Thursday, June 14, 2007

Immigration Department, Putrajaya

Headquarters of the Department of Immigration, Malaysia
(Ministry of Home Affairs)
Level 1-7 (Podium) Block 2G4, Precint 2,
Federal Government Administration Centre,

62550 Putrajaya, FEDERAL TERRITORY
Telephone: 03-88801000 Fax: 03-88801200

Penah berurusan dengan kaunter immigration? Khususnya di Putrajaya? Tempat lain aku tak pernah berurusan, jadi aku tak berani nak kutuk. Tapi immigration putrajaya memang menyakitkan hati. Memang mindstandard semua kena buat lemah lembut..perlahan bagai tunggu kucing bertanduk pastinya.

Pernah telefon no yang tertera di atas? Berapa kali berangkat? Berapa kali pulak nada tut tut sampai 20kali redial pun tak berjawab? Tiada beroperator kah jabatan imigresen yang begitu gah ini? Satu-satunya jabatan yang menjadi penghubung rakyat Malaysia dengan dunia luar juga menghubungkan warga asing dengan Malaysia? Sudahlah letaknya pejabat nun di Putrajaya, hendak tanya satu soalan melalui telefon pun haram tak berangkat. Takkan hendak memandu 80KM pergi balik semata-mata nak tanya satu soalan? Canggih sangat ke system sampai tak boleh angkat telefon..

Kalau website lengkap dengan informasi tak perlulah nak telefon-telefon segala. Kat website, mana nak cari checklist? Ada up? Oh sekuno-kuno syarikat swasta, ada juga dorang sediakan mesin peti suara. Tekan satu untuk bahasa melayu tekan dua untuk bahasa inggeris. Tapi di no 03-88801000 hanyalah nada dering yang tidak berjawab. Apakah orang immigresen semua tone death? atau memang telefon tu dah dicabut wayar supaya tak perlu diangkat apabila berdering?

Oh apabila ke sana, terutama di bahagian pas penggajian di tingkat 3, ada satu kaunter pertanyaan TAPI dari berpuluh-puluh kali kunjungan aku ke sana, tak pernah ada orang di kaunter tersebut. jadi, baik sahajalah tempat itu dirobohkan dari menyesakkan pemandangan mata.

Beberapa kali aku tulis surat aduan masukkan dalam peti cadangan, aku tak nampak sebarang perubahan. Adakah cadangan aku diambil kira atau diambil dan seterusnya dicampak ke dalam tong sampah?

Adakah Jabatan Immigresen menunggu sehingga gaji bulan 7 dimasukkan dalam account masing-masing untuk improvise perkhidmatan mereka? Apa tak mampu ke nak digaji seorang operator telefon untuk general line?

1 comments:

BibiAni said...

Rasanya imigresen kat sabah ne pun lebih kurang juga mcm tu...saya pernah berurusan kat imigresen bahagian apply pembantu rumah...maklumla setakat kerja swasta ofis agensi x da yang nak hormat...padahal sesama wanita sesama islam...bukankah islam itu bersaudara?di sebabkan xda bawa copy lesen jtk pun dah kena tinggikan suara oleh org tu....dah la depan orang ramai sy kena buat mcm tu..apa salah cakap la bagus sikit...lagi satu bila nak tanya urusan tu siap atau belum mesti kena kol dulu kan..tp bila kol org yg angkat fon tu ckp "x tau" pergi sini sendiri lah".