Monday, March 19, 2007

Bridge to Terabithia

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

16/3/2007
GSC Midvalley

Hee, walaupun agak lambat menonton filem ni, aku still excited nak menengoknya. Siew Yan dah spoilt beberapa part…antaranya kawannya meninggal tapi sebab aku tak dengar habis cerita dari Siew Yan, aku pun tak tahu siapa yang meninggal sebelum aku masuk menonton wayang ni.

Mengisahkan Josh yang tinggal bersama keluarga disebuah rumah bersama 2 orang kakak dan seorang adik perempuan dengan ibu bapanya. Kehidupan mereka agak miskin memaksa keluarga nya mendahulukan kakak dan adik perempuannya berbanding dengan dirinya. Agak menyedihkan kerana aku boleh rasakan Josh agak terpinggir dalam keluarga sendiri.

Disekolah juga Josh agak tidak berapa menyerlah kerana selalu dibuli oleh dua kanak-kanak lelaki dan sekumpulan pelajar perempuan yng diketuai oleh seorang pelajar perempuan yang melihat wajahnya sahaja, kita sudah mengetahui dia memang kaki buli!

Josh mempunyai kemahiran dan kegemaran melukis yang agak mengagumkan bagi seorang kanak-kanak sepertinya. Josh juga agak rapat dengan adik perempuannya May Belle yang begitu cute. Cute dengan mukanya, gayanya..suaranya.

Pada suatu hari, seorang pelajar baru masuk ke kelas mereka. Pelajar perempuan yang bernama Leslie. Mulanya Josh tidak menyenangi Leslie kerana Leslie berjaya mengalahkan Josh dan semua pelajar lelaki yang lain dalam lumba lari.

Bagaimanapun keadaan berubah dan mereka menjadi kawan rapat. Kebetulan pula,mereka sebenarnya berjiran. Setiap kali balik sekolah, mereka berlari ke sebuah hutan berhampiran.

Er…part ni aku tak berapa faham, sebab untuk ke hutan, mereka terpaksa bergayut pada tali untuk menyeberang sungai. Yang aku tak paham., first time disana, Leslie macam dah tahu pasal kemagikan hutan tersebut. Dikhabarkan kepada Josh yang hutan itu penuh dengan banduan yang tersiksa dikurung oleh Dark Master.Kedengaran menakutkan, tetapi mereka masih lagi kesitu setiap hari.

Beberapa kali mereka diserang oleh tupai-tupai yang berubah bentuk menjadi penyerang dark master. Mereka pula dibantu oleh pepatung yang merupakan pahlawan mereka. Disini mereka menjadi raja dan permaisuri Terabithia. Nama Terabithia ini diberikan oleh Leslie.

Disekolah masalah dengan pembuli masih berterusan,pelajar perempuan yang suka pembuli pula mengutip tol dipintu tandas. Nak tergelak sahaja bila pelajar2 membuat kempen ‘free to pee’

Okay disingkatkan cerita, Josh menaruh hati kepada cikgu kelas musiknya, suatu hari, cikgunya menelefon dihari minggu mengajak Josh ke muzium. Josh yang kegembiraan enggan mengajak Leslie bersamanya. Sekembalinya dari muzium, dia dikhabarkan dengan berita sedih, Leslie mati akibat tali yang digunakan untuk menyeberang ke hutan sebelah sana putus.

Josh bersedih dan amat kesal kerana baginya, dialah punca kejadian itu. Disekolah, cikgunya amat memahami. Dia kembali ke hutan, aaa part ni aku tak faham juga ni..tiba-tiba dah ada pokok tumbang merentasi sungai. Macammana boleh ada pokok ni. Dia menyeberang dan berteriak nama Leslie.(Gila sedih part ni..aku mengharapkan Leslie hidup dalam hutan magik ni)..

Teriakannya bersahut…dia yang kegembiraan berlari ke arah suara itu, Sampai di pokok tumbang yang menhubungkan itu, dia terpandang adiknya May Belle yang tergelincir dan hampir terjatuh ke dalam sungai. Dia yang agak kecewa segera menyelamatkan adiknya dan seterusnya menolak May Belle supaya pulang ke rumah. Sedih siot part ni..adik dia baik gila ngan dia.

Dipendekkan cerita, kerana kesal dengan kejadian itu..dia membina sebuah jambatan dari kayu terbuang di sungai itu dan mengajak may belle ke hutan bersamanya. Jambatan itu bertukar menjadi jambatan emas dan penduduk Terabithia yang pelbagai rupa menjelmakan diri. Di akhir cerita fahamlah aku..Terabithia adalah hutan magical.. yang menjelmakan sebarang imaginasi menjadi reality. Kerana imaginasi leslie membayangkan ia adalah sebuah wilayah tawanan Dark Master maka jadilah hutan itu menakutkan. Kerana imaginasi Josh yang menginginkan sebuah tempat yang cantik untuk dia dan adiknya bermain, maka jadilah Terabithia mengagumkan.

Secara peribadi aku kecewa dengan filem ini. Aku masuk panggung dengan harapan dunia aku akan dipenuhi dengan imaginasi tetap Terabithia tidak bercerita tentang imaginasi dan fantasi semata-mata. Watak dalam dunia imaginasi pun terlalu sedikit. Tidak seperti Narnia atau The series of Unfortunate Events, filem Bridge to Teribthia tidak membawa kita kealam imaginasi yang indah dan penuh dengan pelbagai CGI yang boleh dibanggakan.


Maybelle yang comel! (Adik Josh)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 comments: