Monday, March 19, 2007

EDISI SIASAT @ NTV7

EDISI SIASAT
18/3/2007

Edisi siasat memang berani dan telus. Chop rasmi program ini memang membuatkan aku sentiasa menunggu untuk menyaksikan pembongkaran apa yang bakal mereka lakukan. Kali ini ia terbahagi kepada 4 kisah.

1. Laman web lucah
Sebenarnya baru tengah hari tadi aku terbaca mengenai laman web lucah di dada akhbar. Berita Minggu ke mingguan Malaysia ke tak berapa pasti pulak aku. Tapi menurut rencana itu, mengikut statistic google.com pengguna internet di Kota Bharu kelantan merupakan golongan terbanyak membuat carian mengenai bahan seks. ‘Seks Melayu, ‘Melayu Bogel’ adalah antara kata kunci yang digunakan.

Kuantan pula merupakan Bandar ke dua di Malaysia yang menggunakan kata kunci lucah untuk carian. Ini membuatkan aku terfikir, apakah kedudukan Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, JB, Penang? Kenapa yang banyak membuat carian benda lucah ini adalah orang-orang luar Bandar? Jawapannya pelbagai, antaranya…di sana mereka susah nak jumpa yang real. Kat Bandar besar..tak payah surf…pergi pasar malam boleh beli cd lucah murah-murah. Melayu? Cina? India? Korea? English? Semua version ada..

Ok berbalik kepada edisi siasat, pelajar sekolah semuda 13 tahun sudah pandai melayari laman web lucah. Ada yang berbayar..ada yang percuma. Koleksi gambar bogel seperti yang dikatakan oleh wartawan..adalah kaum melayu. Wah bravo..melayu boleh! Orang naik ke bulan kita nak kebulan juga. Orang lain sibuk buka baju depan camera, kita pun berebut jugak.

Ada juga, version kantoi. Banyak yang diblurkan remaja or perempuan bertudung. Betullah..skrg tudung bukan lagi tanda iman yang tinggi..tudung tak lebih dari fesyen. Ia sama seperti orang yang tidak bertudung. Ia hanya mungkin kebiasaan bagi seseorang bukan lambing keperibadian. Kalau tidak..takkanlah ramai betul awek bertudung yang get caught in front of camera doing tut tut..

2. Pil Penguguran Kandungan
Boleh dibeli di Chow Kitt dengan kadar semurah RM3 sebijik. Patutpun senang terjebak anak dara sekarang….pil murah….kang terpregnnt..boleh gi beli dan gugurkan nyawa manusia seperti mana bunuh semut je.

Mereka turut meneruramah tah sapa aa..aku lupa..tapi dikatakan pil itu amat berbahaya kerana tidak mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan. Boleh mengugurkan kandungan etc.

Kelakar! Pembeli memang nak gugurkan kandungan dengan menggunakan pil itu. Apa lagi yang bahaya? Memang itu yang mereka mahukan. Alangkah senang menjadi orang zaman sekarang. Bunting kalu, gi beli ubat period. Bukan nak taubat, insaf etc.

3. Kempen Kita Semakin Kejam, Kenapa? (kempen kerjasama dengan majalah mastika
Mengisahkan mengenai arwah Rafie yang ditikam 150 kali akibat dendam dan cemburu. Kepalanya hamper terpenggal, rahangnya hampir tercabut. Perutnya terburai. Gila… manusia apakah ini yang sanggup melakukan begini kepada manusia lain.

Memang tak puas hati mendengar penerangan dari ibu bapa arwan Rafie. Daripada pemangsa yang ramai, hanya seorang sahaja berjaya ditangkap dan didakwa. Dijatuhi hukuman penjara 10tahun dengan keputusan pembicaraan ‘membunuh tanpa niat’

Come on lah, budak terencat pun bulehlah membunuh tanpa niat. Tertolak hingga jatuh tangga = membunuh tanpa niat.. tertikam dengan gunting = membunuh tanpa niat. Tercucuk besi = membunuh tanpa niat. Tapi 150 kali tikaman didada dan diperut, rahang yang terkulai..leher yang dikelar?? Boleh diklasifikasikan membunuh tanpa niat/ kalau camtu..apa yang dengan niat?? Sumbat dalam tangki bilik mandi dan biarkan mayat reput baru boleh dikategorikan dalam kategori membunuh tanpa niat?

Sesungguhnya aku yang tiada kena mengena dengan kes pun merasa sakit hati dengan hukuman yang diberi!

4. Pelatih Khidmat Msyarakat Mati
Ini satu lagi isu yang aku rasa tahlah..comment lelebih kang dibuang negara pulak. Kita tak hidup di negara yang ‘free to speech’. Kita hidup di negara yang ‘speech might get you in big trouble= ISA” haha

Khidmat masyarat dah nak masuk tahun ke empat. Tapi masih terdengar pelbagai rungutan. Setiap tahun ada sahaja pelajar mati semasa berada di kem. Pemeriksaan kesihatan tidak diwajibkan dengan alasan seperti yang aku terbaca di NST sebaik kematian Adik Prema kerana ‘ kalau 40000 orang pelatih pergi buat pemeriksaan, hospital kerajaan akan kesesakan’ walla..what a stupid excuse.

Baik tak payah buat khidmat negara kalau kementerian dengan kementerian pun tak boleh berkompromi. Aku masih ingat, adik aku muntah darah di kem. Yang kelakar, unfair pasal ada orang yang tak payah pergi ada pulak yang wajib pergi. Baik di jadikan volunteer. Sapa nak..sila pergi. Sapa taknak..duk umah diam2.

Kebanyakkan kes yang berlaku kementerian cuma berkata..dari beratus ribu yang pergi..beberapa kes sahaja melibatkan kematian. Dan ibu bapa still nak salahkan khidmat negara. Kenapa?

Ya..kerana mereka dipaksa pergi..kalau mati kemalangan jalan raya at least itu pilihan mereka untuk berada dijalan raya pada waktu tersebut bukan dipaksa. Di khidmat negara, pelatih dipaksa kesana. Dan sebagai kakak kepada bekas pelatih PKN, aku lepaskan adik aku pergi penuh doa supaya dia selamat. Macam lepaskan keluarga pergi berperang perasaan aku masa hantar dia ke tempat berkumpul!!

Note: nasib baik zaman aku dulu tak ada PKN….

1 comments:

Anonymous said...

hahaha..memandangkan takde org nak komen biar aku komen..aku cuma nak cakap yg essay ko ni bagus! benda2 gini..sebenarnya hal2 gni..abstrak sgt..susah nak bendung!tp..ape2 kalu kita 'OPEN' aku rasa..OK kot..hahaha..