Monday, July 30, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 4

Image Hosted by ImageShack.us


Too much 3R! Itu pendapat aku masa habis aku tengok episod kali ini. Aku bukan membangkang sekiranya diselitkan mesej-mesej berguna tetapi, kalau aku nak 3R, aku akan tengok 3R. Ini drama Gol and Gincu. Kalau nak selit sedikit mesej boleh lagi diterima akal, tapi keseluruhan concept drama malam tadi adalah 3R punya concept which kindda make me sick.

Kenapa? Kenapa Reza tiba-tiba menyertai Cycle for Life? Dan wow 3R begitu optimis dengan mendidik masyarakat supaya tidak takutkan pembawa kuman HIV. Semasa Reza gaduh tergolek, dan berdarah, Untie Wahid berkata… ‘I tak berdarah so tidak boleh darah u berjangkit..lagipun I pakai protection.’ Sambil menunjukkan dia memakai sarung tangan. Dan semua yang lainpun begitu terbuka apabila berbicara pasal HIV dan AIDS.

Dan, budak lelaki yang turut berbasikal tu, terlalulah membaca skrip. Kenapalah rancangan tv series di Malaysia mesti patung? Aku tengok rancangan One Tree Hill, setiap karakter ada jiwa. Brooke suka menjahit, Haley minat Muzik, Peyton minat muzik. Selain Puteri yang mengambil bidang fesyen kalau tak silap, aku baru tahu Shasha adalah pelajar architecture semasa dia pergi temuduga untuk internship! Yang lain-lain aku masih belum tahu what they do for life. Siapa Ling? Siapa Zie?

Dan, kemana Ayu pergi? Sejak Reza buat perjanjian dengan Ayu, dengan serta merta Ayu menghilang? Kemana perginya? Bukan seperti ayu yang pernah mengegarkan Gol dan Gincu apabila dia cepat berpuas hati. Apa perjanjiannya? Kerana Reza masih bersama Puteri.

Apapun malam tadi juga, banyak juga babak-babak kelakar terutama semasa makcik hantu tu tumpang kereta diaorang. Tapi apapun muka makcik tu memang seram lah. Tengah-tengah hutan pakai baju semayang nak minta tumpang. Sekali memang hantu daaa…Hantu yang baik siap minta maaf sebab terkentut.. Kwang kwang kwang..

Apapun, Gol dan Gincu tidak pernah mengecewakan aku. Aku suka dengan jalan ceritanya yang simple.

PS: Apapun, agak kelakar apabila dikhabarkan mereka semua ke Temerloh tetapi tidak ditunjukkan walau sekali signboard Temerloh kecuali signboard cycle for life finish here..mungkin mereka tidak sampai ke Temerloh pun. Huhuh.

4 comments:

Jis said...

hoho. sampai diorang berenti minom tgh ujan tu pun, bole nampak bas rapidKL lalu. haha, mmg impossible. tp tgk je la.

tp btol gak. bila masanya yg si reza ni prektis. but i can accept yg they all terbuka dlm ckp psl HIV ni. bcoz mereka ada dlm kelompok mereka. so, it's easy breezy.

Anonymous said...

layan Smallville jer....Gol N Gincu dah mcm out of the objectif of story...better tukar tajuk too..."GincU Story".....kekekeke

ezza erisa said...

jis,
aku tak notice lak rapidkl tu....ahaha kiranya ko lagi tajam mata dari aku...hahah...

mcm haikal la jugak konon gi indon..what la duk indon takdak life? asyik berkurung dalam bilik ala-ala awek tahun 50-an..hahahah

en anon (well aku tau sapa ko) haha..,
yup correct,,no more gol. asyik gincu story sahaja. Dalam episod 1 sahaja ada pasal futsal....episod 2-4 nothing...maybe next week ada balik...kalau tadak gak..better change the title...Gincu and Gincu the series. hahaha

Asfarina said...

hehe.comment yg begitu jitu.i setuju dgn certain2 matter that you put there.konfius dgn watak ayu tuh, mane hilang tah.

hmmm....pasal Shasha (Sazzy) as the architecture student tuh, dari 1st season lagi dier dah declare dier student architecture. You should recall back in season 1 masa babak dier dlm kelas with Putri and bile Shasha kena buat stage utk fashion show tuh.

=)