Thursday, March 29, 2007

Bring It On: All or Nothing

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Sapa pernah layan bring it on 2000? walla, aku tertarik dengan seni reka cheer leading dorang. Masa tu term “spirit finger” buat jari gedik-gedik memang femes habis…Dalam filem Bring it on 2000 yang aku ingat pelakon dia “Kristen” awek Superman, dan juga Eliza Dushku pelakon Tru Calling. aku tak ingat tak ingat memang lupa dah jalan cerita dia.

Bring It On Again (2004) adalah sekuel kepada Bring It On 2000. tapi aku tak tau pulak. Oh B.T.W ini adalah cerita ala-ala comedy. So memang kelakar dan menghiburkan. Sekarang masa aku taip entry ni, aku tengah download Bring It On Again. Aku harap cepatlah siap. Hee tak sabor!

Ok, sebenarnya aku nak bercerita pasal Bring It On: All or Nothing. Aku terjumpa movie ni masa aku tengah nak mendownload Bring It on 2000. Aku memula cam takmo download tapi terasa rasa macam nak download. So malam tadi aku melayannya di computer kat rumah.. maklumla, malam rabu suppose malam tiada cerita best. Oh forgot to mention, this movie is direct to DVD. Mean tak keluar ke wayanglah!

Sapa layan series Heroes pasti kenal dengan Claire Bennet, cheerleader yang ada kuasa penyembuhan yang remarkable. Ironinya, dalam Bring It On All or Nothing ni dia merupakan watak utama jadi cheerleader! Fuh..kebetulan??

Britney Allen (Claire bennet dalam heroes) merupakan seorang captain dalam team cheerleadernye di sekolahnya. Antara kawan-kawan perempuan sekolah dia ni..ada lagi watak seorang minah blurr. Adeh..terhibur betul tengok keblurran minah blurr ini. Dan cerita ni memang teen punya ah. Cakap pun stylo. FYI, WTF, etc..

Sekolahnya ini memang dah banyak kali menang. Diorang semua tengah praktis untuk masuk pertandingan cheerleading yang dianjurkan oleh Rihanna (yes..Rihanna the singer tuh…) Malangnya, di satu peringkat, ayahnya kena bertukar ke satu kawasan lain dan dia kena pindah bersama ayah dia. Oh…tak jadi captain dah. Eh lupa nak mention, watak mak dia di pegang oleh seorang perempuan gila dalam desperate housewives. ala yang mati kena tembak dipasar raya tuh. Aku teringat-ingat watak gila dia, tapi dalam Bring It On All or Nothing ni, dia jadi waras dan ibu yang baik aa.

Hari pertama Britney di sekolah baru, dia dah cari gaduh ngan budak sekolah tu. Rupanya orang yang dia cari gaduh tu merupakan captain cheerleading sekolah tu. Oh terlupa nak mention sekolah baru dia ni..kebanyakkannya orang kulit hitam. So dia dipanggil white girl or Barbie. Hee. dalam satu uji bakat untuk mencari cheerleader untuk masuk pertandingan rihanna tu, dia pergi juga. And amazing dia boleh ikut step captain tuh. In the end dia masuk group sekolah baru dia untuk pertandingan tu.

Gerak diaorang memang bestlah. Captain di sekolah lama dia memang amatlah B.I.T.C.H. siap rampas boyfriend Britney etc. Tapi lama-lama Britney boleh ngam dengan team barunya (oh lupa…kawan-kawan lama dia ..make her promise that she will never cheer again!, and not to be surprise. Britney memang tak tepati janji pasal cheer leading is her interest)

Di peringkat akhir, ditakdirkan pasukan terpilih ialah sekolah lama dan sekolahnya sekarang. sekolah lama Britney memang walla ah. siap ada gerakan kipas etc.

Tapi Britney came up with a very brilliant idea. memang cantik kareografi group dorang! Dan dorang menang!

Yeahh……


Ini clip dorang punya finale battle



this is what I got from wikipedia:

Spoiler warning: Plot and/or ending details follow.

Britney Allen (Hayden Panettiere) is living the cheerleader's dream at the elite seaside campus of Pacific Vista High School, where she is captain of the cheerleading squad and dating the star quarterback Brad Warner. She is the envy of everyone at school, including her overly-ambitious co-captain Winnie (Marcy Rylan). When Britney hears about a forthcoming audition for a top cheer squad to appear in recording star Rihanna's upcoming television special, she is determined that her Pirates cheer squad will capture the coveted spot.

However, Britney's life turns upside down when her father's new job forces her family to move to Crenshaw Heights, a multi-ethnic working-class neighborhood east of Los Angeles. There she discovers a different hierarchy of students, and clashes with the Crenshaw Heights cheerleading captain, Camille (Solange Knowles-Smith). Despite this, Britney is able to form a tentative friendship with Jesse (Guss Carr) and manages to prove her own cheerleading worth by getting a spot on the Warriors cheer squad. There she battles it out with Camille to input her own creative ideas. Tensions rise when Britney has to choose between her new responsibility to the Warriors and her old loyalties to the Pirates when both teams join the same competition to be featured in Rihanna's television special.

Response
The film became one of the most successful straight-to-DVD features ever when it sold more than 750,000 units (50% more than its predecessor Bring It On Again) and earned $12 million in its first week rocketing it to the #3 spot in DVD sales that week. It was the second-highest debut of a live-action DVD premiere in history behind American Pie: Band Camp which was also from Universal Pictures and director Steve Rash.

Trivia
• One of the songs featured in the film soundtrack is Gwen Stefani's Hollaback Girl. The music video for Hollaback Girl, released in 2004, famously features a cheerleading squad.
• Despite the main character being named Britney and having more than a passing resemblance to singer Britney Spears, there is only one Britney Spears reference in the film, when the character is taunted as "Britney Cheers".
• Hayden Panettiere (Britney) and Marcy Rylan (Winnie) have both played the character Lizzie Spaulding on Guiding Light.
• Hayden Panettiere also appears as co-captain of a cheerleading team in the NBC TV series Heroes, which reunited her with co-star Danielle Savre who also played a cheerleader on the show.
• On the TV Series One on One, Solange Knowles guest-starred as a high school student who auditions for the cheerleading squad and claims she was cheer captain in her old school. The episode even features one character uttering the phrase "bring it on".
• In the scene where Britney starts talking about Camille's mother, Camille put her hair in ponytail and has hair hanging out (like a bang). When they switch to Britney then back to Camille, all of her hair is in a ponytail. When they switch back to Britney and back to Camille ,again, hair is back out in a bang. And this continues until Camille goes into the school.
• The hip-hop group Fu-Schnicken's hit, "Can We Rock?" is featured as a remix during the end credits.

Monday, March 26, 2007

Mr Bean Holiday (Chermin)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Midvalley; 24/3

Semperna birthday cik deida, kami berlima keluar layan wayang. rasa dah jadi acara rasmi tengok wayang kemudian open table. (berlima = aku, deida, kakmi, nur n shuria mentari) hehehe

Dari tajuk pun dah tahu, its about Mr Bean nak pergi holiday. Dia menang cabutan bertuah dan dia boleh travel ke Perancis untuk pergi ke pantai di Cannes. Dia juga mendapat sebuah handycam dan duit belanja. So kiranya dalam movie ini, dia kekononnya merakam journey ke Perancis dia dengan handycam dia lah.

Tapi macam-macam kejadian yang menghalang dia dari sampai ke pantai yang ingin dikunjunginya. Macam-macam masalah yang membawa kepada cerita lucu.

Apapun, cinematografi filem ini amat cantik!

Aku suka banyak babak dalam movie ni

Sapa tengok sahaja boleh imagine apa yang kelakar

1. Time Mr Bean kayuh basikal nak kejar tiket bas dia. Selamba potong sekawan pelumba basikal


2. Time Mr Bean tunggu tepi jalan untuk minta tumpang, gila lama basikal berkuasa enjin tu nak sampai. sempat tertidur2 Mr Bean kat tepi jalan. Selow banget motor itu


3. Time tayangan perdana filem Clay Arson tu. Director dia, producer dia, pelakon dia..semua babak muka dia. kira mamat ni gila glemer lah. duk ulang ‘nothing, nothing, nothing, nothing’ dekat 20kali. Surprisingly, though, Clay's film-within-a-film could have been funnier.)


4. Time makan kat restoren perancis.

Banyak babak-babak kelakar, jangan suruh aku review. It’s a simple movie. Its about Mr Bean going to the beach. Seriously, you will have fun watching this simple movie.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


oh.ada permintaan review chermin? sorry, aku tak dapat tiket free, as far as I know from the people who watched it, it’s a totally disaster so aku takkan membazirkan my 10bucks to watch that movie.

dari iklan, nampak menarik cuma aku tak faham kata ni citer zaman dulu-dulu. kisah orang melayu dulu-dulu yang pakai sihir tuk revenge etc. tapi eee..maaflah chek ni bodoh…dah tak ada ke pelakon muka melayu tuk diketengahkan? kenapa pakai muka mat salleh tuk jadi orang melayu? aku bukan against Deanna yusof or Natasha Hudson tapi aku rasa patutnya bagi kat yg betul2 berwajah melayu lah..

Thursday, March 22, 2007

Expatriate in Malaysia

Aku memang tak boleh tengok satu road sign ni. Kalau tengok je, mesti aku sengih seorang. Its really irritating! Hahaha, mesti ada yang tertanya-tanya road sign apa yang membuatkan aku rasa nak tergelak muntah darah setiap kali pandang menda alah tu. Rea, (bukan nama sebenar) wherever you are, this is the most funniest story I ever heard my darling.

Kisahnya, Rea ni, dia dari Philippines. Jadi pegawai dagang (dalam term immigration) kat office aku. or jawatan dia kat sini ‘Programme Officer’ Dia ni berpakwe kan rakyat Malaysia lah.

Suatu hari, dia keluar bersiar-siar. Aku tak pasti lah pula dia keluar seorang atau bersama teman-teman foreigner lain. Sebab sometimes ada sahaja kawan-kawan dia merangkap bebudak office yang expatriate juga keluar bersama dia.

Dah penat berjalan bersiar-siar di Bandar KL dia realise dia dah sesat. Dia tak tahu macammana nak pergi ke LRT. So.. sebagai menyelesaikan masalah… dia telefon sahajalah teman lelakinya.
Detail perbualan seperti dibawah: (not exactly lah):

Rea: Hallo Shree (bukan nama sebenar), where are you, can you come and fetch me?
Shree: Ya sure, I kindda free right now. niway, where are you?
Rea: erm.. I a bit lost here. wait..I try to see if I can find any sign…
Shree:..ok..
(a few second after that)
Rea: Hello Shree, I got it. I at ……. dirahsiakan..supaya ada unsur2 kelakar)
Shree: what? hahahahahahahaahahahah repeat please.
Rea: I at …….. (dirahsiakan..supaya ada unsur2 kelakar)
Shree: hahahaha
Rea: Hey!!! I not joking here, man! (dah mula marah)
Shree: oo ok (sambil masih tergelak2)… please look for other sign… the sign that you just read mean ‘one way street

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Dem..aku still nak tergelak …. foreigner dorang punya minda set word Jalan …. adalah nama jalan…tiba-tiba ada lak nama Jalan Sehala… ;)

Monday, March 19, 2007

EDISI SIASAT @ NTV7

EDISI SIASAT
18/3/2007

Edisi siasat memang berani dan telus. Chop rasmi program ini memang membuatkan aku sentiasa menunggu untuk menyaksikan pembongkaran apa yang bakal mereka lakukan. Kali ini ia terbahagi kepada 4 kisah.

1. Laman web lucah
Sebenarnya baru tengah hari tadi aku terbaca mengenai laman web lucah di dada akhbar. Berita Minggu ke mingguan Malaysia ke tak berapa pasti pulak aku. Tapi menurut rencana itu, mengikut statistic google.com pengguna internet di Kota Bharu kelantan merupakan golongan terbanyak membuat carian mengenai bahan seks. ‘Seks Melayu, ‘Melayu Bogel’ adalah antara kata kunci yang digunakan.

Kuantan pula merupakan Bandar ke dua di Malaysia yang menggunakan kata kunci lucah untuk carian. Ini membuatkan aku terfikir, apakah kedudukan Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, JB, Penang? Kenapa yang banyak membuat carian benda lucah ini adalah orang-orang luar Bandar? Jawapannya pelbagai, antaranya…di sana mereka susah nak jumpa yang real. Kat Bandar besar..tak payah surf…pergi pasar malam boleh beli cd lucah murah-murah. Melayu? Cina? India? Korea? English? Semua version ada..

Ok berbalik kepada edisi siasat, pelajar sekolah semuda 13 tahun sudah pandai melayari laman web lucah. Ada yang berbayar..ada yang percuma. Koleksi gambar bogel seperti yang dikatakan oleh wartawan..adalah kaum melayu. Wah bravo..melayu boleh! Orang naik ke bulan kita nak kebulan juga. Orang lain sibuk buka baju depan camera, kita pun berebut jugak.

Ada juga, version kantoi. Banyak yang diblurkan remaja or perempuan bertudung. Betullah..skrg tudung bukan lagi tanda iman yang tinggi..tudung tak lebih dari fesyen. Ia sama seperti orang yang tidak bertudung. Ia hanya mungkin kebiasaan bagi seseorang bukan lambing keperibadian. Kalau tidak..takkanlah ramai betul awek bertudung yang get caught in front of camera doing tut tut..

2. Pil Penguguran Kandungan
Boleh dibeli di Chow Kitt dengan kadar semurah RM3 sebijik. Patutpun senang terjebak anak dara sekarang….pil murah….kang terpregnnt..boleh gi beli dan gugurkan nyawa manusia seperti mana bunuh semut je.

Mereka turut meneruramah tah sapa aa..aku lupa..tapi dikatakan pil itu amat berbahaya kerana tidak mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan. Boleh mengugurkan kandungan etc.

Kelakar! Pembeli memang nak gugurkan kandungan dengan menggunakan pil itu. Apa lagi yang bahaya? Memang itu yang mereka mahukan. Alangkah senang menjadi orang zaman sekarang. Bunting kalu, gi beli ubat period. Bukan nak taubat, insaf etc.

3. Kempen Kita Semakin Kejam, Kenapa? (kempen kerjasama dengan majalah mastika
Mengisahkan mengenai arwah Rafie yang ditikam 150 kali akibat dendam dan cemburu. Kepalanya hamper terpenggal, rahangnya hampir tercabut. Perutnya terburai. Gila… manusia apakah ini yang sanggup melakukan begini kepada manusia lain.

Memang tak puas hati mendengar penerangan dari ibu bapa arwan Rafie. Daripada pemangsa yang ramai, hanya seorang sahaja berjaya ditangkap dan didakwa. Dijatuhi hukuman penjara 10tahun dengan keputusan pembicaraan ‘membunuh tanpa niat’

Come on lah, budak terencat pun bulehlah membunuh tanpa niat. Tertolak hingga jatuh tangga = membunuh tanpa niat.. tertikam dengan gunting = membunuh tanpa niat. Tercucuk besi = membunuh tanpa niat. Tapi 150 kali tikaman didada dan diperut, rahang yang terkulai..leher yang dikelar?? Boleh diklasifikasikan membunuh tanpa niat/ kalau camtu..apa yang dengan niat?? Sumbat dalam tangki bilik mandi dan biarkan mayat reput baru boleh dikategorikan dalam kategori membunuh tanpa niat?

Sesungguhnya aku yang tiada kena mengena dengan kes pun merasa sakit hati dengan hukuman yang diberi!

4. Pelatih Khidmat Msyarakat Mati
Ini satu lagi isu yang aku rasa tahlah..comment lelebih kang dibuang negara pulak. Kita tak hidup di negara yang ‘free to speech’. Kita hidup di negara yang ‘speech might get you in big trouble= ISA” haha

Khidmat masyarat dah nak masuk tahun ke empat. Tapi masih terdengar pelbagai rungutan. Setiap tahun ada sahaja pelajar mati semasa berada di kem. Pemeriksaan kesihatan tidak diwajibkan dengan alasan seperti yang aku terbaca di NST sebaik kematian Adik Prema kerana ‘ kalau 40000 orang pelatih pergi buat pemeriksaan, hospital kerajaan akan kesesakan’ walla..what a stupid excuse.

Baik tak payah buat khidmat negara kalau kementerian dengan kementerian pun tak boleh berkompromi. Aku masih ingat, adik aku muntah darah di kem. Yang kelakar, unfair pasal ada orang yang tak payah pergi ada pulak yang wajib pergi. Baik di jadikan volunteer. Sapa nak..sila pergi. Sapa taknak..duk umah diam2.

Kebanyakkan kes yang berlaku kementerian cuma berkata..dari beratus ribu yang pergi..beberapa kes sahaja melibatkan kematian. Dan ibu bapa still nak salahkan khidmat negara. Kenapa?

Ya..kerana mereka dipaksa pergi..kalau mati kemalangan jalan raya at least itu pilihan mereka untuk berada dijalan raya pada waktu tersebut bukan dipaksa. Di khidmat negara, pelatih dipaksa kesana. Dan sebagai kakak kepada bekas pelatih PKN, aku lepaskan adik aku pergi penuh doa supaya dia selamat. Macam lepaskan keluarga pergi berperang perasaan aku masa hantar dia ke tempat berkumpul!!

Note: nasib baik zaman aku dulu tak ada PKN….

Bridge to Terabithia

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

16/3/2007
GSC Midvalley

Hee, walaupun agak lambat menonton filem ni, aku still excited nak menengoknya. Siew Yan dah spoilt beberapa part…antaranya kawannya meninggal tapi sebab aku tak dengar habis cerita dari Siew Yan, aku pun tak tahu siapa yang meninggal sebelum aku masuk menonton wayang ni.

Mengisahkan Josh yang tinggal bersama keluarga disebuah rumah bersama 2 orang kakak dan seorang adik perempuan dengan ibu bapanya. Kehidupan mereka agak miskin memaksa keluarga nya mendahulukan kakak dan adik perempuannya berbanding dengan dirinya. Agak menyedihkan kerana aku boleh rasakan Josh agak terpinggir dalam keluarga sendiri.

Disekolah juga Josh agak tidak berapa menyerlah kerana selalu dibuli oleh dua kanak-kanak lelaki dan sekumpulan pelajar perempuan yng diketuai oleh seorang pelajar perempuan yang melihat wajahnya sahaja, kita sudah mengetahui dia memang kaki buli!

Josh mempunyai kemahiran dan kegemaran melukis yang agak mengagumkan bagi seorang kanak-kanak sepertinya. Josh juga agak rapat dengan adik perempuannya May Belle yang begitu cute. Cute dengan mukanya, gayanya..suaranya.

Pada suatu hari, seorang pelajar baru masuk ke kelas mereka. Pelajar perempuan yang bernama Leslie. Mulanya Josh tidak menyenangi Leslie kerana Leslie berjaya mengalahkan Josh dan semua pelajar lelaki yang lain dalam lumba lari.

Bagaimanapun keadaan berubah dan mereka menjadi kawan rapat. Kebetulan pula,mereka sebenarnya berjiran. Setiap kali balik sekolah, mereka berlari ke sebuah hutan berhampiran.

Er…part ni aku tak berapa faham, sebab untuk ke hutan, mereka terpaksa bergayut pada tali untuk menyeberang sungai. Yang aku tak paham., first time disana, Leslie macam dah tahu pasal kemagikan hutan tersebut. Dikhabarkan kepada Josh yang hutan itu penuh dengan banduan yang tersiksa dikurung oleh Dark Master.Kedengaran menakutkan, tetapi mereka masih lagi kesitu setiap hari.

Beberapa kali mereka diserang oleh tupai-tupai yang berubah bentuk menjadi penyerang dark master. Mereka pula dibantu oleh pepatung yang merupakan pahlawan mereka. Disini mereka menjadi raja dan permaisuri Terabithia. Nama Terabithia ini diberikan oleh Leslie.

Disekolah masalah dengan pembuli masih berterusan,pelajar perempuan yang suka pembuli pula mengutip tol dipintu tandas. Nak tergelak sahaja bila pelajar2 membuat kempen ‘free to pee’

Okay disingkatkan cerita, Josh menaruh hati kepada cikgu kelas musiknya, suatu hari, cikgunya menelefon dihari minggu mengajak Josh ke muzium. Josh yang kegembiraan enggan mengajak Leslie bersamanya. Sekembalinya dari muzium, dia dikhabarkan dengan berita sedih, Leslie mati akibat tali yang digunakan untuk menyeberang ke hutan sebelah sana putus.

Josh bersedih dan amat kesal kerana baginya, dialah punca kejadian itu. Disekolah, cikgunya amat memahami. Dia kembali ke hutan, aaa part ni aku tak faham juga ni..tiba-tiba dah ada pokok tumbang merentasi sungai. Macammana boleh ada pokok ni. Dia menyeberang dan berteriak nama Leslie.(Gila sedih part ni..aku mengharapkan Leslie hidup dalam hutan magik ni)..

Teriakannya bersahut…dia yang kegembiraan berlari ke arah suara itu, Sampai di pokok tumbang yang menhubungkan itu, dia terpandang adiknya May Belle yang tergelincir dan hampir terjatuh ke dalam sungai. Dia yang agak kecewa segera menyelamatkan adiknya dan seterusnya menolak May Belle supaya pulang ke rumah. Sedih siot part ni..adik dia baik gila ngan dia.

Dipendekkan cerita, kerana kesal dengan kejadian itu..dia membina sebuah jambatan dari kayu terbuang di sungai itu dan mengajak may belle ke hutan bersamanya. Jambatan itu bertukar menjadi jambatan emas dan penduduk Terabithia yang pelbagai rupa menjelmakan diri. Di akhir cerita fahamlah aku..Terabithia adalah hutan magical.. yang menjelmakan sebarang imaginasi menjadi reality. Kerana imaginasi leslie membayangkan ia adalah sebuah wilayah tawanan Dark Master maka jadilah hutan itu menakutkan. Kerana imaginasi Josh yang menginginkan sebuah tempat yang cantik untuk dia dan adiknya bermain, maka jadilah Terabithia mengagumkan.

Secara peribadi aku kecewa dengan filem ini. Aku masuk panggung dengan harapan dunia aku akan dipenuhi dengan imaginasi tetap Terabithia tidak bercerita tentang imaginasi dan fantasi semata-mata. Watak dalam dunia imaginasi pun terlalu sedikit. Tidak seperti Narnia atau The series of Unfortunate Events, filem Bridge to Teribthia tidak membawa kita kealam imaginasi yang indah dan penuh dengan pelbagai CGI yang boleh dibanggakan.


Maybelle yang comel! (Adik Josh)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday, March 15, 2007

Mukhsin

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Filem ini catch my eyes from the beginning pasal filem ini sudah menang award (siap jadi front cover story kat akhbar).

1. Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix
2. Glass Bear - Special Mention

Dan dijadikan cerita ini adalah cerita Yasmin Ahmad. Aku memang nak tengok, cuma kadangkala aku rasa was-was nak tengok filem melayu ni. Promosi bagai nak rak tapi sebagai penonton, aku selalu keluar dengan rasa kecewa. Ya..RM10.00 is not much tapi adalah lagi baik RM10.00 digunakan untuk menonton wayang yang betul-betul buat aku enjoy. Aktiviti social or SOOO- SIAL aku tak banyak. Wayang adalah antara yang paling banyak aku spend time so aku mengharapkan ianya memberi hiburan dan berjaya buat aku lepaskan tension aku sedikit sebanyak.

Mukhsin ditonton di TGV, KLCC pada 14/3. Hehe. Demi Muhksin, aku cakap ngan bos aku ada kerja, sehingga dinner ditangguh ke malam ini pula. 15/3. Ya…malam ni…Chinese dinner..argh…ten courses. Mati kekenyangan la aku. Fed up pasal Chinese dinner adalah sebab banyak sgt makan..:D tapi 1 meja dah jejak RM600-RM1000. It is better to finish all the food. :D

Ok berbalik kepada cerita Muhksin, first aku tertarik dengan taglinenya ‘everyone have a first love story to tell..’ or something like that. HOW ABOUT WE ALL? hehe..

Orked yang kasar macam jantan, tiba-tiba jadi girl yang paling ayu everytime bersama mukhsin. Dari cerita ini, barulah kita tau kenapa Orked dalam Sepet begitu rapat dengan budaya cina. Pasal dia bersekolah cina dizaman kanak-kanaknya. Yang aku perasan, Orked Sepet ngan si Sepet dalam Sepet..jadi husband and wife lak dalam cerita ini.. Hehehe.

Jiran Orked yang penyibuk tapi tidak mampu menjaga suami sendiri. Anak jiran Orked yang mulut lazer cam raksasa. Anak jiran ni kelakar lah. Suka jaga tepi kain orang. Adeh semua ini memang pemandangan biasa di sebuah kampung.

Honestly, aku tengok cerita ini lantas terkenan kampung halaman. Mungkin sebab latar belakangnya yg kekampungan, haha terus teringat rumah. Eee..tapi rumah aku tak ada sawah padi..ada rumput je..heee..

Babak Orked naik basikal yang dikayuh Mukhsin mengingatkan aku pada cerita Korea, sementelah latar belakangnya adalah pokok-pokok kayu. So sweet.

Tapi aku tak faham macammana Orked dan Muhksin boleh berbaik sedangkan pada awal cerita Muhksin ini digambarkan agak anti dengan perempuan sebab baginya perempuan adalah lembik. Dan aku juga taktau apa yang Muhksin tulis di atas ekor layang-layangnya. Adalah ditulis ‘Muhksin agak dimana dia sangkutkan bajunya..disana, pasal kalau Muhksin pun..Muhksin sangkut kat situ juga’. Aaaa…iya ke? Dan satu lagi aku tak faham, kenapa abang Mukhsin asyik telefon mak dia? Oh dan satu lagi, time diorang nak menari lagu Nat King Cole tu. Erm..siapa lelaki yang pasang piring hitam tu? Aa satu lagi..bila Bujang (kucing) balik ke rumah mereka? Kan dah buang jauh sehingga 30batu? Patut tunjuk scene Orked kegembiraan pasal bujang balik ni..Hehehee

Oh..bercakap pasal sinematografi..aku rasa aku puji amat cerita ini. Kita sedia maklum ini adalah cerita masa Orked kecil. Orked bukan kecik pada tahun 2007. It must be 20years ago..o..kindda lah. Kalau penonton perasan, telefon awamnya pun fesyen zaman dulu. Mana ada telefon awam jenama Aliya pada era 80-an and 90-an kan. Sama juga dengan bas sekolah, WAC plat nombornya. Plat dulu-dulu kala. Aku kagum Yasmin pasal dia ambil kira menda-menda yang pada orang lain agak remeh ni.

Overall, aku memang terhibur dengan filem ni. Satu panggung gelak ketawa. Banyak adegan yang tak terjangka. kak yam kata kat mak nom ‘you is the naik first’ waktu naik tangga. Dan macam-macam lagi lah.

Tapi seperti yang telah diagak; Mukhsin dan Orked bercinta sekejab sahaja cuma ia merubah Orked menjadi Orked dalam Sepet.

Ini movie, patut tonton….worth it!

Silakan ke pawagam berhampiran anda sekarang…;)


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, March 14, 2007

Grey's Anatomy

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Tajuk cerita ni berdasarkan sebuah buku untuk pelajar perubatan tapi aku sekarang tak berapa pasti pasal dalam cerita ni ada seorang intern bernama Meredith Grey yang selalu menjadi suara latar dipermulaan dan pengakhiran cerita.

Dan grey’s anatomy memang banyak menang award…..;)

Dulu aku tak minat sangat, malah aku memang tak pandang cerita ini. Tapi sejak dia masuk season baru dan aku macam rasa tak ada cerita menarik di tv lain, aku pun bukalah ntv7 ni. Menarik amat sebenarnya cerita ini. Kisah berkisar di sebuah hospital berkaitan dengan 4 intern dan doktor senior mereka. Ada banyak ramuan cerita di dalamnya, pasal cinta pasal perubatan suspend pun ada.

Sapa follower cerita ini pastinya tidak sabar untuk menunggu episode seterusnya. Sapa yang tak follow cerita ni pulak, tak apalah. But…you miss damn one good series man….

Kisah malam tadi pasal danny yang bakal mendapat jantung baru dan pasal pesakit pesakit yang baru dimasukkan ke hospital akibat kes tembak menembak yang berlaku di sebuah bank. Dr Burke yang ditugaskan mengambil jantung untuk danny memilih untuk membawa Kaviv instead of membawa Christina yang merupakan aweknya itu semata-mata kerana kecil hati dengan Christina yang tertidur semasa mereka melakukan hubungan seks beberapa hari sebelum itu. Christina memang amat bengang.

Izzi merayu-rayu kepada Dr Bailey untuk menjadi penjaga tetap Danny. Dr Bailey yang mengetahui yang si Izzi ni syok pada ini Danny yang sakit jantung, enggan mengizinkan tetapi Izzi merayu mengatakan dia akan bertindak professional. Nak tak hendak Dr Bailey pun bagilah sebab dari segi lain memang Izzi layak sebab dialah orang yang paling tahu dengan LVAD berbateri yang digunakan untuk support jantung danny.

Langit tak selalu cerah, chewah.. jantung baru untuk Danny mati bersama pendermanya. Meninggalkan satu lagi pilihan tetapi Dr Burke perlu berebut dengan seorang lagi doktor untuk mendapatnya. Izzi yang terdesak mengatakan Danny dalam keadaan teruk dan memaksa Dr Burke membuat pilihan untuk kembali ke hospital untuk melihat keadaan Danny.

Izzi pula kerasukan untuk melihat Danny mendapat jantung baru perlu membuktikan yang Danny layak untuk berebut tempat dengan list orang diatasnya. Dia perlu membuatkan Danny get worse. Diwaktu dia kerat wayar sambungan tu, aku harap sangat Dr Burke muncul dan stop that action BUT
Dr Burke ditembak oleh shooter yang nak tembak orang bank tu.. argh….bersambung..cepatla selasa next week :D

Oh.. diwaktu cerita betty ke desperate housewives, tengah iklan..aku tergatal picit tv9. ada discussion pasal filem di Malaysia. Apa yang kelakar, pengacaranya sungguh gabra dan bertutur dalam loghat kelantan..terasa lawaklak. Camne buleh lepas jadi pengacara nih…


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuesday, March 13, 2007

Primeval

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Primeval berkisar pasal dua orang wartawan dan seorang jurugambar yang membuat liputan di Burundi berkenaan seekor buaya yang ganas. Mereka dibantu oleh seorang pengkaji buaya dan seorang rakyat tempatan.

Selepas tengok filem ini, baru aku tahu bahawa Burundi merupakan Negara termiskin didunia untuk tempoh 40tahun. Burundi terletak bersebelah dengan Rwanda. Sesuai dengan tahap ekonominya yang mundur, Burundi dalam Primeval digambarkan sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perang saudara dimana people shooting whoever they want to. Wah… tragic!

Oh berbalik kepada Primeval, ataupun dalam bahasa melayunya primitif. Aku andaikan primitif disini memang ditujukan kepada gaya hidup orang di Burundi.

Kisah bermula apabila dua wartawan dan seorang jurugambar dihantar ke Burundi. Sesampainya disana, di lapangan terbang itu sendiri memang mengambarkan keprimitifan (betul ke perkataan ini) negara tersebut apabila askar-askar kerajaan dengan penuh kekerasan memeriksa warga negara.

Untuk sampai ke tempat yang dipercayai buaya tersebut berada, mereka perlu menaiki sebuah bot. Mereka jugak diberi dua orang pengawal untuk menjada mereka sepanjang misi liputan buaya ganas.

Didalam perjalanan, tiba-tiba2 sekumpulan penganas menembak mereka bertubi-tubi. Mujur ada pengawal yang berjaya menembak mati semua penganas.

Sebenarnya focus dalam filem ini terbahagi dua dari awal lagi. Macam yang aku cakapkan awal tadi 1. pasal buaya, 2 pasal keganasan dan perang saudara di Burundi. Apapun buaya tu memang rock!. Ganas, besar, dan boleh kejar orang selaju kereta proton wira dimodified!

Apapun seperti filem-filem aksi lain, kita memang boleh agak, dari seluruh kru hanya akan ada 2-3 orang yang akan selamat. Begitu juga dalam filem ini, dimana hero (Dominic Purcell yang berlakon watak abang dalam prison break) serta heroin berserta seorang warga Burundi yang begitu bercita-cita hendak ke America. Well in the end, tercapai lah cita-citanya)

Tak banyak aksi yang mengerunkan, tapi aksi berdarah agak banyak. Kesimpulannya 3.5 out of 5 boleh la kot. Tapi bagi aku, aku rasa adalah moral cerita ni. Dan menarik untuk aku

Moral: Buaya tu jadi ganas dan begitu bersungguh-sungguh memburu manusia adalah kerana kesalahan manusia sendiri yang menukarnya menjadi monster. Perang saudara, yang mengakibatkan beribu nyawa melayang. Mayat yang terbunuh dibiarkan ditepi-tepi sungai, dimana-mana sahaja menjadi santapan yang begitu mewah untuk buaya…

Thursday, March 08, 2007

A stupid women in green Iswara

Ditujukan kepada seorang perempuan BANGANG yang memandu proton iswara pagi tadi (kira kira pukul 9pagi, 8march 2007 hari wanita sedunia ini dicemari oleh seorang wanita yang amat bangang ini) di jalan Raja Abdul Aziz menghala masuk ke Jalan Semarak dipersimpangan jalan Raja Abdul Aziz, Jalan Semarak, Jalan Tun Razak

Aku dari Jalan Semarak, nak membelok ke Jalan Tun Razak kea rah PWTC. Tengah menunggu lampu hijau dibahagian aku. Iswara ini dari Jalan Sultan Abdul Aziz nak ke semarak. Laluan dia dah bertukar warna merah. Dan orang dari Jalan Tun Razak (dari arah PWTC) telah mula bergerak. Motor2 semua dah bergerak. Tiba-tiba dia dengan penuh bangang tak berhenti dan meneruskan perjalanan menyeberangi jalan yang penuh dengan motor dah jalan tu. Motor terpaksa mengelak dan memberi jalan untuk perempuan bangang ini. Ada yang sepak body kereta, ada yang hon kuat gila.



Aku yang masih lagi menunggu lampu hijau ni..sempat tengok sewaktu dia selisih dengan kereta aku. Dia sambil menjeling rear view mirror…dan sambil tersengih. SENGIH TO HER STUPIDITY agaknya. Hampir bunuh orang dengan aksi bodoh dia. Kalaulah traffic light baru jadi merah boleh lagi dimaafkan. Ini orang belah lain dah start gerak..dia masih lagi cekal hati nak seberang jalan yang tentu-tentu salah dia.



FOR YOU STUPID WOMEN IN ISWARA..SHAME ON YOU
!!

Orang macam kau, membuatkan semua pemandu wanita di terjemahkan sebagai silambam dijalan raya.

What ‘stop on red’ mean to you? And did ‘do not beat traffic light’ mean anything to you? Of course not, because you so stupid to understand why they make such an advertisement.

Haunted Spirit

Photobucket - Video and Image Hosting
Filem Thailand. Release di Malaysia pada 1 March 2007.

Hari minggu yang lepas, aku, deida, kakmi dan shuria aka mentari..(hehe jangan marah shuria) pergi menonton filem ini di the Mines, Sri Kembangan. Maklumla agak lama juga tak pergi ke Mines. Bukan agak lama tak menonton wayang, which memang menipu sebab lately aku rasa asyik muka aku aje kat wayang.

Sinopsis cerita haunted spirit. Filem diklasifikasikan dibawah 18PL. Gabungan seram, ganas dan seks kot. Aku terlepas sedikit masa memula cerita. Pasal duk berebut kerusi ngan satu couple bangang, dah la salah tempat, taknak berganjak pulak. Suruh aku gi duduk kerusi hujung tu…kemudian lepas skit tu..baru la berganjak..pang kang baru tau. Nak beromen nyusahkan aku dan geng pula! Heheh

Cerita pasal seorang kanak-kanak perempuan (Aw namanya) dan tinggal bersama neneknya disebuah kampung yang terpencil di satu tempat terpencil di Thailand (of course Thailand, pasal citer Thailand). Dia di ajar ilmu sihir oleh neneknya. Orang kampung memang pulaukan dia dan neneknya kerana takut diaorang diapa-apakan oleh mereka.

Apabila agak remaja, neneknya yang sudah tua, sentiasa uzur dan hanya terbaring dirumah. Oleh kerana Aw tinggal di kampung yang terpencil dan org kampung memang tidak suka pada mereka, Aw tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya bergantung kepada tumbuhan yang tumbuh meliar. Suatu hari Aw telah pergi ke kedai untuk berhutang membeli beras tapi diberitahu hutang semasanya juga sudah cukup tinggi. Tuan kedai memberi idea supaya dia pergi bekerja di Bangkok, dan dengan ini akan mampu menyara neneknya. Au tidak berfikir panjang hanya bersetuju dengan cadangan tersebut.

Di Bangkok, seorang perempuan menyambut kedatangannya di stesen bas. Argh aku lupa nama perempuan itu. Aku ganti nama as B sahajalah. Au dibawa ke tempat B bekerja. B adalah seorang penari exotic. Rupanya kerja yang dijanjikan oleh tuan kedai dikampungnya adalah sebagai penari eksotik di sebuah kelab malam yang dibuka ekslusif kepada warga asing sahaja.

Malam pertama menjadi penari dan berpakaian seksi, Au yang kini diberi nama sebagai Dau oleh tokei kelab malam tidak mampu menari seksi. Dia cuma berdiri tegak dan mata memandang bumi. Seorang tetamu yang juga merupakan salah seorang tuan punya kelab malam, mengajaknya duduk bersama seterusnya bersembang dengan Dau. Lelaki asing ini mengajak Dau ke rumahnya. Sampai di rumah..erm faham-faham sahajalah.

Esoknya, Dau dibawa pulang kerumah B. Sampai dirumah B, Dau menangis teresak-esak. Dia menceritakan kepada B pengalamannya malam tadi which her first time having sex. Malam seterusnya, dia masih agak kaku di atas pentas tarian exotic itu. Dia terpandang lelaki yang menidurinya malam tadi. Dia pergi menegur tetapi malangnya, lelaki itu tidak mengendahkannya. Dia kehairanan. Lelaki itu menerangkan yang dia sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tidak menjalinkan hubungan dengan pelacur. Dau tidak puas hati dan bertanya, kenapa semalam baik pulak. Dan lelaki itu dengan poyonya berkata, sebab semalam Dau bukan lagi seorang pelacur. Siot tul!.

Dau yang sedih dan melihat lelaki asing itu bergembira dengan perempuan-perempuan lain mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mempraktikkan ilmu sihirnya. Esoknya, lelaki asing itu ditemui mati di dalam bilik air kelab malam terkena patukan ular yang dipercayai dalam dari dalam system perparitan.

Kemudian, Dau mula menerima hakikat yang dia adalah seorang penari exotic dan pelacur agaknya, dia mula mengenakan sihir agar setiap orang nampak dia cantik. Dia juga belajar beberapa jenis tarian baru dan ingin menunjukkan kepada tokei kedai. Sewaktu sedang demonstrate tariannya, dia terjatuh. Dan dia mendapat tahu, salah seorang penari lain meletakkan minyak pada tiang agar dia tergelincir.

Dan Dau kembali mengenakan sihirnya. Sewaktu persembahan, penari tersebut telah tercedera dibahagian mukanya akibat ditetak secara tidak sengaja oleh penunjuk pedang. B kembali ke rumah dan memberitahu Dau pasal kejadian yang menimpa penari tersebut.
(..eee aku lupa, bila masa B ceritakan pada Dau yang dia ni sebenarnya bernafsu kepada wanita. Yang lelaki asing tu dia layan untuk dapatkan duit sahaja, so diaorang masa ni dah pernah menjalinkan hubungan terlarang bersama..tuttt). B dapat meneka yang Dau adalah punca kejadian ini. B memintanya mengajar ilmu sihir.

Syarat ilmu sihir Dau antaranya, tidak boleh meminta balasan atas ilmu yang diajar, tidak boleh makan daging. Tidak boleh lalu dibawah ampaian.

Sewaktu B memintanya mengajar ilmu sihir untuk besarkan payudaranya, Dau bertanya apa yang B nak bagi sebagai balasan. B lalu menciumnya dan berkata itu adalah balasannya. (tut..peraturan satu telah dilanggarnya). Dan sewaktu mereka keluar berjalan-jalan pada malam itu, Dau tanpa mengingati pantang larang, terus membeli daging babi salai. (tut..peraturan dua juga telah dilanggarnya)

Kemudian, pada hari bekerja yang lain, Dau telah berhubungan seks dengan seorang pelanggan disebuah hotel. Selepas tertidur, dia telah bangkit ke dapur hotel berkenaan untuk makan daging mentah! Dia juga telah membunuh pelanggannya itu.

Bermulalah episode dimana hantu dalam badan Dau bemaharajalela membunuh dan memakan daging mentah. Minuman nya pula adalah darah!. Setiap kali dia tertidur, dia mengalami mimpi ngeri. Sebenarnya ia bukanlah mimpi. Ia adalah hantu yang keluar dari badannya untuk memuaskan nafsu laparnya. Akibat tidak tahan, dia minta dikurung di dalam toilet dan B memang baik menemaninya. Sewaktu diluar kawalan normal, Dau mengutuk sehabis2nya B tapi B masing bersabar. Esoknya sewaktu B sedang duduk diluar rumah, Dau memanggil namanya dan berkata rasanya hantu dalam badannya telah mati akibat kelaparan tidak diberi makan. B yang gembira terus membuka gari di tangan Dau. Walla..rupanya itu hantu Dau. Dia berjaya menipu B. Seterusnya dia terus memakan B. :D

And ada satu bomoh, juga mati ditangan hantu Dau. Penari exotic yang cedera muka datang tah dari mana-mana, suruh Dau masuk makan dia dari dalam. Hantu itu masuk, dan seterusnya penari itu berlari terjun bangunan.

Dan matilah hantu Dau. Dau bagaimanapun selamat.

For me, enjoy la seposen tengok!

:D

Tuesday, March 06, 2007

Apocalypto

Ya sebut banyak-banyak kali! Apocalypto! Payah nak sebut untuk dua kali pertama. Seriously!. Dan portable hard disk aku yang 200GB tu terbakar sebab ni.. Tak pasal-pasal beli baru..yang lebih tinggi spek OF COURSE…kali ni capai yang 250GB pulak. Tell me baby, which movie you want me to download. I will get it done for you. Hahaha

Ok..back to pengalaman menonton apocalypto. Ada suara-suara angin kata, filem ini tak akan ditayangkan di Malaysia. (aku teringat penah nampak preview movie ni kat wayang..tapi tahla…)..kalau masuk Malaysia pun rasanya better klasifikasikan kepada 25SG. Gila ganas dan seram. Keganasan sehingga menyebabkan tulang sum sum aku sakit!

Ceritanya bermula dengan satu puak (dorang pakai bahasa Mayan) tengah berburu tapir. Lari lari lari..kejar kejar kejar..maka dapatlah dibunuh tapir itu. Glup glup. Dapat je..terus bahagi hasil, makan mentah-mentah. Ada yang dapat hati, ada yang dapat daging. Ada pulak yang dapat kemaluan tapir. Yark. Cuba imagine, daging mentah tu pun cukup memualkan bagi aku..petah lagi kemaluan tapir..wekk.. Dorang permainkan sorang kawan dia ni, yang belum ada anak. Suruh makan kemaluan tapir. Bila makan, kawan-kawan dorang gelak, rupanya diorang tipu sahaja.

Photobucket - Video and Image Hosting


Kemudian ada puak lain nak lalu, diaorang dalam ketakutan, diceritakan penempatan dioarang baru sahaja dimusnahkan oleh satu puak lain.

Puak yang berburu tadi pulang ke penempatan diorang. Bergumbira. Malamnya tidor. Esoknya ada puak lain serang diaorang. Masa ni sungguh ngeri. Selamba potong tikam orang. Hero cerita (yang namanya Jaguar Paw) telah sembunyikan isteri dia yang sedang mengandung dalam sebuah perigi buta bersama anaknya. Manakala dia pula di tangkap bersama semua pemuda-pemuda kampung yang lain. Wanita diperkosa dan ditangkap bersama. Cuma kanak-kanak ditinggalkan.

Kemudian mereka dibawa ke penempatan puak yang berjaya menakluk mereka. Yang perempuan di jual lelong, yang lelaki ditawan untuk dijadikan korban kepada tuhan Matahari kot. Lelaki-lelaki dibawa ke suatu tempat, dimana pengorbanan kepada tuhan dengan cara membunuh, mengeluarkan hati dan seterusnya memotong kepala mangsa ditempat yg tinggi seterusnya kepala mangsa akan tergolek jatuh kebawah. Kemudian badan mangsa yang tanpa kepala pula dicampak ke bawah.

Semasa tiba giliran Jaguar Paw, telah berlaku gerhana matahari. So dukun puak tu kata enough, dorang dah berjaya satisfy tuhan matahari! So Jaguar Paw dan beberapa rakan telah dibebaskan. Bila anak buah ketua puak tanya, nak buat apa yang dorang, dia suruh hapuskan sahaja! Cis tak ke sama ngan mati kena korban dan mati dibunuh?

Mereka dibawa ke sebuah gelanggang, dan disini tawanan diberi peluang tuk melarikan diri. Tapi tidak semudah itu, puak itu buat cam berburu. Diorang sedia panah, lemping dan tukang jaga digarisan penamat sebelum tembus ke hutan untuk bunuh. Peluang tuk selamat adalah sangat nipis. 2 yang pertama dilepaskan mati kena lembing. Jaguar Paw berjaya selamat, dengan membunuh finisher. Tapi finisher adalah anak ketua puak. Ketua puak tak puas hati dan seterusnya mengejar Jaguar Paw ke dalam hutan.

Berlaku kejar mengejar. Jaguar Paw jatuh ke dalam lautan mayat etc. Oh lupa nak cakap, Jaguar Paw cedera kena lembing gak sebenarnya. Idaklah dia begitu hebat terlepas tanpa sebarang kecederaan.

Lari punya lari..kejar mengejar then Jaguar Paw start susun strategi dan revenge sikit2. Fuh…ramai la jugak dari ahli puak yang mati.

Dia sempat kembali ke penempatan puaknya. Masa ni hujan lebat, Perigi buta yang menempatkan anak dan isterinya mula dipenuhi air. Dan masa ni jugaklah isteri dia mula sakit nak bersakit.. suspend sungguh!

Masing meneruskan lawan kejar2. sehingga ke tepi laut. Masa ni anggota puak tinggal dua orang je..mengejar dia yang seorang. Yang lain mati kena baham harimau dan mati kena bunuh dek jaguar Paw. Mereka nampak kapal-kapal orang English (penjajah zaman dulu baru mendarat)..

Dua orang yang kejar dia, terpegun kat situ. Dia berlari balik mendapatkan anak dan isterinya (Masa ni, isteri dia bersalin dalam air! Fuh)

Selepas tu, dia selamatkan wife dia, dorang tekad nak lari masuk ke dalam utan instead of ke kapal.

Ada banyak aku skip ni tapi memang cerita ni ganas penuh dengan adegan darah2. Muka setiap orang, fuh..penuh ngan hiasan. Pastikan tengok cerita ni, memang tak rugi!

Note: cerita ini ditonton di rumah dengan menggunakan LCD projector.. project ke dinding bilik. :D.. terasa begitu mewah ada wayang dalam bilik tidur..ngeh ngeh ngeh