri sejak 38tahun lalu.
1. 15 Ogos 2004 – Sebuah helikopter Nuri dipercayai membawa 10 orang penumpang termasuk juruterbang dilaporkan hilang di kawasan Long Seridan tidak jauh dari Miri ke Ba’Kelalan, Sarawak.

2. 30 Mac 2004 – Tiga termasuk juruterbang terselemat apabila helikopter Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar Labuan, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan

3. 5 Mac 2004 – Dua anggota TUDN maut selepas helikopter Nuri terhempas di Taman Udara, Butterworth.

4. 19 Mac 1997 – Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter Nuri jenis Sikorsky S-61 terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang Sabah

5. 16 Oktober 1996 – Dua orang terbunuh, tiga hilang manakala dua lagi selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau Pinang

6. 11 Julai 1991 – Tujuh orang maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika cuba mendarat di Banding, Perak

7. 10 Jun 1991 – Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentara di Banding, Perak kira-kira jam 5.20 petang

8. 16 Januari 1991 – Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kulang Johor terhempas ketika membuat pendaratan kecemaran di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor

9. 28 Ogos 1990 – Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara semperna perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuha sekolah berhampiran Rawang, Selangor

10. 18 Disember 1989 – sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentara Darat dan TUDM termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej jen Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Datuk Hasbullah Yussoff.

11. November 1989 – Nahal terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas pesawat Nuri terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak

12. 11 Julai 1981 – Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat

13. 25 April 1981 – Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika rebut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak

7 comments:

sebol said...

Nuri = Sikorsky S61 atau sea king.

Helikoper tu banyak lagi negara yang pakai.

Tak semestinya dia lama dia tak tak bagus.

dengan adanya penyelenggaraan yang baik. dia masih boleh diteruskan.

Ingat lagi dulu2, diorang mass upgrade nuri tu.
terus dah lama tak terhempas.

sekarang ni kita kena mass upgrade lagi sekali la.

ezza erisa said...

ada banyak sebab, tapi banyaknya kematian di Malaysia membabitkan TUDM adalah sebab pesawat. Negara yang jauh dari perang, kehilangan anggota tentera dengan cara yang amat sedih sekali.

Al Fatihah. 6 anggota TUDM, sudah meninggal dan dijumpai didalam pesawat.

Anonymous said...

Nuri = Sikorsky S61 atau sea king.

Helikoper tu banyak lagi negara yang pakai.

Tak semestinya dia lama dia tak tak bagus.

dengan adanya penyelenggaraan yang baik. dia masih boleh diteruskan.

Ingat lagi dulu2, diorang mass upgrade nuri tu.
terus dah lama tak terhempas.

sekarang ni kita kena mass upgrade lagi sekali la.

Monday, 16 July, 2007


George Bush pn gune Nuri dipanggil marine one, tapi jgn bandingkn teknologi Malaysia & US, Nuri US dah bape juta kali diselia,dipantau jadikn pesawat tu evergreen sentiasa kalau dibandingkn dgn malaysia,

smpai nuri terhempas pn malaysia tkde lagi teknologi yg tinggi utk cari, it all about money, kerajaan rela belanja billion2 hantar sekor angkasawan dgn tumpng 'taxi orang', hantar naik everest,terjun kutub utara, tanam al-quran, tapi nk beli heli utk pejuang negara sendiri pn kemut.

ezza erisa said...

smpai nuri terhempas pn malaysia tkde lagi teknologi yg tinggi utk cari,

as far as i know...pencarian dilakukan secara manual. Tiadakah kita sebarang alat carian yang berteknologi tinggi.

sad so sad. mungkin mangsa masih hidup agaknya semasa terhempas...cuma bantuan lambat sampai ditambah cuaca sejuk, kecederaan...

:(

saddiz said...

assalamualaikum....
AL-FATIHAH kepada 6 orang mangsa nahas nuri di gunung bunga buah.....

sebenarnya helikopter nuri perlu diganti...ini pada pendapat saya...kita biasa tngk helikopter nuri,tapi sebenanrnya kita tngk dari luarannya sahaja....memang warna hijau,berkilat dan bersih,tapi pernahkah kita tngk dalamnya....melalui pengalaman saya,ia cukup tua...kebanyakan sistem wayering di dalam sudah teruk,terdapat banyak wayar yg putus n rosak..Nuri ni sebenarnya hanya diperiksa utk terbang sahaja...itu yg kita tidak dapat pastikan sama ada ia benar2 selamat.

saddiz said...

as far as i know...pencarian dilakukan secara manual. Tiadakah kita sebarang alat carian yang berteknologi tinggi.

sad so sad. mungkin mangsa masih hidup agaknya semasa terhempas...cuma bantuan lambat sampai ditambah cuaca sejuk, kecederaan..


saya antara yg pergi mencari pada hari nuri tersebut hilang,hampir 2000 org mencari,helikopter pasukan penyelamat masih terbang pada pukul 2-3 pagi walaupun berkabus,cuma nasib sahaj menyebabkan kita tak dapat jumpa awal,lbh2 lagi ia terhampas dikawasan lurah yg dalam,kalau jalan 2km dalam hutan tak sama macam 2km kat taman depan rumah kita....

ezza erisa said...

tu yang saya maksudkan pencarian manual. :) tak adakah satu device carian yang boleh mengesan etc?

bantuan lambat tiba kerana keadaan hutan... itu kita maklum. keadaan hutan dan sebagainya..

tetapi kalau Proton Waja boleh ada raptor GSM pengesan, apakah pesawat nuri yang besar itu tidak mempunyai sebarang kelengkapan sebegitu?
(sorry saya tidak tahu pasal kapal terbang, pakai belasah ikut logik)

apakah kalau apabila terputus hubungan, enjin terpadam maka sebarang sistem pengesan dalam pesawat turut sama putus?