Friday, June 29, 2007

Fitnah dan Umpat

Macammana nak start cerita yang satu ini ya? Cerita pasal “fitnah” dan juga “umpat”? Oh my fellow friends, please dun confuse yourself between umpat and ketupat. (haha) Boleh tak sesiapa yang belajar bahasa Melayu sampai dapat A masa peringkat SPM terangkan pada aku apa maksud dua perkataan ini?

Biar aku yang tak berapa bijak ini menjelaskan apa maksud perkataan perkataan di atas. Argh blog aku..sukahati aku la nak jadi lecturer dan jadi student dalam satu masa. Kalau ada yang tak puas hati dengan cara perasan bagus aku, sila lah maki aku dalam ruangan comment (yang akan aku delete kalau sakitkan hati aku..maklumlah..aku own space erisar.blogspot.com.)

Oh rahsia bukan lagi rahsia. Biarlah rahsia lagu siti Nurhaliza pun akhirnya mendedahkan siapa bakal suaminya. Apatah lagi rahsia disebalik tabir yang nipis (oh kali ini aku nak main sinis-sinis sahaja, aku tak mahu serang ibarat babun buta kerana babun-babun itu sudah menjalani pembedahan mata dan nampak jalan dengan terang sekali).

Kita bercakap dalam dunia besar ya. Satu tempat, Palestin namanya, bertahun di jajah, bertahun di bedil dan ditembak meriamnya oleh Israel tetapi masih ada lagi yang tahu Palestin milik siapa walaupun Israel dengan penuh angguhnya mendakwa Palestin adalah miliknya. Mana-mana warga Palestin yang bangkit menentang kekejaman Israel akhirnya terkubur dibom dibunuh ditembak..digantung. Kemudian ditakdirkan Israel (dalam cerita ini) tidak mampu membeli senjata lagi, dah terpaksa meminjam dengan US. Kemudian US pula yang memiliki Israel tetap Israel tetap berkuasa ke atas Palestin! (gile pandai aku berkias)…rasa boleh dapat A mata pelajaran kiasan neh..

Oh berbalik kepada topik asal. Fitnah dan ketupat. Eh umpat.

Fitnah bermaksud berkata buruk dan tidak benar mengenai sesuatu kejadian / seseorang

Umpat bermaksud berkata buruk (regardless benar atau tidak) Selalunya benar tetapi kerana ianya buruk maka ianya dilarang dalam Islam.

Jadi dimana maksud fitnah dalam context cerita Israel bukan pemilik Palestin? Aku lebih rasakan ianya adalah umpatan (keji) dimana Israel jahat, curi palestin belasah rakyat Palestin.. bla bla bla.

Oh bagaimana Israel membelasah Palestin dan orang-orang yang tahu cerita sebenar? Dengan memberitahu kepada sekutu-sekutunya yang orang-orang Palestin menipu. Memfitnahnya. Oh..sungguh cliché cerita ini.

Tak sungguh tak melata, tak dapat cari PM Palestin yang digulingkan, dari sumber asal dari sumber sebenar, Orang palestin takkan bersungguh-sungguh cuba memberitahu dunia yang Palestin milik orang Islam.

Aku gunakan peribahasa ‘tak sungguh tak melata’ kerana kalau aku gunakan "kalau tak ada angin manakan pokok bergoyang" nanti ada yang sms kata monyet babun tolong goyangkan pokok…

Begitulah ceramah saya kepada saya mengenai beza umpat dan fitnah.

Oh jangan lupa guna damak kalau hendak menjerat burung di hutan..:)

0 comments: