Friday, May 04, 2007

Kelab Ahli Tak Puas Hati…;)

Since last week, aku perasan blog ni dah jadi tempat bashing people (people who are so idiot and cannot accept other people’s opinion deserve to be bash…)... At least guys… I did not put a single rule (of course..TO BE BROKEN) on my blog. We are all adult. Everyone is responsible for their words. We know bashing people is some kind of theraphy..kikiki…

Sejak dibanned (of course tanpa sebarang sebab munasabah, tiada reason..tiada persoalan) aku dapat ramai kawan baru. Aku juga makin buka minda. Well ramai orang YM aku, cakap menda-menda tak logic yang pernah berlaku dalam sejarah kewujudan bangang.net ni (korang jangan jadi bangang pulak pergi taip kat internet browser korang, bangang.net!) hahaha. Walaupun aku ni ahli lama since 2001 lagik tapi aku bukan ambil port sangat pasal sejarah (lagipun banyak sejarah buruk je..tu pasal kesempitan wang manjang kot forum ni)…Bagi aku forum adalah tempat mengutarakan pendapat, kalau tak sama dengan orang pun..tak kisahlah..my words is my words.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak menyampaikan berita. tentang bangang.net after kejadian mod mencucuk aku. Hhihih.. Harap-harap yang cucuk aku tu menyesal la…pasal cucuk salah orang. Aku akan terus jadi kelab berhaluan kiri selepas apa yang terjadi. Well at least aku buat kelab, boleh pungut duit…(boleh songlap duit..ttettttt) pehtu wat meeting DGM (bukan AGM) pasal aku nak meeting tiap2 hari..Hahahaha

First aku memang tak suka cara pentabdiran yang merasa bangang.net adalah hak mutlak mereka hanya kerana mereka founder or co-founder or whatever. Adakala..eee..kalau jadi founder pun kalau yang masuk hanging around mengular waktu office dorang kat bangang.net tak sampai 6 orang tak kemana. Tapi so far okaylah..aku rasa ada la dalam 80-100 orang sehari kat situ. Tapi still pasal there are 40 rules (TO BE BROKEN) ..tadak orang pengiklan pun nak datang. kalau ada pun yang sengal dan rasa nak membuang duit jelah kot.

Masalah besar dengan bangang.net adalah ianya adalah sebuah forum semata-mata. Sebuah forum hanya untuk nganga semata-mata. Bangang.net bukan sebuah portal interaktif yang boleh dapat apa sahaja dengan melayarinya. You cannot talk lame, you cannot sell thing, your cannot promote anything! Sedar ke tak.. sell/buy merupakan factor utama yang menyumbang kepada kedatangan pengunjung which also contribute to pengiklan untuk mengiklan. Bincang ilmiah skit kang..kena warning kena banned…so..what makes you think that your forum is very very good? Yang sengalnya ialah, google adsense pun tak boleh nak apply sebab pakai bahasa melayu keseluruhan. Erm…kalau tuan empunya bijak, muka depan forum in English la..isi lantak..barula leh apply google adsense (satu penyumbang dana gak) Tapi siapalah aku untuk dipakai ideanya…

aku rasa most of the time.. orang yang mengaku tuan punya bangang.net tidak sedar bahawanya tanpa user yang setia forum tu tak kemana. BTW…korang penah ke alexa.com tak? Tuan punya tau ke ranking forum yang didakwa nak jimat space tu berada? Setakat pukul 2.45pm hari ni ini adalah rankingnya 299, 296. Dan untuk makluman sesapa yang berkenaan aku ada joint lagi forum lain yang rankingnya adalah 1,616 dan guess what..they dun have 40 rules (AGAiN TO BE BROKEN) they do have anything that was denied in bangang.net. And their users are more that thousands per day. And how they survive? gagah perkasa? Advertisement! Classified! Google adsense etc..be creative! Forum just a part of it. Ada mende lain yang support sampai boleh je users beriban riban free, tak payah bayar RM10 per month semata2 nak dapat avatar besar!

Aku rasa yang banyak orang tak puas hati ialah, apa yang dijanjikan sebelum pelaksanaan geng BiDaah telah diputar belit semata-mata kerana dalam rules yang 40 tu (to be broken) ada satu rules cakap ‘pentadbiran boleh ubah rules bila-bila masa dorang nak’ yes sedap bunyiknya….sapa yang untung? of course pentadbiran. Kalau orang tak setuju, main perli perli segala. Dahtu..main ngan duit…korang ingat senang nak cipet masuk poket orang ka?

Yes, sejak geng BiDaah dicadangkan, aku dah nampak banyak buruk dari baiknya. Lagipun apa yang baik dengan meminta RM10 sebulan dari user? Er…tak paksa..tak minta..tapi main psikologi. Lepas geng BiDaah wujud, custom avatar tidak lagi dibenarkan. Well, bagi orang yang main forum, avatar adalah salah satu mende penting. Ia bukan setakat ‘tak cantik ke avatar yang pengendali buat’ No is not about that! Avatar adalah cermin refleksi user. Alasan, jimat space. Woi bodo… kalau semua nak jimat..ko shut down jerlah bangang.net forever or jual kepada orang yang lagi nampak peluang camne nak memajukannya… Kalau semua orang pakai avatar yang sama..ko tak nampak ke tu dah ciri2 duk dalam penjara…baju garis2…mirip je semua. Ya..sesuailah dengan rules yang 40 tu (to be broken)..

Dan…apa yang menyebabkan pentadbiran rasa akan ada orang bayar RM10.00 sebulan tuk main forum? Kalau aku nak bayar..baik buat bayar bil eletrik. Dah macam bayar bil.. continuing paying. Kena masukkan dalam budget ni. hahaha.

yang kelakar, bila ada yang mempersoalkan, topik terus kena lock. terus kena banned. Kat forum bolehla…berani cuba la ban aku kat blogger nih. huh! Duduk dalam kepompong syok sendiri. . Baru jadi mod kat forum bangang.net belum jadi Ketua Pengarah kat reality lagi.

Well as I mentioned before, bangang.net adalah tempat dimana anda hanya boleh bersetuju dan mengangguk dengan segala macam jenis idealogy pentadbirnya. If you dare to say no then..you will be banned.. Kenapa? Kerana pentadbirnya merasakan ideanya adalah yang terbaik. Yang terbijak. Siapalah user2 bangang yang kerjanya melanguk depan pc tu kan? Well bangang.net lost many of their good forumner kerana kebodohan orang atasan yang tidak tahu menilai.

Aku heran pasal dana server ni kalau dah tau tak mampu nak pakai stand alone..pesal duk pakai? Users bukan ada lima ribu orang satu masa. hundred per day..shared hosting buleh kendali. Alasan untuk server untuk server untuk server. Muak aah.

Pagi tadi ada forumner lain sampaikan print screen..ihiks.. tutup sementara? Why aa? Ayat-ayat pada notis pemberitahuan tu pulak amatlah memerli. Yes…itu yang users dapat setelah menyuarakan pendapat masing-masing. Aku print screenkan kat sini. Biar orang lain pulak baca. Kalau jenis bodo memang tak nampak ayat2 dalam notis tu perli bagai nak rak…

Sebarang nama yang digunakan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati

Gambar dibawah tidak ada kena mengena dengan cerita di atas...yeah...you wish la tadak...


Image Hosted by ImageShack.us

46 comments:

pemerhati said...

Sebenarnya semalam (as for malam Khamis 3 hb Mei 2007), perli-perli tu tak ada. Malam semalam, tuan punya BDN tu dah minta maaf pada semua user, siap kata akan fund forum tu sendiri dan tak minta user lagi. Sekali tengok pagi ni dia dah edit, dah tak minta maaf lagi dah, yang ada cuma perli-perli tahap amatur yang amat melucukan, begitu mudah orang yang bongkak boleh mengubah pemikiran dia dan aku yakin mesti ada orang yang meracunnya.

Pun begitu beberapa persoalan yang perlu diambil hirau ialah, beliau sebenarnya tidak mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan. Mengapa kunci topik dan tutup akses? Supaya tidak ada sesiapa yang akan baca tentang kenapa penyumbang dana lama seperti Katerina, Boyout, Adrina, Rupert, Madd, Geng MTU semua meninggalkan BDN? Takkah orang perasan ada sesuatu yang pelik di situ?


Malangnya ada sesetengah pihak yang begitu taksub untuk membela beliau. Saya rasa orang bongkak sebegini, yang berani mengatakan orang bahalol di dalam bilik pengendali (oh, bukan pengendali tak boleh akses bilik pengendali, sudah tentu si bongkak ini berani memanggil orang lain bahalol)sebenarnya perlukan forum ini untuk merasakan dirinya ada kuasa, kerana dalam realiti hidupnya doa tidak mempunyai kuasa pada sesiapa pun. Dan ini berjangkit pada pengendali syok sendiri yang tak sedar-sedar mereka sendiri melanggar undang-undang yang mereka reka.

Saya sungguh hairan bila mana masih ada yang mahu lagi menyertai forum ini memandangkan adminnya sungguh bongkak. Dan saya hairan admin ini tidak merasa malu memanggil orang lain bahalol dan mengutuk orang lain di dalam bilik tersembunyi. Dia tidak malu kepada Tok Janggut dan saya pasti dia juga tidak malu kepada Tuhan.

Saya rasa semua user patut berhenti mengunjungi forum ini. Bila forum ini sudah tidak ada pengunjung sudah tentu dia bukan 'raja' di mana-mana lagi. Biar la dia dan kroni dia pos di situ dan mereka boleh bercakap sesama sendiri sampai habis waktu.

Adreen said...

err
aku pun termasuk la kot hehe
no komen la

luahkan je bagi puas hati pendam lama-lama tak baik hehe

Lucah 007 said...

aku pernah persoalkan bab2 server ni.

terus kena delete post aku.

takkan la nak sampai dedicated server.

logik tak.

cuma sebuah forum. bukan ada gambar besar2. pengunjung pun sikit je.

bukan ada online game ke apa, bukan ada video. ada gambar besar2 pun host daripada imageshack ke apa.

dedicated server memang tak munasabah utk BDN

cuba bagi bukti black n white secara detail.

bukan main mintak duit je macam peminta sedekah!

aku ada tegur byha tak pakai tudung pun kena delete jugak.

dasar tak sayang agama!

Suhana said...

aku dah cek satu lagi forum kat alexa.com, ranking 39,697.dah berapa jauh dah forum ni tinggalkan bdn dr segi ranking.ranking bdn cuma di 299,296.malah ada satu website perkhidmatan online streaming mesia yg baru setahun jagung pun dah berada di tempat 70,000++.mcm tu pon pengendali syok sendiri yg tak malu2 kecoh kat blog org di bwh post ni boleh perasan bdn tu berprestij.forum cari.com.my tu sampai beribu pengunjung sehari pon mod dia tak ada la perasan mcm si byha tu.silap la tm amik dia.aku tgk aktiviti ada la brp kerat yg pegi sampai dinner pon org tak nak join.sapa nak join kan, setakat dinner sampai 60++ org lain boleh dapat buat murah lagi.tu tandanya byha tu tak reti wat aktiviti.aku rasa pengendali yg best ialah pengendali lama cam adreen, kordi,chunli &miyavi.pengendali2 yg betul2 bijak lak dah kena gugur, tinggal la yg sengal cam mod perasan kat bawah tu.pastu user yg pandai semua belah sbb ya la,di forum mcm ni kepandaian adalah sesuatu yg menakutkan pentadbir dia.contohnya gripen.aku rasa dia ni mmg pandai & amat berguna utk forumer dpt ilmu tp aku dgr t muda yg agung tu siap perli lg si gripen.org perli dia marah plak tp.huhuhuhu

morpheuzneo said...

bincang.net tutup selepas komen /pertanyaan aku pada TM.

dia tak jawab soalan aku , tapi dia tutup BDN, bersekali dgn posting kat muka depan yg jelas sekali menonjolkan betapa tidak professionalnya dia dalam menangani permasalahan/pertanyaan ikhlas dari penggunanya sendiri.

Aku jadi marah membaca postingnya - kerana aku masih lagi menghormati semua orang di dlm bdn tu, tak kira tua/muda, besar/kecil.

Soalan aku simple aje :

1. Walau dah di jawab - macam mana lah aku nak baca? udah di tutup forumnya. aku masuk pun dah dapat un-authorised user.

2. Kenapa posting di muka depan tu siap ada perli-perli > tanpa anda siapalah bdn, anda berjasa besar di bdn dan lain-lain? (aku ada perli TM ke?, kalau ada maaflah, rasa aku tak ada yg aku bermaksud memperli.

3. Salah ke kalau aku tulis- BDN ni tidak akan ke tahap ni kalau tanpa ada user yg ramai dan sentiasa bertandang ke bdn dan berkongsi-maklumat dan panduan. dan aku tambah lagi - tanda user, tiadalah bdn . << salah ke?

4. Dia mengajak jumpa, tapi tak menyatakan tempat dan lokasi di mana. Kalau nak jumpa, biarlah bagitau awal-awal. (dan nak jumpa pun ada jugak ayat-ayat sarkastik - duit aku belanja laa, duit aku halal lah. dan macam-macam). Nak jumpa, aku datang. Nyatakan di mana dan jam berapa.
(aku juga berharap, kalau betul jadi, mana-mana user lain yg rasa terpanggil nak memberi input kepada meeting ni pun boleh datang sama.

4. Panggilan tak elok kepada pengguna -> satu yg amat sedih bila mengetahui, ada kawan-kawan aku di panggil "budak bahalol". Mengapa begitu? ada tak dlm posting aku ada aku panggil segala user lain dgn nama-nama menghina begitu? kalau kawan aku bleh kene panggil macam tu, tak mustahil aku pun bleh kene panggil macam-macam.
[kalau kita nak orang respek kita, kita dulu kene respek orang lain - simple aje rule ni]

5. Aku juga ada bangkit kan kenapa sebegitu mudah mem'ban' 2 user (korang lah ni - deida/ezza) tanpa di beri amaran atau sebarang tindakan awal. terus ban macam tu saja. Pun tak di jawab.. penyudahnya tutup aje BDN..!

aku tak faham dgn orang yg tak boleh menggunakan bahasa-bahasa yg elok pada orang lain, tapi dlm masa yg sama marah/ban/halau orang yg guna bahasa tak elok dlm forum kawalan dia.

-----------------------
Kalau macam ni cara penyelesaian dia menangani sesuatu masalah, memang masalah ni akan berlarutan. User tak boleh bersuara, bersuara akan di ban. Kalau agak pertanyaan tu tak boleh di jawab- tutup thread tu. Kalau agak-agak, thread pertanyaan tu, ramai pulak yg bertanya dan menyokong - tutup bdn terus.

pada pendapat anda semua adakah bijak cara menangani masalah sebegini?

sepatutnya, boleh di biarkan buka bdn, tanpa membabitkan user-user lain yg tak tahu apa-apa.
pada yg bertanya boleh dibuat satu thread yg hanya user tertentu shj boleh masuk, so user lain dah tak boleh masuk. Selesai berbincang/gaduh/trash/ dlm thread tu, baru di buka kesimpulannya pada public. Kan lebih ber'tamadun' begitu?

Ibarat menarik rambut dlm tepung, rambut tak putus, tepung pun tak berselerak.

apa yg berlaku sekarang - dah jadi macam - ibarat nila setitik habis susu sebelanga.. biru semuanya...

ahli BDN said...

hai. aku ahli BDN

demi Allah aku ahli BDN

aku rasa malu plak dengan BDN

aku memang pengecut sket.
nanti berani sangat kena ban pulak. hahaha

aku ada banyak akaun BDN. kalau kena ban pun aku still boleh post pakai akaun lain. hahaha.

aku akan terus memantau BDN.

kita sebagai org Islam kenalah pantau, mana tau ada yang tak kena..


lagi satu, tok muda ni siapa sebenarnya.

macam dah power sangat je nampaknya.

mnajem said...

elok gak BDN tutup.
korang leh jalan2,joging,pijak ekor kucing...

jangan sekodeng udah la ye...

cOOL said...

AKU RASA KO LE YG KENA JOGING SBB BILA BINCANG TUTUP KO MENGGELUPUR KAN? HUHUHU KITORG STEADYYYY. BKN MCM KO

deida said...

Alahai notis pemberitahuan BDN tu sgt la memperli user kan?
Tak professional la TM ni.
Nape harus perli memerli dlm notis tu? Seolah2 kitorg ndak sgt2 la mengadap BDN tu. Owh hello TM & mod2 kesayangan TM.. since BDN dah kena block a years ago.. aku active gile kat CARI & since that time.. aku realize that CARI.com is much much much much much more better & best from BDN. U know y? Of course la user can speak whut they want & we enjoy our posting! & all mods very open occay?

Ahahaha aku pun sgt2 setuju la TM tunjuk ke mana kecairan duit2 yg dia terima dari user tu! User yg nak byr pon jgn la stupid sgt dgn secara senang lenang & sewenang2nya bank in kat TM atas alasan "dana server". Kalo korang bank in.. yg kayanya TM.. yg kayapnya korang. Mana korang tau TM watpe dgn duit tu? Ntah2 dia wat blanje utk diri snd kut? Hikhik!

& sorry to say that TM.. dulu2 sy sgt setia dgn BDN sbb dulu2 takut nak bersuara even bnyak yg tak puas ati tp sekarang sorry lah yek? Aku pon nak suarakan pendapatku snd & i'm curious why TM xde pon tinggalkan comments kat sini... takut nak jwb ekkkkk? haha! Ye lah.. takut ezza banned TM ek? Hikhik!

Oh ye... siapa yg admin panggil bahalol tu? Sesuai tak kalo kitorg panggil bahalol blk kat admin? Fair la kan? "Bahalol" dlm mengendalikan forum yg tak seberapa gah.. hahaha! Ala, kalau BDN gah smpai Bill Gates pun gian nak posting kat BDN.. baru aku heran.. wakakka!

Saya setuju dgn morph!
Kalau ada discussion dgn mana2 user yg tak puas hati.. di manakah discussion nye? Siapa yg hadir? Venue? Whut time? Ala kalau setakat discussion dgn dgn mod yg gile kose mcm byha & ryea & 2 3org je.. whut for? Setahu aku, ramai je yg tak puas ati dgn BDN skang. & aku rasa, ramai je yg volunteer nak diskus.. tp rasanya TM & byha takut kut, ye la.. of course la ramai yg hentam dia.. kang terkucil plak dia.. hihi!

Aku juga rindu pd mod2 lama. & till now aku curios nape kak ed letak jawatan? Hurm! User2 lama pun besh.... tahun 2003-2004 dulu bnyak je aktiviti BDN [specially aku join bilik sukan nye]. Tp yg aku tak tahan tu... nak main boling 3 4org pun kena mintak approval TM.. hikhikhik geli le buntut aku!

Suhana,
yeah.. dinner smpai RM60++ baru nak menjadi grand.. aku tak tahu le nak ckp! Sape lah yg nak join byr tu? Org2 yg kaya mcm TM & byha je yg mampu join.. wahahah! Tak mesra pelanggan betullah! Dah la nak buat kat tempat2 grand! Alangkan CARI.com yg berpuluh2 ribu pengungjung everyday pon tak buat kat tempat grand mcm tu tahuuu? Latest dorg buat gath futsal, ramai je yg join.. lg blh mengeratkan silaturrahim. So byha ni nmpak sgt le tak gheti nak buat aktiviti mende.. wehehehe!

Lps tu byha bangga BDN ada maskot, yg dia lukis. Hihi CARI.com & forum2 lain takde maskot.. kaya raya je? Kahkahaakha!

Apakata semua.. kita menyaman malu BDN.. kita mintak 1juta sorg.. fair tak? kihkihkih!

ezza erisa said...

wah..panggil orang 'bahalol' kat tempat yang orang lain tak boleh access melainkan geng2 dia je amatlah CHICKEN. pengecut...no ball..etc..

at least aku buat satu blog (YANG BOLEH DIACCESS OLEH SEMUA ORANG YANG TAHU GUNA INTERNET) untuk kata pentadbir bangang.net BODO dan SOMBONG kerana tak boleh menerima pendapat orang.

hahaha..aku tak bersembunyik di sebalik apa-apa...you can easily found me here...

sapa yang bertuah dapat gelaran bahalol tu? Hanya sibangang berani mengatakan bahalol kepada seseorang tetapi tidak mahu orang tersebut mengetahuinya..

kate said...

yoo lama aku cuti byk juga komen2 baru.. siap ada nama aku.. kawan2 semua, biar aku nyatakan di sini aku n boyout tk pernah sumbang apa2 pun kt bdn.. kami cuma rajin memeriahkan suasana.. tp tu dulula.. skarang dh tua.. hehehe

tok muda if u read this, i think u should do sumting.. fikirkan kenapa bdn jd mcmtu.. u need user.. kalau korang nk buat rules yg makan diri sendiri ha tgkla suara2 user korang.. bukan aku nk belahkan sesapa, tp inilah akibatnya kalau hanya mendengar sebelah pihak.

byha, ko pun kene pikir.. jgn ingat apa yg korang perkatakan di bilik mod, org lain taktau.. aku tau n kami tau, so better careful.. kalau nk jadi pemimpin, kene ada give n take.. aku tk nafikan yg byha terlalu over.. maaf kalau tersinggung.. kalau ko tanya 100 org kt bdn.. semua akan kata yes! termasuk yg rapat ngan ko.. kenapa korang perlu jd sampai mcmtu ha? aku dulu pgg jawatan mod lama juga.. aku pun kadang2 poyo gak.. tp kene juga ingat.. mod tu umpama tokei kedai.. nk org dtg membeli, kene la bebaik ngan pembeli.. kalau ego n belagak sombong.. siapa nk beli? huh melalut dh aku..

ntahlah.. aku tk boleh cakap panjang2 lagi.. buat masa ini.. aku juga sependapat dgn user biasa..

Anonymous said...

semoga BDN akan terus buka,

teruskan tok muda! jangan pedulikan kata orang!

ramai lagi yang menyumbang! izhani, emy, sweethoney, dan ramai lagi menyumbang utk BDN.

keep it up!

Lucah 007 said...

ramai pembangkang BDN di sini.

jangan pedulikan mereka!
biarkan mereka dengan hal mereka!

tapi tok muda jangan kencing lebih la. nanti gua pun tak suka lu!

ezza erisa said...

ramai lagi yang menyumbang! izhani, emy, sweethoney, dan ramai lagi menyumbang utk BDN.

yang menyumbang tu tatau per per...tertipu dgn mudah dakyah2 itu..dan setahu aku...Emy guna duit DINNER TAK JADI yang telah dibank in tahun lalu tuk jadi ahli BiDaah..

tak apalah....ada yang menyokong..ada yang pembangkang..kat mana-mana celah dunia mesti ada punya..cuma kat bangang.net je tak buleh bangkang...

Anonymous said...

ada lagi yang menyumbang,
Lady_paNavia

jangan lah kita sibuk2 jatuhkan org lain.

sepatutnya yg dah buat salah tu minta maaf.
bukannya susah pun mintak maaf.

tok muda pun kenalah mintak maaf sekali. jangan terlalu ego

Aku lah said...

Aku pun penyumbang...aku tak tau detail apa yg jadi kat BDN ni...aku sumbang ikhlas. Jadi kalau TM buat makan sendiri ke...tu dia tanggung la kan, antara dia dan Tuhan la. Seeloknya, TM dengar la jugak apa user2 yg dah senior ni cakap...

Anonymous said...

byha ngan para (ryea) kena mintak mahap sekali.mod2 ni la yg first sekali patut minta maaf la.tok muda pun.

deida said...

So apa cerita BDN skang ni?
Still operate or still down?
maklumla aku kan kena banned!

& why not TM, Byha & ryea mai diskas kat sini sekali?
Kalo x.. mmg depa tu pengecut la.. berani mengata kat bilik rahsia dorg snd je.. wehehehe! Ye lah, org yg takut pd byg2 snd mmg mcmgitu kan? Hikhik!

Lady panavia tuh sape.. bkn ke wife subzero? Ala, kira kroni2 jgk la tu.. ahhaha! Aku penah tegur subzero kat topic aktiviti [without noticed his name pon].. tup2 posting aku di delete.. katanya "kalo xmahu join gath.. tak payah bnyak ckp"... wakakakak mmg semua mod ati semut.. aku bertanya je pon.. bkn aku decide lg nak gi ke tak! No wonder la aktiviti BDN tak penah jln dgn jayanya.. ala kalo setakat gath movie.. apalah sgt? Bkn blh beramah mesra pon.. unless kowang cari pasangan BDN dlm cinema lps tu wat projek.. beramah mesra gak tu.. secara intim.. miahaha!

Admin2 sekalian.. meh la kita beramah mesra kat sini.. takkan tak berani kuts?

aku nak gak tau cite dgn the real founder no.1 tu.. apa cer? hehe!

ezza erisa said...

FIRST: aku nak cakap..posting aku bukan tuduh ahli #2 makan duit ya..aku takde tulis kat mana-mana kata SAH ahli #2 makan duit..takde pun! Aku just meragui kemana duit tu nanti disalurkan since duit tu terus masuk account peribadi dia..

aku kata..sila bentang liquidity dia.sapa-sapa boleh dakwa untuk server..tapi mana penyatanya. Sapa yang tahu kalau-kalau network card server sebijik RM300?? Mana penyata server punya cost sekian sekian ringgit kos penyelenggaraannya?

SECOND: aku kata, kenapa banned orang ikut sedap hati? orang kata takmo joint BiDaah..okey...ban ban ban...

THIRD: bila ada ahli lain berani persoal..terus buat notis perli bagai nak rak? perangai orang baik ke camtu?

FORTH: kutuk2 orang dalam tempat tersembunyik. konon orang tu takkan tahu lah..kalau dah berada dipihak yang betul...SILALAH bagi jawapan yang betul. Naper nak tutup-tutup forum bagai?

FIFTH: Ikut akta 1989 kewangan dan perbankan, kutip duit dari orang ramai adalah salah tanpa lesen. Apa lesen ahli #2 ada untuk kutip duit orang? Ya..orang bagi sukarela..begitu juga dengan skim pelaburan cepat kaya..takde sapa paksa masuk..still tertakluk kepada Akta nih

SIXTH: Aku open widely blog ni untuk orang-orang terbabit bela diri..dah lebih 2 minggu, pihak pihak yang aku kecam ambil pendekatan mendiamkan diri sembunyi dalam forum semata-mata kerana disitulah tempat dimana mereka merasa diri mereka selamat..dan berkuasa.

SEVENTH: Mod-mod yang aku kecam ni..terutama Byha..dia tu mod aktiviti..ikutkan dia patut malu menyandang gelaran tu memandangkan tak penah ada aktiviti berjalan pun. Tapi apa yang terjadi..dia tak sedar diri...aktiviti tah kemana..sound orang lelebih lak!

EIGHTH: ahli #2, please la pro sikit. Pro ke gaya notis yang ko tulis tu? baik ko buat blog cam aku..at least leh kutuk orang kaw kaw. Ini pentadbir forum gaya tulis notis ikut perasaan... I wonder camne imej ko di depan pengiklan. tettt dengan notis yang ala-ala budak sekolah tu..ada ke pengiklan teringin nak mengiklan?

NINETH: OMG the list go on...

peyi said...

Aku adalah salah sorang mod n bukan
ahli BIDIN, ekceli aku tak kisah
sangat pun kalu avatar aku kene
guna yg disediakan yang penting aku
bleh berposting kat bilik sukan tu :)
Aku malas ler nak pikir2 mende2 camnie sbb semua kawan aku, deida pun kawan aku, ezza aku jumpa sekali jer rasanya, dan ramai lagi la tu aku nak mende ni setel baik2, kalu tak setuju, ajakla TM jumpa kat mana2 bagi yg duk dekat tu, harap2 semua setel dgn cara yg paling baik.

Korang nak luahkan apa pun luahkanla sbb aku tak terasa apa2pun yg penting korang lega kuarkan apa yg terbuku dihati. :D

ezza erisa said...

peyi (spider aku rasa)...
bukan pasal avatar je....

menda ni tak payah jumpa pun tak pe...ajak joint YM conference pun dah bagus..

tapi sebaliknya pihak sana memilih untuk berdiam diri...ada pendapat kata 'BERANI KERANA BENAR'..adakah kerana bersalah maka senyap? teettttt....tekan buzzer..wahahaha

Anonymous said...

nak berdebat dengan TM jemput sekali PM. hehe

tapi BDN tutup utk org awam (takleh daftar) and pengguna berbayar je boleh akses.

cubala tengok. biarlah rahsia... ye dak?

Anonymous said...

kalau bayar RM 120 sebulan dapat webhosting+domain+autoresponder+search engine submission dan dapat macam2 lagi mgkin aku nak la.

tapi kalau setakat dapat avatar besar, baik tak payah.

baik join forum lelong
forum lelong lebih kurang je dgn BDN. nak komen kerajaan ke tak payah nak jadi geng BiDiN

kat BDN nak kutuk kerajaan boleh, tapi kena bayar.

Anonymous said...

silap.. 120 setahun

PS said...

Aku baca komen semua...ada aku setuju, ada yg aku kurang setuju. Tapi, tulisan deida paling aku jelik. Kenapa bahasa macam itu...jgn menuduh TM muncit sebab duit yg dibayar TM amik. Tuduhan macam tu kalau tak betul adalah fitnah. Dosa tu. Tapi kubur aku tak kongsi dgn ko, jadi suka hati lah. Boleh di baca macam mana orgnye deida..tapi ezza walaupun tidak berpuas hati...bahasa nya lebih bagus. Nampak kepandaian berfikir. Jgn menambah dosa.

Adreen said...

hehe
jgn ler kenen ngan kitorg yg membayar nih
personally, aku ni ikhlas je
dah lepas belah sana depa nak buat ape sukatik la
tatau la yg lain ikhlas atau expect more
i'm not stupid and i know what i'm doing and i don't expect anything

aku sayang BDN aa sori kutuk la saye haha

deida said...

Haa ok la.. start dari moment ini.. aku nak mintak maaf aa utk PC sbb kata2 aku mengguris ati ek?

Aku ikhlas mintak maaf.. sorry!

ezza erisa said...

kelakar gak byha neh..semalam aku tgk kat fotopages dia ada link orang letak kat comment menuju ke blog ni..

hari ni dah tadak...dah delete la tu? takut kawan-kawan dia terclick dan dtg..rosak woo image kena hentam bertubi-tubi gini..

aku teringin nak dia reply la..camne nak bagi dia reply.nak gak dengar her side of story or ahli #2 side of story..

nanti orang ingat aku sengaja cerita benda buruk tanpa bagi peluang pihak tertuduh bela diri...hihih...sapa nak jadi hakim..angkat keyboard..hikhikhik

deida said...

Oh td aku berborak2 dgn ezza di ym.. katanya @ least aku mintak maaf jgk la secara ikhlas kan.

Tp pihak admin2.. ada ke minta maaf pd kitorg user bodho2 ni?
Tak pe lah kan.. nak buat macamana sbb admin anggap dorg tak besalah lg & at least aku appear kan nama aku snd.. aku tak guna nama org lain utk sembunyikan diri!

Tp apa2pon aku ngaku aku berdalah dlm menuturkan kata2 yg kasar & aku dinasihati seseorg supaya jgn berkasar sgt nnti ada org anti dgn aku.. heee!

Biha, ryea & admin.. nape korang senyap? Say something blh?

Anonymous said...

---Mari mengenali orang kuat BDN---

Sesiapa yang ada gambar tok muda dan mod2 lain, tolong bagitau supaya orang kenal. Ramai yang blur lagi ni.

Lady_paNavia said...

weh.. wehh..
apesal nama aku tetiba naik jadik kroni plak...
aku x masuk campur hal ni..
aku x sebelah mana2 pihak...
aku sama kes cam emy :P

but i do hope this war will end peacefully.. x kesahla sapa betul sapa salah.. masing2 ada pendapat masing2 kan..

peace bebeh :D

sherrina said...

teringat kenangan2 lalu. Masih tak habis2 dengan masalah ye....sabar separuh dari iman ajelah...

ezza erisa said...

lucah 007,

siapalah kita mahu judge keislaman orang, kita pun tak tahu dimana tahap2 keislaman kita di mata Yang Maha Penyayang...

aku walaupun tak setuju dengan resolusi bdn skrg, tapi... bab2 dorang taknak masuk campur dalam isu-isu sensitif...aku setuju sesangat. Lagipun kita hidup dalam masyarakat majmuk..tak semua orang bukan Islam jahat..tak semua orang Islam tu baik...hehehe

IMHO

sebol said...

sherina:
lepak bicarajutawan je la :)

budak hodoh said...

Le Meilleur BDN!

steelburn said...

greetings, (eh.. assalamualaikum...)

sari berita...
forum yg dimaksudkan masih lagi dalam status tutup. Walau bagaimanapun, kat dalam forum masih ada orang posting sorang dua.. setakat pemerhatian.. ada la dalam 6 orang online pada masa puncak. Tiada jangkaan bila ia akan dibuka atau ahli-ahli akan di unban. :)

*tanpa prejudis ye*

morpheuzneo said...

apasal ko delete komen2 user anonymous kat sini ezza?
ko takut ke? sebab dia gertak nk report polis aje ko dah takut?
well.. berani kerana benar.. orang yg buat salah aje yg takut gertak-gertak ni..
kalau betul tm report polis, kita (user bdn united) pun boleh report polis..
apa nak takut.. ni negara demokrasi.

Kalau dulu (masa berhingus dulu ) Ya kot, aku mungkin takut dgn ugutan2 report polis ni, tapi lepas aku
makin memahami undang-undang (belajar!) dan ramai kawan-kawan lawyer, aku makin faham undang-undang,
Tak semudah itu orang boleh buli orang lain dgn report polis dan surat2 dari lawyer ni.
dan aku benci orang yg ugut/gertak orang pakai polis ni.

Kalau pihak sana boleh report komen2 kat sini menjatuhkan dia, then user-user kat sini pun boleh buat report yg
sama suruh polis siasat semua dakwaan user terhadap dia. Kalau takde angin masakan pokok bergoyang!
Jangan risau, banyak soalan menanti .. kalau betul benda ni nak bawak ke tengah!

tak tumbuh tak melata... tak sungguh orang tak kata. (jgn ingat orang lain aje pandai perli-perli..,
aku pun sebenarnya terrer bebeno bab-bab sarkastik ni, cuma sekarang dah kurangkan dah..)

ada beberapa komen user anonymous sebelum ni, yg aku sendiri tertarik utk mengetahui,
sejauh mana kebenarannya, dan apa yg sebenarnya berlaku.

Tentang perjumpaan yg di cadangkan oleh Tok Muda, sepatutnya hari ni, aku dah siap ambil cuti..,
tup-tup dengar dari Chinozie, tak jadi pulak dah. aku dah ambil cuti dah.

-------------------------------------------------------

Well Tok Muda (aku rasa ko muda dari aku!), kalau kau baca ni, set betul2 lah kalau nak jumpa user2 bdn ni.
Kami sedia berbincang. Jangan tangguh lama-lama sangat., nanti dah sejuk isue ni, tak bagus.
Kami nak tahu apa hala-tuju anda.. sama ada nak buka balik atau nak tutup terus..,
atau nak buka pada ahli musang berjanggut/berkumis sahaja
..?

Isnin dan Selasa depan ni aku cuti, dan ko boleh set masa tu utk jumpa.

Aku dan user lain bagi cadangan tu sebenarnya utk menolong kau, memberi idea bagaimana nak teruskan kesinambungan bdn.
Dalam masa yg sama, kami juga nk tgk apa cara kita boleh sama2 kurangkan kos utk jlnkan bdn,
dan pastikan sentiasa ada dana utk tampung kos perjalanan bdn.

sekian.

morpheuzneo

ezza erisa said...

Morph,
memula dengar tu takut juga seposen (serius ni,pasal aku takde satu kes pun sangkut ngan polis ni kecuali saman trafik je)

lagipun pada hari pihak sana duk buat usul tu, tiba-tiba ramai yang trigger aku, siap ada kawan-kawan yang nasihatkan aku delete terus entry pasal cerita itu.

tapi selepas aku fikir kembali, bak kata ko..tak tumbuh tak melata...tak sungguh orang tak kata..so aku kekalkan entry ini dan delete komen-komen yang secara terang-terang menembak fizikal orang belah sana or menuduh tanpa bukti yang jelas.

Begitu juga dengan posting penyamar Byha, aku delete kerana dia dah mengaku dia bukan byha. dan posting-posting lain yang menembak penyamar Byha (yang semasa itu dianggap sebagai Byha)

Dan selepas aku menyiasat lebih lanjut, as per trigger yang mendakwa dorang nak charge under 'Akta Hasutan' aku jadi nak tergelak. Apa yang aku hasut? Apa yang aku tulis yang boleh caj menghasut?

Kemudian aku menyiasat lebih lanjut, setakat ni blogger yang kena saman baru dua orang, Jeffy Ooi dan Rocky Blu...and guess what..yang saman diorang tu pulak adalah NSTP. Dan isu mereka bukan picisan kuman seperti ini.

Dan selepas aku consult dengan beberapa orang yang arif undang-undang, here I am. Aku stand kat sini kerana aku merasakan aku benar. Aku tak ada buat tuduhan tak berasas. Aku tulis apa yang berlaku pada aku dan user user lain pun tulis apa yang diorang rasa. (CUMA YANG JADI ANONYMOUS TU KALAU BOLEH BERANI LA SIKIT LETAK NAMA)

Pihak sana senyap seribu bahasa, aku buka penuh topik ni untuk pihak sana bagi penjelasan, dan apa yang aku dapat adalah ugutan? Adakah something wrong somewhere or anything wrong anywhere?

Isu besar kuman ni pun nak ngadu kat polis ke? Tak ada jari nak bagi penjelasan kat net sahaja?

Anyway, aku selaku tumpang menempel kat blogger ni bersedia atas sebarang kemungkinan.

Lagipun aku tiada sebarang reputasi or kepentingan besar dalam dunia internet untuk dijaga, but you YES you, org belah sana, you have a reputation. Strike saman pada benda sebesar kuman ni..akan menyebabkan kamu popular, yes popular dengan kecaman dari blogger blogger lain... Masa tu berapa banyak masa kamu nak memantau blogger yang kecam kamu habis-habisan? Berapa banyak lagi blog yang kamu hendak adukan kepada pihak berkuasa?

- Ezza

dozo dozo said...

goodday ezza!

Thanks God you still alive my friend..i dun see this kind of spirit in your for God knows how long..

Aku kenal kau di zaman kau remaja, zaman memberontak kau. Kau kemudian yang tajam tutur katanya kehilangan taring somewhere in your journey. Mungkin kedewasaan atau kesabaran buat bahasa kau jadi 'biasa-biasa'.

Tapi bila aku baca blog ini dibawah label 'forum' ini membuatkan aku terfikir..yeah...eja or ezza yang aku kenal dulu dah kembali. Well you back for good!

Aku pun ada account dekat forum yang kau belasah ni. Dan sejujurnya aku nak tabik sebab kau berani utarakan. Orang lain cuma berlalu pergi tapi kau ambil langkah bagus.

Hell with so called ugutan. Kalau kau nak, kau pun boleh ugut juga. Diorang nak cakap apa? They have banned you. Dan kamu berhak mendapatkan penjelasan..

dingin said...

hi tok muda

muahaha

Lucah 007 said...

Masa aku baru2 join BDN aka bincang.net, ada beberapa orang yang aku agak respek.
1) el-lail=tak bnyk bercakap, bercakap pun bab2 agama
2) tok janggut=pun mcm tu lah lbh kurang
3) tok muda=pun tak bnyk bckp, bckp hanya hal2 yang bernas

Tapi lama kelamaan aku tgk mod2nya terlalu skeptik. Macam mana tok muda boleh lantik org2 mcm byha tu sebagai mod? Asyik nak ikut pendapat dia saja Tok muda pun seolah2 bersetuju dgn mod2 tu. Aku jadi semakin hilang respek thdp tok muda

Bila ali kena ban. Aku tengok ini atas dasar mementingkan diri sendiri. Kalau betul ali buat salah, kenapa tak nasihat dia? Kenapa tak ada sesi kaunseling?

Ed-thix pun kena ban. Kenapa tak nasihat dia? Kenapa terus ban? Kalau budak sekolah bermasalah, jalan penyelesaiannya buat sesi kaunseling, dan bukannya buang sekolah.

Sorry kalau aku cakap, byha tu mmg melampau. Lagi satu byha ni suka menunjuk2. ps2 la.. ps3 la,… aku pun ada. Buat apa nak menunjuk2? Kat dalam fotopages dia, dia siap tunjuk lagi adik dia yg nama bubul tu bercouple dengan mamat sengal mana ntah. Byha tulis “pasangan hop-hip”. WTF? Hop-hip apa?

Bila ada yg bangkitkan soal bertudung, adreen (pun mod jugak) cakap tokleh cakap mcm tu sebab dalam BDN ada org kristian. WTF?

Dan bila aku keluarkan hujah daripada bible, kena padam plak. WTF? Ikut Islam tak boleh, ikut kristian pun tak boleh,… nak ikut apa?... IFC??

BDN hosted kat dedicated server. Aku cakap host kat rumah je murah (dan tak yah la nak mintak duit org lain). Lagipun laju jugak kalau pandai manage. Chunli (mod jugak) pulak cakap mintak duit tu untuk menampung kos server, dia cakap lagi ada ke host yg boleh menampung sampai ++50,000 ahli forum?

Kan sengal namanya tu. Aku cakap host kat rumah, bukan host kat orang lain. Host kat rumah cuma bayar bil letrik dengan line internet je. Mana ada bayar kat sapa2 lagi. Kalau tak tau nak buat, tanya… aku pun boleh tunjukkan. Bukan asyik nak tunjuk pandai je.

Kenapa perlu sampai dedicated server sedangkan forum Jiwang dulu Cuma host kat umah je. Ahli ramai jugak. Laju jugak.

Lagi satu aku nak bagitau, banyak yang tak kena dengan geng BiDiN. Aku ni bukan geng BiDiN tapi aku boleh akses segala maklumat yg geng BiDiN dapat dengan mudah. Begitu mudah kena hack. Tapi aku tak buat apa2, aku diam je.

Jadi kalau jadi geng BiDiN pun membazir gila.

Lagi satu, sampai sekarang ni, aku still boleh akses BDN secara hacking. Tak payah daftar sebagai ahli BDN pun boleh akses. Takde yg rahsianya lagi.

Tok muda ok, takde masalah, Cuma ada beberapa hal yang tak kena dgn management.

ezza erisa said...

aku tak boleh access profile ko lucah007...aku cam teringat-ingat je ada org cadangkan host kat rumah tu...

apa id ko aa? :D

kalu taknak open, bagitau dalam ym ke...gmail aku ke..hihihi....:D ok tak?

Lucah 007 said...

dah nama pun nak budget...
buatlah cara budget
elakkan cara premium.

ezza erisa,
id apa? tak faham..
aku dulu pakai nick ampunkgurl kat BDN

nak cerita semuanya panjang wooo..

basic IP std IPV pun nak faham makan minggu jugak
berbelas page

tu std lama, std baru lagi..

ni semua DIY punya keje

nak senang kenalah susah dulu

epol said...

lucah007 ... ko tak takut kena tangkap ke sbb secara terangan ko mengaku hack forum tu? dahla sekarang ni heboh pasal web JAKIM yang kena hack :D

Lucah 007 said...

hack tu ada bnyk jenis.
aku bukan mcm script kiddies yg tujuannya merosakkan.

chef_ni3am said...

Hahahaha sejak 2 bulan streamyx takde kat umah.. macam2 lak cerita aku dengar heheh...

wei korang lepak kat mane aaa?