Tuesday, July 17, 2007

Apakah Bola Sepak Malaysia?

Sebenarnya, aku tidak layak untuk komen mengenai mutu permainan bola sepak dunia kerana sebab paling utama, aku tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak. Aku juga bukan peminat bola sepak yang sanggup berjaga sampai pukul 3.00pagi untuk menonton perlawanan bola sepak liga Eropah atau Piala Dunia. Tidak, tidak dan tidak. Kerana sebab ini aku rasa sudah cukup untuk aku tidak terlibat dari segi apapun dengan bola sepak, baik dalam atau luar negara

TETAPI…TETAPI walaupun aku bukan peminat bola sepak, walaupun tak ada satu orang pun pemain bola sepak yang aku kenal, aku tetap baca surat khabar halaman belakang. Di situ, ya diruangan sukan itu, banyak sekali dimuatkan berita-berita mengenai kepandiran pasukan bola sepak tanah air. Kita sedia maklum yang pasukan Malaysia tak pernah menang besar. Kecuali dengan Brunei yang kita lanyak habis-habisan pada tahun lepas iaitu 12 gol berbalas 0. Tetapi itu hanya dengan Brunei.

Kekecewaan rakyat Malaysia makin menjadi-jadi pada kebelakangan ini apabila Malaysia dikalahkan dengan mudah oleh China dan Uzbekistan di Piala Asia dengan kedua-duanya menjaringkan 5 gol. Rekod pertemuan tentulah menyebelahi kedua-dua negara itu. Kalau dalam badminton suatu ketika dulu, Rashid Sidek digelarkan jaguh kampung kerana hanya menang jika bertanding di negara sendiri, apakah gelaran yang patut kita bagi kepada pasukan bola sepak Malaysia? Usahkan dinegara orang, ditanah air sendiri kita dibelasah sampai lembik.

Apakah salah dan dosa jika rakyat Malaysia beriya-iya menampal pelekat ‘Manchester United’, ‘Livelpool’, ‘ ‘Arsenal’, di kereta mereka, memakai baju ‘Real Madrid’ dan sebagaimana. Apakah kita harus mengatakan mereka tidak patriotik kerana tidak menyokong pasukan negara sendiri? Katalah apa sahaja, peminat sukan bola sepak sudah muak, jemu, jelik dengan pelbagai alas an setiap kali Malaysia kalah besar. Ada pula ura-ura pada awal tahun ini yang mengatakan impian Malaysia layak ke piala dunia pada tahun 2010. Yah..impian. Impian jadi angan-angan jenin. Inilah yang dikatakan ‘talk more, action no’ Pusingan kelayakan Asia bermula selepas Asia Cup. Dengan pencapaian ‘cemerlang’ Malaysia, kita boleh ucapkan selamat tinggal, bukan sahaja kepada Piala Dunia 2010 malah kepada semua Piala Dunia yang bakal dilangsungkan di atas dunia ini. Kejamkan bunyinya? Tidak, bagi aku bunyinya sempurna. Setakat tulisan ini, tiada tanda-tanda walaupun sebutir titik yang membangkang ayat aku.

Naib pengerusi FAM letak jawatan, bagi aku semua sekali dalam FAM patut letak jawatan. Dinegara-negara yang bola sepak menjadi satu acara kebanggaan, bola sepak dikuasai oleh professional tetapi di Malaysia ianya dikuasi oleh politik. Inilah cara kita, ya cara Malaysia.

Quote from NST today:
‘ He promises changes, and the first thing he does is call for yet another inquiry and forms yet another task force comprising the same old faces’

Apakah masalah pasukan bola Malaysia? Pemain? Jurulatih? Persatuan? Barangkali semuanya.

4 comments:

sebol said...

Aku pun ada tulis kiriman fasal Bola juga.

http://sebolku.blogspot.com/2007/07/kekalahan-pasukan-bolasepak-malaysia.html

ezza erisa said...

aku dah melawat. siap tinggal comment dah..hee

Anonymous said...

Memang betul, semua dalam FAM patut meletak jawatan. Ini termasuklah SUltan Pahang (Ampun tuanku) dan Raja Ahmad. Ini bukan pasal pengecut atau sebagainya. Ini pasal maruah. Kalau nak kata yang meletak jawatan tu pengecut, kalau dia tunggu lagi, macam tu jugak prestasi bola kita. Dah berpuluh tahun kami tengok, nampaknya bukannya prestasi Malaysia semakin baik, tapi semakin menurun. Ahli FAM patut letak jawatan... LEtak Jawatan lah, takkan itu pun nak dibawa ke kabinet? Jadi jangan buat muka tak malu! Tolong la berundur la, kami tak mau tengok lagi muka2 anda ini di FAM
Tolong laaaaaaaaaaaaa... letak jawatan!!!

Anonymous said...

rasuah berleluasa. sesape yang nak anak diorang terpilih hulur je duit kopi. anak main tak seberape pun. player malaysia ramai yang dari keluarga berada.