Wednesday, July 11, 2007

FEAR VS NO FEAR

Dalam keadaan bagaimanakah keberanian anda bertukar sepantas gaban menukar baju 60saatnya menjadi ketakutan? Dalam skala 1-10, dimanakah tahap keberanian anda? Bagaimana pula dengan ketakutan anda? Adakah terkawal? Adakah keberanian anda menjadi punca anda mati terbunuh dek kerana nak menyelamatkan wallet anda dari dicipet oleh peragut yang hati keras macam Firaun?

Cerita 1:
Semalam, pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan berita Janine kena ragut waktu balik dari pejabat pada pukul 9.00malam. Jarak pejabat dengan rumahnya tidak sampai 1kilometer maka adalah satu kebiasaan untuk Janine berjalan pulang. Dia membawa beg sandang belakang yang berisi laptop dan ipod dan wallet tentunya.

Ceritanya bermula apabila dua lelaki yang menaiki motosikal passed by (erk apa translatenye aa..lalu tepi dia kot) jalan terus. Kemudian pada satu peringkat, dua manusia laknat terkutuk ala-ala babun yang cis bedebah itu (oh ayat aku, surprise keluar dari jari jemari aku jampi maki hamun di atas) berhenti dan siap berdiscuss. Maybe bercakap..patut kita ragut ke tidak wanita yang sedang berjalan tu. Dan ya. mereka patah balik.

Janine, yang sudah merasakan ‘o o…here they are…the bastard son of a bitch thieves is coming.’ Dia cepat-cepat mencampakkan beg sandang belakangnya ke arah lain dan melarikan diri. Dua lelaki yang jahanam ini (oh terlupa nak sebut, muka Melayu, tak pastilah Melayu ke Jawa ke..Indon ke) selepas mendapat beg sandang itu yang obviously nothing valuable left pada Janine, boleh lagi mengeluarkan parang dan mengejar Janine.

Dia menjerit, bertepik macam ungka hilang anak, tetapi pak guard condonya yang cuma seratus meter dari tempat kejadian bukan sahaja tidak menolong, malah elok sahaja duduk dalam pondok pengawal seperti babun makan kutu. Apabila telah terselamat, luckily peragut yang jelas hati kering nak menetak orang itu tidak berjaya mencederakan dirinya, dia berlari ke pondok pengawal. Oh jawapan yang amat sedap di telinga mendengar ‘Kami cuma jaga persekitaran dalam ini sahaja, luar sana kami tak jaya’ Tiada lagi peri kemanusian, tiada lagi semangat nak selamatkan orang…duduk melangut macam ungka berak dalam pondok sahajalah yang dia tahu buat.

Cerita 2:
Takut. Ya takut gelap. Sesekali aku berada dalam keadaan ini. Terutama kalau aku tidak boleh melelapkan mata. Mungkinkah sebab masyarakat kita di ajar sedari kecil (well at least aku diajar).. gelap itu hantu! Jangan pergi sana,,gelap tu….eee…kang ada makhluk tarik.

Malam2 sekarang, kalau aku tak boleh tidur sebab panas, Deida kata buka lah tingkap. (well obviously orang takkan mampu panjat ke rumah aku even dari rumah sebelah kerana aku berada di tingkat 14. Pintu sliding atau tingkap sliding tidak pernah di lock. Eh. malah di bilik aku tu, tak ada lock pun untuk tingkap. Cuma aku tak mampu buka tingkap tu setelah aku tutup lampu. Malah langsir pun aku tutup rapat-rapat supaya aku taknampak apa dibelah luar.

Aku selalu berimaginasi akan makhluk-makhluk terbang singgah di bilik aku.eeee..ngeri siott…pintu bilik pun aku tak tutup rapat, senang untuk Ayu keluar masuk. (Tak kisahlah aku tido seksi or seksa pun, takat osmate nak tengok…dah muak aku rasa..muahaha)…Aku katakan pada rakan serumah pintu tu aku tak tutup rapat sebab senang ayu nak keluar masuk malam-malam, TETAPI itu alasan tipu sahaja! Hahaha aku tak tutup rapat pintu supaya senang aku lari keluar dari bilik kalau aku takut. Argh gile..aku gile..

4 comments:

sebol said...

"Dia membawa beg sandang belakang yang berisi laptop dan ipod dan wallet tentunya.
"

Memang lah...
Kat New York, Kes kecurian di SubWay Meningkat hanya kerana orang nak curi Ipod.

Tips Keselamatan:
Jangan Letak Borang Peraduan Saya Anak Malaysia yang distaple dengan resit dalam kereta. cepat2 pos atau simpan di tempat selamat.

ezza erisa said...

oh ini bukan kejadian kat NewYork. ini kejadian di bangsar..

kenapa takleh letak borang peraduan dalam kereta eh?
banyak je borang2 tu kat dlm bonet..huhuh

Anonymous said...

masuk la peraduan tu erisa..mana tau dapat V6..

~venomie~

ezza erisa said...

hehehe malas pulak nak submit..;)