Monday, June 11, 2007

Terima kasih / Thank you

Image Hosted by ImageShack.us


Apa pengertian terima kasih? Bagi aku, terima kasih adalah satu cara meluahkan penghargaan kita kepada seseorang atas apa yang telah dilakukan oleh mereka. Tapi sebetulnya, dalam masyarakat melayu KHUSUSnya, perkataan terima kasih hanyalah penghias pintu, penghias gerbang jalan. Kenapa agaknya kita jadi begitu?

Masyarakat melayu kurang ajar? Oh..sebut pasal kurang ajar, aku telah mengajar perkataan kurang ajar kepada expatriate di pejabat aku ni. Aku terangkan padanya kalau makna ‘direct translation’nya ia bermaksud ‘less teaching’ tapi perkataan ‘kurang ajar’ itu sendiri ertinya dalam masyarakat melayu amat kasar bunyinya. Aku hampir tergelak sakan apabila suatu hari dia datang ke meja aku dan berkata ‘Saya kurang ajar’.

Oh..berbalik kepada topic terima kasih. Tanyakan pada diri sendiri, berapa kali sudah anda menuturkan terima kasih pada hari ini? Tidak sekali pun? Aku bekerja di sebuah syarikat yang multiracial. Sebagai satu-satunya kaum melayu, aku memerhatikan bangsa dan kaum lain bekerja dan bersosial. Aku selalu mengkagumi tahap perhargaan mereka kepada jasa orang lain. Hanya kerana kita tolong siapkan satu ayat ringkas atau tolong tekan butang send untuk email mereka, mereka tahu untuk menuturkan ‘thank you’

Melayu love to take things for granted! Yes we are! Jangan nak menidakkannya. Sukarkah menuturkan perkataan terima kasih? Aku perhatikan ramai antara kawan-kawan aku yang langsung tidak pandai menuturkan perkataan ini. Adakah kerana budaya? Atau memang jenis tak kenang budi? Perkataan terima kasih adalah satu penyejuk. Kita penat membantu, tidak minta dibalas, apa yang diperlukan sesekali ucapkanlah terima kasih. Barulah lainkali rasa nak tolong lagi.

Aku sentiasa ingatkan diri, aku akan sentiasa mengucapkan terima kasih walau sebesar mana jasa orang kepada aku. Dan dengan ini juga, aku ingin berpesan kepada kawan-kawan semua, berterima kasihlah dengan menuturkannya. Kerana kita manusia yang pandai berbudi bahasa. Kalau menuturkan terima kasih pun satu masalah besar, dimana berbudi bahasanya kita? ..

0 comments: