Tuesday, June 19, 2007

Filem Melayu Anyone?

Image Hosted by ImageShack.us

Agak-agak kena bedil tak kalau kutuk filem melayu yang paling terkini aku tengok ni? Hahah…Aku baru lepas layan Waris Jari Hantu. Serius aku tak berapa faham. Mungkin otak aku memang kurang pandai dah, kurang bijak nak memahami jalan cerita atau kerana cerita itu kurang menarik? Tapi ceritanya memang menarik apa? Terutama babak Rusdi Ramli jadi mat kepit tu. Memang menjadi. Tang jalan dia, alahai..mesti banyak dia buat kajian sebelum berlakon dalam filem ini.

Oh, cerita berkisahkan pasal Tokwan yang merupakan seorang bidan / bomoh dikampungnya mempunyai harimau belaan. Sebab keadaannya yang agak uzur, beliau mencari waris (tang ni aku tak faham, kenapa waris jari hantu???? boleh somebody explain pada aku kenapa namanya waris jari hantu???)

Ok, abih kisah tokwan, itu jelah kisah harimau jadian tadi selain menjadi penjaga kepada tokwan sekeluarga. Serius, kalau tengok cerita ini, TIDAK ADA satu babak pun yang mengatakan membela atau berkawan dengan makhluk halus itu haram dalam Islam. Apa ni??? Membela harimau jadian seolah-olah dipandang remeh oleh keluarga TokWan. Pelik betul aku.

Sebenarnya, cerita pasal harimau jadian dan tokwan memang habis sampai disitu sahaja. Yang mendrag cerita sampai satu jam lima puluh minit adalah kisah Ari, Tina dan AhMeng sahaja.

Ari dari kecil dah memang lembut tapi Tina tetap suka pada dia. Jatuh cinta hinggalah suatu hari Ari dan AhMeng menghilang ke Singapore.

Pada masa ini Tina memang risau bagai nak gila, dan aku tak faham satu hal sahaja, Ari sering telefon Tina tapi taknak bercakap. Anehnya. Padahal Ari cakap dia sayang Tina tapi dia taknak kahwin dengan Tina. So..kenapa masa dia menghilang dia mesti buat ala-ala misteri macam ni?

Setelah beberapa ketika berlalu, Ari kembali (jadi perempuan siotttt) kelakar je tengok. Mulanya keluarga diaorang tidak dapat menerima. Aku pelik juga, tukar jantina adalah satu dosa besar, tapi keluarga diaorang macam open minded la juga even tinggal di kampung Mendekar (where the hell Mendekar is?? sorry Aku pun taktau, tapi dari loghat Tokwan, macam di Negeri Sembilan).

Rupanya Ari tu khunsa so ok…terjawab soalan aku. Suatu hari..Ahmeng yang meminjam dari along untuk membuat pembedahan komestik telah dikejar oleh along. Ari cuba membantu bagaimanapun, Ari tercedera kena libas dengan parang. Manakala along-along berkenaan mati kena serang dek harimau jadian. Ha masa ni aku tak faham dah…masa ni dorang sibuk kalut nak bawak Ari ke hospital tapi lepas tu, end up bawak ke rumah Tokwan untuk berubat.

Tokwan pilih Ari (waris hanya dari golongan wanita sahaja) untuk terima belaannya. TAPI yang aneh, masa Tokwan nak mati, kenapa masih perlu dibuka atap rumah? Takkan Tokwan nak tengok pemandangan langit kot? Wakaka.

Goof:

  1. Tina memandu kereta Kancil baru. TETAPI masa arm kereta, arm or disarm dia bunyik cam kereta Wira pulak. Hua hua hua
  2. Tina dan Ari bekerja di Kuala Lumpur tetapi manjang ada kat kampung??



Ada lagi..dah tak ingat dah...
Oh kredit to Azean Irdawaty as Tokwan..gila menjadi acting dia..Oh dan even ada perkataan hantu dalam tajuk cerita ini..Ini bukan cerita hantu ya..hahaha

Satu soalan masa korang keluar panggung, ini cerita hantu ke cerita mat kepit? ;)

2 comments:

Anonymous said...

yg kak na paham pasal meaning waris jari hantu tu sbb tok wan nak cari waris ...so mak tina tu cucu dia...tina plak cicit dia... tina as waris ketiga so waris jari hantu lahs...jari yg ke-3...

blasah jer lah ezza...:p
kak na ada baca satu komen kat blogs saper ntah pasal movie...punya lah bantai gelak tak tahan baca preview dia...

ramai yg tak paham jln crita ...dah la kg nama mendekar...agak² kat N.9 lah kot...tapi ramai plak yg cakap slang kl...wud da hell...:p

tina tu keja biasa² jer tapi bleh stay kat rumah banglo dah la bawak kancil jer...

citer shumi baba mmg tak paham sgt... sama ar dgn citer yasmin...

-kak na-

cik bintang said...

hehe ko pun x paham ek citer ni..
tapi aku paham..
kg mendekar tu fiksyen, sebab xnak kaitkan kenegerian.. sensetive la isu bela-belaan(saka) ni.. get my point bahasa tu dicampur aduk minang + negeri sembilan = x tahu negeri mane.
tina, kereta kancil + banglo = ari yg tinggalkan utk dia masa ari buat keputusan lari ke s'pore..
tina bukan cicit.. die cucu tokwan jugak.. sepupu ari
tok wan ade ilmu saka yg turun temurun, utk jaga keluarga dan kg mendekar..
begitulah ceritanya.. tajuk waris jari hantu tu diambil mungkin sebab cincin ilmu saka yg dipakai tokwan di jari hantunya.. speku aku nih..
hahahahahaha..