Friday, April 20, 2007

Forum Skima Kini Dan Selamanya

uich...sakit menda yang aku nak tulis dibawah ni..so kalau rasa tak tahan sakit..sila lah jangan sambung pembacaan anda...takut sakit jantung pulak!maklumla..orang-orang skima selalunya tak boleh menerima 'tidak'

Mod kat forum ini sungguh kelakar, aku paste bukti kekelakaran mereka kat bawah entry aku nih nanti, enough la ya. Mod pertama kata, yang boleh approve seorang sahaja, then..aku cakap...intel pentium 1..aa itu pun boleh kecik jantung? BODOH.. itupun provoke ka? korang yang konon berkuasa dah ala-ala polis cyber ni boleh tak buka minda skit. everytime buat mende baru, mesti ada yang sokong mesti ada yang bangkang. kalau nak semua orang angguk cam belalang gagak, jangan hidup kat dunia lah. Dan Mod yang sungguh2 berkuasa ni..mesti korang banyak membazirkan waktu bekerja dengan mensound orang kan? Manjang memantau forum, kerja korang tu siap ke? Ke fulltime bekerja kat forum?

Semua orang tahu zaman kegemilangan forum dah berlalu, zaman dulu siap dinner masuk majalah remaja, zaman sekarang buat dinner, kena tunda? Kenapa? Kenapa pula ramai ahli-ahli lama yang lari tak masuk-masuk forum? Kenapa dulu geng geng hafnie etc lari mtusempoi? Oh..lupa...ada la seorang ni...kaki clubbing, pakai rantai etc..pergi gath forum..apa korang so called mod buat dengan dia? Siap keji perli etc...Macam tu tak apa pulak. Aku tengok mamat tu ok je..eh aku siap berkumpul dengan budak budak yang lari dari forum ini. Dari sini banyak benor cerita buruk kedengaran..hahaha percayalah waktu forum tutup sebab kewangan, aku memang nak gelak terguling. What you give you get it back kan???

Oh dan kisah bebaru ni pasal aku dan deida dihalau dari forum adalah kerana menda yang simple. lawakkan? dahla quote posting bini orang pun boleh jadi isu ada scandal? Bodo ke babun? Pakai spek tebal tak kenal dunia ke? Oh..Aku memang cakap siang-siang, aku suka benda free. aku tak berapa bodo lagi nak bayar RM120 setahun nak main forum. perlu diingat, kereta aku punya roadtax only cost me RM20.00 per year. Oh sekali lagi...ari tu seingat aku, ada orang dalam forum suh proof kalau ada forum lain yang ada umat berpuluh2 ribu dan tak minta yuran dari forumner di Malaysia. well open your small eyes big big one lah. You can easily found one. Oh lupa pasal forum tu nak maki hamun, nak mencarut nak sumpah seranah orang selamba, korang takkan joint punyalah, iyelah..golongan skima..

So kalau aku cakap taknak joint trial, did my statement offense someone? I voice my stand so what? Korang tak boleh nak paksa semua orang setuju dengan pemikiran kamu. Tak kiralah korang buat keahlian premium untuk tampung server etc...mana proofnya? Berapa belanja maintenance server. Oh aku ni bukanla bijak sangat bab-bab maintenance ni...bodo je...tapi liquidity kena la proof dulu. Mana jaminan yang duit yang salur masuk terus ke akaun peribadi dia, akan digunakan untuk server maintenance???

Oh aku layan TnC ahli premium (bagi yang lemau, TnC terms and conditions..terma dan syarat) amatlah one side benefit. Aku tak nampak benefit user pun, oh tapi kalau dah bodo in first place subsribe, apalah dorang nampak pasal TnC yang one side benefit ni kan? Semua nya menguntungkan owner. Kalau ahli dah bayar RM120.00 tapi kena banned, no refundable. Jadi ahli premium takat nak avatar besar, unlimited inbox (ee..korang ni tak reti ke delete msg lama), signature bergambar ( hohoh kat forum lain ko sumbat kereta besar gedabak as your avatar pun no hal)..korang carilah forum mana. Memula kaji balikla..pasal apa orang tak mengiklan. Pasal syarat yang 40 tuh..apa kata cari idea cukupkan seratus..mesti ramai pengiklan tabik...Flame tak boleh..mod flame boleh pulak? aku cuma tulis 'aku tengok ada sorang je kat ruangan chat' aa tiba2 aku kena maki? Ko bodo ke apa? so called mod? ...Ayat aku memang best kat sini, pasal aku tak boleh membestkan ayat aku kat forum. Yang ganas, yang brutal mod je..ahli takleh flame..kalau ada orang provoke ko pun jangan reply..kena berlari nangis gi ngadu kat mod masuk dalam baju mod...cam takde telur sendiri nak gaduh...dan apa tindakan mod, amaran, ban.kalau kita flame mod..dia leh maki kita cukup2 wo..kita takleh reply kena balik ngadu kat mak kat kampung...

Korang kutuk orang boleh, orang kutuk ko takleh...kalau rasa tak sedap dikutuk, janganla nak flame2 orang..akai letak kat lutut kan?

Oh dan masa aku taip mende ni ada orang tak cukup berani jadi takbernama reply kat posting aku pasal keahlian ekslusif cakap tu forum dorang, ikut suka dorang nak buat apa. hey..its not a private forum..for god sake..its public forum. Kalau company awam pun kena dengar cakap pemegang saham?

Eh ada mod cakap as per gambar2 dibawah, ada user siap pm2 mod terganggu ngan apa yang aku posting and deida posting? User tu pun pakai spek tebal 15inch ke? Lenkali buat forum dalam gua...baru takde orang kata 'tidak'

Sebarang nama yang digunakan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati

SILA CLICK GAMBAR DIBAWAH UNTUK GAMBAR YANG LEBIH BESAR














Monday, April 16, 2007

The Hitcher

Image Hosted by ImageShack.us

@ Midvalley!

Ok..aku masuk wayang dengan a little bit expectation yang cerita ni tak mengecewakan aku. itu sahaja. takla tinggi sangat harapan aku. Tengok review beberapa orang yang pergi tengok cerita ni oklah. Dan aku ni kalau nak tahu, cepat ngeri tengok adegan berdarah tapi gatal tengok cerita ngeri..bangang ke babun? hahah.

Tagline movie ni ialah ‘never pickup strangers’. oh bagi yang tatau, the hitcher ni maksudnya orang yang minta tumpang free kat jalan. orang yang takdikenali.

Filem the hitcher ni adalah remake from the original movie the hitcher 1986. aku tatau la kenapa Hollywood suka buat remake? Malaysia takde nak buat filem Labu Labi version 2007 ke?

Aku baca international comment kata citer ni kurreng, argh peduli yang penting aku suka. Awal agak boring..tengah sedang-sedang..last ngeri la..ke sebab filem tu banyak darah so aku rasa suka..

Ok cerita berkisar kepada dua remaja Grace Andrew (Sophia Bush – awek hot dalam One Tree Hill), Jim Halsey (Zachary Knighton, mamat dalam citer House of Wax) yang bercuti spring break yang melalui highway tengah nak menghala perjumpaan kawan-kawan. perjalanan amatlah panjang. dari siang membawa ke malam. Hujan lebat pula tu. Ada satu kenderaan rosak dan Jim hampir langgar this fella tapi sempat break. Grace tak bagi tumpangkan so diaorang teruskan perjalanan. Berhenti rehat di stesen minyak. Ada lori berhenti, guy yang tahan kereta dorang tadi tu rupanya yang tumpang lori tu. Disebabkan arah yang sama, this guy (John Ryder aka The Hitcher) mintak tumpang. On the way, Jim tegur pasal cincin kat jari John menandakan dah kahwin, John cakap tak dia tak kawen lagi, just put the ring so stranger will think he is the nice guy. Gulp bermula la adegan ngeri2…

Jim sempat sepak John keluar dari kereta dan diaorang meneruskan perjalanan. Sempat berhenti tidur di kawasan bukit. Esoknya sewaktu meneruskan perjalanan, diaorang nampak this fellow tumpang satu kenderaan famili yang lain. Dorang cuba alert tapi malangnya, kereta diorang terbabas. Elok jalan kaki pastu. nampak kenderaan famili tapi terbabas tepi jalan dah. tengok orang kat dalam..child ngan parent dorang dah kena sembelih!.

Lelaki dewasa tu tengah nazak, Grace drive the car to the nearest place yang ada orang. John ikut diorang dengan satu kenderaan pacuan 4 roda dan melanggar kereta mereka dari belakang. sampai di sebuah restoren..mereka di tahan oleh polis dan disyaki membunuh! pulak! yala…drive kereta berdarah etc.

Ditahan polis..turn up dua orang polis tu pun mati disembelih. banyak la lagi adegan ngeri. Yang paling aku duk terbayang-bayang…waktu Jim di ikat diantara dua lori..putus dua badan dia bila lori first digerakkan oleh John!...

Image Hosted by ImageShack.us

psst..lepas ni John putus dua....


Kemudian John dapat ditangkap, dia ni psiko gila. enjoy killing people. Tapi on the way hantar dia ke satu penjara. dia boleh lepaskan diri dengan melepaskan tangan dia dari gari. Korang patut tengok camner rileksnya muka dia sambil tengok polis dalam trak while belakang dia … dia patahkan ibu jari dan longgarkan gari sampai berdarah2. Horror!. Kereta polis tu eksiden…kereta ni diikuti oleh kereta yang Grace naik dipandu oleh seorang pegawai polis yang agak terror. Apapun polis ni pun selamat mati. Grace kata dia dah bosan melarikan diri….dia ambil pistol polis…selamat tembak penjahat tu’

Komen:
ada beberapa tempat tak logic kat restoren tu..naper john tak ambush je dorang? John ni psiko dia buatkan orang nampak budak berdua ni yang membunuh!. Skrip cliché, buleh agak apa dorang nak cakapkan. time Grace letak pistol kat dahi John dalam trailer tu..shoot jelah.. apa yang membuatkan Grace teragak-agak? confirm penjahat tu akan tekan gak pedal minyak sehingga Jim putus dua punya ah!. Musik tahlah…masa intro tu dari pagi. ke malam muzik sama.. gilo po?? takde lagu lain??


Mende kelakar:

1. Bila Jim berhenti tuk tido di tepi highway, bila dia woke up, Grace kat tepi bukit tu. first time kamera zoom pada Grace tangan dia bersilang, kemudian tunjuk kat Jim kemudian tunjuk kat Grace again, Grace time ni buh tangan dalam poket, pehtu tunjuk tangan bersilang pulak!


2. Kru kelihatan! Yeah..rock aa? Sebelum memulakan perjalanan, Grace nak ke toilet. Jim masa ni tunggu Grace kat tepi highway kan? bayang kru filem kelihatan di bahagian kiri pintu kereta!

3. Masa Jim simbah air ke winscreen sebab ada bug mati tu, tengah –tengah driving, ada air yang turut terkena lensa camera.
Image Hosted by ImageShack.us
Sophia Bush yang mengancam!..

Thursday, April 12, 2007

Keahlian Ekslusif di Internet???

Image Hosted by ImageShack.us


Aku dah lama kat dunia internet ni. Sepuluh tahun ada dah kot. Dari zaman dial up modem krekkk kruukkkk krekkkk kepada zaman isdn kepada zaman 1.5mpbs. Sepanjang hidup di dunia cyber ni..ada banyak lah juga forum-forum, ruang ruang sembang cyber yang aku masuk. I must say, I got a lot of friends from the cyberworld. And become a real friend to me somehow.

Ok, keahlian ekslusif. Seperti yang aku tulis kat atas tu, aku sertai banyak forum. Kalau list down mahu dua tiga muka surat banyak forum yang aku layan. tapi sekarang yang aktif aku rasa dalam 3-4 je, dengan youtube lagi..dengan blog lagi... rasa tak buleh control jari dah….banyak sangat! dahla kerja pun menimbun (aku mention pasal kerja pasal kang orang kata aku tak buat kerja pasal melanguk surf net pulak!)

Ada satu forum ilmu ni, masa dia tetapkan bayaran RM10 untuk seumur hidup, aku tak bantah pasal…hey what 10bucks mean for knowledge? even aku tak berapa aktif yang satu ni…aku tepek sticker forum ni..kat cermin depan dan cermin belakang kereta aku! sharing is caring.. apatah lagi forum ilmu. tak rugi lah my 10bucks. Ramai yang membantah, tapi aku nampak reasonable sebalik 10ringgit ni. pengasas tengok banyak sangat crap kat forum, dia nak posting berkualiti sahaja. Iyelah forum ilmu kalau takat nak borak-borak kosong..lepak forum lain! Aku tak tau la skrg forum ni apa cerita, jarang aku jenguk kecuali masa nak tanya soalan je..dan aku suka forum ni even masa gath dorang ingat aku lelaki gara-gara id yang aku pakai!

Keahlian ekslusif di satu forum lain lak. kali ini forum kereta. well I must say, ini satu kesilapan. aku jadi ahli berbayar hari pertama aku register. patut aku usha usha dulu tengok market. rupanya tahla..aku tak berapa gemar. rugi 10bucks aku.

dan yang ketiga ni, I must say the most funny so called keahlian ekslusif (aku tak de langgar satu peraturan pun kat forum..kalau aku kena ban sebab apa yang aku tulis dibawah, adalah sangat kelakar. It’s my opinion and I dun ask people to agree with me here)

Ok, aku dah lama dengar ura ura dorang nak buat ahli berbayar. Oklah, nak tampung bayaran server. Ok…go a head. Count me out. I like forumning and I love free forum more! keadaan menjadi terdesak, sampai satu peringkat forum yang satu ni down 2-3hari sebab masalah kewangan. Kemudian bangkit semula come out with idea ahli berbayar! yezza. good thinking!.

Sebab aku dah biasa dengan dunia forum, what I can say is ‘good luck my friend’. we must admit, people love free stuff. Bayaran RM10 seumur hidup pun ramai yang complaint dan lari ke forum lain..ada ke yang sanggup bayar RM120 setahun (siap tertakluk kepada peraturan) untuk berforum. E..orang lain aku tatau..aku? akan jadi ahli free sampai dorang close forum hanya untuk orang berbayar je. Gile per nak bayar RM120 setahun semata-mata nak berforum?? (mesti dorang akan reply..nak tampung bayaran server, dan ini tak paksa) ..yee… tak paksa… so do i..and aku ahli free…since 2001 and still….

Aku duk tengok ruang kelebihan jadi ahli berbayar. Langsung menyebabkan pagi aku ceria. Kelakar amat. 5% for cenderamata forum? 5% for aktiviti? aktiviti apa bang? kak? minum di NZ curry house? (kalau minum kat nz…5% discount tu mamak nz ke yang bagi?) eh wait…mana boleh berkumpul tanpa kebenaran. kang kena rakam tape lak..takut tercakap menda-menda rahsia ala-ala memburukkan orang-orang atas? takut ngan bayang-bayang sendiri??? pehtu ada la lagi yang kelakar..email address,…journal..etc…takpe…sapa-sapa yang nak ..pergilah..for me..i appreciate your afford and idea.

aku tengok kat forum tu, bertambah ruang untuk ahli berbayar. mende-mende yang diharamkan suatu ketika dulu berada dalam forum tu.. oh..kenapa ya..even dorang menawarkan pengiklanan tapi tidak sekencang forum-forum free yang lain pengiklanan berlangsung? Sepanjang aku hidup sebagai ‘Ezza’ kat forum tu, yang aku nampak ialah…rules sahaja dekat 40. ada ke forum lain yang ada rules sebanyak forum ni? pemosting mesti skima tahap gaban. kalau tulis rude skit, mula lah kena warning etc. cakap pasal politik skit pun tak boleh. cerita pasal kerja kat kedai perabot sambil tunjuk gambar kedai perabut yang ko kerja tu pun dikira iklan. What funnier? buka topic cari anak kucing kot kot ada orang nak donate diklasifikasikan sebagai iklan???

Banyak perkataan yang tah hapa-hapa disensor? forum kalau skima sangat, sorry to say..ada ke yang nak mengiklan? mod yang jaga pun sometimes very funny. ada satu bilik discusi pasal automasi diberikan tah kepada sapa…layak ke dia? kalau setakat tahu ‘masuk tiga pages..lock topik’ budak baru sekolah pun tahu buat. aku tengok ramai lagi yang deserve jadi mod kat bilik tu. mod bilik tu pun tak penah pun aku tengok posting satu menda yang ilmiah pasal automotif. Aku tengok kat satu tempat, ada jawapan pasal bilik tu diberi kepada dia adalah kerana dia ‘rajin bertanya’? aaa.tanya apa? kat sapa? dimana? guling…..

forum lain pulak, forum kereta kecil2. forum yang ini memang free and easy. sampai sometimes aku rasa tak selesa pasal dorang open gila. cakap pasal seks pun selamba. terkejut aku memula. so far ok. aku masih setia ngan forum yang ni cuma aku ambil prinsip takkan reply kat topik2 yang biru-biru tuh. aku login masuk kat bahagian teknikal sometimes. even I dunno much tapi aku ambil inisiatif untuk tahu. at least aku tak kena tipu buta buta kalau aku gi bengkel kereta.

forum lain lak!. ini forum sempoi…suka aku kat forum ni.posting aku bukan banyak pun tapi hari hari aku login…yg menarik mestilah board gossipnya. tapi aku juga masuk board Car and Motocycle. Gossipnya mabeles. siap di ceduk oleh surat khabar sampai sometimes aku rasa kalau baca paper, dorang recycle story dari forum yang satu ini.

What I Saw Lately…. keahlian ekslusif forum is ridiculous..;)

Monday, April 09, 2007

Jangan Pandang Belakang

Image Hosted by ImageShack.us


Midvalley – 6 April 2007

Erm, bagaimana nak memulakan pasal movie yang satu ini ya? Apa kata-kata yang sesuai ya? Sebenarnya filem-filem seram di Malaysia baru sahaja keluar dari kepompong mimpi. Kita sedia maklum suatu ketika dulu (tidaklah begitu lama dahulu) filem- filem seram Malaysia ada halangan yang amat kelakar dimana, ianya haruslah diakhiri dengan mimpi. So tidak kira bagaimana bagusnya filem itu, diakhirnya kita sebagai penonton akan berasa kecewa, hampa bosan kerana ianya hanya mimpi!

Filem pertama yang terlepas dari rules yang langsung tidak logik ini ialah Pontianak Harum Sundal Malam I. Kerana rakyat Malaysia dahagakan filem melayu seram yang tidak berasaskan mimpi, filem ini berjaya menarik penonton ke pawagam. Dan selepas itu, producer berlumba-lumba menghasilkan filem seram kerana menyedari banyaknya demand ke atas filem-filem begini.

Tapi banyak filem seram Malaysia yang dihasilkan secara lunyai dan sekadar tangkap muat. Syaitan yang diwar-warkan sebagai filem thriller Malaysia pertama hancus!Err.aku dendam betul dengan filem syaitan pasal ianya adalah filem terhampagas yang pernah dikeluarkan di Malaysia.

Ok, berbalik kepada Jangan Pandang Belakang (JPB). Mengisahkan saka! Spoiler warning!!

Disebuah kampung terpencil, penduduk berkumpul disebuah rumah dimana seorang penghuninya sedang nazak tetapi tidak boleh meninggal dunia kerana mempunyai belaaan. Tok imam kampung berjaya mengusir belaan itu lantas botolnya dibuang kelaut.

Setelah beberapa lama, Rose tunang Darma (Pierre andre) menemui botol yang dibuang itu, lantas membawanya pulang ke rumah. Sejak itu Seri mengalami gangguan dan meninggal dunia. Darma dan Seri (adik kembar Rose, dilakonkan oleh orang yang sama obviously) mencari punca kematian Rose kerana Seri tidak percaya Rose mati membunuh diri. Di rumah Rose, Darma terjumpa botol aneh itu lantas membawanya pulang kerumah. Sejak itu, beliau juga diganggu oleh makhluk itu.

Gangguan yang berterusan membawanya kembali ke kampung untuk berubat. Disana gangguannya semakin teruk dan menjadi jadi. Satu peringkat, neneknya turut dirasuk. (ini adalah kerana mungkin saka itu mengenali rumah lama sebelum dia di buang kelaut)

Tok imam dipanggil dan Dharma diubati. Dia kembali ke Bandar tetapi rupanya saka masih mengekorinya. Seri yang kebetulan pergi ke rumahnya, menemui Darma yang pengsan lantas membawa (aku assume dialah yang bawa) Darma pulang ke kampung.

Setelah diubati sekali lagi, tok imam menggunakan jagung rebus dan suruh hantu tu tunggu kat satu tempat sampai jagung tu tumbuh baru dia boleh kembali. Abis..simple kan? Jalan cerita yang simple.

Ada beberapa kali hantunya melintasi membuatkan aku meremang bulu roma. Hey since when aku jadi penakut sangat ni? Tak jugak sebab aku penakut..hantunya muncul di waktu yang tepat dengan muzik iringan yang kena! Tapi kata pengarahnya Ahmad Idham..hantu filem ni mahal..jarang keluar..yang ada hanya mainan emosi tapi aku tengok murah je pun hantunya..selalu berkeliaran...Dan banyak babak lain membuatkan aku tergelak kerana satu kekurangan aku tengok movie hantu, aku selalu imagine…kesian kat orang berlakon jadi hantu..kena pakai hodoh..kena merangkak..payah ho!..

Dari segi mutu sinematografi..aku rasa ok la, ada ruang untuk improve. Nampak macam filem budget murahan dengan rumah kampung yang amat daif (di awal cerita). Bunyi ok lah. Ada yang kena ada yang tidak. Since hantu muncul dengan muzik memang kena.

Ok..ini pulak comment aku:

1. Seri selalu sangat hang out dengan Dharma sampai teman-teman dirumah Dharma. Dia tu bakal adik ipar Dharma..tak kena tangkap basah ke? Hehehe
2. Yang exorcism si pesakit tu tok imam ke bomoh? Pasal aku pelik selalu tok imam dia ubat dengan ayat-ayat quran sahaja tetap tok imam dalam cerita ni siap dengan kemenyan etc.
3. Adik sepupu si Dharma tu, kampung Dharma kat perak, nenek…mak lang dia semua cakap perak..kenapa adik sepupu dia cakap KL? Didikan sapa? Eheheh…mende simple..tapi besar effectnya..pasal tak logik la tuan pengarah!
4. Cameo si Cat Farish sebagai pemandu bas memang kelakar. Betul-betul kelakar. Dia ni memang selalu bawak watak komedi dan menjadi!
5. Nenek Dharma ni, perlakuan dia dah seram. Tak perlu tunjuk hantu, cara dia expressi..terutama masa Dharma balik seorang difollow oleh hantu, dan dia kata ‘kenapa tinggalkan kawan kamu yang hodoh tu kat bawah. Tak ajak naik..ee hodohnya kawan kamu Dharma' ..serius’ memang menjadi..
6. Bos Dharma ni layak jadi hantu..cara bercakap cam dia tau apa yang berlaku. Eh.. dan kenapa Dhama tiba-tiba cakap kau aku dengan bos dia? Bos tu kawan dia kah?
7. Waktu Dharma baru dapat botol aneh tu kat rumah Rose dalam perjalanan balik ada kemalangan jalan raya. Kain penutup mangsa kemalangan terselak kena angin. Kepala masa tergolek tiba2, Mata sebelahnya terkeluar, dan sebelah mata lagi bergerak? Kekeke,..patut mata yang sebelah tu still dahla.
8. Masa Dharma sampai ke apartment dia, ada tiga beranak baru nak naik lift. Kalau korang tengok muka lelaki yang masuk lift tu kelakar. Mungkin kerana ianya seimbas lalu so solekannya tidak ditumpukan. Nampak sangat mukanya ditepek sebab bekas topeng tu tak serata. Jadi kelakar!
9. Hantu merangkak ke arah mangsa! Cliché la!! Ikut ju on kah? Ikut the ring kah? Tv on off secara tidak dikawal…the ring!! Tiada idea lainkah? (aku banyak tengok cerita seram so kalau ada persamaan tu rasa macam idak best lah)..
10. pak guard kat office Dharma kelakar dalam serius…’balik kang, bawak kereta elok-elok…pandang kiri kanan’..what the heck??? Org bawak kereta yg utama pandang depan!....hahaha

Overall aku enjoy tengok movie ni.. Takla kecewa. Rating 3.8/5 pasal muzik dan penataan cahaya serta lain-lain aspek tidak diambil berat. Tagline “apabila yang mati bertemu yang hidup” bagi aku irrelevant pasal ini bukan kisah atuk nenek dia mati kemudian jadi hantu. Ini kisah saka… And please…movie hantu..stop play with element mimpi lah. Kalau adegan ngeri-ngeri amat je mesti dijelmakan jadi mimpi. Baik ditiadakan kalau semata-mata mimpi sampai jatuh bangunan. Oh stunt man yang meninggal tu mesti menjayakan babak Dharma jatuh bangunan dalam mimpi kan? What a waste.. stop all the mimpi-mimpi! :D

still photo; (aisey..kantoi..nampak tali kat hantu..)(sila perhati kat atas hantu tu)..hehehe


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, April 05, 2007

Sanur, Kuta dan Ubud (Bali)

Image Hosted by ImageShack.us


(Warning, this might be very long because I have seen many things during my trip to Bali)

Here I am again! I went to Bali last Saturday and came back yesterday night. a very very nice trip I must say!

Ok..first day aka Saturday itself.

Bangun pukul 6.00am. Took a taxi to KLIA. reached klia at 8.00am. Checked in. lepak starbuck dengan wei san..borak borak borak. take a very harmony walking style to departure gate (aku siap ingat gate berapa pasal ada kejadian menarik lepas ni ..gate C24) . sedang elok berlenggang kangkung. tadaaa..dengar announcement. nama wei san ngan aku diminta ke gate C24 dengan segera pasal flight nak take off dah. demm…macam org gila buat jogging senaman ringan berlari ke arah gate. yg bodo tu..siap lari buta2..tak tengok arah mana..tgk2 gate C31 la C 32 la..adeh..patah balik berlari..ke arah lain pula. huhuh…penat siot..dengan bawak beg nya etc..org jogging pun bawa diri je kat park!..

Image Hosted by ImageShack.us


sampai kat gate, org immigration tanya ‘kenapa lambat’..just scan bodo je bag (idak camne boleh lepas air mineral 600ml aku kan?, limit 100ml liquid only!)..lari lagi masuk kapal. huhu..pramugari pun duk intai2 tgk dah sampai belum dua stooges yang lambat tuh..fuh..take a sit…sambil tarik nafas semput!. captain announce ‘sorry lewat 10minutes pasal tak abih sumbat bag”..huhuh…sib baik bukan sebab aku…flight delay!..hahaha idak masuk sejarah hidup aku kang!.

Kul 1 arrive at Ngurah Rai airport. Hoh…terkena kejutan budaya jab aku dengar org cakap indon. satu about bali, even ramai pelancong asing, penjual etc tak tau cakap omputih sgt. susah betul pasal office aku kebanyakkannya expatriate so tak pepasal aku kena jadi mek indon tukang translate untuk dorang.

Image Hosted by ImageShack.us


Straight to the hotel @ sanur. Tak ramai pelancong adala dua tiga kerat..oklah…betul2 tepi pantai…kafe ngadap pantai…makan tengok pantai..tido pantai… take a nap sekejab.. kul 5.00pm, memasing plan nak gi Kuta. Shopping! Kuta ni tempat yg kena bom dulu, kat hard rock hotel tu!. Sibuk tempatnya..hidangan babi guling adalah hidangan istimewa dimana-mana.

pukul 7.30 bergerak balik. dorang berenti makan kat kedai depan hotel. aku sorang taknak makan..woo..walaupun aku ni so – so je ilmu agama…tapi bab makan-makan ni aku memang make sure bebetul lah. nak jadi darah daging sampai anak cucu cicit tuh! aku lepak kat bilik layan exorcism of Emily rose kat hbo (sib baik channel tv menarik juga kat sini..idak mati aku) nak keluar bilik takut (aku di serang penyakit takut lately) apatah lagi bilik tu cam villa. keluar je ada patung..jalan skit ada patung..patung-patung tu lak kalau patung cantik cam aisywarya rai ok juga. ini muka cam hantu ..mengerikan. aku duk imagine aje dorang buka mata, bergerak dari tempat dorang..(mungkin aku banyak sangat tengok cerita seram kot sampai imagine bukan bukan but muka patung tu memang seram woo!

BTW: patung-patung ni seme disembah. pagi-pagi aku tgk ade je bunga ngan colok kat tiap2 patung tu. sebelah hotel pula ada pura. (Pura = templer hindu). Kalau Puri = palace. hee..

Image Hosted by ImageShack.us

gambar laluan dari lobby ke villa. tepi2 tu patung woo

Image Hosted by ImageShack.us

pemandangan sisi villa tempat tido aku..ngeh ngeh ngeh..cam dalam hutan sahaja

Hari ke dua aka Ahad; nothing special..berkurung dalam bilik meeting from 8.30am tu 6.00pm tu pun pasal ada welcome dinner kena gerak kul 7. tataula welcome sapa. bak kata shanthi, Who welcoming who? pasal seme satu office sahaja pergi without facilitator. Lepas abih meeting, jalan tepi pantai layan kedai-kedai.. barang-barang memang murah! mungkin sebab matawang Malaysia lagi bernilai so bila beli barang, convert kepada reasonable tak harga nya dalam ringgit Malaysia memang murah!. Selipar jepun siap bermanik-manik cantik pelbagai warna, only 15,000 which is about RM6.

Malamnya pergi dinner di Ikan Bakar Cianjur. HALAL! Penting tu. Costnya dalam ringgit Malaysia is about RM50 sekali dengan pengangkutan. berapa banyak jenis ikan daa.. sampai nak termuntah aku tgk ikan. banyak pulak tu. ikan sup, ikan goreng, ikan bakar, ikan goreng pedas, ikan sambal! 5 jenis darab 3. ada 15 ekor ikan besar nak dihabiskan pasal kedai tu kira per head bukan kira jumlah order. gila aku mabuk tengok ikan siot…sampai hari ni aku geli nak makan ikan pasal malam tu dah makan banyak gilos. pehtu balik hotel layan CSI supreme sunday on AXN.

Image Hosted by ImageShack.us


hari ke tiga aka Isnin meeting sehingga kul 7.00 nothing special

hari ke empat aka Selasa. last day meeting. sampai kul 7 gak.. Abih meeting aku layan dinner kat restoren hotel sambil tgk live band

Image Hosted by ImageShack.us


hari ke lima aka terakhir aka Rabu Pergi ke Ubud. its about one hour journey from the hotel. singgah Pura (templer) aku tak masuk. maleh..apa nak kagum ngan templer2 gambar. pehtu gi central town of ubud. banyak gak borong. seluar la kain sarung la.. key chain of coz..tanda riak dah sampai Bali…

Balik tu, singgah di bebek bengil (Dirty duck diner) dirty itik??itik yang kotor? Besar restorennya dalam kawasan bendang padi. memang cantik. sambil makan sambil angin bertiup dan nyaman. memang mempesona. disebabkan aku ragu-ragu dengan tahap halal-haram tempat tu, aku just order a slice of tiramisu cake which I asked before order ada buh beer ke idak dalam kek tu.. setelah confirm baru aku order. orang lain makan bebek aku makan kek…terus ke dessert..hahaha…lepas tu balik ke hotel…at 4pm naik van ke airport.

Image Hosted by ImageShack.us

tu tempat aku duduk makan

Image Hosted by ImageShack.us

cantikkan??

Image Hosted by ImageShack.us

lagi gambar pemandangan di restoren bebel bengil

Image Hosted by ImageShack.us

ni pulak gambar padi also in restoren area..kena walk through padi tuk sampai dalam restoren yg nyaman..