Wednesday, February 21, 2007

Cinta Rahsia TV3

drama kat tv3 sebelum drama Cinta Ikon sekarang. Disiarkan pada pukul 7.30malam hari Isnin hingga Rabu kot..aku tak ikut sangat pun cerita ini. aku kenal banyak la jugak pelakonnya. Kisah pasal seorang awek dari kampung ke? apa ke.....duk umah sapa tah..yang ada anak laki dilakonkan oleh Azizan Nan...Pasal Azizan Nan ni dah secara biarlah rahsianya jatuh cinta dekat awek tu. Erm. aku taknak elaborate panjang-panjang..pasal sebenarnya aku tatau pun jalan ceritanya.. Yang aku tahu..awek tu kena rogol dek tunang dia..pehtu Azizan Nin jadi pak sanggup..eh iya ke..sorry la kalau aku silap pasal aku jarang tengok cerita ni. Hari kerja aku sampai dirumah pukul 7 - 8 everynight..

Ok, aku nak bercakap pasal babak rogol dalam cerita tu. Bukan pasal aku teruja tengok heroin drama tu kena rogol tapi aku rasa orang yang tulis skrip cerita ni tak buat kajian mendalam pasal rentetan dari kejadian rogol tu. Yang dimaklumkan (kalau tak silap aku la..pasal aku tak tengok sangat), awek tu kena rogol, gi report polis kemudian awek tu muntah2? pregnant? what the heck?

Untuk panduan awek-awek, (kita semua minta dijauhkan dari kejadian jenayah ni, tapi ini panduan yang aku tau)

1. Kejadian rogol berlaku
Jangan balik rumah, mandi menangis-nangis dalam bathroom. Salahkan diri sendiri, etc. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah, mangsa perlu pergi ke balai polis untuk buat report polis. Ya, kamu takkan dapat kembalikan apa yang hilang tapi peluang untuk menghukum penjenayah adalah tinggi. Di ingatkan sekali lagi, JANGAN BERSIHKAN DIRI. Polis mau kumpul bukti-bukti DNA, cap jari etc kat badan kamu tuh.

2. Dalam cerita Cinta Rahsia, awek tu dah report polis tapi pregnant? NONSENSE..
Ikut realitinya, setelah mangsa pergi report polis within 24hours perkara buruk tu berlaku, pihak hospital akan bagi pil pencegah kehamilan. Mereka juga akan diberi kaunseling.

Jadi, penulis skrip Cinta Rahsia, macammana boleh terskip lepas report polis, boleh pregnant pulak ni?

0 comments: