Monday, May 14, 2007

SUMOlah

Image Hosted by ImageShack.us


What should I write about this movie? Afdlin, tell me. You want to hear the good thing or the bad thing about your latest movie? hihih  yo yo je..aflin pun tak ada masa nak melawat blog murahan seperti blog aku ini.

Filem ini selamat ditonton di MBO Galaxy Ampang. (Huh, sejak aku kenal galaxy Ampang 2 minggu lepas, rasanya tak pernah lagi pergi ke panggung lain. Sebab dekat dengan rumah agaknya, parking percuma dan harga tiketnya murah sebab panggungnya bukan berbentuk theatre seperti di MidValley, KLCC., tapi semalam a bit frustrated pasal mutu audio tahap hampagas. Tiba tiba boleh suara jadi perlahan amat dan berlanjutan agak lama pulak tu!).

Macammana nak review tanpa spoil the whole movie? Sebab aku rasa aku taknak spoil memandangkan filem ini sangat best (walaupun jalan ceritanya ringkas mengisahkan Ramlee yang dari orang tak tahu apa-apa pasal Sumo masuk jadi Ahli Sumo untuk mewakili kedai sushi tempat dia bekerja).

Apa yang aku nampak, dalam lawak jenakanya, Afdlin menyindir orang melayu. Well bagus! Gelak, gelak juga tapi at least selit juga sedikit peringatan. Orang Melayu pemalas! Sangat sedikit yang rajin berusaha dan berusaha gigih nak ubah taraf hidup mereka. Perli perli juga, Afdlin turut selitkan yang orang Malaysia secara amnya berbudi bahasa. Contoh semasa kedai sushi Mr Honda hendak dikunci pihak bank tetapi Mr Honda selaku orang Jepun amat tegas.

Banyak lawak-lawak segar yang belum kelihatan dimana-mana ditonjolkan dalam cerita ini. Kebanyakan filem lain mengitar idea kelakar dari filem filem terdahulu. Contoh terdekat Saiful Apek…dalam mana-mana sahaja filem, apa yang kita lihat adalah lawak sehari-hari dia. Tak kira dia pegang watak dalam cerita apa, Jutawan Fakir? Kuliah Cinta? Dia masih menjadi diri sendiri. Lawak-lawaknya walaupun kelakar, kita pernah tengok dan dengar dari DIA JUGA, di tempat-tempat lain.

Ok, SUMOlah, sponsored by CELCOM dan OGAWA. Well, thanks to Afdlin, aku tak rasa sakit hati tengok sponsor-sponsor ni dimana-mana. Adalah satu perkara normal jika Kedai SUSHI bersebelahan dengan kedai handphone yang ada banner CELCOM. Adalah satu perkara normal juga sekiranya CELCOM menaja sebuah perlawanan SUMO. Adalah perkara normal juga menggunakan telefon untuk berhubung! Kita sedia maklum..sponsor-sponsor tidak bagi duit percuma, mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Dan cara Aflin menonjolkan sponsor-sponsornya adalah dalam bentuk normal. Erm, aku juga perhatikan banyak Motorola terpampang dalam filem ini. Mr Honda menggunakan Motorola, malah iklan semasa Mr Honda baca suratkhabar pun dishoot semasa Mr Honda tengah baca dimuka surat yang ada iklan Motorola. Tapi aku tak perasan pula kalau Motorola adalah sponsor filem ini kerana Ramlee menggunakan telefon bimbit Nokia..

Oh, bercakap pasal pelakon pulak. Aku rasa ini adalah strategi pemasaran dengan mengambil pelakon dari luar Malaysia. Nang nak jadi Siti Honda, Gurmit Singh dari Singapore dan beberapa kerat pelakon lagi yang aku rasa bukan Malaysian. Memula aku kagum gila bila dengar Siti Honda boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik (setahu aku orang Thailand ni, tahu bahasa ibunda dorang sahaja dan kalau speaking pun bunyi thai juga) yang bahasa Jepun tu tak delah aku kagum pasal aku tak faham.

Aku baca review dalam paper pun puji Siti Honda ni boleh bercakap dalam bahasa Melayu, English dengan baik ikut skrip. Well, aku sarankan orang yang tulis review ni, tunggu sampai movie habis sekali dengan kredit kredit habis baru keluar wayang kerana yang bertutur dalam bahasa Melayu dan English untuk watak Siti tu dubbing suaranya oleh orang lain.

Cerita ini kelakar (ulang 10kali). Yang lawak punyalah banyak kali motor Ramlee ditarik oleh bank (well part ni kelakar pasal setahu aku loan motor by koperasi atau kedai tempat kita beli tu sahaja, tak pernah dengar bank bagi loan motor ni) sampai tukang tarik dah kenal si Ramlee ni. Jumpa kat tepi jalan pun boleh bertegur sapa macam kawan-kawan.

Aku yakin banyak kajian dah dibuat untuk menjayakan filem ini. Dan ianya berbaloi. Skrip kelakar, lawak kena tempat, latar cerita yang cantik. Cuma tak sangka lak aku ada banyak kedai sushi kat Malaysia ni..haha Yang tahu Sushi King je..;)

Aku bagi 4.9/5 untuk filem ini. (No one can score perfect!) Aku harap aku tak spoil mana-mana part dalam filem ini kerana aku memang taknak spoil. Sebab aku taknak pembaca kehilangan deria gelak bila menonton adegan-adegan tersebut.

Part paling lawak ..’Ossu..ossu,,,ossu’

Lagi satu, lagu-lagu dalam movie ini patut dijadikan satu album soundtrack. Amatlah menarik! Pleasee please please…

Thanks Afdlin for making such a great movie!

2 comments:

tun teja said...

yeke best sgt..tak sabar nk tgk.
tp kena suh mak pos dvd dulu
adeiii...bape lama nk tunggu nih
tak sabar nk tgk

Cik Kordi said...

Yup. Betul kata ko Ezza. Afdlin mmg menyindir2 orang Melayu kita ni. Apa yang dia cakap banyak yang betul.

Yang paling best, dia nak maki Akira, "Pokemon punya anak Dragonball"...hahaha..ada maksud lain tu. Hahaha.