Thursday, May 31, 2007

Kancil…Time Attack!

Kancil in Time Attack performance? I not really sure about the driver but I personally think that kancil and all the small hatchback motorcars are not suitable for this kind of sport. Why? Cause it’s not stable enough. I repeat, this in my personal POV (point of view)


Image Hosted by ImageShack.us


Artis Malaysia Cium Mulut?

Image Hosted by ImageShack.us


Aku melayari youtube dan sekali mata aku terhentak (diulangi, terhentak) di suatu video yang amat mengejutkan. Wow! Malaysian artist! Sangat berani sekali pada masa sekarang. Seksi bukan lagi satu isu. Seksi adalah satu kemestian walaupun telah dibuktikan kalau ada bakat tapi tak seksi masih boleh laku malah jadi penyanyi no satu negara. Oh aku tidak ingin bercerita mengenai Siti Nurhaliza atau suaminya.

Aku ingin menulis berkenaan seorang pelakon yang sudah agak tua. Deanna Yusof. Setahu aku, dia seorang perempuan beragama Islam, masih bujang belum berkahwin dengan sesiapa (yang aku tahulah). Mana aku tahu kalau dia dah kahwin lari di sempadan Thailandkan?

Beliau juga pernah menjadi kebanggaan Malaysia apabila dipilih membintangi filem Anna and The King. Ok berbalik kepada cerita mengenai Deanna Yusof, beliau baru-baru ini mengejutkan industri hiburan tanah air dengan kehebatan lakonannya di Singapore. Peh…Cium mulut punya lakonan. Babak dalam youtube dibawah ini bukan ‘the only scene’. Apakah kerana dia berlakon sinetron Singapore maka dia merasakan dia tidak perlu menjaga adab, tatasusila sebagai masyarakat Malaysia? And Deanna Yusof, please jangan nak kata dia teraniaya atau ini teknik kamera. Sebab orang tahu..apa itu teknik kamera, apa itu cium paksa (ada ke cium paksa)..muahaha

Oh walaubagaimanapun, apa yang beliau lakonkan di Singapore tidaklah seteruk lakonan anak-anak muda sekarang dihadapan telefon bimbit berkamera mereka…anak-anak muda zaman sekarang lagi maju. Berlakon bukan setakat adegan cium mulut di telefon bimbit…

Syabas…

Wednesday, May 30, 2007

Summon, anyone?

Image Hosted by ImageShack.us


FOR BIGGER PICTURE CLICK
HERE

Monday, May 28, 2007

MY BLOOD GOES UP

Image Hosted by ImageShack.us


Ok, please ignore my stupid, unprofessional hand drawing as I am sucks doing that. Oh before that, please read my declaration, I am suck at drawing, singing and bowling.


Pada hari sabtu, dalam perjalanan balik dari Midvalley ke rumah selepas menonton Pirate of the Caribbean di Jalan Jelatek berhadapan dengan LRT Jelatek maka kejadian ini berlaku. Kejadian apa? Kejadian ketidakpandaian rakyat Malaysia bagi signal la. Apa lagi?


Ok...as per picture, aku berada di lorong kanan, dan sebuah teksi (yang selepas ini aku akan panggil teksi bangang) berada di lorong kiri. Oh teka apa yang terjadi selepas itu? Teksi bangang ini rupanya nak masuk simpang. Dengan penuh bergaya dia potong depan aku (OF COURSE WITHOUT SIGNALING) masuk menyilang ke lorong untuk masuk simpang. Nasib baik aku perlahan sebab baru lepas dari lampu isyarat.


Dan kemudian, apabila aku hon, dia boleh berhentikan kereta dia tengah2 jalan menghala ke jalan terus. Dan apabila aku hon dia gila babing, dia boleh elak ke tepi sikit masuk lorong untuk membelok dan sebaik aku melewati kereta dia, dia siap dengan tangan-tangan tanda maki aku? Whatla? Mentol? Stupid? Idiot? Moron? Mad? or mental sickness? Sebab dia selalu berada dijalan raya maka jalan raya tu bapak sedara belah tokki dia yang punya? Blah....


Terang-terang dia yang salah sebab dia bangang maka dia tak tahu bagi signal, aku bukan takmahu bagi jalan tapi aku alergik sikit kalau jenis yang tak tahu bagi signal ni.Dan terang-terang dia yang salah, dah tahu nak masuk simpang ke AU, apa ke bangang duk arah jalan nak pergi terus?

Oh...not applicable to all taxis only for that particular stupid idiot moron taxi driver only. TQ


Dying In The Sun

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

FOR BIGGER PICTURE CLICK HERE


Image Hosted by ImageShack.us


Website: Bincang.Net

Poster : mysticmind

Date : February 13, 2001


Do you wake up at nights and remember?

Do you stab people at the back and indulge?

Nobody ever hears the silent scream.

And the drama goes on...'selalulah ingat kita hanya menumpang' ;)
Image Hosted by ImageShack.us




Credit to: Chester

Tuesday, May 22, 2007

Pucca

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.usPernah anda terfikir sebuah rancangan kartun yang tidak banyak mengeluarkan suara boleh membuatkan anda menjadi seorang fanatic dalam diam-diam? Hehe. Aku memang seorang peminat rancangan kartun. (ketawalah…aku izinkan). Aku pengemar sinchan, chibi maruko chan dan pelbagai lagi lah. Penat nak listkan! Fuh.

Terbaru, aku SAH jadi penonton setia Pucca (setiap Ahad, pukul 10.30pagi, di TV3) Walaubagaimanapun selalunya aku alarmkan handphone kejut pukul 10.30, kemudian aku pasang tv, sambung tidur balik! Sayang nak tinggal mimpi. Dengar bunyi pun jadilah kalau mata tak boleh buka!

Pucca ni pasal seorang budak perempuan yang suka dekat seorang budak laki yang jadi ninja (Garu). Garu pula tak suka Pucca. Tapi Pucca ni tak reti bahasa. Sengih je manjang.

OMG, aku tak sangka, aku masih berjiwa kanak-kanak sampai sekarang.. Muahaha.

Image Hosted by ImageShack.us

Pirate Fever!

Image Hosted by ImageShack.us


Duh! Pirate fever is back! I have bought a pair of ticket for this upcoming weekend to watch this super mega dumdum movie. As I did not keep the collection of pirate 1 and two, now I have to download it from the internet. Actually, I am downloading…

I do not know what to expect from this third sequel. However, I do admire Jack Sparrow character...

Oh by the way, this is a funny story about pirate movie anyway.

I have read from the newspaper, there is one guy who love Pirate of the Caribbean series and keep the previous two movies as his collection. Because of the pirate fever (opening this Thursday), he went through his collection and realise that the first movie which is Pirate of the Caribbean: Curse of the Black Pearl is missing.

He went to a DVD Store to get a new copy for that movie.

Person A: tokei, cd pirate ada? (You got pirate cd?)
Tokei: Ayya, kita tarak jual pirate...cd sini semua ori mari oo (We did not sell any pirated cd, its all original cd here).


Suppose to be funny if you face this kind of situation in the right moment but when I become your storyteller, its not sound funny. Huhu

Person A: ayya tokei. Pirate of the Caribbean la. Bukan cd pirate
Tokei: Lu bagi tau awal-awallah. Ada ada.



Image Hosted by ImageShack.us

Friday, May 18, 2007

Funny Eh..;>

Image Hosted by ImageShack.us


NOTA KEPALA: Semalam saya sudah up entry ini, tetapi disebabkan saya ini terlalu gopoh hendak pulang, ditambah dengan kebodohan saya, saya tidak dapat membezakan perkataan 'edit' dengan perkataan 'delete'. Oh..poor me...;)

On 15/5/2007 Gepren aka Deida aka Fida aka apa-apa sahajalah. Yang kenal, akan kenal. Yang tak kenal..sila gi balai (hahaha) telah mengPASTE perbualan dia dengan seseorang yang saya rasa kelakar. Sebab tu saya labelkan entry ini dibawah Funny.

Okay, sekarang saya pastekan pula disini berkongsi cerita kelakar ini...

gepren (5/15/2007 10:26:22 AM):
[10:17] makhluk a: nape jadik budak jahat skang nih?
[10:18] gepren: gapo gak/
[10:18] Meebo Message: makhluk a appears offline. Your message may not be received.
[10:20] makhluk a: takdop gapo....
[10:20] makhluk a: harap berpuas hatilah...
[10:20] makhluk a:
[10:20] gepren: mesti ada gapo2 nih
[10:20] gepren: baik oyat
[10:21] makhluk a: u know it better...
[10:21] gepren: sy tak tahu la
[10:21] gepren: kalu tak explain
[10:21] makhluk a: cakap kat kawan tu... saya ada baca blog dia sebelum dia edit...
[10:21] gepren: kwn mana plak?
[10:22] makhluk a: makin dia nak tunjuk pandai makin terserlah plak kebuduhannya...
[10:22] makhluk a: hosmet awak...
[10:22] gepren: apa plak?
[10:22] gepren: tak btol ke kitorg ckp?
[10:23] gepren: takkan kitorg nak sebelahkan pihak yg salah!


erisa (5/15/2007 10:28:08 AM): hhahaha cakap ngan dia...dia pun bodo jugak
erisa (5/15/2007 10:28:13 AM): same same
erisa (5/15/2007 10:28:20 AM): suh dia cakap ngan aku sendiri la kalu berani
erisa (5/15/2007 10:28:45 AM): ni paste kat dia
gepren (5/15/2007 10:28:55 AM):
[10:25] makhluk a: awak kenal *** tu sapa?
[10:25] makhluk a: i mean keturunan sukusakat dia?

erisa (5/15/2007 10:28:58 AM): 'aku tak kata ko bodo..ko kata aku bodo..tak ke ko yang bodo sebenarnya'
gepren (5/15/2007 10:30:13 AM):
[10:27] makhluk a: dia nak cakap dia ym saya

erisa (5/15/2007 10:30:52 AM): arh..aku takmo cakap ngan dia..dia yg duk guna org tgh kata aku bodo tu wat per
erisa (5/15/2007 10:31:33 AM): tak habis2 lagi ke isu ciput nih?
erisa (5/15/2007 10:31:43 AM): lenkali suh bawak masuk kabinet
erisa (5/15/2007 10:31:50 AM): suh menteri discus
gepren (5/15/2007 10:32:27 AM):
[10:29] makhluk a: cakap kat dia... sy mmg bodo... whole world tau... tak sangka ada org lain lagi bodo... hehe
[10:29] makhluk a: jap...

[10:33] makhluk a: nak tau sbb apa takde laki bdn nak ke awk.. sbb awk emosi
-----------------------

Okay..Ini pula adalah masa saya menceritakan apa yang kelakar dengan YM archive di atas:

[10:21] makhluk a: cakap kat kawan tu... saya ada baca blog dia sebelum dia edit...
[10:22] makhluk a: makin dia nak tunjuk pandai makin terserlah plak kebuduhannya...
erisa (5/15/2007 10:28:20 AM): suh dia cakap ngan aku sendiri la kalu berani
[10:27] makhluk a: dia nak cakap dia ym saya

Adakah anda nampak apa yang saya nampak? Muahaha, this person has no ball at the first place to say right in front of my face (or my yahoo id) that 'ezza, you are stupid'. Kenapa perlu menggunakan orang tengah? Then, bila aku pesan kepada middle person suruh orang itu cakap sendiri dengan aku, dia tiba-tiba boleh ubah ayat kepada
'dia nak cakap, dia ym saya' Hoo...Funny kan? Oh BTW this is my blog, how many times I want to edit my entry, is up to me. ;>

[10:33] makhluk a: nak tau sbb apa takde laki bdn nak ke awk.. sbb awk emosi
Ini dia tujukan untuk Deida lah kot. Pasal posting-posting deida yang emosi kat forum *** tuh. (Ok, please stop laughing, I know its damn funny but please stop..muahaha). Aku ada nak tambah perisa serbuk kari adabi dalam perencah nasi goreng aku ni. Aku tahu ada ramai orang yang berjumpa teman hidup, bertemu jodoh kerana internet.

Tak terkecuali di ***. Tapi aku amatlah meragui nawaitu awal masa mula-mula daftar *** adalah untuk mencari jodoh. Aku rasa masing-masing (makhluk a terkecuali, maybe dia memang masuk *** untuk cari jodoh sapa tau kan) masuk ke *** adalah untuk berkongsi pendapat, mencari maklumat. Nama pun discuss.net? Bukan jodoh.net? Muahaha.

Well kalau deida ada crash or pakwe budak *** pun, perlu ke dia hebahkan satu dunia? Perlu ke dia masuk public diary dan duk ber'dearie' 24 jam sehari?

FOR ME, maya is maya. Dunia maya berakhir sebaik sahaja aku shut down komputer. Apa yang aku buat dalam net berakhir serta merta bila komputer aku terputus hubungan dala,m network. Tapi ada certain people who I guess live and die in maya world cannot accept this kind of fact. They couldnot leave maya world cause they dun have any real social life. Muahahaahah...

[10:25] makhluk a: awak kenal *** tu sapa?
[10:25] makhluk a: i mean keturunan sukusakat dia?
Oh God, please save me now. I'm so scared.

OK, habis cerita lawak hari ini. You may laugh (again) now.

SEKIAN DARI SAYA YANG BODOH. MAK SURUH PERGI SEKOLAH SAYA PERGI SAWAH!

Tuesday, May 15, 2007

A Goat Name Rose

Padan mula lelaki ini, dipaksa kahwin dengan kambing yang dirogolnya. Malangnya dah mati pun kambing itu tertelan botol ditepi jalan..
---------------------------------------------------------------------


First story:

Goat, married to man, dies after having first kid in South Sudan Saturday 5 May 2007 00:30. Printer-Friendly version Comments...

By Mogga Mark

May 4, 2007 (JUBA) — The goat married to a man at Hai Malakal, Juba, last year has now died. It delivered a baby goat four months ago. The goat, "Rose", was used for sexual intercourse and a man was caught red-handed. Elders forced the man to marry the goat.

According to eyewitness and goat owner, Mr Alifi, he found the goat defiler, Mr C.T., naked in his goat shed having intercourse with his goat. After consulting local elders in a customary court case, the elders decreed that the goat offender must pay a dowry of 75 dollars. Since last year, the wedded goat has now produced a kid; but not a human one.

Mr Alifi further says that he did not give a name to the goat before, but during the local court deliberations the elders jokingly referred to the goat as Rose. Rose was black and white in colour and unfortunately died recently. Neighbours suspect Rose may have eaten a plastic bag littered near Mr T.’s compound. She is survived by a newly born male goat, now four months old and staying with Mr T.

One of the elders present during the hearing says they were invited by Alifi to come and solve the issue. "We found Mr T. was tied down by Alifi at the door of the goat shed," said the elder; he said the marriage was to teach Mr T. a lesson.

Second story: Sudan's goat wife chokes to death David Batty Friday May 4, 2007

Guardian Unlimited

A goat that gained international notoriety last year after getting married to a Sudanese man who indecently assaulted her has died after accidentally choking on a plastic bag.

The black and white goat called Rose swallowed the plastic bag while scavenging for scraps on the streets of Juba, a town in southern Sudan, it was reported today.

The story of the goat's "marriage" became one of the most widely read stories on the internet last year.

A Google search brings up more than 170,000 web pages based on the story.

The incident came to worldwide attention in February last year when the BBC Monitoring Service reported that the goat's owner had been woken by a loud noise outside and rushed out to find a man having sex with the animal.

The intruder, Charles Tombe, was captured and hauled before the local council of elders who ordered him to marry Rose and pay a dowry of 15,000 Sudanese dinars (£37) to Mr Alifi.

Tom Rhodes, the editor of the Juba Post, which first ran the story, told the BBC: "The idea was to publicly embarrass the man."

Following the marriage Rose had a male kid, but "not a human one", Mr Rhodes said.

Mungkinkah ini kambing pertama yang berkahwin dengan manusia itu?

Image Hosted by ImageShack.us

Monday, May 14, 2007

SUMOlah

Image Hosted by ImageShack.us


What should I write about this movie? Afdlin, tell me. You want to hear the good thing or the bad thing about your latest movie? hihih  yo yo je..aflin pun tak ada masa nak melawat blog murahan seperti blog aku ini.

Filem ini selamat ditonton di MBO Galaxy Ampang. (Huh, sejak aku kenal galaxy Ampang 2 minggu lepas, rasanya tak pernah lagi pergi ke panggung lain. Sebab dekat dengan rumah agaknya, parking percuma dan harga tiketnya murah sebab panggungnya bukan berbentuk theatre seperti di MidValley, KLCC., tapi semalam a bit frustrated pasal mutu audio tahap hampagas. Tiba tiba boleh suara jadi perlahan amat dan berlanjutan agak lama pulak tu!).

Macammana nak review tanpa spoil the whole movie? Sebab aku rasa aku taknak spoil memandangkan filem ini sangat best (walaupun jalan ceritanya ringkas mengisahkan Ramlee yang dari orang tak tahu apa-apa pasal Sumo masuk jadi Ahli Sumo untuk mewakili kedai sushi tempat dia bekerja).

Apa yang aku nampak, dalam lawak jenakanya, Afdlin menyindir orang melayu. Well bagus! Gelak, gelak juga tapi at least selit juga sedikit peringatan. Orang Melayu pemalas! Sangat sedikit yang rajin berusaha dan berusaha gigih nak ubah taraf hidup mereka. Perli perli juga, Afdlin turut selitkan yang orang Malaysia secara amnya berbudi bahasa. Contoh semasa kedai sushi Mr Honda hendak dikunci pihak bank tetapi Mr Honda selaku orang Jepun amat tegas.

Banyak lawak-lawak segar yang belum kelihatan dimana-mana ditonjolkan dalam cerita ini. Kebanyakan filem lain mengitar idea kelakar dari filem filem terdahulu. Contoh terdekat Saiful Apek…dalam mana-mana sahaja filem, apa yang kita lihat adalah lawak sehari-hari dia. Tak kira dia pegang watak dalam cerita apa, Jutawan Fakir? Kuliah Cinta? Dia masih menjadi diri sendiri. Lawak-lawaknya walaupun kelakar, kita pernah tengok dan dengar dari DIA JUGA, di tempat-tempat lain.

Ok, SUMOlah, sponsored by CELCOM dan OGAWA. Well, thanks to Afdlin, aku tak rasa sakit hati tengok sponsor-sponsor ni dimana-mana. Adalah satu perkara normal jika Kedai SUSHI bersebelahan dengan kedai handphone yang ada banner CELCOM. Adalah satu perkara normal juga sekiranya CELCOM menaja sebuah perlawanan SUMO. Adalah perkara normal juga menggunakan telefon untuk berhubung! Kita sedia maklum..sponsor-sponsor tidak bagi duit percuma, mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Dan cara Aflin menonjolkan sponsor-sponsornya adalah dalam bentuk normal. Erm, aku juga perhatikan banyak Motorola terpampang dalam filem ini. Mr Honda menggunakan Motorola, malah iklan semasa Mr Honda baca suratkhabar pun dishoot semasa Mr Honda tengah baca dimuka surat yang ada iklan Motorola. Tapi aku tak perasan pula kalau Motorola adalah sponsor filem ini kerana Ramlee menggunakan telefon bimbit Nokia..

Oh, bercakap pasal pelakon pulak. Aku rasa ini adalah strategi pemasaran dengan mengambil pelakon dari luar Malaysia. Nang nak jadi Siti Honda, Gurmit Singh dari Singapore dan beberapa kerat pelakon lagi yang aku rasa bukan Malaysian. Memula aku kagum gila bila dengar Siti Honda boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik (setahu aku orang Thailand ni, tahu bahasa ibunda dorang sahaja dan kalau speaking pun bunyi thai juga) yang bahasa Jepun tu tak delah aku kagum pasal aku tak faham.

Aku baca review dalam paper pun puji Siti Honda ni boleh bercakap dalam bahasa Melayu, English dengan baik ikut skrip. Well, aku sarankan orang yang tulis review ni, tunggu sampai movie habis sekali dengan kredit kredit habis baru keluar wayang kerana yang bertutur dalam bahasa Melayu dan English untuk watak Siti tu dubbing suaranya oleh orang lain.

Cerita ini kelakar (ulang 10kali). Yang lawak punyalah banyak kali motor Ramlee ditarik oleh bank (well part ni kelakar pasal setahu aku loan motor by koperasi atau kedai tempat kita beli tu sahaja, tak pernah dengar bank bagi loan motor ni) sampai tukang tarik dah kenal si Ramlee ni. Jumpa kat tepi jalan pun boleh bertegur sapa macam kawan-kawan.

Aku yakin banyak kajian dah dibuat untuk menjayakan filem ini. Dan ianya berbaloi. Skrip kelakar, lawak kena tempat, latar cerita yang cantik. Cuma tak sangka lak aku ada banyak kedai sushi kat Malaysia ni..haha Yang tahu Sushi King je..;)

Aku bagi 4.9/5 untuk filem ini. (No one can score perfect!) Aku harap aku tak spoil mana-mana part dalam filem ini kerana aku memang taknak spoil. Sebab aku taknak pembaca kehilangan deria gelak bila menonton adegan-adegan tersebut.

Part paling lawak ..’Ossu..ossu,,,ossu’

Lagi satu, lagu-lagu dalam movie ini patut dijadikan satu album soundtrack. Amatlah menarik! Pleasee please please…

Thanks Afdlin for making such a great movie!

Friday, May 11, 2007

New DVD Writer!

Bought a new Double layer DVD Writer yesterday! Since I love to download stuff, songs, photos, movies, tv series... I need thing that can copy them into the DVD. Prior to this, I bought myself 250GB external hard drive but still, the satisfaction is not there. I need more than an external hard drive. I need DVD Writer to burn my great pleasure hobbies into DVD format. Erm.. the next thing I will go after is DVD Player with USB Port available. hihih. and come together with DivX technology for sure.

So that DVD Player can play from my external hard drive itself. Hey hey hey. I not person who love gadget. (HONESTLY!)

Oh, by the way, how many of us know what DVD stand for?


"Digital Versatile Disk." (Formerly Digital Video Disk.) Same size as a CD but stores seven times CD capacity on a single side. DVDs can also be double-sided or dual layer. Today most DVDs are used to display full-length commercial motion pictures, plus additional material such as outtakes, director's notes, movie trailers, etc."

So here I am..proudly present my new DVD Writer...hihih

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, May 10, 2007

Signal Worth Thousand Ringgit In Malaysia

Duh…honestly I hate driving in traffic jam. I hate people who cannot tolerate to other drivers. What I hate most? Lampu signal kenderaan mahal harganya di Malaysia! Ramai pengguna sayangkan lampu signal mereka lebih dari nyawa mereka sendiri!. Aku tak fahamlah siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal bagi lampu signal ni. Adakah guru memandu tidak cakap..itu lampu signal? Adakah diri sendiri yang tidak peka dengan menganggap lampu signal tu tak penting

‘Argh..orang belakang mesti tau punyalah aku nak masuk simpang pasal aku dah slow’ huh…Yang herannya..lampu signal mahal..nak masuk simpang ke..nak keluar simpang susah nak bagi..tapi time hujan lebat..boleh pulak tekan jadi hazard lamp! Yang ini salah guru memandu jugak kah? Atau salah diri sendiri juga? Dah namanya lagi dalam bahasa Melayu ialah lampu kecemasan.. Apa jenis kecemasan yang memerlukan pemandu menyalakan lampu lip lap lip lap ni dalam hujan? Tak tahukah ia membahayakan diri sendiri dan pemandu lain?

Lampu kecemasan / hazard lamp adalah untuk ketika kereta berhenti ditepi jalan akibat kerosakan! Bukan untuk dipasang didalam hujan lebat. Anda boleh disaman atas kesalahan ini! Sila semak buku mari belajar memandu anda bila masa boleh tekan hazard lamp. Kenapa ianya salah? Kerana ianya boleh mengelirukan pemandu yang lain? Orang lain dalam hujan lebat mungkin menganggap bahawa kereta anda tengah tersadai di tengah jalan. Walhal elok sahaja bergerak, laju pulak tu!

Oh berbalik pada tajuk aku ni. Aku paling menyampah tunggu nak keluar simpang, kemudian datang kereta tergedik gedik selow, rupanya nak masuk simpang tapi tak bagi signal! Menghabiskan masa je tunggu, patut aku boleh keluar seiring sahaja dengan dia masuk simpang! Kenapa ya? apa mentality orang Malaysia sebenarnya? Adakah mereka merasakan orang dibelakang mereka adalah psikik? Boleh menSCAN otak mereka nak gerak ke mana? Nonsense! Berapa banyak kemalangan jalan raya berlaku sebab pemandu yang tak tahu signal kat mana or tak tahu nak tengok cermin sisi!

Also pasal tolerate, dah nampak orang nak keluar simpang, or nak masuk simpang dalam keadaan yang jam..apa salahnya beri ruang? Tak bagi jalan pun, bukan dapat jalan pantas pun memandangkan jalan jem gila? Tapi pemandu di Kuala Lumpur khasnya, konon mengejar masa…nak lewatkan sesaat perjalanan pun tak boleh.

Oh ada lagi, dah kalau ada orang bagi jalan tu..angkat la tangan tanda terima kasih Aku angin betul bila dah bagi jalan (TERUTAMA AWEK-AWEK, YANG TAK BERAPA CUN LAK TU. KALAU CUN BOLEH DIMAAFKAN), kemudian dia blah…buat muka sombong je…isk..rasa menyesal je bagi jalan..hehehehe

Dan lagi, yang jenis potong barisan ni satu hal pulak (aku kekadang tak sabo buat jugak) Dah tau jalan jam, yang keluar lambat tu sapa suh? Dah keluar lambat tu mulalah tunjuk ego potong-potong barisan. Orang tak bagi pun menyelit bagai nak rak. Not only that, bila orang tak bagi, dia selit gak..siap boleh buat muka lagi kat orang yang dia potong tu…hampagas betul…

CONTOH-CONTOH ORANG TAK RETI BAGI SIGNAL BILA MASUK LINE
(pictures taken from www.panducermat.com.my


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Arrogant monkey can't be bothered to queue at the lights like everyone else, so cuts in front from the U-Turn lane, wanker!
Image Hosted by ImageShack.us

Hit 1!



Aku tak tengok Hit 1 akhir jengjengjeng ni tapi kemudian last masa Misha nak naik ambil hadiah aku tengok ada orang beriya-riya pegang kain Misha Omar nih. Anih juga.. kemudian ada orang sms aku mengkhabarkan bahawa Jac jatuh tergolek masa naik nak nyanyi. Aku ingat tukang sms tu buat lawak. Kemudian aku baca kat Astro @15. Masing masing duk kesian kat Jac jatuh

Today! Yes Today, I got the email with Jac video. Yes. Video yang dia jatuh tergolek tu. Alahai. kesian, masuk sejarah ni. Pasal jarang yang jatuh. Kalau jatuh pun idakla sampai tergolek.

Ampun Jac...wa peminat lu! Siap vote masa you kat Malaysian Idol dulu tapi menda best kenalah share-share. hihihih

Meh layannnnn....

Wednesday, May 09, 2007

Terowong Casablanca

(maaf tiada gambar)

Layan cerita ni di galaksi ampang. Best sebenarnya galaksi ampang ni pasal tak payah bayar parking. Yezzaa…

Cerita hantu Indon yang maha kelakar. Patutnya ini cerita serius tapi entahlah, terlalu banyak babak-babak yang menjadikan cerita ini sesuatu yang tak logic dan tidak dapat difahami oleh akal yang singkat. (haha)

Cerita bermula apabila Astari termakan pujukan Refa untuk berhubungan seks tanpa perlindungan di sebuah kelab malam (Gejala social sungguh, banyak betul adegan slrupp slrrupp dalam cerita ni).. Kemudian ditinggalkan oleh Refa. Astari disahkan mengandung dan Refa menghilang. Dia bagaimanapun dapat berjumpa dengan Refa dan Refa berjanji akan bertanggungjawab atas kandungannya itu. Bagaimanapun Refa telah membuatkan Astari mabuk lantas bersama-sama kawannya, Refa membawa Astari kesebuah rumah dukun untuk mengugurkan kandungan Astari yang telah masuk bulan ke 6 (bukan bulan June ya!)

Dalam kejadian itu, Astari telah terbunuh dan dikuburkan disatu tempat. (Jangan tak caya, ada pontianak datang bawak Astari pergi ke rumah pontianak tersebut) Hahaha. Selepas itu Astari mula menganas dan membalas dendam. Terowong Casablanca tu adalah tempat-tempat lepak hantu-hantu pontianak. Hahaha. Lawok dol citer nih.

Pontianak siap bergilir2 jaga anak Astari. dan Astari siap boleh ke tepi tingkap dan seterusnya mengeringkan lampin anaknya. Adeh…kalau sesapa rasa Zombie Kampung Pisang kelakar, aku rasa citer yang ini lagi kelakar..

Aku juga menonton cerita Spirit of the Victim (Thailand most scary movie of the year kononnya). Sampah masyarakat ah. tak best langsung

Friday, May 04, 2007

Kelab Ahli Tak Puas Hati…;)

Since last week, aku perasan blog ni dah jadi tempat bashing people (people who are so idiot and cannot accept other people’s opinion deserve to be bash…)... At least guys… I did not put a single rule (of course..TO BE BROKEN) on my blog. We are all adult. Everyone is responsible for their words. We know bashing people is some kind of theraphy..kikiki…

Sejak dibanned (of course tanpa sebarang sebab munasabah, tiada reason..tiada persoalan) aku dapat ramai kawan baru. Aku juga makin buka minda. Well ramai orang YM aku, cakap menda-menda tak logic yang pernah berlaku dalam sejarah kewujudan bangang.net ni (korang jangan jadi bangang pulak pergi taip kat internet browser korang, bangang.net!) hahaha. Walaupun aku ni ahli lama since 2001 lagik tapi aku bukan ambil port sangat pasal sejarah (lagipun banyak sejarah buruk je..tu pasal kesempitan wang manjang kot forum ni)…Bagi aku forum adalah tempat mengutarakan pendapat, kalau tak sama dengan orang pun..tak kisahlah..my words is my words.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak menyampaikan berita. tentang bangang.net after kejadian mod mencucuk aku. Hhihih.. Harap-harap yang cucuk aku tu menyesal la…pasal cucuk salah orang. Aku akan terus jadi kelab berhaluan kiri selepas apa yang terjadi. Well at least aku buat kelab, boleh pungut duit…(boleh songlap duit..ttettttt) pehtu wat meeting DGM (bukan AGM) pasal aku nak meeting tiap2 hari..Hahahaha

First aku memang tak suka cara pentabdiran yang merasa bangang.net adalah hak mutlak mereka hanya kerana mereka founder or co-founder or whatever. Adakala..eee..kalau jadi founder pun kalau yang masuk hanging around mengular waktu office dorang kat bangang.net tak sampai 6 orang tak kemana. Tapi so far okaylah..aku rasa ada la dalam 80-100 orang sehari kat situ. Tapi still pasal there are 40 rules (TO BE BROKEN) ..tadak orang pengiklan pun nak datang. kalau ada pun yang sengal dan rasa nak membuang duit jelah kot.

Masalah besar dengan bangang.net adalah ianya adalah sebuah forum semata-mata. Sebuah forum hanya untuk nganga semata-mata. Bangang.net bukan sebuah portal interaktif yang boleh dapat apa sahaja dengan melayarinya. You cannot talk lame, you cannot sell thing, your cannot promote anything! Sedar ke tak.. sell/buy merupakan factor utama yang menyumbang kepada kedatangan pengunjung which also contribute to pengiklan untuk mengiklan. Bincang ilmiah skit kang..kena warning kena banned…so..what makes you think that your forum is very very good? Yang sengalnya ialah, google adsense pun tak boleh nak apply sebab pakai bahasa melayu keseluruhan. Erm…kalau tuan empunya bijak, muka depan forum in English la..isi lantak..barula leh apply google adsense (satu penyumbang dana gak) Tapi siapalah aku untuk dipakai ideanya…

aku rasa most of the time.. orang yang mengaku tuan punya bangang.net tidak sedar bahawanya tanpa user yang setia forum tu tak kemana. BTW…korang penah ke alexa.com tak? Tuan punya tau ke ranking forum yang didakwa nak jimat space tu berada? Setakat pukul 2.45pm hari ni ini adalah rankingnya 299, 296. Dan untuk makluman sesapa yang berkenaan aku ada joint lagi forum lain yang rankingnya adalah 1,616 dan guess what..they dun have 40 rules (AGAiN TO BE BROKEN) they do have anything that was denied in bangang.net. And their users are more that thousands per day. And how they survive? gagah perkasa? Advertisement! Classified! Google adsense etc..be creative! Forum just a part of it. Ada mende lain yang support sampai boleh je users beriban riban free, tak payah bayar RM10 per month semata2 nak dapat avatar besar!

Aku rasa yang banyak orang tak puas hati ialah, apa yang dijanjikan sebelum pelaksanaan geng BiDaah telah diputar belit semata-mata kerana dalam rules yang 40 tu (to be broken) ada satu rules cakap ‘pentadbiran boleh ubah rules bila-bila masa dorang nak’ yes sedap bunyiknya….sapa yang untung? of course pentadbiran. Kalau orang tak setuju, main perli perli segala. Dahtu..main ngan duit…korang ingat senang nak cipet masuk poket orang ka?

Yes, sejak geng BiDaah dicadangkan, aku dah nampak banyak buruk dari baiknya. Lagipun apa yang baik dengan meminta RM10 sebulan dari user? Er…tak paksa..tak minta..tapi main psikologi. Lepas geng BiDaah wujud, custom avatar tidak lagi dibenarkan. Well, bagi orang yang main forum, avatar adalah salah satu mende penting. Ia bukan setakat ‘tak cantik ke avatar yang pengendali buat’ No is not about that! Avatar adalah cermin refleksi user. Alasan, jimat space. Woi bodo… kalau semua nak jimat..ko shut down jerlah bangang.net forever or jual kepada orang yang lagi nampak peluang camne nak memajukannya… Kalau semua orang pakai avatar yang sama..ko tak nampak ke tu dah ciri2 duk dalam penjara…baju garis2…mirip je semua. Ya..sesuailah dengan rules yang 40 tu (to be broken)..

Dan…apa yang menyebabkan pentadbiran rasa akan ada orang bayar RM10.00 sebulan tuk main forum? Kalau aku nak bayar..baik buat bayar bil eletrik. Dah macam bayar bil.. continuing paying. Kena masukkan dalam budget ni. hahaha.

yang kelakar, bila ada yang mempersoalkan, topik terus kena lock. terus kena banned. Kat forum bolehla…berani cuba la ban aku kat blogger nih. huh! Duduk dalam kepompong syok sendiri. . Baru jadi mod kat forum bangang.net belum jadi Ketua Pengarah kat reality lagi.

Well as I mentioned before, bangang.net adalah tempat dimana anda hanya boleh bersetuju dan mengangguk dengan segala macam jenis idealogy pentadbirnya. If you dare to say no then..you will be banned.. Kenapa? Kerana pentadbirnya merasakan ideanya adalah yang terbaik. Yang terbijak. Siapalah user2 bangang yang kerjanya melanguk depan pc tu kan? Well bangang.net lost many of their good forumner kerana kebodohan orang atasan yang tidak tahu menilai.

Aku heran pasal dana server ni kalau dah tau tak mampu nak pakai stand alone..pesal duk pakai? Users bukan ada lima ribu orang satu masa. hundred per day..shared hosting buleh kendali. Alasan untuk server untuk server untuk server. Muak aah.

Pagi tadi ada forumner lain sampaikan print screen..ihiks.. tutup sementara? Why aa? Ayat-ayat pada notis pemberitahuan tu pulak amatlah memerli. Yes…itu yang users dapat setelah menyuarakan pendapat masing-masing. Aku print screenkan kat sini. Biar orang lain pulak baca. Kalau jenis bodo memang tak nampak ayat2 dalam notis tu perli bagai nak rak…

Sebarang nama yang digunakan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati

Gambar dibawah tidak ada kena mengena dengan cerita di atas...yeah...you wish la tadak...


Image Hosted by ImageShack.us