Thursday, March 15, 2007

Mukhsin

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Filem ini catch my eyes from the beginning pasal filem ini sudah menang award (siap jadi front cover story kat akhbar).

1. Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix
2. Glass Bear - Special Mention

Dan dijadikan cerita ini adalah cerita Yasmin Ahmad. Aku memang nak tengok, cuma kadangkala aku rasa was-was nak tengok filem melayu ni. Promosi bagai nak rak tapi sebagai penonton, aku selalu keluar dengan rasa kecewa. Ya..RM10.00 is not much tapi adalah lagi baik RM10.00 digunakan untuk menonton wayang yang betul-betul buat aku enjoy. Aktiviti social or SOOO- SIAL aku tak banyak. Wayang adalah antara yang paling banyak aku spend time so aku mengharapkan ianya memberi hiburan dan berjaya buat aku lepaskan tension aku sedikit sebanyak.

Mukhsin ditonton di TGV, KLCC pada 14/3. Hehe. Demi Muhksin, aku cakap ngan bos aku ada kerja, sehingga dinner ditangguh ke malam ini pula. 15/3. Ya…malam ni…Chinese dinner..argh…ten courses. Mati kekenyangan la aku. Fed up pasal Chinese dinner adalah sebab banyak sgt makan..:D tapi 1 meja dah jejak RM600-RM1000. It is better to finish all the food. :D

Ok berbalik kepada cerita Muhksin, first aku tertarik dengan taglinenya ‘everyone have a first love story to tell..’ or something like that. HOW ABOUT WE ALL? hehe..

Orked yang kasar macam jantan, tiba-tiba jadi girl yang paling ayu everytime bersama mukhsin. Dari cerita ini, barulah kita tau kenapa Orked dalam Sepet begitu rapat dengan budaya cina. Pasal dia bersekolah cina dizaman kanak-kanaknya. Yang aku perasan, Orked Sepet ngan si Sepet dalam Sepet..jadi husband and wife lak dalam cerita ini.. Hehehe.

Jiran Orked yang penyibuk tapi tidak mampu menjaga suami sendiri. Anak jiran Orked yang mulut lazer cam raksasa. Anak jiran ni kelakar lah. Suka jaga tepi kain orang. Adeh semua ini memang pemandangan biasa di sebuah kampung.

Honestly, aku tengok cerita ini lantas terkenan kampung halaman. Mungkin sebab latar belakangnya yg kekampungan, haha terus teringat rumah. Eee..tapi rumah aku tak ada sawah padi..ada rumput je..heee..

Babak Orked naik basikal yang dikayuh Mukhsin mengingatkan aku pada cerita Korea, sementelah latar belakangnya adalah pokok-pokok kayu. So sweet.

Tapi aku tak faham macammana Orked dan Muhksin boleh berbaik sedangkan pada awal cerita Muhksin ini digambarkan agak anti dengan perempuan sebab baginya perempuan adalah lembik. Dan aku juga taktau apa yang Muhksin tulis di atas ekor layang-layangnya. Adalah ditulis ‘Muhksin agak dimana dia sangkutkan bajunya..disana, pasal kalau Muhksin pun..Muhksin sangkut kat situ juga’. Aaaa…iya ke? Dan satu lagi aku tak faham, kenapa abang Mukhsin asyik telefon mak dia? Oh dan satu lagi, time diorang nak menari lagu Nat King Cole tu. Erm..siapa lelaki yang pasang piring hitam tu? Aa satu lagi..bila Bujang (kucing) balik ke rumah mereka? Kan dah buang jauh sehingga 30batu? Patut tunjuk scene Orked kegembiraan pasal bujang balik ni..Hehehee

Oh..bercakap pasal sinematografi..aku rasa aku puji amat cerita ini. Kita sedia maklum ini adalah cerita masa Orked kecil. Orked bukan kecik pada tahun 2007. It must be 20years ago..o..kindda lah. Kalau penonton perasan, telefon awamnya pun fesyen zaman dulu. Mana ada telefon awam jenama Aliya pada era 80-an and 90-an kan. Sama juga dengan bas sekolah, WAC plat nombornya. Plat dulu-dulu kala. Aku kagum Yasmin pasal dia ambil kira menda-menda yang pada orang lain agak remeh ni.

Overall, aku memang terhibur dengan filem ni. Satu panggung gelak ketawa. Banyak adegan yang tak terjangka. kak yam kata kat mak nom ‘you is the naik first’ waktu naik tangga. Dan macam-macam lagi lah.

Tapi seperti yang telah diagak; Mukhsin dan Orked bercinta sekejab sahaja cuma ia merubah Orked menjadi Orked dalam Sepet.

Ini movie, patut tonton….worth it!

Silakan ke pawagam berhampiran anda sekarang…;)


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 comments: