Tuesday, March 13, 2007

Primeval

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Primeval berkisar pasal dua orang wartawan dan seorang jurugambar yang membuat liputan di Burundi berkenaan seekor buaya yang ganas. Mereka dibantu oleh seorang pengkaji buaya dan seorang rakyat tempatan.

Selepas tengok filem ini, baru aku tahu bahawa Burundi merupakan Negara termiskin didunia untuk tempoh 40tahun. Burundi terletak bersebelah dengan Rwanda. Sesuai dengan tahap ekonominya yang mundur, Burundi dalam Primeval digambarkan sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perang saudara dimana people shooting whoever they want to. Wah… tragic!

Oh berbalik kepada Primeval, ataupun dalam bahasa melayunya primitif. Aku andaikan primitif disini memang ditujukan kepada gaya hidup orang di Burundi.

Kisah bermula apabila dua wartawan dan seorang jurugambar dihantar ke Burundi. Sesampainya disana, di lapangan terbang itu sendiri memang mengambarkan keprimitifan (betul ke perkataan ini) negara tersebut apabila askar-askar kerajaan dengan penuh kekerasan memeriksa warga negara.

Untuk sampai ke tempat yang dipercayai buaya tersebut berada, mereka perlu menaiki sebuah bot. Mereka jugak diberi dua orang pengawal untuk menjada mereka sepanjang misi liputan buaya ganas.

Didalam perjalanan, tiba-tiba2 sekumpulan penganas menembak mereka bertubi-tubi. Mujur ada pengawal yang berjaya menembak mati semua penganas.

Sebenarnya focus dalam filem ini terbahagi dua dari awal lagi. Macam yang aku cakapkan awal tadi 1. pasal buaya, 2 pasal keganasan dan perang saudara di Burundi. Apapun buaya tu memang rock!. Ganas, besar, dan boleh kejar orang selaju kereta proton wira dimodified!

Apapun seperti filem-filem aksi lain, kita memang boleh agak, dari seluruh kru hanya akan ada 2-3 orang yang akan selamat. Begitu juga dalam filem ini, dimana hero (Dominic Purcell yang berlakon watak abang dalam prison break) serta heroin berserta seorang warga Burundi yang begitu bercita-cita hendak ke America. Well in the end, tercapai lah cita-citanya)

Tak banyak aksi yang mengerunkan, tapi aksi berdarah agak banyak. Kesimpulannya 3.5 out of 5 boleh la kot. Tapi bagi aku, aku rasa adalah moral cerita ni. Dan menarik untuk aku

Moral: Buaya tu jadi ganas dan begitu bersungguh-sungguh memburu manusia adalah kerana kesalahan manusia sendiri yang menukarnya menjadi monster. Perang saudara, yang mengakibatkan beribu nyawa melayang. Mayat yang terbunuh dibiarkan ditepi-tepi sungai, dimana-mana sahaja menjadi santapan yang begitu mewah untuk buaya…

0 comments: