Monday, April 16, 2007

The Hitcher

Image Hosted by ImageShack.us

@ Midvalley!

Ok..aku masuk wayang dengan a little bit expectation yang cerita ni tak mengecewakan aku. itu sahaja. takla tinggi sangat harapan aku. Tengok review beberapa orang yang pergi tengok cerita ni oklah. Dan aku ni kalau nak tahu, cepat ngeri tengok adegan berdarah tapi gatal tengok cerita ngeri..bangang ke babun? hahah.

Tagline movie ni ialah ‘never pickup strangers’. oh bagi yang tatau, the hitcher ni maksudnya orang yang minta tumpang free kat jalan. orang yang takdikenali.

Filem the hitcher ni adalah remake from the original movie the hitcher 1986. aku tatau la kenapa Hollywood suka buat remake? Malaysia takde nak buat filem Labu Labi version 2007 ke?

Aku baca international comment kata citer ni kurreng, argh peduli yang penting aku suka. Awal agak boring..tengah sedang-sedang..last ngeri la..ke sebab filem tu banyak darah so aku rasa suka..

Ok cerita berkisar kepada dua remaja Grace Andrew (Sophia Bush – awek hot dalam One Tree Hill), Jim Halsey (Zachary Knighton, mamat dalam citer House of Wax) yang bercuti spring break yang melalui highway tengah nak menghala perjumpaan kawan-kawan. perjalanan amatlah panjang. dari siang membawa ke malam. Hujan lebat pula tu. Ada satu kenderaan rosak dan Jim hampir langgar this fella tapi sempat break. Grace tak bagi tumpangkan so diaorang teruskan perjalanan. Berhenti rehat di stesen minyak. Ada lori berhenti, guy yang tahan kereta dorang tadi tu rupanya yang tumpang lori tu. Disebabkan arah yang sama, this guy (John Ryder aka The Hitcher) mintak tumpang. On the way, Jim tegur pasal cincin kat jari John menandakan dah kahwin, John cakap tak dia tak kawen lagi, just put the ring so stranger will think he is the nice guy. Gulp bermula la adegan ngeri2…

Jim sempat sepak John keluar dari kereta dan diaorang meneruskan perjalanan. Sempat berhenti tidur di kawasan bukit. Esoknya sewaktu meneruskan perjalanan, diaorang nampak this fellow tumpang satu kenderaan famili yang lain. Dorang cuba alert tapi malangnya, kereta diorang terbabas. Elok jalan kaki pastu. nampak kenderaan famili tapi terbabas tepi jalan dah. tengok orang kat dalam..child ngan parent dorang dah kena sembelih!.

Lelaki dewasa tu tengah nazak, Grace drive the car to the nearest place yang ada orang. John ikut diorang dengan satu kenderaan pacuan 4 roda dan melanggar kereta mereka dari belakang. sampai di sebuah restoren..mereka di tahan oleh polis dan disyaki membunuh! pulak! yala…drive kereta berdarah etc.

Ditahan polis..turn up dua orang polis tu pun mati disembelih. banyak la lagi adegan ngeri. Yang paling aku duk terbayang-bayang…waktu Jim di ikat diantara dua lori..putus dua badan dia bila lori first digerakkan oleh John!...

Image Hosted by ImageShack.us

psst..lepas ni John putus dua....


Kemudian John dapat ditangkap, dia ni psiko gila. enjoy killing people. Tapi on the way hantar dia ke satu penjara. dia boleh lepaskan diri dengan melepaskan tangan dia dari gari. Korang patut tengok camner rileksnya muka dia sambil tengok polis dalam trak while belakang dia … dia patahkan ibu jari dan longgarkan gari sampai berdarah2. Horror!. Kereta polis tu eksiden…kereta ni diikuti oleh kereta yang Grace naik dipandu oleh seorang pegawai polis yang agak terror. Apapun polis ni pun selamat mati. Grace kata dia dah bosan melarikan diri….dia ambil pistol polis…selamat tembak penjahat tu’

Komen:
ada beberapa tempat tak logic kat restoren tu..naper john tak ambush je dorang? John ni psiko dia buatkan orang nampak budak berdua ni yang membunuh!. Skrip cliché, buleh agak apa dorang nak cakapkan. time Grace letak pistol kat dahi John dalam trailer tu..shoot jelah.. apa yang membuatkan Grace teragak-agak? confirm penjahat tu akan tekan gak pedal minyak sehingga Jim putus dua punya ah!. Musik tahlah…masa intro tu dari pagi. ke malam muzik sama.. gilo po?? takde lagu lain??


Mende kelakar:

1. Bila Jim berhenti tuk tido di tepi highway, bila dia woke up, Grace kat tepi bukit tu. first time kamera zoom pada Grace tangan dia bersilang, kemudian tunjuk kat Jim kemudian tunjuk kat Grace again, Grace time ni buh tangan dalam poket, pehtu tunjuk tangan bersilang pulak!


2. Kru kelihatan! Yeah..rock aa? Sebelum memulakan perjalanan, Grace nak ke toilet. Jim masa ni tunggu Grace kat tepi highway kan? bayang kru filem kelihatan di bahagian kiri pintu kereta!

3. Masa Jim simbah air ke winscreen sebab ada bug mati tu, tengah –tengah driving, ada air yang turut terkena lensa camera.
Image Hosted by ImageShack.us
Sophia Bush yang mengancam!..

0 comments: