Tuesday, June 12, 2007

Ayu!

Image Hosted by ImageShack.us


Oh..aku semak semak, aku tak penah menulis tentang binatang kesayangan aku si ayu ni kat blog aku selama ni. Tapi aku rasa rata rata yang kenal personal atau kurang personal dengan aku, selalu sahaja nampak muka si Ayu ni yang telah di K kan menghiasi avatar Yahoo Messenger aku.

Aku mula berkeinginan nak membela kucing masa bulan puasa tahun 2005. Kemudian aku dengan muka tak malu minta dua ekor kucing dari kawan aku si Fadli. Asalnya aku memang dapat dua kucing. Satu oren, satu hitam. Tapi si hitam ini sudah nekad terjun dari tingkat 14. Aku menangis sebab rasa macam aku dah jadi pembunuh

Ok…lepas raya tahun 2005 seminggu, aku pergi ambil kucing-kucing nih. Ok…mula-mula nak kena ajar ayu buang air dalam toilet. Aku ingat susah sangat nak latih dia. rupanya senang je. Waktu aku pergi kerja, aku kurung dia dalam toilet. Letak makanan. Letak susu.. Letak bakul kot kot dia nak tidur baring. Malam pun aku kurung dalam toilet. Lepas seminggu aku mula bebaskan dia. Walla.. dah pandai dah… Maybe sebab masa ni dia kecik lagi. Umur pun sebulan je.

Lepas tu, aku suka tengok Ayu tidur. Mulut dia cam senyum Kekadang dia ngigau cam tengah hisap susu mak dia. Suatu hari dia jatuh sakit. Mata dia merah, dia asyik bersin je. Aku serius tak sedap hati. Lepas tu…pergi beli ubat kat kedai makanan haiwan. Alhamdulillah, kesihatan dia beransur baik. Kemudian dia pun menjadi kucing yang penakut. Keturunan penakut! Pantang nampak muka orang yang takdikenali mulalah dia jadi penakut banget!

Baru baru ni aku discover, dia suka orang main telinga dia. Dia boleh duk diam je kalu orang belai2 telinga dia. Oh dan dia juga amatlah pandai..kalau pegang nak belai2 mana boleh…..kalu pegang untuk cari kutu…dia boleh biarkan je orang buat apa-apa kat dia.

Walaupun dia tak delah sebest kucing lain, tak segemuk kucing lain. tak semanja kucing lain tapi bulu dia gebu ooo…Dan..dia amatlah payah nak berbunyi suara.. Senyap je.

Dia tak kacau tong sampah. Dia tak makan banyak menda. So kalau orang makan, dia tengok je..dia tak pergi mintak pun. Oh dia tak makan keropok keping, dia tak makan keropok lekor…dia tak makan ayam..dia tak makan ikan bilis…tak makan nudget. Malah satu hari tu aku bagi dia ikan bilis, dia boleh kais kais dengan kaki ala2 timbus najis dia je..wakakakak.

Ayu….sesungguhnya…ko dah jadi part of my life.. Pergi mana-mana kalau kena outstation pun, menda yang ada dalam pala otak…duk memikir ayu sihat tak kat rumah…huhuhuh…


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

Cik Kordi said...

Rasa macam nak peluk cium je. Sangat la cumel! Debab!

Anonymous said...

kat kampung ada mak bela kucing kacuk..sekarang ni dh gatal nak kahwin..memekak je kat rumah ehehe
~venomie~

ezza erisa said...

kakmiss,
ehehe..mekasih mekasih...dia jadi debab lepas kasi. Sebelum tu kurus kering gak...

v,
kucing kacuk tu......fuuu...best best....kawen la ngan kuceng biasa..nanti anak2 dorang dapat bulu sederhana panjang..mesti cumei...hehehe