Wednesday, July 11, 2007

Aleeza Kassim - Saya KENA pakai macam tu!

Image Hosted by ImageShack.us


“Saya kena pakai macam tu” – Aleeza
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Gara-gara pakaian ‘tak cukup kain’ yang dikenakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini, pelakon Aleeza Kassim menerima banyak kritikan dan juga nasihat. Banyak yang menelefon kepada saya untuk menyampaikan nasihat mereka kepada Aleeza. Selain itu banyak juga yang tanya tentang rasional Aleeza, peragawati tinggi lampai ini berpakaian seperti itu.

Kolumnis Siti Jarum pula dalam tulisannya menganggap Aleeza berlaku tidak adil kepada artis dan peragawati lain. Ini kerana banyak yang menganggap semua artis dan peragawati sanggup pakai seperti itu. Tetapi Aleeza sudah biasa dengan pakaian ‘daring’ dan selesa dengan pakaian begini. Mungkin tidak ada apa yang janggal bagi Aleeza kerana itu dia terus berpakaian yang tidak berani dipakai oleh orang lain.


Saya berbual dengan pelakon Panas yang sentiasa mengekalkan imej ‘panas’ itu walaupun selepas lebih sepuluh tahun dia “sangat panas’’ dalam filem arahan Nurhalim Ismail itu. Ternyata Aleeza menerima cemuhan dan kritikan itu. Cuma katanya, dia kurang faham kenapa sebelum ini orang tak pernah kritik.

“Bukan saya tak biasa pakai macam ini,” kata Aleeza.

Aleeza dikatakan berpakaian sangat menjolok mata di satu majlis.
Apa yang hendak dijelaskan? Saya harap hal ini tidak diperbesarkan lagi. Saya sendiri pun kalau boleh nak diamkan saja. Biarlah orang hendak cakap apa, selagi tidak ganggu hidup saya, saya tak mahu melatah.

Tetapi orang hendak tahu juga kenapa Aleeza berpakaian kurang sopan seperti itu?
Orang sedia maklum saya ni orang yang jenis macam mana. Saya tak ada hendak cakap saya tak bersalah ke, saya betul ke. Itu bukan saya. Yalah, kita hidup ni apa pun yang kita buat tak semua orang suka. Dan tak semua orang tidak suka kepada kita.

Atas tiket sebagai model, adakah Aleeza merasakan itu bukan hal yang memalukan?
Iya, memang banyak orang tahu saya adalah model. Saya memperagakan pakaian yang dibuat oleh pereka. Saya rasa orang sudah sedia maklum saya ini orang yang macam mana. Jadi, tak ada hal sangat. Bila saya pergi mana-mana, mereka pun bagi tahu mereka bukan peduli sangat saya hendak pakai apa, sebab mereka tahu latar belakang saya sebagai model. Orang pun tahu saya muncul dalam majlis, bukan di tempat biasa. Jadi kenalah ada konsep yang tersendiri. Cuma saya tak sedap hati bila ia boleh menjejaskan perasaan ahli keluarga yang lain. Bila saya kena kritik teruk macam itu, bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga saya. Saya pun ada suami, ada keluarga mentua yang saya kena jaga hati dan perasaannya.

Kenapa Aleeza pilih fesyen macam itu?
Nak buat macam mana, baju itu yang saya kena pakai. Pakai sajalah sebab saya diberi tugas. Alah, sebelum ini pun saya selalu pakai seksi juga. Tapi orang tak komen, tak kritik. Alih-alih kali ini hendak kena hentam, terima sajalah. Mulanya saya sendiri terkejut bila tengok baju itu, tetapi saya fikir ini acara tertutup, pakai sajalah. Dan saya tak sangka pula banyak betul wartawan pada hari itu. Banyak rakan wartawan yang baik dengan saya sudah tahu siapa Aleeza Kassim. Mereka sudah biasa dengan cara saya berpakaian waktu tengah kerja. Tapi biasalah tak semua orang suka. Dah orang hendak cakap saya tak boleh buat apa.

Aleeza tahu tak banyak juga peminat wanita Aleeza yang marah-marah?
Kalau ada sesetengah perempuan yang cakap apa saya pakai itu melampau, itu pendapat dia. Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh pakai pakaian tertutup semata-mata kerana tidak mahu orang lain bercakap tentang saya. Cuma saya akan berhati-hati. Fesyen sudah sebati dengan jiwa saya, susah untuk saya tolak kalau ada tawaran yang datang. Saya harap orang faham ini kerja saya, saya kena lakukannya.

Apa komen keluarga terhadap pakaian dan kritikan itu?
Mereka diam saja. Tapi tak sedap sebab saya sudah ada keluarga satu lagi, keluarga mentua. Apa pula kata mereka. Suami tanya juga kenapa sampai jadi macam ini? Yalah, siapa tak terasa bila isteri sendiri kena kritik. Saya jelaskan itu majlis tertutup, tak ada benda. Cuma saya akui dalam kritikan itu saya kurang puas hati bila saya dikatakan merosakkan nama artis lain. Kononnya sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Ini tak ada kena-mengena dengan kawan-kawan artis lain. Semua orang nak pakai yang cantik. Apa hal pula apa yang saya pakai hendak dikaitkan dengan rakan artis lain? Artis lain pun hendak berasa cantik juga, cuma barangkali tak berani hendak pakai yang macam itu (ketawa).

Bagi Aleeza ini adalah satu keberanian?
Saya model. Saya pakai macam itu di pentas peragaan, bukan di tepi jalan. Itu majlis istimewa, tak sepatutnya jadi isu macam ini. Saya pakai untuk majlis itu saja, orang kenalah faham juga. Saya ni buat kerja. Bukannya pakai macam itu kemudian saya merayau sana sini. Kalau di luar saya sendiri tak suka. Orang kena faham, soal pakaian suka hati sayalah. Masa ni saja saya hendak berasa. Cuma janganlah libatkan pihak lain. Kata saya jejaskan nama artis, tak adil macam itu. Tak elok pada artis lain. Tak semua kita tahu apa pandangan artis lain.

Aleeza kata ini pertama kali kena kritik teruk sebab pakaian, boleh kongsi bagaimana perasaannya?
Mula-mula ketawa saja. Apa hendak kata lagi. Tak apalah benda sudah jadi. Biasalah tu sebagai artis dan model kita sesekali kena kritik. Lumrah hidup kami selalu dipuji dan dikeji. Tak apalah. Hendak buat macam mana lagi.

Lain kali macam mana? Lebih berhati-hati?
Mungkin. Tak adalah sampai macam itu lagi kut (pakaiannya). Dalam soal ini saya tak salahkan sesiapa. Dah jadi pun, benda saya sudah pakai. Saya pun tak marah pada wartawan yang tulis, itu pendapat dia. Tetapi saya akan lebih berhati-hati.

Apa iktibar Aleeza dari kejadian ini?
Memang ini pertama kali terkena. Sebelum ini tak pernah kena jadi saya tak tahu bagaimana rasanya. Mungkin juga wartawan itu rasa apa yang saya pakai itu sudah betul-betul melampau. Bagi saya pula, saya akan pakai seperti mana saya, Aleeza Kassim. Tetapi mungkin lepas ini saya kena kurang sikit sebab saya tahu ada orang tak suka.

Pada pandangan Aleeza adakah orang yang tak boleh terima cara berpakaian seperti itu sebagai kolot?
Isyyyy...Tak boleh cakap macam itu. Mungkin dia tak suka seksi. Mungkin dia menyampah ke. Pendapat masing- masing. Cuma orang sedia tahu macam mana saya. Selama ni ada ke saya tak pakai baju tak tertutup? Kenapa kali ini lain pula? Tapi saya tak anggap orang yang kritik tu kolot. Terima kasih sebab tegur dan kritik saya. Saya terima pandangan orang.

6 comments:

Anonymous said...

apasal mcm papan lapis jer?

Cik Kordi said...

Bimbo. Kalau ko tak nak, tak jadi apa la. Bangang!

cheechi said...

biarla die nk pakai ape...janji hati tu baik n nawaitu bekerja...org yg xsuke tgk org senang ni n nak ikut sume kepala die tula org yg kolot...mcmane pun die die ttp tau ape die buat...

cheechi said...

biarla die nk pakai ape...janji hati tu baik n nawaitu bekerja...org yg xsuke tgk org senang ni n nak ikut sume kepala die tula org yg kolot...mcmane pun die die ttp tau ape die buat...

Anonymous said...

alahai cheechi........

hal yg bertentangan dgn agama bukan kolot...

mgkin dah lupa kata2
"niat x mghalalkn cara"

tgur sesama muslim/ah d'tuntut dalam agama....

soal dia pkai mcm 2 nak buat mcm mana....

tp bila ada yg membela mcm awak, ckup2 mnyedihkn.....

kutukan jg xmbntu, nasihat yg pling pnting.....

Islam bukan sekadar di kad pngenalan....

Islam dalam "pengamalan"

dalam tindakan, pemikiran....

ini perkara asas yang kita belajar....

cuma dgn alasan t'pksa, kt dah lupa janji kt dgn Tuhan sewaktu kt d'lahirkan.....

Anonymous said...

BIARLAH DIA NAK PAKAI APE

YANG KAU NAK KOMEN MACAMKAU TU BAGUS SANGAT TU BUAT PE

ENTAH2 KAU TU LAGI TEROK DARI DIA

WAHAHHAHAHAH!