Friday, February 23, 2007

Cinta Medik @ tv9, Every Thursday Nite

Erm, macam ni ke eja tajuk drama tu? Ke ejaannya ialah medic? Which ever, still refer to that funny drama. Aku suka juga cerita ni. First time tengok dengan penuh perhatian adalah malam tadi. Yang aku tau, pengarahnya ialah so called prof. iaitu Razak Mohaiden. If I spelled your name wrong, then blame me. :D I dun care.

Aku selalu tengok cerita mamat ni cam ada je fakta yang tak betul. Tahla, mungkin sebab dia prof so dia rasa dia serba tau. Kan ada dulu dalam majalah kartun tahun 80-90an dulu, nama satu watak tu ialah Prof Serba Tau (PST). Honestly, aku rasa mamat ni la yang jadi watak tu. Teringat dalam temubual dirancangan malam iaitu sensasi dia kata peminat bodoh yang tak reti mentafsir hasil seni je yang komplen filem dia lawak bodoh. Well, call me stupid, call me idiot. Aku salah seorang yang benci menonton filem dia. Stereo, mono gigo type.

Oh berbalik kepada cinta medik semalam. Oh please, aku terhibur dengan ceritanya. Bukan terhibur kerana ia begitu best untuk ditonton tapi terhibur kerana banyak adegan dalam drama tu yang aku rasa adalah TIDAK BETUL DALAM SITUASI REAL LIFE. Aku tak tumpu perhatian pada 30mins pertama. Tapi 30mins terakhir memang aku layan la. Antara yang kelakar:

1. Dari kolej membawa ke hospital, semua orang pakai tali batch kaler kuning. Even doctor. Dan juga adik kembar doctor yang sakit split identity tuh. Kalau kata tu matric kad tuk student then why kat hospital pun doctor pakai gak? Nak kata mende tu hospital yang bagi..tak penah lak aku nampak kat memana hospital doctor pakai tali batch ngan name tag besar gedabak. Dan budak2 so-called medic tu pakai dari dalam kolej lagi sepenglihatan aku.


2. Masa seorang watak kena culik, kat rooftop, guess what, penculik dengan mangsa still pakai tali batch kuning tu. Skima betul org gila zaman sekarang. Oh dan sewaktu abang kembar penjenayah tu bercerita kat budak2 medic tu pasal awek penjenayah tu curang, (kira flashback, penjenayah sakit mental tu ngan awek dia tengah nak clash kat hospital la) a few years ago, wah..tali batch kuning tu pun ada jugak tu. Glemer betul. Berapa banyak tali batch kuning tu dapat duit hasil berlakon jadi pak pacak ni


3. (PADA YANG TAK TAHU, TALI BATCH TU MAKSUDNYA TALI YANG ORANG GANTUNG KAT LEHER TU)


4. Ok, enough said about tali batch yang jadi pelakon tambahan tuh. Kali ni kita beralih pulak kepada, budak2 yang jadi intern kat hospital tuh. Selalu intern diletakkan kat hospital yang sibuk so intern-intern ni boleh belajar. (INTERN also known as student praktikal la kalau kat Malaysia ni)


5. Tapi dalam cinta medik ni, ada banyak mende yang pelik ngan intern ni. Intern merawat pesakit tanpa kehadiran doctor sebenar. Intern sepatutnya jadi doctor pengiring sahaja, yang tengok, kaji study apa yang doctor senior buat. Dahla tu, siap beramai2 boleh keluar bersiar-siar cari kawannya yang hilang itu. Macam tak ada kerja sahaja. Dan tak ada doctor senior untuk direport.


6. Intern berkeliaran dalam kawasan hospital macam tukang cuci hospital lak. Believe me, selain pesakit yang terdampar atas katil yang dirawat oleh intern tu, hospital tu kosong. Wa…bersenang lenang lak intern2 tuh. Aku tengok dalam grey’s anatomy, ER or even scrubs yang funny gile tu pun hospital digambarkan sebagai tempat yang sibuk. Kecualilah, intern tu pergi buat intership kat hospital ulu tembeling which is I doubt sesunyi dalam drama cinta medic malam tadik. Oh aku tahu, nak jimat budget, taknak bayar pelakon extra pasal semua duit dah abih bayar untuk pelakon pembantu yang lain iaitu ‘tali batch kuning’

Sekian, saya penonton yang bodoh. ;)

0 comments: