Friday, June 29, 2007

Break Off....

Semalam, sewaktu perjalanan ke Putrajaya untuk urusan kerja, selepas bosan dengar lagu di MP3 player aku. (iyelah lagu yang sama duk pusing-pusing sampai rasa nak muntah. (Radio aku kurang cemerlang / clear di bawah pokok. Maklumlah pakai indoor antenna, so jarang sangat aku pasang radio sekarang).

Disebabkan aku dah nak muntah dengar lagu yang sama berulang-ulang dan ulang lagi, aku pun on radio pasang lah Hitz.fm. selalunya ada dua siaran sahaja yang menarik perhatian aku di waktu pagi. Hitz.fm (pasal Rudy and Jay jay) dan xFresh.fm pasal lebih banyak lagu diwaktu pagi. At least aku tak perlu dengar suara bebelan dee jay yang kekadang lebih sudu dari kuah. (Percaya atau idak, aku tak set radio no satu Malaysia dalam 18channel radio aku). Hot.fm bolehlah layan pasal Fara Fauzana dan Faizal kelakar juga tapi lama-lama rasa a bit bosan gak. So aku setia ngan Hitz.fm sahajalah kalau nak dengar suara dee jay berkumandang.

TETAPI, semalam..aku rasa a bit annoying. Eh bukan a bit. Kalau ikutkan jumlah capacity storage, aku rasa dah sampai peringkat TeraBytes. Gila bodoh moron.stupid.idiot.

Ok, both side ok. Ceritanya begini, sesapa yang nak break off dengan pakwe/makwe tapi no gut to tell her/him face to face boleh suruh Jay jay and Rudy tolong sampaikan bagi pihak mereka. Ok. so adalah mangkuk-mangkuk jamban yang tak ada malu langsung hantar email/sms pada deejay berdua ini minta cakapkan kepada orang yang mereka nak breakoff.

Kemudian Jay jay and Rudy akan call orang yang berkenaan, cakap dorang tu siapa. Dan tanya tengah busy ke? Free to talk ke? Then tanya pasal couple mereka. Baik ke? Loving ke? Bahagia ke? Tengah tengah orang berkenaan ceria memuji pasangan masing-masing (siap ada one girl ingatkan guy tu nak propose pakai Jay Jay and Rudy) akhirnya dikhabarkan yang pasangannya minta putus. Disiarkan di radio!! Yang didengari oleh at least 500,000 people??????

Radio cuba mencari untung. Lebih ramai pendengar, lebih banyak iklan masuk. Lebih masyuk lah pendapatan radio berkenaan. Tetapi… manusia yang kononnya bercinta bagai nak rak…(rat (tikus) kot) yang berjanji takkan melukai hati pasangannya (wekkk konon) sanggup gunakan medium ini untuk break off? Bangang? Kalau dah tak suka seseorang. just say straight to his/her face directly. Sebagaimana boleh ngorat hoi hoi sampai dapat, tak boleh ke jadi manusia bertamadun putus pun secara educated? Even did not have gut to tell them to their face, just leave them. Silent and never come back. Putus secara publititi begini amatlah moron.

0 comments: