Monday, February 05, 2007

Malam Ahad 4 Feb 2007

ABPBH
Aku layan 1jam setengah sahaja. Dari pukul 9 sehingga ke pukul 10.30malam. sebab pukul 10.00malam ada cerita kegemaran aku yang masuk dalam list ‘tidak boleh miss’ iaitu One Tree Hill. Tak kiralah ada rancangan apapun, demi rancangan yang ada dalam list ‘tidak boleh miss’, aku akan tinggalkan rancangan-rancangan lain itu.

Pembukaan agak menarik, dimulai dengan Aishah, suaranya masih wow. Masih lunak, masih sedap didengar. Kemudian dah abih sessi pembukaan, keluarlah Raja Azura dan Fauziah Ahmad Daud. Tang ni memula menarik..tapi lama-lama bosan pulak. Lama betul ucapan pembukaan. Apapun aku kredit dorang berdua, inilah yang dinamakan pengacara, skrip tak ada ditangan. Walaupun mesti dorang ikut skrip tapi at least aku tak rasa annoying tengok dorang duk membaca skrip.

Macam Fazura kat Anugerah Skrin, macam tiga serangkai kat Juara Lagu. Tak abih2 tunduk baca skrip. Takat nak baca skrip, kuceng pun boleh jadi pengacara majlis. Terima kasih..

Aku takpuas hati Linda On menang kategori DJ Popular. Aku rasa Fara Fauzana lebih layak. Entahlah..dia popular dihati aku. Halim semang suck! Masuk-masuk terus terjah mic. Teruja sangat menang pasal semua orang dah tak minat dia tak dengar dah dia punya suara since dia masuk radio orang-orang purba itu. Mesti sebab tu…keluar j eke pentas terus terjah mic. Sampai penyampai hadiah siap datang tepuk bahu cakap ambil hadiah dulu. Hahaha..LOL ..ko kelakar la halim semang. Pehtu duk bercakap pasal kematian mak dia. Come on man, you too old to depend on your mom.

Oh dan aku nyampah dengan kegedikan rita rudaini. Dahla masuk2 tergelincir kat pentas. Pehtu sibuk nak abang misai.

Oh dan yang paling aku teruja dan gembira bila Artis Baru Popular dimenangi oleh Farawahida. Bukanla aku minat farawahida. Aku bukan peminat lagu-lagu melayu pun. Siapa-siapa penah kenal aku tau la, aku not into malay song sangat. Muzik aku influent dengan lagu-lagu English dan Indon. Bukan la pasal aku bagus sgt berbahasa English, bukan juga sedara mara aku dari Indon tapi Indon is far creative than us.

Aku teruja dan bersorak sakan bila nama farawahida diumumkan sebab paling utama, antara calon dalam tu adalah seorang perempuan yang maha tidak sedar diri yang menjaja cerita cinta dia di semua majalah dan akhbar di Malaysia ni dan bertanding dalam ABP dalam kategori ini atas tiket itu. Popular meraih simpati. Siapa lagi..INA NAIM POYO. You sucks aa! Err ko faham ke apa maksud suck ina?? Buat album, lagu orang tak pasang kat radio kata boikot. Kalau dah suara ala2 katak panggil hujan, kuceng pun takmo beli album ko.. Aku tak tau tang mana artisnya Ina selain buat buku cerita pasal kekecewaan dia pada Mawi. Er…adakah engkau orang pertama yang putus cinta di dunia ni? Orang lain experience lagi dashyat dari kau, hanya kerana dia adalah Mawi, kau pun cuba menangguk di air keruh. Malangnya, even aku tak suka mawi, I hate you more Ina. Waiting for the moment, you fall. Fall very very hard. Kau ingat orang suka kau? Blah…

Aku tengok separuh jalan je kemudian aku layan One Tree Hill

Kemudian aku layan Too Posh To Wash. Aku geli la tengok orang UK ni.. ada gak yang style tak suka mandi? Sib baik orang-orang di Malaysia dididik dengan mandi pagi..mandi tengah hari..mandi petang. Cuma bila dah bekerja, jadi mandi pagi dan mandi petang sahaja.

Gigi tak suka gosok..yark..pastu boleh lak boyfriend dia nak kissing..Geli betul….

1 comments:

Anonymous said...

hi ezza...
ni kak na...the_na ler saper lagik..,

sajer drop by nak tgk blog ezza...ok...ader potential...writing pon bagus...
keep it up...

adios ..nanti update ler...bleh singgah selalu...

-kak na-