Thursday, March 08, 2007

Haunted Spirit

Photobucket - Video and Image Hosting
Filem Thailand. Release di Malaysia pada 1 March 2007.

Hari minggu yang lepas, aku, deida, kakmi dan shuria aka mentari..(hehe jangan marah shuria) pergi menonton filem ini di the Mines, Sri Kembangan. Maklumla agak lama juga tak pergi ke Mines. Bukan agak lama tak menonton wayang, which memang menipu sebab lately aku rasa asyik muka aku aje kat wayang.

Sinopsis cerita haunted spirit. Filem diklasifikasikan dibawah 18PL. Gabungan seram, ganas dan seks kot. Aku terlepas sedikit masa memula cerita. Pasal duk berebut kerusi ngan satu couple bangang, dah la salah tempat, taknak berganjak pulak. Suruh aku gi duduk kerusi hujung tu…kemudian lepas skit tu..baru la berganjak..pang kang baru tau. Nak beromen nyusahkan aku dan geng pula! Heheh

Cerita pasal seorang kanak-kanak perempuan (Aw namanya) dan tinggal bersama neneknya disebuah kampung yang terpencil di satu tempat terpencil di Thailand (of course Thailand, pasal citer Thailand). Dia di ajar ilmu sihir oleh neneknya. Orang kampung memang pulaukan dia dan neneknya kerana takut diaorang diapa-apakan oleh mereka.

Apabila agak remaja, neneknya yang sudah tua, sentiasa uzur dan hanya terbaring dirumah. Oleh kerana Aw tinggal di kampung yang terpencil dan org kampung memang tidak suka pada mereka, Aw tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya bergantung kepada tumbuhan yang tumbuh meliar. Suatu hari Aw telah pergi ke kedai untuk berhutang membeli beras tapi diberitahu hutang semasanya juga sudah cukup tinggi. Tuan kedai memberi idea supaya dia pergi bekerja di Bangkok, dan dengan ini akan mampu menyara neneknya. Au tidak berfikir panjang hanya bersetuju dengan cadangan tersebut.

Di Bangkok, seorang perempuan menyambut kedatangannya di stesen bas. Argh aku lupa nama perempuan itu. Aku ganti nama as B sahajalah. Au dibawa ke tempat B bekerja. B adalah seorang penari exotic. Rupanya kerja yang dijanjikan oleh tuan kedai dikampungnya adalah sebagai penari eksotik di sebuah kelab malam yang dibuka ekslusif kepada warga asing sahaja.

Malam pertama menjadi penari dan berpakaian seksi, Au yang kini diberi nama sebagai Dau oleh tokei kelab malam tidak mampu menari seksi. Dia cuma berdiri tegak dan mata memandang bumi. Seorang tetamu yang juga merupakan salah seorang tuan punya kelab malam, mengajaknya duduk bersama seterusnya bersembang dengan Dau. Lelaki asing ini mengajak Dau ke rumahnya. Sampai di rumah..erm faham-faham sahajalah.

Esoknya, Dau dibawa pulang kerumah B. Sampai dirumah B, Dau menangis teresak-esak. Dia menceritakan kepada B pengalamannya malam tadi which her first time having sex. Malam seterusnya, dia masih agak kaku di atas pentas tarian exotic itu. Dia terpandang lelaki yang menidurinya malam tadi. Dia pergi menegur tetapi malangnya, lelaki itu tidak mengendahkannya. Dia kehairanan. Lelaki itu menerangkan yang dia sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tidak menjalinkan hubungan dengan pelacur. Dau tidak puas hati dan bertanya, kenapa semalam baik pulak. Dan lelaki itu dengan poyonya berkata, sebab semalam Dau bukan lagi seorang pelacur. Siot tul!.

Dau yang sedih dan melihat lelaki asing itu bergembira dengan perempuan-perempuan lain mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mempraktikkan ilmu sihirnya. Esoknya, lelaki asing itu ditemui mati di dalam bilik air kelab malam terkena patukan ular yang dipercayai dalam dari dalam system perparitan.

Kemudian, Dau mula menerima hakikat yang dia adalah seorang penari exotic dan pelacur agaknya, dia mula mengenakan sihir agar setiap orang nampak dia cantik. Dia juga belajar beberapa jenis tarian baru dan ingin menunjukkan kepada tokei kedai. Sewaktu sedang demonstrate tariannya, dia terjatuh. Dan dia mendapat tahu, salah seorang penari lain meletakkan minyak pada tiang agar dia tergelincir.

Dan Dau kembali mengenakan sihirnya. Sewaktu persembahan, penari tersebut telah tercedera dibahagian mukanya akibat ditetak secara tidak sengaja oleh penunjuk pedang. B kembali ke rumah dan memberitahu Dau pasal kejadian yang menimpa penari tersebut.
(..eee aku lupa, bila masa B ceritakan pada Dau yang dia ni sebenarnya bernafsu kepada wanita. Yang lelaki asing tu dia layan untuk dapatkan duit sahaja, so diaorang masa ni dah pernah menjalinkan hubungan terlarang bersama..tuttt). B dapat meneka yang Dau adalah punca kejadian ini. B memintanya mengajar ilmu sihir.

Syarat ilmu sihir Dau antaranya, tidak boleh meminta balasan atas ilmu yang diajar, tidak boleh makan daging. Tidak boleh lalu dibawah ampaian.

Sewaktu B memintanya mengajar ilmu sihir untuk besarkan payudaranya, Dau bertanya apa yang B nak bagi sebagai balasan. B lalu menciumnya dan berkata itu adalah balasannya. (tut..peraturan satu telah dilanggarnya). Dan sewaktu mereka keluar berjalan-jalan pada malam itu, Dau tanpa mengingati pantang larang, terus membeli daging babi salai. (tut..peraturan dua juga telah dilanggarnya)

Kemudian, pada hari bekerja yang lain, Dau telah berhubungan seks dengan seorang pelanggan disebuah hotel. Selepas tertidur, dia telah bangkit ke dapur hotel berkenaan untuk makan daging mentah! Dia juga telah membunuh pelanggannya itu.

Bermulalah episode dimana hantu dalam badan Dau bemaharajalela membunuh dan memakan daging mentah. Minuman nya pula adalah darah!. Setiap kali dia tertidur, dia mengalami mimpi ngeri. Sebenarnya ia bukanlah mimpi. Ia adalah hantu yang keluar dari badannya untuk memuaskan nafsu laparnya. Akibat tidak tahan, dia minta dikurung di dalam toilet dan B memang baik menemaninya. Sewaktu diluar kawalan normal, Dau mengutuk sehabis2nya B tapi B masing bersabar. Esoknya sewaktu B sedang duduk diluar rumah, Dau memanggil namanya dan berkata rasanya hantu dalam badannya telah mati akibat kelaparan tidak diberi makan. B yang gembira terus membuka gari di tangan Dau. Walla..rupanya itu hantu Dau. Dia berjaya menipu B. Seterusnya dia terus memakan B. :D

And ada satu bomoh, juga mati ditangan hantu Dau. Penari exotic yang cedera muka datang tah dari mana-mana, suruh Dau masuk makan dia dari dalam. Hantu itu masuk, dan seterusnya penari itu berlari terjun bangunan.

Dan matilah hantu Dau. Dau bagaimanapun selamat.

For me, enjoy la seposen tengok!

:D

0 comments: