Thursday, July 12, 2007

KERETA 15TAHUN DAN PELUPUSAN.

Dibawah adalah petikan berita beberapa minggu lalu yang mencadangkan bahawa kereta yang berusia 15tahun dan ke atas dilupuskan bagi menggalakkan pembelian kereta baru atau kereta terpakai yang banyak tersadai di syarikat jualan kereta terpakai.

Cadangan ini, seperti yang diketahui ramai, telah dicadangkan oleh PROTON kerana jualan kereta Proton amatlah tidak menggalakkan dan menyebabkan kerugian hampir 500juta pada tahun lepas. Salah siapakah kerugian Proton mencecah sebanyak itu? Adakah salah kereta berusia 15tahun ke atas? Adakah salah pengguna yang memilih kereta lain yang jauh lebih berkualiti dari Proton yang selayaknya tidak mengeluarkan apa-apa kereta dengan kualiti kelas ke tiga.

Proton, (yeh Proton) sebab hanya Proton yang bermasalah hendak menjual kereta. Kenapa Perodua tidak mengalami masalah, kenapa pengeluar-pengeluar kereta import tidak mengalami apa-apa masalah. Setiap model baru yang dikeluarkan, mendapat sambutan hangat dari pengguna? Kenapa hanya Proton yang merasa tergugat dengan kereta 15tahun?

Apakah pengurusan Proton terencat akal? Retard? Atau memang dilahirkan sebagai sindrom down? Kenapa rakyat beralih kepada kereta lain? Kenapa selepas 20tahun, Proton dipandang sepi oleh pengguna? Banyak betul keluhan pengguna, power window bermasalah, pintu bermasalah, tingkap bermasalah, alarm bermasalah. Apa tandanya ini semua?

Kenapa apabila kereta Proton tidak laku dijual, kereta baru atau terpakai…maka sibuklah kita terpaksa mendengar hujah bodoh pihak terbabit untuk melupuskan kereta yang berusia lebih 15tahun?

Pelupusan kereta berusia 15tahun, memang menguntungkan. Ya menguntungkan pihak2 berkepentingan. Bank dan tokei kedai kereta lah. Yang sengsara, rakyat. Buat hutang kereta ada yang sampai 10tahun, bila dah lepas hutang, 5tahun kemudian hantar ke tempat pelupusan sampah sarap pulak. Bukan semua orang bergaji seperti menteri-menteri cabinet. Bukan semua orang mendapat pendapatan RM10,000 sebulan. Membeli sebuah kereta sahaja boleh diibaratkan seperti berkomitmen besar untuk ramai rakyat Malaysia. Apakah jenis ini kerajaan kita? Yang begitu prihatin pada nasib Proton tetapi tidak pada nasib rakyatnya?

Oh untuk model model kereta import, 15tahun masih lagi macam kereta baru. Prestasinya kereta import yang berusia 15tahun, adalah sama (atau lebih) dengan prestasi kereta baru keluaran negara Malaysia Hanya kereta national sahaja layak dilupuskan selepas 15tahun. Dan yang banyak tersadai tidak laku di kedai kedai kereta terpakai adalah kereta nasional. Kereta kebanggaan Kerajaan Malaysia. Walaupun menteri menteri punya kereta rasmi adalah Merch. Tak ada pulak menteri yang memandu Proton Wira ke sana sini. Kalau adapun kenderaan pengiring sahaja. Jadi, patriotikkah menteri di Malaysia?

Dimana rasionalnya menyusahkan hampir semua rakyat yang berpendapatan rendah, yang berkerja mati-matian untuk mendapatkan sebuah kereta untuk keperluan asas yang berharga RM4000-5000 yang sudah beralih tangan hampir 2-3 pemandu semata-mata untuk menyelamatkan Proton?

‘nak jaga proton, rakyat sengsara. kalau proton menyusahkan, baik lupuskan saja ia.. daripada lupuskan kereta lama yang jelas tidak menyusahkan sesiapa’


Image Hosted by ImageShack.us

Petikan berita:
Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) ketika mencadangkannya berkata, Proton Holdings Bhd. (Proton) perlu diberi tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja pelupusan tersebut.

Beliau yang juga Presiden KLSCDCCA berkata, pihaknya yakin cadangan itu secara tidak langsung akan melariskan kereta Proton.

‘‘Kini apa yang kita lihat jualan kereta Proton semakin merosot dan terdapat banyak lambakan dan ini menyebabkan Proton mengalami kerugian.

‘‘Daripada kita membiarkan Proton mengalami kerugian, lebih baik kita berbuat sesuatu untuk menyelamatkan kereta nasional kita,’’ ujarnya.

Mengenai cadangan itu, Kah Jin memberitahu, pihaknya telah membincangkan perkara tersebut dengan Proton pada November tahun lalu.

‘‘Saya difahamkan pihak Proton telah membawa perkara ini kepada perhatian kerajaan tetapi pihak kami sehingga kini masih belum mendapat apa-apa perkembangan mengenainya,’’ jelas beliau.

Sementara itu, Kah Jin berkata, ketika ini terdapat kira-kira 60,000 kereta murah terpakai di negara ini dengan anggaran nilai berjumlah lebih RM1.2 juta.

0 comments: