Monday, July 30, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 4

Image Hosted by ImageShack.us


Too much 3R! Itu pendapat aku masa habis aku tengok episod kali ini. Aku bukan membangkang sekiranya diselitkan mesej-mesej berguna tetapi, kalau aku nak 3R, aku akan tengok 3R. Ini drama Gol and Gincu. Kalau nak selit sedikit mesej boleh lagi diterima akal, tapi keseluruhan concept drama malam tadi adalah 3R punya concept which kindda make me sick.

Kenapa? Kenapa Reza tiba-tiba menyertai Cycle for Life? Dan wow 3R begitu optimis dengan mendidik masyarakat supaya tidak takutkan pembawa kuman HIV. Semasa Reza gaduh tergolek, dan berdarah, Untie Wahid berkata… ‘I tak berdarah so tidak boleh darah u berjangkit..lagipun I pakai protection.’ Sambil menunjukkan dia memakai sarung tangan. Dan semua yang lainpun begitu terbuka apabila berbicara pasal HIV dan AIDS.

Dan, budak lelaki yang turut berbasikal tu, terlalulah membaca skrip. Kenapalah rancangan tv series di Malaysia mesti patung? Aku tengok rancangan One Tree Hill, setiap karakter ada jiwa. Brooke suka menjahit, Haley minat Muzik, Peyton minat muzik. Selain Puteri yang mengambil bidang fesyen kalau tak silap, aku baru tahu Shasha adalah pelajar architecture semasa dia pergi temuduga untuk internship! Yang lain-lain aku masih belum tahu what they do for life. Siapa Ling? Siapa Zie?

Dan, kemana Ayu pergi? Sejak Reza buat perjanjian dengan Ayu, dengan serta merta Ayu menghilang? Kemana perginya? Bukan seperti ayu yang pernah mengegarkan Gol dan Gincu apabila dia cepat berpuas hati. Apa perjanjiannya? Kerana Reza masih bersama Puteri.

Apapun malam tadi juga, banyak juga babak-babak kelakar terutama semasa makcik hantu tu tumpang kereta diaorang. Tapi apapun muka makcik tu memang seram lah. Tengah-tengah hutan pakai baju semayang nak minta tumpang. Sekali memang hantu daaa…Hantu yang baik siap minta maaf sebab terkentut.. Kwang kwang kwang..

Apapun, Gol dan Gincu tidak pernah mengecewakan aku. Aku suka dengan jalan ceritanya yang simple.

PS: Apapun, agak kelakar apabila dikhabarkan mereka semua ke Temerloh tetapi tidak ditunjukkan walau sekali signboard Temerloh kecuali signboard cycle for life finish here..mungkin mereka tidak sampai ke Temerloh pun. Huhuh.

Perodua VIVA

Image Hosted by ImageShack.us


Boleh sesiapa beritahu aku apa maksud VIVA? Aku tertanya-tanya kenapa ‘viva’? Aku boleh terima peralihan bahasa dari kelisa ke Myvi apabila diiklankan myvi adalah singkatan my vision (misi saya). Tetapi aku tidak mendapat sebarang pembayang apabila Perodua mengeluarkan sebuah kereta baru yang misi utamanya untuk mengantikan Kancil dan Kelisa diberi nama Viva. Dengan temanya pula adalah Love. Viva bermaksud Love? Love bermaksud sayang, cinta. Kalau begitu kenapa tidak dinamakan perodua Cinta? Bukankah lebih Malaysia bunyinya.

Kerana aku begitu ingin tahu, aku terus mencari dalam kamus bahasa Melayu keluaran DBP, apakah itu Viva? Tidak, tidak tertulis didalamnya. Aku mencari dalam kamus Longman, tidak juga ke temui. Jadi apa maksudnya Viva? Dan apa pula significance nama Viva dengan perodua? Bahasa apakah sebenarnya VIVA itu? Tiba-tiba aku teringat lagu Spice Girl sepuluh tahun lalu bertajuk ‘ Viva Forever’ Apakah Perodua mendapat ilham menamakan kereta barunya sebagai Viva selepas mendengar lagu ini?

Entahlah, aku sendiri tidak faham apakah yang menjadikan nama Viva begitu komersil di dalam negara yang rata-rata penduduknya tidak pernah tahu apakah maksud perkataan itu sendiri. Clueless.

Wednesday, July 25, 2007

New Sedan Proton!

Image Hosted by ImageShack.us


Proton Baru! Strategi pemasaran yang pelik. Sungguh aneh. Setakat menyiarkan sneak preview rupa bentuk model terbaru Protondalam gelap(yang aku rasakan adalah gen2 yang dipanjangkan sedikit) terus ditawarkan untuk tempahan.

About the new addition to our Proton family …
•The official launch will happen mid August, which means the car can be viewed from the 15th August onwards.
•The name of the car will be revealed on the official launch date.
•The soft launch of our new car on the 21st July 2007 means we are now open for bookings.
•Customers are invited and encouraged to book their cars now to avoid being on a long wait list!
•The booking fee is RM 500.
•The booking fee is transferable but strictly non-refundable.

Apakah strategi pemasaran Proton? Adakah orang yang begitu taksub dengan model proton maka dengan hanya melihat iras-iras sudah ingin membelinya? Dan yang lebih menakjubkan, tempahan telah boleh dibuat sekarang! Ya yuran penempahan ialah sebanyak RM500. Dan strictly non-refundable.

Kami masih belum pandu uji, kami masih belum melihat rupa bentuknya. Bagaimana kalau kami berubah hati setelah rupanya direveal pada 15/8 nanti? Ya yuran boleh dipindahkan ke kereta lain tetapi STRICTLY NON-REFUNDABLE? Hoho

“Customers are invited and encouraged to book their cars now to avoid being on a long wait list! “

Harganya murah untuk versi 1.6L. Kalau bentuknya seperti gen2, aku rasa ramai akan berminat untuk membelinya. Rekabentuk gen2 memang cantik.

More Info about this car click here

Tuesday, July 24, 2007

Juara the Worst Vehicle?

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Protong best.. proton best. Aku suka tengok iklan Proton i care. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa happy sewaktu menonton iklan tersebut. betul ni. Cuma babak akhir dimana di Pusat Service, kemudian ada seorang wanita tutup pintu kereta dan kainnya terkeluar dan dikejar oleh mekanik I Care, untuk menunjukkan mereka begitu ambil berat pada pemandu kereta Proton itu seakan DeJavu. Bukankah adegan yang sama berada dibabak akhir untuk Iklan stesen minyak BHP pada ketika awal-awal BHP menukar warna stesennya kepada warna oren? Aku dejavu atau ingatan aku begitu tajam sekali? ;)

Mana Perikemanusian Menghilang?

“Seorang suri rumah yang dituduh membunuh anak kandungnya sanggup melutut dan merayu sambil berpura-pura menangis di hadapan anak tirinya untuk memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian adiknya (mangsa).

Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu tirinya menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh adik yang berlainan ibu itu biarpun dia tidak bersalah.”

Minggu lepas aku terbaca sebuah artikel (mang ai, dah macam Gerak Khas ‘tuan ada baca surat khabar semalam?’) mengenai seorang ibu yang membaling anaknya ke dinding sehingga menyebabkan kematian anaknya itu.

Jenis apakah ibu ini? Mengapa ramai manusia sekarang yang sudah hilang sifat kasih sayang kepada anak sendiri. Sudah pandai buang ditepi longkang? Dibaling ibarat sampah dari tingkap apartment ke bawah rumah? Apakah masalah dengan manusia sekarang? Tekanan perasaan? Sakit mental? Tidak tahan dengan penderitaan sendiri maka cuba menyalurkannya dan membalas kepada sesuatu yang tidak mungkin melawan?

Keratan akhbar:
Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor, memujuknya di rumah ketika bapanya tiada dengan memberi jaminan akan cuba melepaskannya andai dimasukkan ke pusat kebajikan.

“Emak cakap, ‘Long (nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung,” katanya.

Saksi itu berkata, biarpun melihat ibu tirinya menendang dan memukul adiknya sehingga mangsa mengerang kesakitan dan muntah tidak berhenti-henti selain lebam di badan, dia tidak menceritakannya kepada bapanya, Abdul Aziz Abdul Rahman kerana takut kepada tertuduh.

Salina, 27, dituduh membunuh anaknya, Syakir Abd Aziz, 3, di rumah mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya, antara jam 5.30 petang pada 4 April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004.

Dia diwakili peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail.

Selain tiga adik sebapa, saksi itu mempunyai tiga adik lain hasil perkahwinan bapanya dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.



SALIM: Boleh beritahu apa berlaku pada 4 April 2004, jam 5.30 petang?
SP4: Saya dan adik (saudara sebapa tetapi berlainan ibu) yang sulung bermain sambil buat kereta mainan di tepi rumah. Ketika itu saya dengar emak pukul adik Syakir. Saya dengar dia diangkat dan dibaling ke dinding rumah yang dibuat daripada kayu. Kemudian, saya masuk ke rumah dan tengok emak tendang adik Syakir di perut. Ketika itu emak dalam keadaan marah.

SALIM: Bagaimana keadaan adik kamu?
SP4: Terbaring melintang kerana sakit ditendang. Mula-mula dia menangis tapi selepas itu senyap. Saya tahu emak marah, sebab itu dia pukul adik Syakir depan saya dalam keadaan berdiri. Saya tak ingat berapa kali dia tendang tapi banyak kali. Saya juga tidak pasti sekuat mana emak tendang tapi dari muka dia nampak sekuat hati.

SALIM: Apa yang jadi pada adik Syakir?
SP4: Dia terus senyap.

SALIM: Apa kamu buat?
SP4: Saya tutup pintu. Emak baling adik Syakir pada saya sambil kata: ‘Kau basuh berak anak sial ni’. Emak baling kena tangan dan saya cuba sambut tapi tak berjaya menyebabkan adik terjatuh. Saya tidak jawab apa-apa dan terus angkat adik bawa ke bilik air di sebelah rumah. Selepas basuh berak adik Syakir, saya masuk semula ke rumah.

SALIM: Masa bawa adik Syakir untuk basuh berak, adakah dia menangis?
SP4: Adik Syakir jarang menangis tapi masa dibawa ke bilik air, dia mengerang sakit. Saya tak tanya dia sakit di mana, tapi nampak tangannya pegang perut. Selesai basuh berak adik, saya bawa masuk semula dan pakaikan baju serta letak dia atas sofa. Saya lihat keadaan dia okey saja dan sambung buat kereta mainan.

SALIM: Seterusnya?
SP4: Balik dari kedai saya beritahu ayah balik dan emak terus masuk ke rumah dan keluar semula lima minit kemudian. Emak tanya saya, ‘Along...apa pasal Syakir? Saya cakap ‘mana Along tahu’ dan tanya mengapa. Emak kata, ‘jom tengok Syakir yang berbaring atas sofa dan muntah’. Saya lap muntahnya dan dia terus muntah banyak kali dan tak berhenti. Ketika itu kira-kira jam 6.30 petang. Emak hanya tengok saja. Adik muntah dari hari itu (4 April 2004) hingga pagi 6 April 2004. Tiap kali muntah saya akan lap.

SALIM: Apa tindakan emak?
SP4: Tiada apa-apa. Emak juga tidak bawa adik Syakir ke klinik. Pada 6 April 2004 saya lari dari rumah sebab tidak tahan semua urusan adik Syakir saya kena buat. Ayah juga tidak tahu perkara itu kerana tidak diberitahu langsung.

Saksi itu berkata, kerana tak tahan disuruh menguruskan Syakir, dia melarikan diri ke rumah abang angkatnya dikenali ‘Abang Talib’ pada 6 April 2004 hingga 2 petang 7 April 2004. Katanya, ketika balik ke rumah pada 2 petang 7 April 2004 dengan membawa tiga bungkus nasi, dia dimarahi serta dimaki ibu tirinya kerana melarikan diri dan membiarkan Syakir.

“Saya lihat Syakir nazak dengan matanya berair dan badan biru. Emak suruh saya jaga adik di hospital. Saya cakap bukan salah saya mengapa kena bertanggungjawab,” katanya sambil memberitahu dia kemudian keluar memancing bersama seseorang dikenali Abang Mat di lombong Speed Boat.

Sementara itu, seorang saksi, Lans Koperal Norazlina Abdullah berkata ketika bertugas di bahagian pertanyaan Balai Polis Ampang, seorang lelaki bernama Abdul Aziz dan anak lelakinya datang membuat laporan kematian anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai akibat ditendang dan dipukul dengan penyangkut baju oleh abangnya berusia 14 tahun.

Movie marathon @ home

Di hujung bulan, nak keluar rumah pun rasa tak semangat. Ya. dengan kereta boleh sahaja nak bergerak ke mana-mana tetapi ketidakgembiraan kerana tidak boleh membeli apa-apa yang berkenan dihati menyebabkan aku ambil keputusan untuk tidak kemana-mana melainkan bertemankan sebuah computer peribadi dan LCD Projector ditemani sebuah external hard drive. Movie marathon!

Movie 1: Date Movie (Comedy)
Sesiapa yang pernah menonton Scary Movie 1-4, Epic Movie pasti suka dengan Date Movie. Filem ini mengambil adegan-adegan menarik filem lain kemudian di olah untuk menjadi filem komedi. (permulaan ada ala-ala Bridge Jones’s Diary diselangseli dengan Meet My Parents dan beberapa filem lain yang aku tidak dapat kenal pasti mungkin kerana aku tidak menonton filem berkenaan)

Movie 2: Perfume: Story of a Murderer (Seram / Ganas) – tak seram tak ganas
Filem ini amatlah panjang. Dekat 3jam! Aduh. Pergerakan cerita yang perlahan membuatkan aku hampir mati kebosanan tetapi apakan daya, download sudah.. Kenalah tengok kalau tak rugi pulak.

Mengisahkan seorang lelaki yang sangat obsess dengan bau tetapi menyedari tidak mempunyai bau badan sendiri. Beliau pada awalnya bekerja di sebuah kapal tetapi dibeli oleh seorang pembuat perfume.

Pembunuhan pertama berlaku dengan tidak sengaja apabila dia begitu obsess mencium bau badan seorang wanita sehingga tidak sedar dia telah menutup hidung wanita berkenaan dengan penuh tenaga. Kemudian beliau mencari formula bagaimana mengekalkan bau. kerana apabila wanita pertama dibunuh, tidak lama selepas itu bau badan wanita berkenaan telah tiada.

Kemudian, banyak kematian berlaku dalam keghairahan lelaki berkenaan untuk mengambil bau wanita-wanita yang sungguh harum itu. Dan akhirnya terkumpullah 13 jenis wangian yang dicampurkan menjadi satu dan dipakaikan kepada dirinya. Pada hari dia dijatuhkan hukuman mati, dia sempat memakai wangian berkenaan yang menyebabkan khalayak mula terpegun dengan dirinya. Bla bla.. Best juga filem ini kalau bukan sebab kelembapan ceritanya

Movie 3: Music and Lyrics (Komedi Romantika)
Filem ini aku download lepas baca review adreen kat blog dia mengatakan filem ni best amat sampai dia bagi bintang 4.5. Erm, aku bagi 3.0 sahaja kot. Ceritanya menarik. Mengisahkan seorang penyanyi berkumpulan tahun 80-an yang hidup dalam masa silam. Maknanya dia tak boleh nak bergerak ke hadapan kerana dia tak yakin boleh berjaya. Bertemu seorang gadis yang takut akan bekas kekasihnya.

Si lelaki diberi peluang untuk mencipta sebuah lagu untuk dinyanyikan secara duet dengan seorang penyanyi yang paling popular. Ketandusan liriknya berakhir apabila si gadis amatlah creative. Eh…ceritanya sweet. Sesiapa sila pindah turun lagu “Way back into love” Soundtrack filem ini. Memang best sangat-sangat.

Movie 4: The Number 23 (Seram)
Mengisahkan seorang lelaki yang membaca sebuah buku lama bertajuk The Number 23 yang dirasakan ditulis mengenainya. Setiap apa yang berlaku dalam buku tersebut seolah berkait rapat dengan dirinya. Movie ini agak menarik tetapi aku rasa Jim Carrey tak sesuai berlakon filem genre begini. Reaksi mukanya tak sampai. Tidak kesampaian pulak jiwanya itu.

Apapun cerita ini best.

Movie 5: Snake on A Plane
Aku dah tengok filem ni kat pawagam tahun lepas dengan arwah Palie. Tetapi sebab dia begitu best, maka aku tak segan silu nak download dan tengok lagi. Pada akhir cerita rasanya memang tak rugi download pasal version panggung Malaysia banyak potong. hehehe.

Ular-ular tu nakal lebih dari apa yang ditayangkan di Malaysia. Aku heran gak version wayang kejab kejab silent..rupanya watak dalam filem duk mencarut memanjang. Hee…

Apapun secara keseluruhan, semua movie yang aku layan amatlah memuaskan hati aku. Sila bagi cadangan, filem apa yang menarik untuk aku download lagi nih. Hehehe.

Monday, July 23, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 3

Image Hosted by ImageShack.us


Quote from Daniel Henry of http://lipstickandgoalpost.blogspot.com didalam forum cari menulis: “well in the movie the car was a friend's. then the blue one you guys saw was a sponsored car, but later on they wanted to promote imago so that's why we had to change it la. CLOSE one EYE la. story line ok kan? haihz... production also cannot help all this small problems wan la... we TRY... we really do... just sometimes things are unavoidable... ;o) anyhow a million thanks for your continous support! peace y'all.”

Sebab aku tertanya-tanya kenapa dalam filem kelisa kuning, kemudian dalam permulaan musim 1 kelisa biru kemudian diikuti oleh kelisa Imago. Diatas adalah jawapannya. Kayu Ria begitu bersungguh-sungguh mengatakan aku bermimpi dan kelisa Puteri tidak pernah bertukar warna. Muahahaha. Wrong!

Episod 3..kalau minggu lepas pasal J dan kerjanya minggu ini mengenai Ling dan teman lelakinya yang bernama Atoi itu. dan juga tentunya mengenai Puteri. Tapi rasanya musim ini, setiap ahli Bukan Team Biasa ada minggu untuk diorang menonjol. Bagi aku ini bagus pasal selama ini kita kenal mereka sebagai kawan futsal Puteri tetapi tidak kenal latar belakang mereka kecuali Zie dan J.

Episod kali ini dimulakan dengan adegan ibu Puteri menukar mentol lampu. Puteri cuba teasing ibunya untuk mencari teman lelaki baru. Kebetulan di kelas, masuk seorang pensyarah gantian dan pada memula aku ingat Puteri berminat pada pensyarah berkenaan rupanya dia nak match kan dengan ibunya.

Cerita dipendekkan, Puteri berjaya kenalkan ibunya pada pensyarah berkenaan. Shasha pula menghadiri temuduga untuk internship program di salah sebuah syarikat pembinaan. Haikal sedikit cemburu dengan perkembangan ini.Selepas tiga minggu, aku rasa lah.. Haikal ni macam kena kurung pulak. Manjang dalam bilik aje kerjanya. Dan aku punya instinct kuat mengatakan yang Haikal tidak berada di Jakarta. Well, aku pun boleh snap photo dalam bilik aku dan ubah sikit design bilik dan mengatakan aku di Jerman.

Apapun, Ling mencari bekas teman wanita Ayahnya yang bernama Siti. Yang mana amatlah diluar imaginasi apabila dia meminta J, Zie dan Atoi cuma menelefon semua nombor yang bernama Siti dalam buku Yellow Pages. Adeh! Dia ingat ayahnya menghalang hubungan dia dan atoi kerana Atoi berbeza kaum dari dia. Rupanya ayahnya cuma prihatin sebab berhubung dua kaum ini amatlah sensitive. Apa-apa yang berlaku yang buruk, kata ayahnya akan di salahkan kepada kaum yang bukan beragama Islam.

Berbalik kepada Puteri, dia sanggup menjaga anak pensyarah tersebut demi memberi peluang kepada Aina untuk keluar bertemu janji. Tetapi amatlah mengecewakan kerana lelaki berkenaan tidak habis-habis bercakap mengenai bekas isterinya (mengingatkan aku pada Dexter).

Friday, July 20, 2007

JOKE FOR TODAY PART 2

Image Hosted by ImageShack.us


Lagi gambar-gambar kelakar yang aku sempat layari.
Warning! Ada gambar yang memerlukan bimbingan orang dewasa.


Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Fesyen and Kerosakan Imej

Image Hosted by ImageShack.us


Semalam aku menonton Night of Soulful Stars di NTV7 kerana satu sebab yang kukuh. Faizal Tahir. Faizal Tahir rock the house. Kecuali aku perasan dia tak menghafal satu lirik pun selain lagu popularnya ‘Maha Karya Cinta’

Apapun penyanyi yang digandingkan dengannya juga amatlah berbakat. Cuma aku tidak berkenan dengan pakaiannya pada mula-mula rancangan bermula. Penyanyi berkenaan bertubuh amatlah montel dan sihat semontel aku itu. Dengan penuh perasaan, memakai gaun yang mengikut potongan badan.

Hehehe, ada sesetengah si tembam, walaupun tembam, badannya berbentuk cantik. Tetapi penyanyi yang sudah tenggelam dalam arena mabuk fesyen ini memakai gaun ketat yang menampakkannya perutnya yang dua lapis itu.

Aduh, aku terasa hendak ketawa. Jika ingin berfesyen pastikan fesyen tersebut adalah bersesuaian dengan penampilan empunya badan. Merosakkan imej sendiri. Penyanyi berkenaan barangkali patut mencontohi Adibah Noor yang tahu bergaya dan tidak melebihi batas-batas yang menjolok mata ini.

Entry ini bukan mendiskriminasikan sesiapa yang bertubuh montel untuk berfesyen tetapi biarlah kena gayanya.

(Mutu gambar teruk kerana menggunakan kamera yang teruk)

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 19, 2007

Manusia dan Kebiadapan

Peristiwa yang satu ini sungguh kelakar. Tidak hanya kerana ia berlaku kepada seorang warga asing tetapi kerana kisahnya tidak sebesar mana. Budi bahasa budaya kita hah? Then….bullshit for that slogan.. Sila tanam di kubur slogan itu kerana apa yang aku hendak ceritakan ini tidak menunjukkan budi bicara rakyat Malaysia.

Hari ini aku menemani rakan sepejabat aku ke satu tempat. Aku masuk ke satu kawasan meletak kereta. Sedang elok aku meletakkan kereta, aku perasan ada seorang lelaki di dalam kereta sebelah aku. Dia masih berada di dalam kereta dan sedang bercakap di telefon. Sebaik selesai mematikan enjin kereta, rakan sepejabat aku membuka pintu kereta. Ya pintu kereta itulah menjadi masalah besar yang kelakar dalam cerita ini.

Secara tidak sengaja, dia terbuka pintu dengan agak luas dan hujung pintu itu terkena kereta disebelah (ter’bang’ secara tidak sengaja). Rakan sepejabat aku dengan segera membuat tanda memohon maaf. Lelaki berkenaan yang keluar dari keretanya dan segera memeriksa keretanya. Dan kemudian rakan aku masih lagi memohon maaf dari dia.

Dan kemudian keluarlah ayat dari mulut lelaki yang berwarga kerakyatan Malaysia. Pada mulanya, aku terkejut dan terfikir adakah lelaki ini berjenaka. Tetapi dengan riak mukanya tanda dia tidak berjenaka.

Stupid Man: ‘You cannot just say sorry, sorry, you bang my car, you should pay’
My Colleague: ‘There is not even a scratch and I did apologized, what else do you need’
Stupid Man: ‘You should pay, you bang my door. This is not even my car’ (tetttt, tipu tipu tipu)
My Colleague: ‘No, I not going to pay anything, there is no single scratch’
Stupid Man: ‘Still, you bang my car’
My Colleague: ‘No. If you not satisfy, go and make police report. I am happy to go to the police station with you’
Stupid Man: ‘You bang my car, pay for it’
My Colleague: ‘No’

Sambil berjalan. Aku pandang sahaja muka lelaki yang maha bodoh itu. Terbuka pintu kuat terkena kereta dia sahaja sudah minta bayaran. Kalaulah keretanya itu adalah kereta Ferarri, aku patut takut dan mengelabah. Ini kereta Proton Wira dengan scratch yang sudah berlambak dikiri dan kanan bumper.

Apakah ini budi bahasa rakyat Malaysia? Apakah ini namanya perkauman? Apakah kerana kami perempuan dan dia ingin membuli kami? Aku juga pemandu sepertinya. Kereta aku walaupun Kancil sahaja, rasanya lebih terjaga dari keretanya. Kalau setakat orang buka pintu dengan kuat dan terkena kereta aku dan cepat-cepat minta maaf, rasanya tidak mengundang apa-apa perasaan negatif pun dalam hati aku. Dan sepatutnya dia merasa malu dengan kejadian yang begitu kecil tetapi mengundang perhatian orang ramai itu.

Jadi, dimana budi bahasa amalan kita. Rakan aku yang berasal dari luar negara itu sudah memohon maaf berkali-kali tetapi masih dimarahi oleh lelaki bodoh itu. Dan pertengkaran itu sebenarnya tanpa isi kandungan.

Hendak dikatakan, penyakit PMS rasanya tidak pulak. Mungkin diluar pengetahuan aku, lelaki itu juga ada hormon datang bulan seperti wanita. Where is you manner? Locked in hell? Hell you, stupid wira driver!

Wednesday, July 18, 2007

Skyline beaten by Proton Satria!

Shocking surprise? No, it is not. A couple of months ago, I have uploaded the video to my youtube account with the title ‘Singapore skyline beaten by proton Satria’. Up to now, it has been watched 12,867 times. Oh I must admit the video is not mine to begin with. But I like to share something that Malaysian should be proud of. I do not remember who passed me the video. Sorry… ;)

Of course the Satria that we saw in the video not the standard gaban Satria and have been upgraded with the monster engine but what the heck, its still proton Satria.

Many comments that I received so far, quite proud with this Proton Satria and the rest still do not want to believe how Satria can beat Skyline. Well it is Drag Race. For short distance. I believe if the track a bit longer, Skyline should leave the Proton Satria maybe 100meter away. But…still Drag Race. And still the winner is that Proton Satria. And people, who still wanna argue about it, go home and play with your remote control car.

Views: 12,867 Comments: 53 Favorited: 19 times


Tuesday, July 17, 2007

Apakah Bola Sepak Malaysia?

Sebenarnya, aku tidak layak untuk komen mengenai mutu permainan bola sepak dunia kerana sebab paling utama, aku tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak. Aku juga bukan peminat bola sepak yang sanggup berjaga sampai pukul 3.00pagi untuk menonton perlawanan bola sepak liga Eropah atau Piala Dunia. Tidak, tidak dan tidak. Kerana sebab ini aku rasa sudah cukup untuk aku tidak terlibat dari segi apapun dengan bola sepak, baik dalam atau luar negara

TETAPI…TETAPI walaupun aku bukan peminat bola sepak, walaupun tak ada satu orang pun pemain bola sepak yang aku kenal, aku tetap baca surat khabar halaman belakang. Di situ, ya diruangan sukan itu, banyak sekali dimuatkan berita-berita mengenai kepandiran pasukan bola sepak tanah air. Kita sedia maklum yang pasukan Malaysia tak pernah menang besar. Kecuali dengan Brunei yang kita lanyak habis-habisan pada tahun lepas iaitu 12 gol berbalas 0. Tetapi itu hanya dengan Brunei.

Kekecewaan rakyat Malaysia makin menjadi-jadi pada kebelakangan ini apabila Malaysia dikalahkan dengan mudah oleh China dan Uzbekistan di Piala Asia dengan kedua-duanya menjaringkan 5 gol. Rekod pertemuan tentulah menyebelahi kedua-dua negara itu. Kalau dalam badminton suatu ketika dulu, Rashid Sidek digelarkan jaguh kampung kerana hanya menang jika bertanding di negara sendiri, apakah gelaran yang patut kita bagi kepada pasukan bola sepak Malaysia? Usahkan dinegara orang, ditanah air sendiri kita dibelasah sampai lembik.

Apakah salah dan dosa jika rakyat Malaysia beriya-iya menampal pelekat ‘Manchester United’, ‘Livelpool’, ‘ ‘Arsenal’, di kereta mereka, memakai baju ‘Real Madrid’ dan sebagaimana. Apakah kita harus mengatakan mereka tidak patriotik kerana tidak menyokong pasukan negara sendiri? Katalah apa sahaja, peminat sukan bola sepak sudah muak, jemu, jelik dengan pelbagai alas an setiap kali Malaysia kalah besar. Ada pula ura-ura pada awal tahun ini yang mengatakan impian Malaysia layak ke piala dunia pada tahun 2010. Yah..impian. Impian jadi angan-angan jenin. Inilah yang dikatakan ‘talk more, action no’ Pusingan kelayakan Asia bermula selepas Asia Cup. Dengan pencapaian ‘cemerlang’ Malaysia, kita boleh ucapkan selamat tinggal, bukan sahaja kepada Piala Dunia 2010 malah kepada semua Piala Dunia yang bakal dilangsungkan di atas dunia ini. Kejamkan bunyinya? Tidak, bagi aku bunyinya sempurna. Setakat tulisan ini, tiada tanda-tanda walaupun sebutir titik yang membangkang ayat aku.

Naib pengerusi FAM letak jawatan, bagi aku semua sekali dalam FAM patut letak jawatan. Dinegara-negara yang bola sepak menjadi satu acara kebanggaan, bola sepak dikuasai oleh professional tetapi di Malaysia ianya dikuasi oleh politik. Inilah cara kita, ya cara Malaysia.

Quote from NST today:
‘ He promises changes, and the first thing he does is call for yet another inquiry and forms yet another task force comprising the same old faces’

Apakah masalah pasukan bola Malaysia? Pemain? Jurulatih? Persatuan? Barangkali semuanya.

Monday, July 16, 2007

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 2

Image Hosted by ImageShack.us


Aku amat enjoy dengan episode kali ini walaupun aku masih tertanya-tanya kemana perginya Kelisa Puteri dan digantikan dengan Merc merah yang come from nowhere. Mungkin disebabkan ketiadaan watak ayu di psikopath itu yang menyebabkan episod ke dua ini lebih menarik. ;)

Mengisahkan pasal J yang bertudung terserempak dengan Zie. Aku suka dialog mereka di perhentian bas. Memang bahasa muda mudi. ‘Bodoh, aku nak pergi kerjalah’ Lakonan mereka semua nampak santai. Macam satu kehidupan yang nyata.

Zie terserempak dengan J yang bertudung nak pergi kerja, Zie snap photo J dan tunjukkan pada kekawan mereka yang lain. Mana Kartini pergi ya/ Sudah dua episod, dia belum kelihatan lagi. Shasha dan Haikal dengan masalah mereka. Apapun aku rasa couple berdua ni sooooo sweet.

Kisah kali ini agak ringan, mengisahkan pasal Puteri berpindah ke rumah baru untuk mendapatkan feng shui yang lebih baik di bantu oleh rakan-rakannya yang lain. Rakan-rakan Puteri saling mengusik mama Puteri supaya mencari teman lelaki baru memandangkan beliau sudah lama keseorangan. Rizal kehilangan pil HIVnye. Apapun memang banyak adegan kelakar. Terutama masa J kantoi dengan penyelianya selepas tukar baju. ‘Ambil air semayang’ ‘Ya Allah, berapa tan dosa aku menipu ni’ Hee

Enjoy! Sesiapa yang tidak pernah menonton gol dan Gincu silalah tekan alat kawalan jauh anda ke saluran 8tv setiap ahad pukul 10.00 malam. Tak rugi. Cerita biasa mengenai remaja biasa.. Bukan macam cerita samarenda, balik balik berkisarkan mengenai CEO company besar (walaupun umur baru mencapai 18tahun)

Oh tontoni juga ‘The Firm’ (the apprentice Malaysia version) di ntv7 pukul 9malam hari ahad. Selama ini kita begitu inspired by the apprentice. The Firm juga menarik untuk tontonan peminat the apprentice. Instead of You’re Fired, The Firm menggunakan term ‘You are terminated’ (Maybe kerana mentor setiap kumpulan bukan merupakan pengarah yang bakal mengambil pemenang The Firm sebagai pekerja mereka kerana syarikat yang akan mengambil pemenang bekerja masih dirahsiakan. Aku punya feeling mengatakan ia company besar, mungkin Intel? Kerana Intel penaja utama, mungkin juga Burger King? Argh…kita tungguuuuuuuuuu)

Nuri Jatuh Lagi… Dejavu?

Image Hosted by ImageShack.us

Perenggan ini telah di kemaskini pada 17 Julai 2007 berikutan penemuan mangsa Nuri terhempas pada pukul 1.24petang. Kesemua anggota TUDM (6 orang jumlahnya) dijumpai telah meninggal di dalam pesawat.

Aku mendengar berita dengan rasa dejavu. Nuri jatuh? Aku rasa macam pernah aku lalui sebelum itu yang pesawat Nuri jatuh. Adakah ini yang dipanggil Dejavu? Apa aku mengalami dejavu seperti dalam filem Matrix dimana dejavu dialami apabila system matrix dikemaskini? Ataupun Dejavu seperti didalam filem Dejavu itu sendiri? Buat seketika aku rasa seperti aku bermimpi? Bermimpi atau Dejavu? Yang utama berita Nuri jatuh lagi menjadi berita utama dalam masa 2-3 hari ini apabila 6 anak kapal masih tidak dijumpai dan bangkai pesawat masih belum dikelihatan.


Apakah dejavu? Mengikut pemahaman aku, Dejavu bermakna terasa peristiwa yang di alami bagaikan pernah dilalui. Apakah jatuhnya pesawat Nuri satu Dejavu? Berapa kalikah perasaan dejavu boleh dirasakan sebelum ia boleh dipanggil sesuatu yang lebih dari Dejavu. Mengikut rekod sejak dibeli 38tahun lalu, sudah 13 kali kejadian membabitkan Nuri berlaku (tidak termasuk yang menjadi isu sejak tiga hari lepas)

Apakah ia berlaku kerana kesalahan manusia? Sekali, dua kali, tiga kali masih boleh diterima akal ianya human error. 13kali human error??? Atau pesawat tersebut memang bermasalah dari awal lagi? TUDM menunggu hingga korban keberapa untuk membuka mata? Mungkin sudah sampai waktu pihak-pihak terbabit mengkaji dengan jelas apa disebalik Dejavunya Nuri. Semoga 6 anak kapal yang hilang, di temui selamat. Amin

Kronologi nahas membabitkan helikopter Nuri sejak 38tahun lalu.
1. 15 Ogos 2004 – Sebuah helikopter Nuri dipercayai membawa 10 orang penumpang termasuk juruterbang dilaporkan hilang di kawasan Long Seridan tidak jauh dari Miri ke Ba’Kelalan, Sarawak.

2. 30 Mac 2004 – Tiga termasuk juruterbang terselemat apabila helikopter Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar Labuan, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan

3. 5 Mac 2004 – Dua anggota TUDN maut selepas helikopter Nuri terhempas di Taman Udara, Butterworth.

4. 19 Mac 1997 – Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter Nuri jenis Sikorsky S-61 terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang Sabah

5. 16 Oktober 1996 – Dua orang terbunuh, tiga hilang manakala dua lagi selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau Pinang

6. 11 Julai 1991 – Tujuh orang maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika cuba mendarat di Banding, Perak

7. 10 Jun 1991 – Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentara di Banding, Perak kira-kira jam 5.20 petang

8. 16 Januari 1991 – Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kulang Johor terhempas ketika membuat pendaratan kecemaran di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor

9. 28 Ogos 1990 – Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara semperna perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuha sekolah berhampiran Rawang, Selangor

10. 18 Disember 1989 – sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentara Darat dan TUDM termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej jen Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Datuk Hasbullah Yussoff.

11. November 1989 – Nahal terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas pesawat Nuri terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak

12. 11 Julai 1981 – Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat

13. 25 April 1981 – Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika rebut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak

Friday, July 13, 2007

Prinsip Makanan Halal

Mencari yang halal itu adalah fardu. Begitulah bunyi sebuah iklan dikaca televisyen yang mengiklankan ubat gigi yang disahkan halal oleh Jakim. Ringkasnya, halal bukan hanya pada makanan, tetapi dari segala segi. Ubat gigi, pencuci muka, shampoo rambut, sabun mandi tetapi tulisan ini mengkhusus kepada makanan halal.

Kenapa halal? Seringkali kita merungut akan kesusahan mencari makanan halal di luar negara. Kita agak bernasib baik kerana di Malaysia ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Setiap kali kita mencari makanan, kita bergantung kepada label JAKIM ini.

Apapun, cerita mengenai prinsip makanan halal bermula,

Malam Selasa lepas, aku dijemput menghadiri makan-makan selamat tinggal semperna dua orang staff berhenti dan selamat datang kepada seorang staff baru di rumah Shanthi di Petaling Jaya (Satu jalan dengan kes kematian akibat dilanggar kereta sendiri dua hari sebelum majlis makan-makan ini)

Shanthi memasak nasi dengan kari kambing, udang serta kari ikan (traditional makanan India selatan). Aku teragak-agak untuk menjamah kari kambing itu kerana meragui akan halal haramnya. Shanthi yang prihatin dengan keadaan aku lantas berkata ‘Dun worry Ezza, I bought it from Malay stall’

Dan kemudian Shanthi mula bercerita mengenai prinsip halal (nota kaki: Shanthi merupakan seorang Kristian). Shanthi dalam ceritanya menyatakan selalunya jika dia membeli ayam atau daging dari pasar, beliau akan membelinya di kedai Melayu atau India Muslim.

Beberapa tahun lalu, beliau membaca artikel mengenai binatang sembelihan. Prinsip sembelihan adalah untuk mengeluarkan sepenuhnya darah dalam badan haiwan. Kerana jika darah masih lagi tersisa dalam badan haiwan, ia adalah salah satu factor menyumbang kepada kehadiran bacteria. Dan haiwan yang kehilangan keseluruhan darahnya adalah tahan lebih lama dari haiwan yang masih mengandungi sisa-sisa darah.

Jadi, konsep halal dalam sembelihan haiwan dalam Islam adalah untuk menghilangkan keseluruhan darah dari badan haiwan ternakan. Jadi, kenapa kita yang memang diwajibkan mencari yang halal masih boleh membeli sesuatu yang tidak disembelih dengan sempurna dengan alasan susah mencari yang halal, jika yang tidak beragama Islam yang tiada sekatan untuknya memakan apa sahaja menyedari kepentingan sembelihan binatang?

Halal, satu anugerah dan satu jenis perlindungan dari Allah untuk umatNya.

PS: Beliau dalam ceritanya juga amat kagum dengan orang Islam kerana apabila meninggal dunia tidak membawa apa-apa ke dalam kubur bersama mereka. ‘Mereka tinggalkan dunia, sebagaimana mereka datang…kosong’

Pay It Forward!

Image Hosted by ImageShack.us


Siapa sangka akhirnya saya menemui satu skim pyramid terbaik. Saya sendiri tidak menyangka yang akhirnya satu skim pyramid berjaya membuka mata saya yang ada juga skim yang betul. Yang mendatangkan hasil disebalik semua jenis skim yang berlambak di luar sana yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda tetapi apa yang anda dapat hanyalah kebodohan berlipat kali ganda untuk untung yang belum tentu. Ya, Pay It Forward membuktikan skim pyramid memang baik.

Jangan terperanjat dengan pernyataan saya! Saya yang selama ini amatlah membantah keras skim pyramid dan segala jenis yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan tiba-tiba mengubah pendapat saya. Ya ianya adalah kerana Pay It Forward.

Dimalam rabu lepas, semasa menunggu rancangan kegemaran saya ditayangkan, saya menonton saluran 8TV. Sebuah filem lama keluaran tahun 2001 ditayangkan dikaca televisyen bertajuk Pay It Forward.

Apakah Pay It Forward? Seorang kanak-kanak berusia 11tahun yang berada di gred 7 diberi satu tugasan yang bertajuk ‘Fikirkan sesuatu yang boleh anda lakukan untuk mengubah dunia, dan lakukannya’

Kanak-kanak ini mencipta satu skim pyramid yang begitu dramatic. Satu orang membantu tiga orang yang lain. Tiga orang ini tidak dibenarkan membalas budi tetapi haruslah setiap satu darinya membantu tiga orang yang lain dan begitulah seterusnya prosesnya berjalan. Ianya simple, skim pyramid yang baik pastinya.

Alangkah bagus jika di dunia realiti wujud skim pyramid yang begini hebat! Bukan setakat kemunculan segala jenis skim pyramid yang tidak berfaedah dan menguntungkan pihak tertentu sahaja.

Pay It Forward: sungguh menyentuh hati…

A school social studies assignment leads to social changes that spread from city-to-city. Assigned to come up with some idea that will improve mankind, a young boy (Haley Joel Osment) decides that if he can do three good deeds for someone and they in turn can "pay it forward" and so forth, positive changes can occur. What appears to initially be a failure, is indeed a success that is not immediately known but is traced backwards by a reporter who is a benefactor. The initial recipients of the boy are a drug addict (James Cavaziel), his badly scarred school teacher (Kevin Spacey), and a classmate who is constantly bullied by his peers. While physically and mentally scarred by past events, the teacher is not the only one bearing scars. The young boy fears his mother's fate, particularly at his brutal, alcoholic father's (Jon Bon Jovi) hands. The mother also bears scars from her childhood with a homeless, alcoholic mother (Angie Dickinson).


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 12, 2007

KERETA 15TAHUN DAN PELUPUSAN.

Dibawah adalah petikan berita beberapa minggu lalu yang mencadangkan bahawa kereta yang berusia 15tahun dan ke atas dilupuskan bagi menggalakkan pembelian kereta baru atau kereta terpakai yang banyak tersadai di syarikat jualan kereta terpakai.

Cadangan ini, seperti yang diketahui ramai, telah dicadangkan oleh PROTON kerana jualan kereta Proton amatlah tidak menggalakkan dan menyebabkan kerugian hampir 500juta pada tahun lepas. Salah siapakah kerugian Proton mencecah sebanyak itu? Adakah salah kereta berusia 15tahun ke atas? Adakah salah pengguna yang memilih kereta lain yang jauh lebih berkualiti dari Proton yang selayaknya tidak mengeluarkan apa-apa kereta dengan kualiti kelas ke tiga.

Proton, (yeh Proton) sebab hanya Proton yang bermasalah hendak menjual kereta. Kenapa Perodua tidak mengalami masalah, kenapa pengeluar-pengeluar kereta import tidak mengalami apa-apa masalah. Setiap model baru yang dikeluarkan, mendapat sambutan hangat dari pengguna? Kenapa hanya Proton yang merasa tergugat dengan kereta 15tahun?

Apakah pengurusan Proton terencat akal? Retard? Atau memang dilahirkan sebagai sindrom down? Kenapa rakyat beralih kepada kereta lain? Kenapa selepas 20tahun, Proton dipandang sepi oleh pengguna? Banyak betul keluhan pengguna, power window bermasalah, pintu bermasalah, tingkap bermasalah, alarm bermasalah. Apa tandanya ini semua?

Kenapa apabila kereta Proton tidak laku dijual, kereta baru atau terpakai…maka sibuklah kita terpaksa mendengar hujah bodoh pihak terbabit untuk melupuskan kereta yang berusia lebih 15tahun?

Pelupusan kereta berusia 15tahun, memang menguntungkan. Ya menguntungkan pihak2 berkepentingan. Bank dan tokei kedai kereta lah. Yang sengsara, rakyat. Buat hutang kereta ada yang sampai 10tahun, bila dah lepas hutang, 5tahun kemudian hantar ke tempat pelupusan sampah sarap pulak. Bukan semua orang bergaji seperti menteri-menteri cabinet. Bukan semua orang mendapat pendapatan RM10,000 sebulan. Membeli sebuah kereta sahaja boleh diibaratkan seperti berkomitmen besar untuk ramai rakyat Malaysia. Apakah jenis ini kerajaan kita? Yang begitu prihatin pada nasib Proton tetapi tidak pada nasib rakyatnya?

Oh untuk model model kereta import, 15tahun masih lagi macam kereta baru. Prestasinya kereta import yang berusia 15tahun, adalah sama (atau lebih) dengan prestasi kereta baru keluaran negara Malaysia Hanya kereta national sahaja layak dilupuskan selepas 15tahun. Dan yang banyak tersadai tidak laku di kedai kedai kereta terpakai adalah kereta nasional. Kereta kebanggaan Kerajaan Malaysia. Walaupun menteri menteri punya kereta rasmi adalah Merch. Tak ada pulak menteri yang memandu Proton Wira ke sana sini. Kalau adapun kenderaan pengiring sahaja. Jadi, patriotikkah menteri di Malaysia?

Dimana rasionalnya menyusahkan hampir semua rakyat yang berpendapatan rendah, yang berkerja mati-matian untuk mendapatkan sebuah kereta untuk keperluan asas yang berharga RM4000-5000 yang sudah beralih tangan hampir 2-3 pemandu semata-mata untuk menyelamatkan Proton?

‘nak jaga proton, rakyat sengsara. kalau proton menyusahkan, baik lupuskan saja ia.. daripada lupuskan kereta lama yang jelas tidak menyusahkan sesiapa’


Image Hosted by ImageShack.us

Petikan berita:
Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) ketika mencadangkannya berkata, Proton Holdings Bhd. (Proton) perlu diberi tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja pelupusan tersebut.

Beliau yang juga Presiden KLSCDCCA berkata, pihaknya yakin cadangan itu secara tidak langsung akan melariskan kereta Proton.

‘‘Kini apa yang kita lihat jualan kereta Proton semakin merosot dan terdapat banyak lambakan dan ini menyebabkan Proton mengalami kerugian.

‘‘Daripada kita membiarkan Proton mengalami kerugian, lebih baik kita berbuat sesuatu untuk menyelamatkan kereta nasional kita,’’ ujarnya.

Mengenai cadangan itu, Kah Jin memberitahu, pihaknya telah membincangkan perkara tersebut dengan Proton pada November tahun lalu.

‘‘Saya difahamkan pihak Proton telah membawa perkara ini kepada perhatian kerajaan tetapi pihak kami sehingga kini masih belum mendapat apa-apa perkembangan mengenainya,’’ jelas beliau.

Sementara itu, Kah Jin berkata, ketika ini terdapat kira-kira 60,000 kereta murah terpakai di negara ini dengan anggaran nilai berjumlah lebih RM1.2 juta.

Wednesday, July 11, 2007

FEAR VS NO FEAR

Dalam keadaan bagaimanakah keberanian anda bertukar sepantas gaban menukar baju 60saatnya menjadi ketakutan? Dalam skala 1-10, dimanakah tahap keberanian anda? Bagaimana pula dengan ketakutan anda? Adakah terkawal? Adakah keberanian anda menjadi punca anda mati terbunuh dek kerana nak menyelamatkan wallet anda dari dicipet oleh peragut yang hati keras macam Firaun?

Cerita 1:
Semalam, pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan berita Janine kena ragut waktu balik dari pejabat pada pukul 9.00malam. Jarak pejabat dengan rumahnya tidak sampai 1kilometer maka adalah satu kebiasaan untuk Janine berjalan pulang. Dia membawa beg sandang belakang yang berisi laptop dan ipod dan wallet tentunya.

Ceritanya bermula apabila dua lelaki yang menaiki motosikal passed by (erk apa translatenye aa..lalu tepi dia kot) jalan terus. Kemudian pada satu peringkat, dua manusia laknat terkutuk ala-ala babun yang cis bedebah itu (oh ayat aku, surprise keluar dari jari jemari aku jampi maki hamun di atas) berhenti dan siap berdiscuss. Maybe bercakap..patut kita ragut ke tidak wanita yang sedang berjalan tu. Dan ya. mereka patah balik.

Janine, yang sudah merasakan ‘o o…here they are…the bastard son of a bitch thieves is coming.’ Dia cepat-cepat mencampakkan beg sandang belakangnya ke arah lain dan melarikan diri. Dua lelaki yang jahanam ini (oh terlupa nak sebut, muka Melayu, tak pastilah Melayu ke Jawa ke..Indon ke) selepas mendapat beg sandang itu yang obviously nothing valuable left pada Janine, boleh lagi mengeluarkan parang dan mengejar Janine.

Dia menjerit, bertepik macam ungka hilang anak, tetapi pak guard condonya yang cuma seratus meter dari tempat kejadian bukan sahaja tidak menolong, malah elok sahaja duduk dalam pondok pengawal seperti babun makan kutu. Apabila telah terselamat, luckily peragut yang jelas hati kering nak menetak orang itu tidak berjaya mencederakan dirinya, dia berlari ke pondok pengawal. Oh jawapan yang amat sedap di telinga mendengar ‘Kami cuma jaga persekitaran dalam ini sahaja, luar sana kami tak jaya’ Tiada lagi peri kemanusian, tiada lagi semangat nak selamatkan orang…duduk melangut macam ungka berak dalam pondok sahajalah yang dia tahu buat.

Cerita 2:
Takut. Ya takut gelap. Sesekali aku berada dalam keadaan ini. Terutama kalau aku tidak boleh melelapkan mata. Mungkinkah sebab masyarakat kita di ajar sedari kecil (well at least aku diajar).. gelap itu hantu! Jangan pergi sana,,gelap tu….eee…kang ada makhluk tarik.

Malam2 sekarang, kalau aku tak boleh tidur sebab panas, Deida kata buka lah tingkap. (well obviously orang takkan mampu panjat ke rumah aku even dari rumah sebelah kerana aku berada di tingkat 14. Pintu sliding atau tingkap sliding tidak pernah di lock. Eh. malah di bilik aku tu, tak ada lock pun untuk tingkap. Cuma aku tak mampu buka tingkap tu setelah aku tutup lampu. Malah langsir pun aku tutup rapat-rapat supaya aku taknampak apa dibelah luar.

Aku selalu berimaginasi akan makhluk-makhluk terbang singgah di bilik aku.eeee..ngeri siott…pintu bilik pun aku tak tutup rapat, senang untuk Ayu keluar masuk. (Tak kisahlah aku tido seksi or seksa pun, takat osmate nak tengok…dah muak aku rasa..muahaha)…Aku katakan pada rakan serumah pintu tu aku tak tutup rapat sebab senang ayu nak keluar masuk malam-malam, TETAPI itu alasan tipu sahaja! Hahaha aku tak tutup rapat pintu supaya senang aku lari keluar dari bilik kalau aku takut. Argh gile..aku gile..

Aleeza Kassim - Saya KENA pakai macam tu!

Image Hosted by ImageShack.us


“Saya kena pakai macam tu” – Aleeza
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Gara-gara pakaian ‘tak cukup kain’ yang dikenakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini, pelakon Aleeza Kassim menerima banyak kritikan dan juga nasihat. Banyak yang menelefon kepada saya untuk menyampaikan nasihat mereka kepada Aleeza. Selain itu banyak juga yang tanya tentang rasional Aleeza, peragawati tinggi lampai ini berpakaian seperti itu.

