Monday, April 09, 2007

Jangan Pandang Belakang

Image Hosted by ImageShack.us


Midvalley – 6 April 2007

Erm, bagaimana nak memulakan pasal movie yang satu ini ya? Apa kata-kata yang sesuai ya? Sebenarnya filem-filem seram di Malaysia baru sahaja keluar dari kepompong mimpi. Kita sedia maklum suatu ketika dulu (tidaklah begitu lama dahulu) filem- filem seram Malaysia ada halangan yang amat kelakar dimana, ianya haruslah diakhiri dengan mimpi. So tidak kira bagaimana bagusnya filem itu, diakhirnya kita sebagai penonton akan berasa kecewa, hampa bosan kerana ianya hanya mimpi!

Filem pertama yang terlepas dari rules yang langsung tidak logik ini ialah Pontianak Harum Sundal Malam I. Kerana rakyat Malaysia dahagakan filem melayu seram yang tidak berasaskan mimpi, filem ini berjaya menarik penonton ke pawagam. Dan selepas itu, producer berlumba-lumba menghasilkan filem seram kerana menyedari banyaknya demand ke atas filem-filem begini.

Tapi banyak filem seram Malaysia yang dihasilkan secara lunyai dan sekadar tangkap muat. Syaitan yang diwar-warkan sebagai filem thriller Malaysia pertama hancus!Err.aku dendam betul dengan filem syaitan pasal ianya adalah filem terhampagas yang pernah dikeluarkan di Malaysia.

Ok, berbalik kepada Jangan Pandang Belakang (JPB). Mengisahkan saka! Spoiler warning!!

Disebuah kampung terpencil, penduduk berkumpul disebuah rumah dimana seorang penghuninya sedang nazak tetapi tidak boleh meninggal dunia kerana mempunyai belaaan. Tok imam kampung berjaya mengusir belaan itu lantas botolnya dibuang kelaut.

Setelah beberapa lama, Rose tunang Darma (Pierre andre) menemui botol yang dibuang itu, lantas membawanya pulang ke rumah. Sejak itu Seri mengalami gangguan dan meninggal dunia. Darma dan Seri (adik kembar Rose, dilakonkan oleh orang yang sama obviously) mencari punca kematian Rose kerana Seri tidak percaya Rose mati membunuh diri. Di rumah Rose, Darma terjumpa botol aneh itu lantas membawanya pulang kerumah. Sejak itu, beliau juga diganggu oleh makhluk itu.

Gangguan yang berterusan membawanya kembali ke kampung untuk berubat. Disana gangguannya semakin teruk dan menjadi jadi. Satu peringkat, neneknya turut dirasuk. (ini adalah kerana mungkin saka itu mengenali rumah lama sebelum dia di buang kelaut)

Tok imam dipanggil dan Dharma diubati. Dia kembali ke Bandar tetapi rupanya saka masih mengekorinya. Seri yang kebetulan pergi ke rumahnya, menemui Darma yang pengsan lantas membawa (aku assume dialah yang bawa) Darma pulang ke kampung.

Setelah diubati sekali lagi, tok imam menggunakan jagung rebus dan suruh hantu tu tunggu kat satu tempat sampai jagung tu tumbuh baru dia boleh kembali. Abis..simple kan? Jalan cerita yang simple.

Ada beberapa kali hantunya melintasi membuatkan aku meremang bulu roma. Hey since when aku jadi penakut sangat ni? Tak jugak sebab aku penakut..hantunya muncul di waktu yang tepat dengan muzik iringan yang kena! Tapi kata pengarahnya Ahmad Idham..hantu filem ni mahal..jarang keluar..yang ada hanya mainan emosi tapi aku tengok murah je pun hantunya..selalu berkeliaran...Dan banyak babak lain membuatkan aku tergelak kerana satu kekurangan aku tengok movie hantu, aku selalu imagine…kesian kat orang berlakon jadi hantu..kena pakai hodoh..kena merangkak..payah ho!..

Dari segi mutu sinematografi..aku rasa ok la, ada ruang untuk improve. Nampak macam filem budget murahan dengan rumah kampung yang amat daif (di awal cerita). Bunyi ok lah. Ada yang kena ada yang tidak. Since hantu muncul dengan muzik memang kena.

Ok..ini pulak comment aku:

1. Seri selalu sangat hang out dengan Dharma sampai teman-teman dirumah Dharma. Dia tu bakal adik ipar Dharma..tak kena tangkap basah ke? Hehehe
2. Yang exorcism si pesakit tu tok imam ke bomoh? Pasal aku pelik selalu tok imam dia ubat dengan ayat-ayat quran sahaja tetap tok imam dalam cerita ni siap dengan kemenyan etc.
3. Adik sepupu si Dharma tu, kampung Dharma kat perak, nenek…mak lang dia semua cakap perak..kenapa adik sepupu dia cakap KL? Didikan sapa? Eheheh…mende simple..tapi besar effectnya..pasal tak logik la tuan pengarah!
4. Cameo si Cat Farish sebagai pemandu bas memang kelakar. Betul-betul kelakar. Dia ni memang selalu bawak watak komedi dan menjadi!
5. Nenek Dharma ni, perlakuan dia dah seram. Tak perlu tunjuk hantu, cara dia expressi..terutama masa Dharma balik seorang difollow oleh hantu, dan dia kata ‘kenapa tinggalkan kawan kamu yang hodoh tu kat bawah. Tak ajak naik..ee hodohnya kawan kamu Dharma' ..serius’ memang menjadi..
6. Bos Dharma ni layak jadi hantu..cara bercakap cam dia tau apa yang berlaku. Eh.. dan kenapa Dhama tiba-tiba cakap kau aku dengan bos dia? Bos tu kawan dia kah?
7. Waktu Dharma baru dapat botol aneh tu kat rumah Rose dalam perjalanan balik ada kemalangan jalan raya. Kain penutup mangsa kemalangan terselak kena angin. Kepala masa tergolek tiba2, Mata sebelahnya terkeluar, dan sebelah mata lagi bergerak? Kekeke,..patut mata yang sebelah tu still dahla.
8. Masa Dharma sampai ke apartment dia, ada tiga beranak baru nak naik lift. Kalau korang tengok muka lelaki yang masuk lift tu kelakar. Mungkin kerana ianya seimbas lalu so solekannya tidak ditumpukan. Nampak sangat mukanya ditepek sebab bekas topeng tu tak serata. Jadi kelakar!
9. Hantu merangkak ke arah mangsa! Cliché la!! Ikut ju on kah? Ikut the ring kah? Tv on off secara tidak dikawal…the ring!! Tiada idea lainkah? (aku banyak tengok cerita seram so kalau ada persamaan tu rasa macam idak best lah)..
10. pak guard kat office Dharma kelakar dalam serius…’balik kang, bawak kereta elok-elok…pandang kiri kanan’..what the heck??? Org bawak kereta yg utama pandang depan!....hahaha

Overall aku enjoy tengok movie ni.. Takla kecewa. Rating 3.8/5 pasal muzik dan penataan cahaya serta lain-lain aspek tidak diambil berat. Tagline “apabila yang mati bertemu yang hidup” bagi aku irrelevant pasal ini bukan kisah atuk nenek dia mati kemudian jadi hantu. Ini kisah saka… And please…movie hantu..stop play with element mimpi lah. Kalau adegan ngeri-ngeri amat je mesti dijelmakan jadi mimpi. Baik ditiadakan kalau semata-mata mimpi sampai jatuh bangunan. Oh stunt man yang meninggal tu mesti menjayakan babak Dharma jatuh bangunan dalam mimpi kan? What a waste.. stop all the mimpi-mimpi! :D

still photo; (aisey..kantoi..nampak tali kat hantu..)(sila perhati kat atas hantu tu)..hehehe


Image Hosted by ImageShack.us

1 comments:

venomie said...

penonton masih dahagakan filem dan elemen seram dalam industri perfileman kita. Seperti kata erisa penonton dah jemu dengan elemen mimpi tapi dalam filem Jangan Pandang Belakang ni ada kelainan. Masih ingat cerita Toyol lakonan Sidek Hussein dan Misteri Rumah Tua lakonan Noor Kumalasari? Semuanya mendapat sambutan penonton.
Apa-apa pun aku bagi 4/5 untuk filem seram ini.