Wednesday, June 20, 2007

TRIBUTE TO ...

Image Hosted by ImageShack.us

Taken from his fotopages: http://palie-on-ice.fotopages.com
Full story of his last trip



Semalam aku terima berita sedih. Ya sangat sedih.. aku kehilangan seorang kawan baik. Dia meninggal pada beberapa minggu lepas. Dan aku hanya mengetahuinya malam tadi.


Aku cukup kehairanan sebab agak lama dia menyepi. Selalunya dalam seminggu atau dua minggu setidaknya satu sms atau satu call dari nya aku terima. Tapi kali ini, sepinya memang lama..Aku agak itu semua ada kaitan dengan aktiviti outdoornya kerana aku tahu dia suka mendaki gunung serta dia juga banyak mengembara ke sana sini untuk sessi photography. 

Macam tak percaya dia dah tiada.

Aku mengenali dari sebuah forum (forum yang hari tu buat keahlian ekslusif tu) pada tahun 2001 semasa aku masih bekerja di Port Dickson. Kami sering berhubung. Bercerita mengenai kehidupan masing-masing. Kemudian seketika terputus hubungan. Kami dah jarang berbalas SMS, jarang bercakap di telefon..Aku lupa sebabnya, mungkin kerana dia jarang online ym atau kerana dia online dan aku online cuma tak ucap ‘hi’ to each other.

Bila aku mula bekerja di Kuala Lumpur, kami start balik berborak di YM dan bertelefon. Kebetulan dia tinggal di bukit antarabangsa yang hanya kira kira 5minit perjalanan ke rumah aku, kami sering keluar bersama. Pergi A&W Petaling Jaya. Lepak McD sampai McD tutup di pukul 1. Pergi tengok wayang, pergi makan-makan di kampung Baru. Pergi the Mines. Pergi makan mee bandung…

Dia jadi tempat aku luah perasaan, aku nak marah dengan boyfriend aku (masa ada boyfriend), aku ajak dia keluar…ngadu sakit hati aku kat dia. Dia marah dengan awek dia, dia ajak aku keluar. Kiranya kami masing masing adalah tempat meluah perasaan. 

Masa berlalu, ada ketika baik, ada ketika mendung. Aku kekadang angin dengan dia. Tapi selalunya dia layan sahaja kalau aku marah kat dia pun. Dia ajar aku erti tanggungjawab bila dia bagi aku kucing untuk dibela. Seminggu lepas bela aku rasa macam taknak dah kucing tu, aku nak suruh dia ambil balik kucing tu kemudian dia cakap ‘ini tanggungjawab kau. kalau benda macam ni pun tak boleh nak jaga…apatah lagi menda-menda lain’ dan aku terkesan dengan ayat itu sehingga aku boleh bela kucing yang aku namakan ayu tu sampai besar, gebu dan sihat macam sekarang.

Kemudian setelah beberapa ketika, kami berbaik kembali. Kebanyakkannya aku rasa aku menyusahkan kehidupan dia pun ada juga. Aku minta tolong tukar lampulah. (kat rumah lama pun aku susahkan dia, kat rumah baru pun aku susahkan dia juga, sebab dia jenis orang yang tidak berkira. Senang dimintak tolong) 

Minat kami berbeza, dia berjiwa photography..gunung….’ Aku? Aku tidak minat itu semua. Tapi itu tidak menghalang persabahatan kami. Kalau merayau di Pusat Beli Belah, dia terkam ke kedai camera, aku ikut je dari belakang. Takpun aku duduk je…biar je dia borak dengan salesman. Dia sempat menjadi cameraman untuk filem apa aku pun tak tahu tajuk sebagai still photo cameraman. Banyaklah project project photography dia, aku je yang tak ambil tahu pasal aku tak berminat dengan benda-benda itu semua.

Setelah agak lama menyepi, aku tertanya tertanya..kenapa dia menyepi? Begini lama? Aku hantar satu sms kepada dia di hari minggu yang lalu ‘wei..naper sepi je?’ Tak ku sangka, tak ku duga…kesepian itu ada hujung nya. Aku menyesal sebab lately kalau dia ajak aku keluar makan-makan or jalan jalan, aku banyak mengelak. Aku asyik kata taknak keluar, ada kerjalah..dah makanlah. Macam-macam…Terlalu banyak kenangan dengan dia..tak mampu untuk aku coretkan segala-galanya…

Dari beritanya yang disampaikan oleh adiknya, dia lemas semasa hendak menyelamatkan dua lagi nyawa yang lemas. Alhamdulillah yang diselamatkan, berjaya diselamatkan..penyelamat yang akhirnya kelemasan. Semoga rohmu tenang di alam sana.

Alfatihah…Muhammad Fadli Che Hassan…

10 comments:

Anonymous said...

takziah dr kak na

kalo tak silap , dlm paper ader news pasal arwah kawan ezza ni...

-kak na-

ezza erisa said...

iye ke kakna..
saya tak ternampak news tu...
huhuhu

Adreen said...

al-fatihah

oh sedeh aku baca ye

ezza erisa said...

kuden, aku rasa id ym arwah ada dalam list friends ym ko
pasal...aku pernah tengok id ko di list friend ym dia.

muhammad79 id ym arwah..

paNavia said...

ezza... takziah...

aku baru tau lps baca blog ko.. terkejut sgt2.. actually aku pun kenal palie ni.. pun thru forum...

dia ni mmg jiwa photographer.. dulu dia selalu gak fwd link suh tgk gambar2 yg dia amik.. suka lepak kat air terjun.. :) kalo tak aritu aku nk suh dia jadi cameraman masa kenduri kawin aku... tp takde rezeki nk jumpa sampai la ke akhir hayat dia.. tak sangka pulak mcm ni.. in fact aku pun dah berzaman gila x contact dia ni..

aku igt lagi dia penah cerita kat aku pasal kucing yg dia bg kat kawan dia terjun dr tingkat berapa ntah.. rupanya ko la kwn dia tu ye..

ape pun he's a good guy.. a good listener.. a good friend.. even aku x penah jumpa dia face-to-face..

Al-Fatihah buat arwah...

Anonymous said...

Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat...dan semoga sifat baiknya itu menjadi kenang-kenangan untuk rakan-rakan baiknya

~venomie~

ezza erisa said...

panavia,

tulah, arwah mmg baik sangat. Kalau cari support or cari teman berbual, teman untuk mendengar segala keluhan..dia memang sedia mendengar...

a'ah...kucing yang buat aksi superman i believe i can fly tu...akulah kawan itu..huhuhu...

apapun kita sebagai kawan, hanya mampu doakan yg roh arwah tenang di sana.

lirik lagu ni gile buat aku rasa sebak je.

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala

Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Adreen said...

aku rasa takde la ym dia
ke aku tak cek betul2

owh aku kumpul kekuatan je nak reply lepas baca link blog ko kasik tu
ko tau aku baca blog yg ko kasik tu byk2 kali
fest taim aku baca aku muntah
bukan pasal jijik ke ape
sebab aku penah lemas dulu kat air terjun jugak
air tu bukannya deras ke ape, adik aku kaki dia kene tarik, pastu dia tarik aku, pastu kitorg saling tolak menolak masuk dalam air, pastu hanyut sampai ke lubuk, masa tu mmg dah rasa kaki aku melekat kat bawah dah, aku nampak surface tu jauh jee kat atas
pastu plup plup plup aku dah tak sedar
sedar2 aku kat tepi sungai, ade org dpt tarik aku ngan adik aku
depa kata air tak dalam pun, tapi dah hanyut sampai ke lubuk lagi sikit nak sampai area air terjun kat bawah
oh gile aku pobia aa klu mandi2 sungai skang
aku still la terjun tiruk tak hengat la haha sebab aku mmg suka main air
tapi berendam beriye tu tader la
aku make sure aku dekat ngan org ramai pastu aku tak branik main kat tgh2 sgt

sedeh siot aku bace
klu org tak kenal mati eksiden aku tader la sedeh camni
owh aku mcm dpt rasa ape arwah rasa masa dalam air seblom dia takde
gile ngeri siot
harap2 arwah didn't feel a thing
semoga tuhan cucuri rahmat diatas rohnya
amin

huhu

ezza erisa said...

sedeh siot aku bace
klu org tak kenal mati eksiden aku tader la sedeh camni
owh aku mcm dpt rasa ape arwah rasa masa dalam air seblom dia takde
gile ngeri siot
harap2 arwah didn't feel a thing


tulah kalau orang tak kenal...tak rasa pe pe pun..kalau orang yg kita kenal..lain la feeling dia.

huhuhuh

Anonymous said...

alfatiha buat arwah Palie

(ä¿ä)
ayen