Kolumnis Siti Jarum pula dalam tulisannya menganggap Aleeza berlaku tidak adil kepada artis dan peragawati lain. Ini kerana banyak yang menganggap semua artis dan peragawati sanggup pakai seperti itu. Tetapi Aleeza sudah biasa dengan pakaian ‘daring’ dan selesa dengan pakaian begini. Mungkin tidak ada apa yang janggal bagi Aleeza kerana itu dia terus berpakaian yang tidak berani dipakai oleh orang lain.


Saya berbual dengan pelakon Panas yang sentiasa mengekalkan imej ‘panas’ itu walaupun selepas lebih sepuluh tahun dia “sangat panas’’ dalam filem arahan Nurhalim Ismail itu. Ternyata Aleeza menerima cemuhan dan kritikan itu. Cuma katanya, dia kurang faham kenapa sebelum ini orang tak pernah kritik.

“Bukan saya tak biasa pakai macam ini,” kata Aleeza.

Aleeza dikatakan berpakaian sangat menjolok mata di satu majlis.
Apa yang hendak dijelaskan? Saya harap hal ini tidak diperbesarkan lagi. Saya sendiri pun kalau boleh nak diamkan saja. Biarlah orang hendak cakap apa, selagi tidak ganggu hidup saya, saya tak mahu melatah.

Tetapi orang hendak tahu juga kenapa Aleeza berpakaian kurang sopan seperti itu?
Orang sedia maklum saya ni orang yang jenis macam mana. Saya tak ada hendak cakap saya tak bersalah ke, saya betul ke. Itu bukan saya. Yalah, kita hidup ni apa pun yang kita buat tak semua orang suka. Dan tak semua orang tidak suka kepada kita.

Atas tiket sebagai model, adakah Aleeza merasakan itu bukan hal yang memalukan?
Iya, memang banyak orang tahu saya adalah model. Saya memperagakan pakaian yang dibuat oleh pereka. Saya rasa orang sudah sedia maklum saya ini orang yang macam mana. Jadi, tak ada hal sangat. Bila saya pergi mana-mana, mereka pun bagi tahu mereka bukan peduli sangat saya hendak pakai apa, sebab mereka tahu latar belakang saya sebagai model. Orang pun tahu saya muncul dalam majlis, bukan di tempat biasa. Jadi kenalah ada konsep yang tersendiri. Cuma saya tak sedap hati bila ia boleh menjejaskan perasaan ahli keluarga yang lain. Bila saya kena kritik teruk macam itu, bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga saya. Saya pun ada suami, ada keluarga mentua yang saya kena jaga hati dan perasaannya.

Kenapa Aleeza pilih fesyen macam itu?
Nak buat macam mana, baju itu yang saya kena pakai. Pakai sajalah sebab saya diberi tugas. Alah, sebelum ini pun saya selalu pakai seksi juga. Tapi orang tak komen, tak kritik. Alih-alih kali ini hendak kena hentam, terima sajalah. Mulanya saya sendiri terkejut bila tengok baju itu, tetapi saya fikir ini acara tertutup, pakai sajalah. Dan saya tak sangka pula banyak betul wartawan pada hari itu. Banyak rakan wartawan yang baik dengan saya sudah tahu siapa Aleeza Kassim. Mereka sudah biasa dengan cara saya berpakaian waktu tengah kerja. Tapi biasalah tak semua orang suka. Dah orang hendak cakap saya tak boleh buat apa.

Aleeza tahu tak banyak juga peminat wanita Aleeza yang marah-marah?
Kalau ada sesetengah perempuan yang cakap apa saya pakai itu melampau, itu pendapat dia. Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh pakai pakaian tertutup semata-mata kerana tidak mahu orang lain bercakap tentang saya. Cuma saya akan berhati-hati. Fesyen sudah sebati dengan jiwa saya, susah untuk saya tolak kalau ada tawaran yang datang. Saya harap orang faham ini kerja saya, saya kena lakukannya.

Apa komen keluarga terhadap pakaian dan kritikan itu?
Mereka diam saja. Tapi tak sedap sebab saya sudah ada keluarga satu lagi, keluarga mentua. Apa pula kata mereka. Suami tanya juga kenapa sampai jadi macam ini? Yalah, siapa tak terasa bila isteri sendiri kena kritik. Saya jelaskan itu majlis tertutup, tak ada benda. Cuma saya akui dalam kritikan itu saya kurang puas hati bila saya dikatakan merosakkan nama artis lain. Kononnya sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Ini tak ada kena-mengena dengan kawan-kawan artis lain. Semua orang nak pakai yang cantik. Apa hal pula apa yang saya pakai hendak dikaitkan dengan rakan artis lain? Artis lain pun hendak berasa cantik juga, cuma barangkali tak berani hendak pakai yang macam itu (ketawa).

Bagi Aleeza ini adalah satu keberanian?
Saya model. Saya pakai macam itu di pentas peragaan, bukan di tepi jalan. Itu majlis istimewa, tak sepatutnya jadi isu macam ini. Saya pakai untuk majlis itu saja, orang kenalah faham juga. Saya ni buat kerja. Bukannya pakai macam itu kemudian saya merayau sana sini. Kalau di luar saya sendiri tak suka. Orang kena faham, soal pakaian suka hati sayalah. Masa ni saja saya hendak berasa. Cuma janganlah libatkan pihak lain. Kata saya jejaskan nama artis, tak adil macam itu. Tak elok pada artis lain. Tak semua kita tahu apa pandangan artis lain.

Aleeza kata ini pertama kali kena kritik teruk sebab pakaian, boleh kongsi bagaimana perasaannya?
Mula-mula ketawa saja. Apa hendak kata lagi. Tak apalah benda sudah jadi. Biasalah tu sebagai artis dan model kita sesekali kena kritik. Lumrah hidup kami selalu dipuji dan dikeji. Tak apalah. Hendak buat macam mana lagi.

Lain kali macam mana? Lebih berhati-hati?
Mungkin. Tak adalah sampai macam itu lagi kut (pakaiannya). Dalam soal ini saya tak salahkan sesiapa. Dah jadi pun, benda saya sudah pakai. Saya pun tak marah pada wartawan yang tulis, itu pendapat dia. Tetapi saya akan lebih berhati-hati.

Apa iktibar Aleeza dari kejadian ini?
Memang ini pertama kali terkena. Sebelum ini tak pernah kena jadi saya tak tahu bagaimana rasanya. Mungkin juga wartawan itu rasa apa yang saya pakai itu sudah betul-betul melampau. Bagi saya pula, saya akan pakai seperti mana saya, Aleeza Kassim. Tetapi mungkin lepas ini saya kena kurang sikit sebab saya tahu ada orang tak suka.

Pada pandangan Aleeza adakah orang yang tak boleh terima cara berpakaian seperti itu sebagai kolot?
Isyyyy...Tak boleh cakap macam itu. Mungkin dia tak suka seksi. Mungkin dia menyampah ke. Pendapat masing- masing. Cuma orang sedia tahu macam mana saya. Selama ni ada ke saya tak pakai baju tak tertutup? Kenapa kali ini lain pula? Tapi saya tak anggap orang yang kritik tu kolot. Terima kasih sebab tegur dan kritik saya. Saya terima pandangan orang.

Tuesday, July 10, 2007

JOKE FOR TODAY PART 1

Semasa aku surfing, diving internet di waktu lunch hour aku, aku terpergi ke satu website sharing funny pictures. Nah...mahu di sharekan sama kawan kawan yang lain pulak...I love jokes. make my day bright and shine. ;)

1. Macammana gossip boleh tersebar di pejabat? Ini satu contohnya:
Image Hosted by ImageShack.us


2. Reserved parking untuk orang mabuk!
Image Hosted by ImageShack.us


3. Monalisa zaman kecik-kecik dulu..
Image Hosted by ImageShack.us


4. Cara marahkan jiran tetangga, hias pokok anda!
Image Hosted by ImageShack.us


5. Kebodohan Melampau...Soalan No 1 untuk 'Who want to be a millionaire' Kalau sapa tahu format rancangan ni, diberikan tiga talian hayat. Tanya penonton di Studio, Telefon Sorang Kawan, Or Pilihan 50-50. Aku agak yang ni dia amik pilihan 50-50, tu pun jawab salah lagik..Gilak...
Image Hosted by ImageShack.us


6. Edisi kantoi gila. Laki ni keje di twin tower. Kantoi duk lepak umah gf lain, wife dia call leh dia cakap dia kat office padahal dah masuk tv pasal twin tower kena bom..Muahaha
Image Hosted by ImageShack.us

Gol dan Gincu Musim 2 Episod 1

Image Hosted by ImageShack.us


Aku gila minat cerita yang satu ini. Sama macam aku minat filem gol dan gincu dulu. Kenapa aku minat? Pasal cerita ini realistik. Ia bukan cerita anak orang kaya bawak merc pergi kerja korporat even umur baru 20tahun.Dan bukan juga movie pasal anak orang kaya hobinye 'drift'. Walaupun drift popular sekarang TETAPI adalah babun untuk masukkan drift sebagai hobi anak orang kaya..nak lebih aksi untuk jual movie? Of course...flop flop and flop...

Musim baru G&G Kembali. Serius aku tak sabo nak tengok tapi rasa a bit frustrated masa first episode. Episod baru tak bermakna semuanya baru. Episod baru bermakna kesinambungan apa yang berlaku pada musim lepas. Contohnya One Tree Hill last season terhenti lepas Nathan tenggelam. Musim baru sambung dengan Nathan masuk hospital. Bukan start fresh from the beginning.

Oh, episode pertama G&G agak bosan. Agak tak logik dah dari episode lepas. Aku harap episode episode akan datang tidak sehambar episode satu. Nanti aku alih siaran tengok smallville gak kang!.. Hahaha

1. Ringtone Puteri, tiba tiba je dah bertukar. Telefon dah bertukar serta merta.
2. Haikal, asyik lepak dalam bilik je kat Indon. Takde budget ke nak bawak ke Indon betul? hahaha
3. Blog ayu, adeh screenshot bodo gile jer rupa blog dia. Tulis ayat pun satu baris je..ada gak yang letak comment. And funny thing..ramai lak yang layan blog dia tuh.. Adeh…
4. Surat khabar gossip tu. Taulah surat khabar murahan tapi kelakar, tak sangka mak mak datin, student2 yang begitu glemer kehidupannya terpengaruh dengan gossip murahan surat khabar murahan.

A part from that, episode satu masih menghiburkan terutama part J pergi interview. Cuma ramai member2 team futsal yang hilang. Mana pergi aa?

Monday, July 09, 2007

Looking back..

Image Hosted by ImageShack.us


Malam tadi aku bermasalah nak pejam mata. Hanya aku yang faham apa aku rasa. Haha.. Gambar di atas mewakili otak aku. Memori. Sesuatu yang semakin kabur dan kabur.

Sepanjang minggu lepas aku belajar dua benda penting dalam hidup. Tak berapa surprise, aku belajarnya dari dua buah tv series yang aku memang duk layan. Satu one tree hill: ‘people always leave’ dan satu lagi dari Grey’s Anatomy: ‘Life is short, its suck most of the time.’Aku rasa termakan dengan ayat-ayat ini..lessons learned!.

OH berbalik pada tajuk utama..malam takleh tido..buat aku terkenang kenangan lalu. Banyak kenangan bermain2 dalam pala otak.. terasa nak share pulak time-time aku jahat dulu..hahaha bukan jahat..aku remaja nakal.. Tapi nakal aku tak macam nakal budak sekarang, budak sekarang nakal dalam 3gp. Baik juga aku dibesarkan di kampung, baik juga era hidup aku dunia masih belum maju. Ada telefon rumah sahaja sudah boleh dikira berpangkat dikampung aku. Hahaha

Tingkatan 1:
Arwah ma meninggal. (Ok abih cerita sedih!) Aku baru masuk sekolah menengah. Masa ni aku, Yah, Zana, Aya, Marhaizan dan sapa tah lagi kira close lah (Sorrylah nama-nama yang aku tak sebutkan, serius aku dah lupa nama korang). Zana ni jenis perasan skit. Adalah mamat tingkatan dua nama Ahmad Bazri Maulidi or lebih dikenali sebagai ABM. Kami dajalkan Zana. Hehehe (masa ni email-email belum wujud lagi kot dalam pengetahuan aku…kat makmal sekolah pun ada star 1 2 3 je). So balik sekolah, petang petang menuju ke rumah Marhaizan lah aku, yah, aishah dan sapa tah lagi. Karang surat jiwang untuk Zana kononnya dari ABM. Pakai mesin taip. Zaman ni computer kira amat mewah ya. Dimaklumlah anak orang bapak kaya je boleh pakai computer pada tahun 1993 ini. Wakakaka.. adeh..Zana, sorry. rahsia ni tak pernah pecah sampai kita lost contact..

Punyalah bangga sampai kembang-kembang hidung si Zana tiap kali ABM lalu depan dia. Iyalah, ingatkan ABM yang duk tulis. Hahaha….Sian zana.

Tingkatan 2:
Masa ni aku pelajar bermasalah yang teruk. Terutama bila aku kenal Haiza (haiza kot nama dia). Aku lost study, aku ponteng, sampai la cikgu nampak punca aku jadi bermasalah sebab aku duk meja sebelah menyebelah dengan Haiza. Cikgu tukarkan tempat duduk aku sebelah budak senyap ni. Nama dia Linda. (senyap sebelum berkawan dengan aku..hee) Lepas beralih meja, aku dah jadi baik. dah tak menimbulkan masalah yang mendatangkan pening kat pala cikgu lagik dah.

Masa ni ada seorang awek hot nama Wan Mas Ernie tukar ke sekolah aku ditakdirkan masuk sekelas dengan aku. (Oh masa ni Mas Anizan pelakon tu tgh glemer, seme orang nak nama Mas) Aku teringat lagi, ada budak laki gila punya psychopath kat Mas sampai tulis cerpen lucah pasal dia dan Mas buat projek. Gile. Padan muka tertangkap!

Oh Mas tak lepas dari sisi nakal aku sebenarnya. Haha Aku tulis surat share ngan Linda (hahah Linda jadi nakal gak lepas kenal aku..tapi gabungan aku ngan Linda still tak memeningkan pala sepertimana gabungan aku dengan Haiza). Surat jiwang masa dulu2 tak berapa pandai. Tahu camne kami dapatkan ayat-ayat jiwang? Dalam majalah URTV ke Media Hiburan ke..adala sessi2 luahan perasaan orang bercinta tu, aku dan Linda tiru buta buta je..

Well, satu kelebihan aku yang ramai orang taktahu adalah, aku ada dua jenis tulisan tangan. Satu tulisan biasa aku yang semua orang cam itu tulisan aku, satu lagi jenis tulisan yang kalau pakar tulisan cuba nak cakap itu tulisan aku pun, lain gile. Jenis tulisan yang kedua ni aku jarang guna, kecuali untuk kerja-kerja jahat ops nakal. Aku rasa ini mungkin kelebihan orang bertangan kidal kot.

So surat aku kepada Mas adalah surat abang tingkatan 6 rendah yg nak berkenalan dengan Mas. Apapun, in the end, aku hantar surat cakap abang nak pindah sekolah kena tukar ke Sabah, ikut parent. Hahaha. Lama aku tak ada mood nak kacau Mas, aku bertukar2 stamp dengan kekawan aku. Adalah stamp cop Sabah, aku gunakan stamp itu, letak surat dalam bakul kat pejabat sekolah, untuk Mas. dari kawan abang tu. Cakap abang tu mati eksiden. Esoknya Mas tak datang sekolah. Sedih agaknya. Oh gila aku memang nakal peringkat babun. Idea aku seme bernas tu pasal nampak real.

Last last aku cakap kat Mas (masa Mas nak pindah sekolah, dia pun maafkan aku..hee) Oh masa tingkatan dua jugaklah aku crush kat sekor mamat ni. masa tu dia tingkatan 4. Dia amatlah gila idaman aku. Tinggi, captain bola tampar sekolah. Kapten bola sepak sekolah. Oh gila. Aku jatuh sewel sebab dia. Rata-rata kawan aku tahu aku suka kat dia. Ya..kecuali dia. Dia taktahu aku suka dia. Hahaha.

Tingkatan 3:
Masa ni aku kena duk hostel. Ayah aku suh duk hostel sebab nak amik peksa PMR. Well aku rasa duk hostel lagi jahanamkan life aku adalah. Nak study apa..seronok lagi duk berkawan. (Oh crush aku kat mamat tu still wujud lagi masa aku tingkatan 3 yo!)

Dapat ramai kawan-kawan satu bilik. Aza, Fauziah dan beberapa kerat yang lain. Oh tingkatan 3 ni aku ada dua kenakalan.

1. Aku ngayat budak tingkatan satu. Tak silap aku nama dia Wati. Pegh…lawa + gedik. Aku dan Yah (peh yang ni Yah lak..rakan kongsi masa tingkatan 1 dulu) kenakan dia. TInggal nota dalam meja dia kata nak kenalan. (dari lelaki). GIla aa…budak ni pun balas.. banyak kali gak aa..sebelum hampir kantoi masa nak gi amik surat dalam meja dia time dia reply pasal dia duk tunggu nak tengok sapa peminat dia tu. Hahah..TAPI YANG PENTING TAK KANTOI.


2. Aku dah Yah, ngayat budak tingkatan 5. Lelaki. Noraziri namanya. Aka Spek tua pasal dia nampak tua dengan speknya itu. Modus operandi sama, tinggal surat dalam Meja. Siap Spek Tua ni pun bodo gak aa..leh gak reply…kad raya pun reply gak.. Wahahaha

Oh masa ni aku tengah gila kat N. GIle babun punya gile. Gambar curik dia pun aku ada. Hahahah…last last aku hantar surat kat dia. Maklumla..masa ni dia dah tingkatan 5. Of course tahun depan dia tak sekolah situ lagik). Dia balas. huhuhuhu tulisan dia cantik sangat.

Lama lepas tu….heboh..aku scandal dengan N padahal aku hantar satu surat dan dia balas surat tu je. Itu je. Takde lebih. Gile betul Dating pun tak penah takat jumpa sengih2 je. Kemudian start era aku dapat surat layang. Oh orang glemer sahaja yang dapat surat layang. Surat dari peminat2 N yang lain kot, soh aku backoff. Erk…suh aku blah la itu la ini la pasal N takkan layan aku lah takmo aku kecewalah. Whatla…sukahati aku lah.

(Oh masa ni juga ada sorang kakak tingkatan 5 yang duk minat kat aku… siap kalu aku main badminton kat luar bilik boleh duk naik kat blok depan tuk ngintai aku. siot tul kak mila nama dia. orang kata dia lesbian tapi aku rasa tak. biasalah zaman sekolah minat nak buat kakak angkatlah adik angkatlah..ungka angkat lah biasalah tu). Pulak tu ramai duk cakap muka aku sama cam muka dia..lagilah dia duk usha aku.

Oh kemudian muncul mamat lain..oh Awal kot nama dia. Dia ni direct gile. Aku tengah lepak…(member2 aku dah cakap budak ni cam crush kat aku je.suka dtg lepak kat pintu kelas aku lah, suka makan kat tepi meja aku lah, aku jenis nakal tapi aku jenis takde perasaan nak ngorat kecuali kat mamat N je so aku tak pasan) satu hari aku tengah lepak2..dia dtg….sorang. Dia tanya aku, nak tahu tak.. aku blur..aku tanya balik ‘nak tahu apa?’ dia leh jawab ‘ aku suka kat mung’ (bahasa kampung ya)..hahaha terkedu aku. blur ah.

Edisi sekodeng berterusan, tapi aku nye hati dah ada kat N. walaupun mamat N ni tembok bahlol tak penah ajak aku dating or so what ever. CUma last day, masa kat library awam, dia dtg kat meja aku..(masa ni aku tengah tido sambil tunggu kawan-kawan aku cari buku tuk pinjam). (oh aku penah curi buku kat pustaka pasal aku lupa bawa kad dan akutakut kalau gi lain kalu dah takde..tapi aku return balik lepas baca!) .

First time kitaorang borak, dengan muka buruk aku pasal aku baru bangun tido. Oh gila aku rasa gila. dia mmg best aah..

Tingkatan 4:
Masa ni N dah takde, dia dah abih sekolah. Gile aku leh feeling camne nak teruskan sekolah pasal selama dua tahun lepas aku gi sekolah sebab nak tengok dia. Sekarang dah takde dia…takde mood nak gi sekolah ah.

Kejab je..pehtu aku kembali ke pangai nakal aku. Oh aku lupa nak sebut, masa tingkatan 3 aku sebilik dengan seorang awek gedik nih. Budak tingkatan 4. Oh this year aku tingkata 4, dia tingkatan lima. Dia lak mangsa aku Aku memang pantang tengok awek gedik..rasa seronok pedajal dan up up kan feeling dorang ke langit.

Aku dah lupa dah apa aku pedajal dia.

Tingkatan 5:
Aku dah lupa. Mungkin aku takde buat apa-apa kat orang kot?

Ringkasnya, malam tadi walaupun aku takleh tidor, aku duk sengih sorang. AKu tengok masa lalu aku tengok masa sekarang Betapa jauh aku dah berubah. Dari seorang budak yang nakal gila sampai masuk bilik kaunseling ke sekarang. Aku dah jadi manusia yang berguna. Tak jadi sampah masyarakat. Alhamdulillah.

Terima kasih kekawan yang somewhere along the journey, we lost each other. Yah, Zana, Aya, Sue, Linda, Ipah, Aza, Mariam dan lain lain yang maafkan aku..aku sudah tidak mampu mengingati nama kalian…

Wednesday, July 04, 2007

Kcarlife ke Kuala Woh

Mega super dumdum event Forum Kcarlife tahun ini. Tahun lepas acara yang sama berlangsung ditempat yang sama (tapi aku tak follow sebab sibuk nak balik kampung) so tahun ini dengan semangat berkobar-kobarlah aku follow.

Rombongan budak Klang Valley bermula dari Shah Alam tapi aku hanya tunggu di Hentian Rawang. Tepat pukul 9.45pagi nampak rombongan dari S.A dah sampai. Yang tunggu di Hentian Rawang, tak silap aku adalah dalam 7-8buah kot. Yang dari S.A tak periksa maybe dalam 20buah. Lepas lepak2 dorang breakfast etc, konvoi KL pun bermula menuju ke Tapah. Jalan agak sibuk jugak, biasalah hari minggu.

Kemudian berhenti lagi di RR Tapah. Fuh masa ni baru nampak, banyak rupanya kereta-kereta. Masa konvoi tadi tak pasan pasal aku duk agak ke depan. Memasing beli bekal dan kemudian adalah seorang awek ni kereta dia minyak itam bocor. Pegh..dah tahu nak jalan jauh lagi mahu tinggal tinggal minyak itam kat rumah. Datang merengek kat aku lak. Ok fine aku janji nak bagi. Sombong cam gaban lak tu. Lepas tu terus blah. Macam dia sorang pakai kereta turbo kat Malaysia nih.

Kemudian konvoi berjalan lagi lepas sahaja tol Tapah, fuh budak-budak geng Ipoh dah tunggu tepi jalan. Gile ramai. Adalah dalam 35buah kete kot?? Kalah pasukan dari KL. Dorang siap ada marshall tuhh. Jalan depan lagi, adalak geng geng sungai besar. Tiba di Medan Letak Kereta kat Kuala Woh…gilak aa banyak kereta sebenarnya. Masa aku dah siap park kereta, Geng geng yang belakang lain masih ramai lagik yang berada kat jalan besar, tunggu turn nak masuk ke kawasan parking. Kuala Woh, hampir terperanjat beruk tengok hampir 80buah kete-kete kecik berkumpul.

Kemudian sessi amik gambar, ada nak masuk majalah la apalah tapi disebabkan ramai sangat, satu shot tak boleh cover keramaian manusia. Tiga kali shot baru la semua leh masuk frame. Kemudian sessi terjun sungai bermula. Masing-masing bawak arah tujuan sendirik. Eh awek yang mintak minyak itam tadi dtg dengan penuh manja lak macam kenal lama, tadi aku tanya soalan dia tak jawab pun. Minta minyak itam. Aku bagilah. (Erk…takde tatasusila betul, lagi seorang manusia tak reti ucap terima kasih).

Sambil duduk makan-makan bekal tepi sungai dengan budak budak ni, nak jadi cerita. Awek tadi rupanya duk hampir 10meter je dari situ. Dia nak gi mandi, eh boleh sound dari jauh mintak tolong tengok barang. Beradab sopan nya anak melayu sekarang. Disebabkan bunyi air, aku tak dengar apa dia kata, aku suh dia ulang dia leh sound kuat2 ‘mintak tolong tengok barang je’ Haha. Mintak tolong dengan orang, tapi duk 10meter, bertepik cam monyet lak tu. Sorry lah. Tak pernah mak bapak ajar cara mintak tolong yang betul? Datang dekat2…cakap pelan-pelan. Barulah orang ada hati nak menolong. Kalau dah gaya cam selenger, sorry to say lah. No..I am not doing any favour for you. Mintak tolonglah kat lagak ko yang besar batu tu jagakan barang-barang ko lah ya. Berlagak gilo.

Oh lepas mandi manda, (orang lain aa aku tak) naik gi tempat parking. Eh ada yang dah balik rupanya. Aku dan emi sibuk duk tanya sesapa yang naik Cameron lepas ni. Ramai jugak rupanya tapi diorang sendiri tak confirm pukul berapa nak naik. Tengah tengah duk bersembang, ciskek tetiba diaorang blah, gopoh gapah aku nak kejar. Kemudian jadilah orang terakhir dalam geng yang naik CH. (belakang sekali marshall aa, aku kiranya ahli pasukan paling last)

Tak tahu pun berapa buah kereta yang naik pasal aku last, tapi anak-anak orang asli tepi2 jalan tu begitu teruja tengok segerombolan kereta-kereta kecik lalu. Siap ada yang lambai-lambai lagik. Aku pun per lagi…balas la jugak.hehehe

Sampai atas, berenti minum teh kat tepi tu..apa tah namanya. La ramai rupanya kat depan aku keretanya. Lepak2 minum teh masing masing nak naik sampah brinchang. Dah sampai brinchang, atur kereta sessi bergambar lak. Lepas susun atur elok2, aku kira-kira adalah dalam 33buah kereta yang naik (masa ni geng KL tinggal satu kereta je iaitu aku, yang lain semua geng Ipoh). Dekat pukul 7 baru nampak bayang kete banzai si Kazama datang.

Lepak lepak lagi. Kemudian adalah satu wira CH ni..pegh….poyo tak hengat, dua tiga kali lalu kat jalan duk bunyikan siren. Koya sungguh. Tak ada kawan agaknya….

Pehtu, adalak avanza yang berenti tuk snap gambar mana-mana kereta yang color pink sahaja. Kelakar betul. Oh tidak dilupakan masa minum teh sebelum itu, ada pelancong Jepun yang datang dengan bas persiaran kelihatan begitu teruja dan mengelilingi semua kereta-kereta kecik yang ada bertulisan jepun. Kagum gamaknya orang Malaysia begitu taksub dengan tulisan diaorang ataupun terperanjat, kat Jepun Mira dah pupus seme Malaysia ke yang import..

Pukul 7, memasing gi isi perut kat kedai tomyam. Kul 8.30 say bye bye sebab memasing nak blah balik dah. Tinggal aku dan emi sahaja yang melepak kat atas.

Trip best, part paling best masa penuh parking Kuala Woh dengan kete kete kecik yang pelbagai color, pelbagai bentuk, pelbagai jenis ubahsuai dan pelbagai jenis perhiasan pulak tu.


Gambar-gambar, ada dari camera buruk aku..ada yang aku cilok dari gambar yang forumner lain up kat forum. hehehe


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Transformers

Mengagumkan! Itu ayat pertama sebaik aku keluar panggung. Giler! Itu pulak ayat kedua aku. Yang pasti transformers memang menarik amat. Sesiapa yang tak tengok filem ini sesungguhnya sudah terlepas menonton sesuatu yang paling hangat tahun 2007. Filem aksi terhebat? Filem graphic terbaik? Entahlah itu semua helah orang besar-besar dalam industri filem, bagi aku orang biasa, transformers memang best gilerrrrrrrr.

Sejujurnya aku tidak ingat langsung siapa-siapa dalam kartun transformers sebelum ini kecuali megatron. Tapi apabila menonton filem ini kenangan demi kenangan muncul kembali dalam kepala otak aku. Optimus Prime dan anggota puaknya.

Oh, lupa pulak, ada seseorang kata aku bias, kalau filem luar negara aku puji menggunung tetapi filem tempatan aku kutuk kaw kaw. Erk…aku tengok tengok balik list review aku, sesungguhnya aku kutuk yang mana aku rasa tak logik sahaja. Sementelah dalam international movie, ilmu aku terbatas, mungkin sebab tu aku duk puji sahaja filem luar. Hahaha

CGI nye menarik. Babak lawak pun banyak. Aku duk terbayang-bayang geng geng transformers duk bersembunyik dari mak bapak Sam. Aku jugak masih nak tergelak apabila bumblebee merajuk apabila dikutuk oleh awek Sam yang mengatakan kalau dah boleh bertukar jadi apa sahaja, pesal masih duk jadi camero buruk? Terus sahaja bertukar jadi kereta baru…fuh…Bumblebee ni rupa dia cam kanak-kanak yang comei sahaja terutama time last last tuh..

Takde komen buruk dari aku, maklumlah aku bukan fanatic transformers so aku tak tahu apa yang berbeza diantara version kartun dengan version movie. Tapi suara Optimus Prime still orang sama. Sapa nak lanje aku tengok kali kedua? GIle aku rasa cam nak tengok lagi jer….

Ada gak pasal melalut skit, pasal duk cerita pasal sejarah hidup mamat2 atas kapal pejuang tu. Amerika kalu buat movie cam dia je yang baik ah. Oh suara asal Prime masa opening duk bercerita apa yang berlaku kat planet dioarang dulu benar-benar melekat kat otak aku. Tak sangka lepas 20tahun.....aku akan dapat dengar balik suara Prime..huhuhuh

Akhir cerita memang grand abih. Dengan lawan-lawan deceptions and autobot. Banyak sangat aksi sampai taktahu nak tengok yang mana satu. Rasanya nak kena tengok lagi sekali pasal banyak menda yang aku rasa macam terlepas pandang. Contohnya, kala jengking dekat padang pasir tu.. Eh cakap pasal padang pasir, aku nak tergelak pasal masa major tu telefon pakai prepaid, mintak sambung ke pangkalan tentara di US, operator kat Qatar siap mintak kredit kad...tergagau nak carik..hehehe..