Wednesday, May 09, 2007

Terowong Casablanca

(maaf tiada gambar)

Layan cerita ni di galaksi ampang. Best sebenarnya galaksi ampang ni pasal tak payah bayar parking. Yezzaa…

Cerita hantu Indon yang maha kelakar. Patutnya ini cerita serius tapi entahlah, terlalu banyak babak-babak yang menjadikan cerita ini sesuatu yang tak logic dan tidak dapat difahami oleh akal yang singkat. (haha)

Cerita bermula apabila Astari termakan pujukan Refa untuk berhubungan seks tanpa perlindungan di sebuah kelab malam (Gejala social sungguh, banyak betul adegan slrupp slrrupp dalam cerita ni).. Kemudian ditinggalkan oleh Refa. Astari disahkan mengandung dan Refa menghilang. Dia bagaimanapun dapat berjumpa dengan Refa dan Refa berjanji akan bertanggungjawab atas kandungannya itu. Bagaimanapun Refa telah membuatkan Astari mabuk lantas bersama-sama kawannya, Refa membawa Astari kesebuah rumah dukun untuk mengugurkan kandungan Astari yang telah masuk bulan ke 6 (bukan bulan June ya!)

Dalam kejadian itu, Astari telah terbunuh dan dikuburkan disatu tempat. (Jangan tak caya, ada pontianak datang bawak Astari pergi ke rumah pontianak tersebut) Hahaha. Selepas itu Astari mula menganas dan membalas dendam. Terowong Casablanca tu adalah tempat-tempat lepak hantu-hantu pontianak. Hahaha. Lawok dol citer nih.

Pontianak siap bergilir2 jaga anak Astari. dan Astari siap boleh ke tepi tingkap dan seterusnya mengeringkan lampin anaknya. Adeh…kalau sesapa rasa Zombie Kampung Pisang kelakar, aku rasa citer yang ini lagi kelakar..

Aku juga menonton cerita Spirit of the Victim (Thailand most scary movie of the year kononnya). Sampah masyarakat ah. tak best langsung

6 comments:

Anonymous said...

ezza ,
kak na tgk poster pilem hantu ni pon dah nak tergelak..:p

by da way , thanks for da review...

-the_na-

ezza erisa said...

kakna...serius..sakit perut nak tergelak..kalau kata ia filem hantu..memang ngokngek la....

filem hantu yang kesampahan..

buat calar industri filem indonesia je movie neh

ned said...

mmg suker tgk citer hantu jer ke ezza?

ezza erisa said...

ned..tak jugak...asal rasa nak tengok..layan je...

selalunya citer lawak dan cerita ngeri dan cerita hantu yang jadi pilihan...cerita aksi kurreng skit..

hihihih

ned said...

00oo0o0o0o yer ker. baru nak promot citer Spider-Man3 (^^,)

ezza erisa said...

Spiderman tak masuk dalam genre..pelikkan? orang lain beratur panjang nak tengok Spiderman...aku tak teruja pun..hihihihihh

Kita layan SUMOLAH lak...weekend ni!! yezzzza