Monday, February 26, 2007

Qabil Khusry Qabil Igam @ Midvalley

Sekali lagi filem melayu! Hehehe, Aku bukan bias. Tak semestinya filem sebelum ini menghampakan maka aku akan haramkan kaki ke wayang untuk menonton filem melayu. Tajuknya macam filem Hindustan, dan harapan aku semasa beli tiket adalah filem ini bukanlah saduran filem popular dari bollywood.

Adegan bermula apabila seorang ibu bersalin di rumah dalam keadaan kilat guruh. Selepas bersalin, si ibu terus meneran dan mak bidan yang kelakar tu kata, nak teran apa lagi…ni anak kau dah lahir (lebih kurang begitulah kira dialognya ) teran puya teran rupanya ada lagi anak sorang lagi nak keluar. So jadilah kembar, dan tiba2lah pula air banjir naik dengan pantas sekali. (satu adegan tak logik disini, bidan zaman dulu even tanpa kelengkapan moden, selalunya dia tahu kalau seseorang tu mengandung kembar atau normal, ni tataulah dari mana dia import bidan lemau ni)

Bila air dah naik, sekeluarga ini, dan bidan telah digambarkan berada di atas bumbung rumah menunggu untuk diselamatkan. Mak bidan sungguh kelakar, aku terbahak-bahak teringat dialognya. Watak ayah dilakonkan oleh rahim razali manakala watak ibu pula dipegang oleh Fauziah Nawi. Mak bidan = Rosnah mat aris. Kenapa dalam filem ni, tak ada sgt promo Rahim Razali berlakon, compare dengan cerita ‘Cinta’ dimana beriya2 dipromosikan lakonan oleh Rahim Razali. (ada adegan tak logik jugak di sini, heheh perempuan baru bersalin, kembar pula tu…bolehlak selamat naik keatas bumbung rumah. Macammana agaknya dia panjant naik ya)



Ok, selamatkan lahir dua anak kembar yang dinamakan Qabil Khusry (Han Isaac) dan Qabil Igam (Rusdi Ramli). Dalam babak2 seterusnya dah digambarkan diorang dah besar sedikit. Dah jadi kanak-kanak yang happy.



Kemudian datanglah adegan yang sadis, Qabil kushry dan Qabil igam naik basikal terlambat pergi sekolah di tahan oleh adik beradik lain iaitu Rani dan Karisma (Ziana Zain dan Erra Fazira) (why why why guna nama Industan aku pun tak faham) .Kenapa aku kata sadis, pasal dorang ni dah tua bangka..masing-masing dah lebih 30 malah si Rusdi Ramli tu ada anak yang aku rasa dah dekat nak abih sekolah menengah..digambarkan jadi budak sekolah. Adeh..kesian pulak rasanya…



Diorang bergaduh, Karisma garang cam singa, Rani gatal. Kelakar pulak Khusry siap chup si Rani dan pass Karisma kat Igam. Dari situ Karisma dan Igam digambarkan bermusuhan pulak .



Banyak adegan kelakar. Memang aku terhibur. Satu hari, Karisma, Rani dan kawan-kawan pergi mandi sungai (fuh seksi betul Erra dengan t-shirt merahnya…slruppp) baju dorang hilang, rupanya Khusry dan Igam punya kerja. Kena kejar keliling kampong. Tupun kelakar banget! Balik rumah kena marah dengan keluarga masing-masing.

Revenge is sweet! Karisma lastik sarang tebuan, Igam tak dapat lari pasal spek mata dia hilang. Khusry lari balik dapatkan adik dia, dua2 masuk spital. Kemudian jadilah bercinta ke empat –empat watak. Yang Khursy dan Rani aku fahamlah, yang Karisma dengan Igam aku tak faham, dorang jumpa jumpa gaduh…tak didetailkan macammana boleh bercinta.

Babak kelakar masa Karisma Tanya Igam pasal Khursry nak masuk meminang Rani. Boleh Igam buat-buat lembab..bila Karisma Tanya dia camner. Igam jawab.. khursy masuk minang Rani, bukan masuk minang Karisma. Adeh.. kekelakaran disini.

Semua kekelakaran tu berakhir bila hari perkahwinan mereka, Igam di tangkap masuk penjara pasal terbabit dengan dadah. So yang kahwin Cuma Rani dan Khursy. Selepas 3 tahun dalam pusat serenti, Igam kembali. Tapi Igam kembali dengan penyakit aids. So dia tak boleh kawen dengan Karisma. Karisma kawin dengan laki orang yang gila kat dia. Selalu kena dera. Last last karisma tahu Igam putuskan tunang pasal dia ada penyakit.. Di dalam hujan, Karisma terbunuh akibat Igam nak tikam laki Karisma yang jahat, tertikam dia lak.



Overall bagi aku kelakar, tak sedih pun..sampai akhir kelakar terutama. Untuk hiburan tanpa fikir logik, tontonilah filem ini.

UNTUK RUSDI RAMLI, aku rasa dia paling berjaya bawa watak, menjadi. Aku tak boleh imagine kalau Yusry yang berlakon mesti tak jadi camtu.

Komen aku selain menghiburkan adalah seperti dibawah:

  1. Igam zaman kecil pakai spek mata, tahap kronik digambarkan pasal bila spek mata dia jatuh, dia duk meraba-raba tak jumpa sampai kena sengat tebuan, tapi bila jejak dewasa tak pakai pulak. Aneh??
  2. Memula aku ingat, bila Igam kembali after 3 years, Khusry dan Rani masih belum ada anak. Rupanya (kalau korang perasan) ada anak..nama anaknya Alif (seperti yang disebut oleh Karisma kat air terjun masa dia tengah jiwang karat ngan Igam) TAPI perasan idak, budak nama Alif tu tak pernah wujud pun. Mahal ke pelakon kanak-kanak sekarang a? Even masa Rani terbaring di rumah mertuanya selepas di serang oleh tah sapa-sapa, still tak muncul budak tu.
  3. Rani, waktu lepas kena serang terbaring kat beranda rumah, mulut belah kiri yang lebam. Waktu Khusry sedih pasal dia salah anggap Igam, aik lebam belah kanan lak! Boleh bertukar tukar tu…hehehe
  4. Adegan nyanyi lagu Hindustan tu, ditiadakan lagi baik. Tak ada relevant dengan movie dan membosankan. Panjang gila lak. Dan lagu tu.. hahaha Pasal kejiwaan penyanyi kepada negaranya Hindustan. Pasal apa boleh masuk dalam filem ini pula. Tak tau makna lagu..jangan pakai selamba gaban masuk. Sakan aku nak gelak!

Oh oh..selingan,,semalam 25/02/2007 kat Buletin Utama ada fasal orang kerasukan akibat sihir Iya bukan cerita kelakar, tapi yang kelakar tentangnya ialah, masa memula siar tak tutup pun muka pesakit. Kemudian bila cerita pasal tu dikeudarakan, walla tutup pulak. Kelakar…tak nampak ke apa mende tu dah lepas ke air?



Itu je kot?

1 comments:

Anonymous said...

ezza ,
first time kak na tgk preview QKQI kat tv pon kak na dah bantai gelak...apa kejadahnya pi bubuh lagu hindustan yg puji negara india pon tak tau...dah la nama watak pon sama mcm hindustan...iiieee apa la punya pilem...lagi teruk dr yusup pelam punya pilem...

-kak na-