Monday, June 11, 2007

Lost Season 3

Image Hosted by ImageShack.us


OMG.. Aku rasa season 3 ni aku addicted teruk! Lebih teruk dari season 2! Padahal bukanlah hebat sangat cerita lost ni. Aku dah hampir khatam. Aku dah layan sampai episode 20. dan tinggal lagi dua episode untuk dinganga. Aku hampir mabuk lauk apabila aku layan lost kali ni.. Aku sebelum start download lost (3) aku dah start layan Supernatural Season 2. Akhirnya, boleh aku meninggalkan Supernatural dekat episode yang dorang pergi Hollywood set semata-mata sebab feeling aku lebih pada lost. Lepas abih lost ni..baru resume balik dengan SuperNatural kot.

Apa yang menyebabkan lost 3 lebih interesting? Ikutkan..rating dia drop gila compare ngan season 2 kat US tapi aku rasa lost 3 banyak menjawab soalan-soalan kat season lepas. Dan ben yang manipulatif tu, dia memang manipulatif dari kecik lagik. Oh…menurut sumber rasmi..Lost akan diteruskan sehingga season empat, season lima dan season 6. Seasons2 ini akan mengandungi 16 episodes setiap satu. Isk tak sabo aku nak tahu…apa misteri sebalik pulau tuh.

SPOILER: SPOILER: Please do not continue reading kalau tak hendak…:D

Dan sekarang muncul Noami, yang dalam pencarian mencari Desmond. yang mengatakan pesawat 815 yang hilang telah dijumpai di Selatan Bali. Itu menjawab kenapa tak ada orang datang cari diaorang. Dan semua mayat telah dijumpai. So…ni yang hidup kat uknown island sampai 2bulan lebih dah ni..apa?? argh..psikotik betul.

Pehtu..Locke lak…jumpa ayah dia. kat pulau. Ben kata pulau tu ada satu ibaratkan magic box. Apa yang orang inginkan..semua leh dapat. Dan….Ben memula aku ingat sakit mental apabila dia bawak Locke jumpa Jacob. padahal rumah tu takde orang tapi….macam ada orang halimunan pulak.

Desmond lak…aku dulu dah tertanya-tanya..masa dia lari dari hatch..mana dia pergi? Sampai dekat-dekat ending season 2 baru muncul balik? Di season ni terjawab soalan. Dia rupanya kembali ke tempat asalnya. Yang ni memang gila magic. Dia ulang balik hidup dia…dia tahu apa yang akan berlaku. Dia siap serempak dengan Charlie masa Charlie jadi pemuzik jalanan kat kota London.

Desmond rupanya jadi orang yang nampak masa depan lepas dia sedar kembali, Dia nampak Charlie mati. Setiap kali dia selamatkan, dia selamatkan Charlie, dia dapat flashes Charlie mati lagi dengan cara lain. Kiranya… kata Desmond…nature have some kind of self correcting. Mean..kalau orang tu dah ditakdirkan mati…dia tetap akan mati dalam cara lain pula walaupun di selamatkan berkali2. In the end of this season...Charlier lemas...huhuhuh Jack pulak….dijanjikan oleh Ben untukdihantar pulang ke tempat asal lepas pembedahan belakang Ben. Tapi itu Locke very stupid idiotic la. Dia pergi bom submarine station. Dah abih, semua orang tak boleh pergi kemana-mana.

Noami yang jatuh dari helicopternya turut membawa telefon satelit tapi gilak aa..Ben tetap off penghantara sebarang isyarat dari Pulau. Sebab tulah agaknya takde orang yang dengar dorang punya hello hello selama ini.

Apa lagi ya… Jack frust tengok Kate dan Sawyer buat projek masa kena tangkap kat the Others. (turn up lelaki yang Sawyer nak bunuh sebab menipu emaknya itu adalah ayah Locke..gilak..berbelit..tapi serius worth itla..weekend aku tido kul 3am semata mata sebab tak sabo nak layan Lost)

Ben merupakan last Dharma Initiatives punya orang. The purge yang digembar gemburkan itu rupanya gas beracun..yang Ben dan tah sapa sapa yang menghuni pulau tu gunakan untuk membunuh semua ahli Dharma Initiatives.

Tapi sampai sudah. aku tak faham..apa Dharma Initiatives buat kat pulau tu? Sapa orang-orang yang bunuh geng Dharma Initiatives? Apa pulak asap hitam yang kejar Kate dan Juliet pada malam tu?

Dan…yang anehnya kat pulau tu..semua perempuan pregnant akan meninggal pasa second phasa ngandung (kalau ngandung kat Pulau tu) Kenapa Claire diculik masa season 1, pasal Others nak pastikan kandungan Claire baik..arghhhhhhhh dahtu Others tu pesal dtg situ? Semua the Others juga bukan orang situ pun…

Argh…lost…lost lostt..aku mabuk lost..

1 comments:

Anonymous said...

sawyer ni tak habih habih buat projek...hari tu dgn pompuan negro tuff yg mati kena tembak...:p ni dgn kate la plak...
hubby kak na pon suka lost ni...kak na pon dok follow jugak...bila dah sampai satu masa meleret sampai aku pon tak paham ...malas plak nak tgk...pas tu tgk balik...gila la lost ni...buat org addicted jer...

-kak na-