Tuesday, March 06, 2007

Apocalypto

Ya sebut banyak-banyak kali! Apocalypto! Payah nak sebut untuk dua kali pertama. Seriously!. Dan portable hard disk aku yang 200GB tu terbakar sebab ni.. Tak pasal-pasal beli baru..yang lebih tinggi spek OF COURSE…kali ni capai yang 250GB pulak. Tell me baby, which movie you want me to download. I will get it done for you. Hahaha

Ok..back to pengalaman menonton apocalypto. Ada suara-suara angin kata, filem ini tak akan ditayangkan di Malaysia. (aku teringat penah nampak preview movie ni kat wayang..tapi tahla…)..kalau masuk Malaysia pun rasanya better klasifikasikan kepada 25SG. Gila ganas dan seram. Keganasan sehingga menyebabkan tulang sum sum aku sakit!

Ceritanya bermula dengan satu puak (dorang pakai bahasa Mayan) tengah berburu tapir. Lari lari lari..kejar kejar kejar..maka dapatlah dibunuh tapir itu. Glup glup. Dapat je..terus bahagi hasil, makan mentah-mentah. Ada yang dapat hati, ada yang dapat daging. Ada pulak yang dapat kemaluan tapir. Yark. Cuba imagine, daging mentah tu pun cukup memualkan bagi aku..petah lagi kemaluan tapir..wekk.. Dorang permainkan sorang kawan dia ni, yang belum ada anak. Suruh makan kemaluan tapir. Bila makan, kawan-kawan dorang gelak, rupanya diorang tipu sahaja.

Photobucket - Video and Image Hosting


Kemudian ada puak lain nak lalu, diaorang dalam ketakutan, diceritakan penempatan dioarang baru sahaja dimusnahkan oleh satu puak lain.

Puak yang berburu tadi pulang ke penempatan diorang. Bergumbira. Malamnya tidor. Esoknya ada puak lain serang diaorang. Masa ni sungguh ngeri. Selamba potong tikam orang. Hero cerita (yang namanya Jaguar Paw) telah sembunyikan isteri dia yang sedang mengandung dalam sebuah perigi buta bersama anaknya. Manakala dia pula di tangkap bersama semua pemuda-pemuda kampung yang lain. Wanita diperkosa dan ditangkap bersama. Cuma kanak-kanak ditinggalkan.

Kemudian mereka dibawa ke penempatan puak yang berjaya menakluk mereka. Yang perempuan di jual lelong, yang lelaki ditawan untuk dijadikan korban kepada tuhan Matahari kot. Lelaki-lelaki dibawa ke suatu tempat, dimana pengorbanan kepada tuhan dengan cara membunuh, mengeluarkan hati dan seterusnya memotong kepala mangsa ditempat yg tinggi seterusnya kepala mangsa akan tergolek jatuh kebawah. Kemudian badan mangsa yang tanpa kepala pula dicampak ke bawah.

Semasa tiba giliran Jaguar Paw, telah berlaku gerhana matahari. So dukun puak tu kata enough, dorang dah berjaya satisfy tuhan matahari! So Jaguar Paw dan beberapa rakan telah dibebaskan. Bila anak buah ketua puak tanya, nak buat apa yang dorang, dia suruh hapuskan sahaja! Cis tak ke sama ngan mati kena korban dan mati dibunuh?

Mereka dibawa ke sebuah gelanggang, dan disini tawanan diberi peluang tuk melarikan diri. Tapi tidak semudah itu, puak itu buat cam berburu. Diorang sedia panah, lemping dan tukang jaga digarisan penamat sebelum tembus ke hutan untuk bunuh. Peluang tuk selamat adalah sangat nipis. 2 yang pertama dilepaskan mati kena lembing. Jaguar Paw berjaya selamat, dengan membunuh finisher. Tapi finisher adalah anak ketua puak. Ketua puak tak puas hati dan seterusnya mengejar Jaguar Paw ke dalam hutan.

Berlaku kejar mengejar. Jaguar Paw jatuh ke dalam lautan mayat etc. Oh lupa nak cakap, Jaguar Paw cedera kena lembing gak sebenarnya. Idaklah dia begitu hebat terlepas tanpa sebarang kecederaan.

Lari punya lari..kejar mengejar then Jaguar Paw start susun strategi dan revenge sikit2. Fuh…ramai la jugak dari ahli puak yang mati.

Dia sempat kembali ke penempatan puaknya. Masa ni hujan lebat, Perigi buta yang menempatkan anak dan isterinya mula dipenuhi air. Dan masa ni jugaklah isteri dia mula sakit nak bersakit.. suspend sungguh!

Masing meneruskan lawan kejar2. sehingga ke tepi laut. Masa ni anggota puak tinggal dua orang je..mengejar dia yang seorang. Yang lain mati kena baham harimau dan mati kena bunuh dek jaguar Paw. Mereka nampak kapal-kapal orang English (penjajah zaman dulu baru mendarat)..

Dua orang yang kejar dia, terpegun kat situ. Dia berlari balik mendapatkan anak dan isterinya (Masa ni, isteri dia bersalin dalam air! Fuh)

Selepas tu, dia selamatkan wife dia, dorang tekad nak lari masuk ke dalam utan instead of ke kapal.

Ada banyak aku skip ni tapi memang cerita ni ganas penuh dengan adegan darah2. Muka setiap orang, fuh..penuh ngan hiasan. Pastikan tengok cerita ni, memang tak rugi!

Note: cerita ini ditonton di rumah dengan menggunakan LCD projector.. project ke dinding bilik. :D.. terasa begitu mewah ada wayang dalam bilik tidur..ngeh ngeh ngeh


0 comments: