Wednesday, March 14, 2007

Grey's Anatomy

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Tajuk cerita ni berdasarkan sebuah buku untuk pelajar perubatan tapi aku sekarang tak berapa pasti pasal dalam cerita ni ada seorang intern bernama Meredith Grey yang selalu menjadi suara latar dipermulaan dan pengakhiran cerita.

Dan grey’s anatomy memang banyak menang award…..;)

Dulu aku tak minat sangat, malah aku memang tak pandang cerita ini. Tapi sejak dia masuk season baru dan aku macam rasa tak ada cerita menarik di tv lain, aku pun bukalah ntv7 ni. Menarik amat sebenarnya cerita ini. Kisah berkisar di sebuah hospital berkaitan dengan 4 intern dan doktor senior mereka. Ada banyak ramuan cerita di dalamnya, pasal cinta pasal perubatan suspend pun ada.

Sapa follower cerita ini pastinya tidak sabar untuk menunggu episode seterusnya. Sapa yang tak follow cerita ni pulak, tak apalah. But…you miss damn one good series man….

Kisah malam tadi pasal danny yang bakal mendapat jantung baru dan pasal pesakit pesakit yang baru dimasukkan ke hospital akibat kes tembak menembak yang berlaku di sebuah bank. Dr Burke yang ditugaskan mengambil jantung untuk danny memilih untuk membawa Kaviv instead of membawa Christina yang merupakan aweknya itu semata-mata kerana kecil hati dengan Christina yang tertidur semasa mereka melakukan hubungan seks beberapa hari sebelum itu. Christina memang amat bengang.

Izzi merayu-rayu kepada Dr Bailey untuk menjadi penjaga tetap Danny. Dr Bailey yang mengetahui yang si Izzi ni syok pada ini Danny yang sakit jantung, enggan mengizinkan tetapi Izzi merayu mengatakan dia akan bertindak professional. Nak tak hendak Dr Bailey pun bagilah sebab dari segi lain memang Izzi layak sebab dialah orang yang paling tahu dengan LVAD berbateri yang digunakan untuk support jantung danny.

Langit tak selalu cerah, chewah.. jantung baru untuk Danny mati bersama pendermanya. Meninggalkan satu lagi pilihan tetapi Dr Burke perlu berebut dengan seorang lagi doktor untuk mendapatnya. Izzi yang terdesak mengatakan Danny dalam keadaan teruk dan memaksa Dr Burke membuat pilihan untuk kembali ke hospital untuk melihat keadaan Danny.

Izzi pula kerasukan untuk melihat Danny mendapat jantung baru perlu membuktikan yang Danny layak untuk berebut tempat dengan list orang diatasnya. Dia perlu membuatkan Danny get worse. Diwaktu dia kerat wayar sambungan tu, aku harap sangat Dr Burke muncul dan stop that action BUT
Dr Burke ditembak oleh shooter yang nak tembak orang bank tu.. argh….bersambung..cepatla selasa next week :D

Oh.. diwaktu cerita betty ke desperate housewives, tengah iklan..aku tergatal picit tv9. ada discussion pasal filem di Malaysia. Apa yang kelakar, pengacaranya sungguh gabra dan bertutur dalam loghat kelantan..terasa lawaklak. Camne buleh lepas jadi pengacara nih…


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 comments: